ADA APA DENGAN SRI LANKA 2 : MILLENIUM ELEPHANT FOUNDATION

.

.

.

.

Dari Negombo , kami bertolak ke Nuwaraeliya melalui Kandy

Ikut Google Map .. dalam 3 jam

Kandy dan Nurawaeliya ni di Central Province , dan berada di tanah tinggi Sri Lanka ni.

Untuk Trip Ceylon Circle ni , saya bincang-bincang dengan ahli grup .. kita tak payah lah nak ke Sigiriya tu eh …

Tak payah panjat batu bertangga setinggi 3.5 kali Batu Caves tu eh .. Tinggi nho !!

Kita buat yang lain …. yang ‘ rare ‘

Orait !!

Untuk transportasi , kami sewa satu van besor

Yang 11 seater tu .. Kan plan asalnya Dak Elly dan Dak Kina nak ikut .. tapi tak jadik .. Tu yang dah sewa satu van besor tu ..

Nak tukar yang kecik sikit memang tak ada si Joanna kat Paradise Voyages tu kata .. kalau empat orang kena ambik van besor jugak . 5 hari 4 malam tu .. USD 300 . Quote yang paling murah saya dapat .. Kira ok lah tu ..
Ada satu tu ..

Ingat Hakak ni boddo tak pernah travel chop duit ..?!

USD 699 SEORANG !! Hapakejadah nyaaaa..!!!??

Seorang tau!! Bukan satu kereta ! Hotel semua 5 bintang  ..

Ai dont care pasal lima ke enam bintang ke .. Yang penting rare .. dan cantik. .

Yang semua visit kat atas tu pun tempat-tempatnya semua masuk percuma .. jangan nak kelentong aaa kann..

Ok..

Ni ha peta perjalanannya ..

attraction-map

.

.

.

.

Memang tak plan pun nak berhenti kat mana-mana tempat perlindungan gajah macam ni..

Sebab agak mahal lah untuk pelancong asing

Dalam SLR 2000 [ RM 60 ] seorang .

Tapi .. pikir-pikir .. Rare opportunity ni ..

Jomm aa ..

Ada lah terbaca pasal Millenium Elephant Foundation ni tapi baca sekali lalu je hari tu

Sampai sini pun tak ada sesiapa yang terangkan apa benda foundation ni.

Mungkin sebab ‘ language barrier ‘ kot …

Dah balik sini baru baca info tentang MEF ni

1

.

.

.

.

Kalau rajin .. meh baca kat  <sini > ..

Kalau malas .. meh sini nak cerita ..

Gajah-gajah kat sini diselamatkan daripada diperhambakan di hutan-hutan .. tarik kayu balak .. dan dari industri perlancongan sebagai gajah yang ditunggang dengan howdah yang amat menyakitkan dan mencederakan gajah tersebut . Ada juga yang sebab penjaganya dah tak mampu nak menjaga depa lagi .. mahal !!

Millennium Elephant Foundation (MEF) is situated on a beautiful 15 acre estate known as ‘Samaragiri’, which has been home to the Samarasinghe family for many generations. The family has owned elephants since the 1960’s. In 1979 Mr Sam Samarasinghe (1939 – 1991) an animal lover opened the estate to the public as Club Concept Elephant Bath. Millennium Elephant Foundation (NGO) charity was founded in Sam’s memory in August 1999 with the assistance of a world renowned animal charity. MEF has been working continually to improve the care, protection and treatment of elephants in Sri Lanka by providing a place of care, medical services and facilities. Millennium Elephant Foundation is the only certified Non-profit Organisation working with captive elephants in Sri Lanka.

.

.

.

.

Kita orang ambik yang Short Ride tu. SLR 2000

Medium Ride SLR 3000

Walk With The Elephant SLR 6000 [ yang ni paling best ]

Semua pakej boleh jugak bermandian dan mandikan gajah dalam sungai , tapi sebeb tak prepare pun nak buat benda ni .. maka seluar extra adalah sehelai seluar tidur je .. maka nya kami tak lah sampai nak mandi-mandian dengan gajah ..

2

.

.

.

.

Projek Habarana C2C

Kampung kat tengah-tengah empat National Park

Gajah nak lalu lalang

Kena lalu kampung.

Kampung habis kena lanyak

Gajah banyak kena serang untuk selamatkan kampung dan orang

MEF tengah usahakan Habarana C2C project ni ..

Untuk selamatkan gajah dan orang dan kampung ..

3 (2)

.

.

.

.

Musth

Gajah nak mengawan

Boleh jadik aggresif gila..

4

.

.

.

.

Gajah-gajah kat MEF ni tidak dipakaikan howdah untuk ditunggangi

Howdah adalah menyakitkan dan mencederakan

MEF dalam usaha untuk melobi untuk mengharamkan penggunaan howdah di Sri Lanka

Satu howdah beratnya 200 kg !

Tu belum campur berat orang kat atas tu ! Boleh sampai 600 kg totalnya!

Kesian gajah tu !!

5 (2)

.

.

.

.

Ada 6 ekor gajah di MEF ni

Yang ni Pooja.

Gajah yang pertama dilahirkan di MEF

Mak dia nama Lakshmi

Bapak dia nama Kandula

6 (2)

.

.

.

.

Sedikit pengetahuan am ..

7 (2)

.

.

.

.

8 (2)

.

.

.

.

Gajah spesial terpilih untuk perarakan bawa casket yang berisi gigi Gautama Buddha semasa Perahera

Gajah jantan bergading

Tujuh anggota badannya mesti menyentuh bumi . [ 4 kaki , 1 belalai , 1 ekor , satu tuuuut ]

9 (2)

.

.

.

.

