ADA APA DENGAN SRI LANKA 10 : DEMODARA NINE ARCH BRIDGE
.
.
.
.
Kita orang nak mencari satu architerectural wonder Sri Lanka
Ahas Namaye Palama ~ Nine Sky Bridge
Nine Arch Bridge
Bridge In The Sky
Satu jambatan lama yang indah di Ella
Sampai di papan tanda ni , Si Mangkaq tu pergi ke kanan , instead ke kiri
Kita orang kan dahtak percaya lagi kat dia
Mula lah rasa cuak
Dah lah pagi-pagi tadi dia dengan driver terus je menonong bawak kereta , bila tanya , dia kata nak ke Tissa lah .
Hoi … Kan dah kata nak ke Demodara ni ..
Mula lah buat muka lepas tu .. Jauh lah .. Youll see .. Far .. I tell you .. You dont believe me
Lima sepuluh minit lepas tu dah sampai !
Nampak tak ??!!
.
.
.
.
Masuk jalan ni
Jalan ni ke kanan , jalan yang ada sign board tu ke kiri
Berhenti depan sikit dari simpang tu , ada satu lorong kecik untuk berjalan kaki , mencanak memanjat bukit.
Kata dia , panjat jalan tu , nanti jumpa rel keretapi , ikut ke kiri .
Kita orang tak percaya , tanya pakcik kat kedai kat situ , baru puas hati .
.
.
.
.
Memang curam jalannya !
Mencungap jugak lah ..
.
.
.
.
Berhenti ..
Buat-buat ambik gambar sekeliling sambil kumpul napas dan kumpul tenaga
.
.
.
.
Ayoh !!
Kalau kau pikirkan kau boleh ..
Kau masih boleh melakukan ..
Kalau kau pikirkan ragu-ragu
Usaha mu tidak menentu .
Eh ….
.
.
.
.
Jumpa jugak landasan keretapi .
Ayoh .. Dari kiri .. Cepattt jalan …!!
Dak Iyra jauh ke depan ..
Kenapa .. ?
.
.
.
.
Sebab yang tiga orang lagi tu sibuk dok ketik sana ketik sini ngambik gambar ..
Hutan pokok pinus belah kanan landasan
Belukar belah kiri landasan . Belakang belukar ada rumah dan ladang sayur dan teh orang .
.
.
.
.
Pohon pine
.
.
.
.
Ha !!
Ko jalan je dulu Iyra !!
Kita orang polo !!
.
.
.
.
Nak rasa tak jauh berjalan , kita orang menapak atas kayu sleeper landasan
Nampak makin sayupppp je landasan tu !
.
.
.
.
Aktiviti berhenti berehat dan menarik napas dilindungi dengan acara mengambil gambar ..
.
.
.
.
Hari mendung . Tak lah rasa terpongeh sangat
Tapi gambar tak cantik sangat sebab langit tak biru
Kalau langit biru masa ni .. balik hari tu mesti adik kat Imigresen konpius .. Balik dari Sri Lanka ke orang Sri Lanka depa ni ..
.
.
.
.
Nengok dalam apps , kita orang berjalan dalam 3.2 km pergi balik dari simpang kat bawah sana tu ..
.
.
.
.
Tiba-tiba sampai kat landasan yang macam ni.
Cuak jugak!
Betul ke ?
Macam landasan tinggal je..
.
.
.
.
Jalan lah jugak ke depan lagi ..
.
.
.
.
Ada lembu celah batang pinus
.
.
.
.
Jumpa balik Dak Iyra yang dah ke depan tadi
Tengah borak-borak dengan Mamat yang tinggi renjong ni.
Kita orang pun hai hai lah kat dia ..
.
.
.
.
Dia kata .
I know that you are from Malaysia because I heard you said ‘ lah’ just now !!
Hahahhahaaaaaaa !!
Dia pun Malaysian , mixed blood
Dah lama kat Sri Lanka , sekarang buat volunteer work kat hospital ayurvedik kat selatan Sri Lanka
Tinggi ya amat !!
.
.
.
.
Akhirnya nampak terowong itu !!
Maknanya dah dekat lah tu !!!
.
