ADA APA DENGAN SRI LANKA 3 : TEH SRI LANKA

 

.

.

.

.

 

Sambung lagi perjalanan ke Kandy-Nuwaraeliya

Macam tak sampai-sampai je …

Jauh nho !

Kita singgah kilang teh lah dulu !

Lalu terowong batu ni dulu ..

Gambar sebenar tak sempat nak ambik

Kadugannawa rock tunnel is a significant landmark located in Kadugannawa on Colombo – Kandy main road. While constructing the Kandy road, British engineers decide to make this tunnel, instead of blasting whole rock.

1

.

.

.

.

Ke Kadugannawa Tea Factory

Suhu dah mula sejuk sikit kat sini .

Hujan pun ..

Kepala saya dah mula weng sikit sampai sini.

Jalan berliku-liku ..
2

.

.

.

.

Kami sampai hari tu baru beberapa hari selepas perayaan Hari Wesak

Penduduk Sri Lanka majoritinya beragama Buddha

Mereka merayakan Hari Wesak selama seminggu

Tu yang masih banyak bendera banyak warna yang melambangkan agama Buddha masa tu

3

.

.

.

.

Nama dia ni Malki

Very good Hinglish you !

Kagum !!

Begitu tekun Dak Anash tuuuu …

4

.

.

.

.

Rasanya ladangnya kat tempat lain

Tak nampak pun banyak pokok teh keliling kilang ni ..

5

.

.

.

.

Mula-mula , proses pengeringan daun teh , guna blower angin

6

.

.

.

.

Dua jenis teh yang yang mahal

7

.

.

.

.

Ni dua je yang saya ingat .. tu pun ingat nama je .

8

.

.

.

.

Mesin gelek-gelek untuk asing kan serbuk teh mengikut saiznya

9

.

.

.

.

Age old

Tempat pembakaran yang pesen lama

Masih menggunakan kayu getah sebagai bahan apinya

A

.

.

.

.

Saya pernah pergi Belfast

Masa tu belum berapa aman kat sana

Sana sini ada polis berkeliaran

Pergi sebab nak beli kereta kawan saya

Sekali lagi sebab on the way ke GiantsCauseway , yang sangat menakjubkan

Masa tu kamera cikai je .. masih guna filem ..

Mana ntah gambar-gambar tu semua ..

B

.

.

.

.

Jenis-jenis tehnya

[ Yang saya tak ‘pay tension’ sangat penjelasannya .. sebab kepala weng sikit ]

10

.

.

.

.

Flat lay namanya ..

Dapat je makanan / minuman , mulalah Dak GB mengaturkannya , dan mem-flat-lay-kannya gini..

Cara minum teh di Sri Lanka ..

Nampak tak benda kat tengah tu ?

Jaggery .. Gula Melaka ..

Kemam jaggery

Minum teh tu..

11

.

.

.

.

Minum percuma secangkir teh Sri Lanka

Saya tak suka teh ..

Berlakon je tu ..

Kahkahkahhh … Siap lentik-lentik jari kelingking semua orang !!

12

.

.

.

.

Proses membeli sebelum belah dari sini .

Teh dalam kotak-kotak kayu tu adalah teh pelbagai perisa . Ada Cardamom Tea , Jasmine , Lemon , Earl Grey , Passion Fruit , Mango , Cinnamon Dan banyak lagi

Menarik ..

Saya beli enam kotak

Entah bila nak buat ntahnya ..

Kopi Luwak dari Bali tahun 2012 pun masih tak bukak-bukak lagi ..

13

.

.

.

.

Nah ..

Smell this .. Malki kata ..

Tea Coffee ..

Hah ! Sampai teh perisa kopi pun ado tau!!

14

.

.

.

.

Cara pemakaian sari di Sri Lanka adalah berlainan dengan sari yang dipakai di India

Baju kutang tu pun nampak lain ..

15

.

.

.

.

Sebab tempat ini sangat berwarna-warni dan kami dan mereka pun sangat berwarna-warni…

16

.

.

.

.

Macam kopi ..

Ada kopi yang keras ..

Teh pun ada yang yang keras dan lembut .. 🙂 . Kan Anash??! 😉

17

.

.

.

.

Kita orang berhenti untuk solat di Semejid ni

Dalam perjalanan ke Kandy

Tak ingat pulak nama masjidnya ..

Banyak masjid di tepi-tepi jalan .. Jangan risau ..

Ada yang tak ada tempat solat untuk kaum wanita tapinya .

Yang ni ada , tapi tengah direnovasi .

M1

.

.

.

.

Kenalah kita orang  solat di dalam kelas mereka ni

Tak berkelip mata budak-budak comel ni nengok kita orang solat , belit shawl , cucuk pin ..

Comel sungguh !!

img_0806

.

.

.

.

Tetiba kami ditegur oleh PakCik ni ..

Melayu ? Dia tanya ?

Semua teruja !

Ya !! Ya !! Melayu ! Dari Malaysia !!

Pakcik ni sedaya upaya cuba bercakap melayu dengan kita orang

Nama dia Abdul Samad

Keturunan Melayu Sri Lanka

Bapak keturunan Melayu , Mak keturunan Moor

Bila tanya Melayu asal dari mana , dia tak dapat jawab lak .. atau tak paham ..

Dak GB kata macam muka ayah dia  Pakcik Abdul Samad ni ,,

.M2

.

.

.

.

Masih fenin-fenin lagi saya selepas ini

Mungkinkah kerana ini ….

Haiyooooo ..

Tengahari tadi nya saya makan sayur AJE !!

Urap , cendawan goreng , nangka masak lemak , acar jelantah bawang lobak merah tu ..

SAYUR

Ada banyak jugak tempat makan yang Halal di Sri Lanka

Cuma pesen kami ni , berhenti makan dalam perjalanan , mana-mana lah yang convenient .

Sri Lankan ramai yang Buddhist

Ramai yang vegetarian . Pork , beef memang depa tak sentuh lah ..

Kita orang berhenti kat restoran vegetarian ni ..

Punyalah ‘ terujanya ‘ saya  !! Rasa lemah pala lutut dengar restoran vegetarian !! Kehkehkehhhh !

[ Sedap tapinya !! Sebenarnya !! Siap bertambah lagi !! ]

[ Kesimpulannya .. Saya boleh makan sayur ! Di Sri Lanka sahaja tapi !! 🙂 ]

[ Makan-makan di Sri Lanka adalah mahal ya .. ]

.

.

.

.

.

# melancong ke sri lanka

# bercuti ke sri lanka

# tempat menarik di sri lanka

Advertisements