Lepas menunggang gajah boleh lah belanja gajah tu makan buah !

10 (2)

.

.

.

.

Ni gajah yang Saya dan Dak Iyra naik

Nama dia Lakshmi

Ketua Tingkatan kat sini ..

11

.

.

.

.

Tengkorak gajah

12 (2)

.

.

.

.

Humerus gajah

13 (2)

.

.

.

.

Dah ..

Jom naik gajah !!

14 (2)

.

.

.

.

Yang ni tak tahu siapa .

Mungkin Pooja , atau Bandara , atau Ranmenika

Dok berendam dalam air

Kecebum kecebum badan dia sesekali .

Lepas tu.. dok hulur belalai keluar dari dalam air

Comellahhhhh sangatttt!!!!!

15

.

.

.

.

Yang kat depan tu nama dia Rani

Sedang elok dok usha dia..

Setimba dia cruuuuuutttt kencing !!

Kuanghasem !! Kehkehkehhhh !!

16

.

.

.

.

Nak naik gajah adalah dari tembok yang tinggi kat belakang sana tu ..

17

.

.

.

.

Lakshmi !

Gajah kami !

~ Lakshmi is a real diva, lovely but tough. She adores her head mahout Jiya, but doesn’t get on too well with second mahout Kalu, despite his best efforts, she lets him know who the boss is. Lakshmi is very protective over daughter Pooja and is friendly with Rani. Lakshmi does suffer from the green eyed monster and can get very jealous if she thinks other elephants are getting preferential treatment. She has been known to sometimes stand still when in a tantrum. Lakshmi is very protective of her space in her day bed and does not like it if visitors get too near. ~

18

.

.

.

.

Tusker

Jantan

Nama dia Kavari Raja

19

.

.

.

.

Sedih kisah perjalanan hidup dia.

Dihadiahkan kepada Temple Of Tooth oleh Kerajaan Sri lanka

Sedang bawak offering menurun bukit pada suatu hari tu , dia terpelecok ..

Dislocated kaki kiri depan dia ..

Dibawa ke MEF untuk rawatan .

Sehinggalah sembuh. Nampak tapi cara dia jalan tu pelik sikit

Dan terus duduk kat sini sampai sekarang ..

Tak elok makan sambil berjalan tau Kavari Raja!!

Nanti masuk angin perut tu !!

21

.

.

.

.

Lakshmi dah sampai !!!

Memang nampak macam kesian sebab dirantai .. Tapi untuk keselamatan

Banyak gajah ni dah mengalami trauma masa suatu ketika dahulu , di dera dianiaya oleh manusia . Maka mereka mungkin takut akan manusia dan mungkin kalau silap sikit boleh naik angin dan menyerang manusia.

Rantai itu diikat pada kaki gajah daln hujung nya di letakkan atas badannya, maka , jika ia berlari nak menyerang , rantai itu akan terjatuh dan dia pun slow ..

22

.

.

.

.

Comelllahhhh sangat kau ni !!!!!

Rasa nak peluk je !!

23

.

.

.

.

Ok jom !!

Trip pertama !!

24

.

.

.

.

Seram jugak sebenarnya !!

Dok peygang pinggang Dak Iyra

Jauh jugak tanah tu .. kalau jatuh sure gedebub lah ..

25

.

.

.

.

Masa Lakshmi hayun kaki kiri dan kanan depan tu .. kita pun akan sama berhayun kat atas tu !

Menakutkan jugak ..

Tapi lama kelamaan biasa .. ok dah ..

26

.

.

.

.

Sengehan dalam ketakutan ..

Hahahhaaaaaaaa!!

27

.

.

.

.

Haiyoooooooo !!

Lambat lak potograper Ai tu ..

Yang baju merah tu !

28

.

.

.

.

Ok

Dah pusing balik.

*~ Kesat peluh sejuk kat dahi ~*

29

.

.

.

.

Haiyoooo Bang Mahout !!

Kasi kaver lah sikit itu perut dan pusat Bang !!

30

.

.

.

.

Seronok gila masa ni !!

31 (2)

.

.

.

.

Ada masa-masa si Lakshmi tak berapa nak jalan

Si mahout tu kena tarik dan tuntun dia .

32

.

.

.

.

33

.

.

.

.

Peace !!!

34

.

.

.

.

Ok

Turn mereka berdua pulak ..

Naik Lakshmi jugak

36

.

.

.

.

Tengah sedap-sedap ngambik gambor depa ..

Tetiba gajah tu U-Turn balik !

Why oh why !!??

37

.

.

.

.

Rupa-rupanya ada kejadian kegerunan menunggang gajah!

Budak GB kat depan tu dah jadik batu jemala kat atas tu!

Dah keras kejung dan suruh patah balik

39

.

.

.

.

Tapi tak mematahkan semangat Dak Anash untuk terus berselpie!!

:))

CC Dak Anash : Wassap gambo selpie tu satu!

40

.

.

.

.

Selpie yang berjaya dirakam ..

.

.

.

.

SELPIE GAJAH

.

.

.

.

Belanja Laskhmi makan semangka

41

.

.

.

.

Hujung belalai dia tak ada lendir sangat macam lidah zirapah kat zoo hari tu !! Eiiiiiiii !!!

42

.

.

.

.

Comelllahhhh sangat ekau nih !!!!

43

.

.

.

.

Yang ni pun comel jugak !!!

🙂

44

.

.

.

.

Nyesal bayar SLR 2000?

Tidak sama sekali

Pengalaman tak boleh dinilai dengan wang ringgit

.

.

.

.

4ORANG

.

.

 

Dah

Jom sambung perjalanan !!

.

.

.

.

# melancong ke sri lanka

# bercuti ke sri lanka

# tempat menarik di sri lanka