.
.
.
15 km/jam
Boleh berlari sama laju dengan keretapi kat sini !
.
.
.
.
Keluar terowong terus nampak ni !
Wahhh !!
Cantik seh !!
Demodara Nine Arch Bridge
Ceritanya di < sini >
.
.
.
.
Hamboi !
Berani nya ekau !!
.
.
.
.
Ada polis menjaga jambatan ni kat sini
Boleh aje jalan atas landasan , walaupun ada papan tanda kata jangan
Semua orang kampung buat gitu ..
Dak Iyra kata polis tu kata dalam 15 minit lagi nanti ada keretapi nak lalu.
What !!??
Alhamdulillah !!
.
.
.
.
Macam nak melompat-lompat bila nampak dia datang !!
Bukan macam …
Memang dah melompat-lomoat!
Hahhahaaaa !!
.
.
.
.
Tamakninah semua orang !
Kejap kamera
Kejap fon
Kejap gambar
Kejap video ..
.
.
.
.
Punyalah tersengeh-sengeh kegembiraan semua orang lepas tu!
Berbaloi berjalan jurai-jurai peluh ke sini !!
.
.
.
.
Bye !!
Hakak nak menbawa diri …
.
.
.
.
Bawak diri sampai ke tengah jambatan je …
Kalau tak silap , masa Dak Supermeng Malaya datang sini dulu tu , dia datang dari belah sana bukit tu..
.
.
.
.
Jambatan ini dibuat tanpa menggunakan sebatang besi pun .
.
.
.
.
Dah ..
Hari dah panas ..
Jom balik ke pangkal jalan !
.
.
.
.
Jap !!
Tak puas hati lagi !!
Anaaa !! Selpie satu !!
.
.
.
.
Aksi di belakang tabir nya ..
.
.
.
.
Jommmmm
Balikkkkk !!
.
.
.
.
Ntah siapa lah kena beam balik ke Mars tu !!
.
.
.
.
1.6 km menapak balik ..
.
.
.
.
Sampai ke pangkal jalan ..
Dak Iyra kata
Dengar macam bunyi keretapi lagi lah !
Kita orang pun tercangak-cangak cari bunyi tu
Memang dengar macam bunyi keretapi.
Tunggu tak sampai-sampai tapi !
Sampai lah depa ni lalu kat situ
Tanya depa
Depa geleng-geleng kepala kiri kanan .. Kata no ! No ! No ! [Sambil goyang kepala ke kiri kanan ke arah bahu]
Lepas tu ambik seketul baru kerikil . Tunjuk kat kita orang .
Bantai gelak ramai-ramai lepas tu !!
Kahkahkahhhh !!
Rupa-rupanya bunyi mesin-mesin kat kuari batu !!
.
.
.
.
Sakit perut ketawa wehhhh !!
.
.
.
.
Dah ..
Jom ke daerah selatan pulak !
Lalu ladang teh lagi ..
.
.
.
.
Singgah sekejap di Rawana Falls dalam perjalanan nak ke selatan Sri Lanka
.
.
.
.
Terjunan air yang paling tinggi di Sri Lanka
.
.
.
.
Ini ceritanya
Kopi pes dari Blog Supermeng Malaya
Mintak ijin ya … 🙂
.
.
.
.
.
.
.
.
Sempat singgah di gerai di tepi-tepi jalan
Beli wood apple dan avocado
Dan mula nampak binatang liar di tepi jalan !
Apa tak teruja kau bila nampak gajah liar kat tepi-tepi jalan je ??
Bukan lembu tau !
Gajah !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Kami ke Tissamaharama
Kami nak ke Yala Safari !!!
Tak pernah terpikir nak dan boleh ke safari !!
.
.
Masa ni Si Mangkaq tu buat hal lagi
Dia suruh Nishante si Driver tu nengokkan kat mana kita orang book hotel pada kertas kat Hakak
Nak tanya sendiri dah takut dah ..
Dia kata dia tahu hotelnya
Lepas tu dok berhenti tepi jalan tanya mana hotelnya.
Bila tanya si Nishante kenapa , dia kata Si Mangkaq tu kata hotel tu dah tutup .
Wehhhh !!! Nak menipu lagi lah tu !
Dak Iyra pun turun tanya orang lain . Dia tunjuk lah hotel tu kat mana ..
Hakak pun call hotel tu
Elok je bukak . Kat depan tu je sikit
Punya lah menyirap !
Muka dia bengang je bila masuk van dengar Hakak tengah call hotel tu .
Cilakak lah dia tu ..
Dah ..
Sambung lagi ..
.
.
.
.
# melancong ke sri lanka
# bercuti ke sri lanka
# tempat menarik di sri lanka
Memang syok baca perjalanan uolls…si Mangkaq tu spoil la…watak dia tu tak leh ditamatkan ke?
semak je dalam ini cerita..hehehe
hehehhehe..
saja cerita
biar orang lain tak terkena.:)
eh eh mangkaq ni wat hal la plak kan
lagi mau kapur org, patut korang bawak kapur kasut putih, kasi kapur muka dia
jauh jugak korang jalan kan…..harap korang kurus semua kahkakah
wowww gajah sepah sana sini
tu gajah sapa tu sebenarnya
kurus jari kaki aku weh !!!!! kahkahkah
tu gajah liar
Eh, ada sales AA ni. berapa harga tiket murah akak beli? nak tiru ekekeke
hahhahaaa..
rm243 je
HAAA… kan dah tamakninah semua orang masa tu!!!
orang tu tak sempat selpie masa ni!!
[ pandang Anash ]
kalau sekarang suruh repeat balik jalan kat landasan malaysia mau muka kita masuk memo wanted tampal kat semua stesyen kan..
kahkahkahkah…
macam tak percaya dah berjalan atas landasan keretapi tuh..
memang ingat timing train lalu situ kul 12pm..
makanya sapa nak pergi kena ada sana around 11.am..
si mangkaq tuh mmg tak gune~
hahhahaa!!
kena tangkapterus!
tak ada tampal tampal!!
trip ni memang bertemakan keretapi nampak gayanya!
pasneh kita kumpul duit lebih g sabah pulak.. keretapi wap tuh bila nk trynya..
tapikan mahai benar! kena usha usha kot ada sape nk bg naik free neh…
kalo kena tangkap sebab jalan atas landasan keratapi kat sri lanka confirm glemer teruk kita semua.. adoiii~
Akak boleh geng dgn ank sy. Suka ketapi. Tgk smpai meleleh air liur. Caya x sy hapal lagu thomas tu. Sbb kena nyanyi tiap kali dia mintak :p
Suka sgt gambar terowong.
Sblm blk ada bgtau tak mangkaq tu yg dia tu mangkaq? Hehe.
bawak lah dia naik komuter..
nanti dia tanya
kenapa keretapi tu tak bunyi choooo choooo
tak ada asap !
macam anak hakak!!
🙂
gb yang berurusan last sekali dengan dia
hakak memang tak nak bercakap lagi dengan dia masa tu
Gigihnya jalan-jalan jauh2 dan naik bukit tu! Nampaknya seawal lepas raya saya dah kena mula senam for our next trip tu! Buatnya saya tak larat.. malunyaaa… hehehe…
Honestly I was worried for you all punya safety. I mean, tempat tu nampak deserted dan keliling hutan! Then bila ada tourists lain… haaaa… lega… I’m such a worrier, I know.. hehehe… tu yg pa’unchu asyik dok kata, ‘tenang aja pakkkk…’.. hahaha…
Demodara Nine Arch Bridge…. what else can I say.. it is magnificient!
And then the train, I was like ‘whatt…’ wah you all so lucky lah. Bagus punya time planning! Ye la kan, a train bridge without a train would be, well, incomplete :).
Doc, tak consider ke writing to Dinesh’s boss and complain?
hehehe..
nampak je macam deserted, tapi ada rumah rumah orang kat tepi belah sini ..tenang aja pak said! heheh..
tak tahu pun timimg keretapi tu . doa doa juga sebelum tu nak serempak dengan keretapi. alhamdulillah ..
nanti gb nak tulis
dia bagus pasal tulis menulis ni
saya malas sikit .. 🙂