KUCING DAN ULAR
.
.
.
.
Setiap kali saya balik rumah
Parkir kereta ..
Naik ke rumah ..
Tiga hari tiga malam saya dengar bunyi kucing mengiau-ngiau ..
Cari jugak ..
Kot-kot ada kucing tersepit , kelaparan kat mana-mana ke..
Tak jumpa …
Pagi hari ke-4
Cari lagi
Pandang atas pokok ..
Astagfirullah !
Kesian kau !!
Mesti dah kelaparan , kesejukan .. sebab petang semalam hujan selepat-lebatnya kat sini !!
.
.
.
Baru pikir-pikir cari nombor nak panggil Bomba…
Ada Jiran tu pun turun dan kata dah panggil JPAM
Dia pun kata dia pun lama dah dengar bunyi kucing mengiau mintak tolong ..
Dah lapar sangat agaknya..
Sampai dok makan daun-daun kat situ..
Ada kesan-kesan embun kat daun ..
.
.
.
Kucing ni memang biasa dah datang rumah
Tak ada perasaan malu dan takut kucing ni!
Selamba je mintak makan dan tidur kat dalam rumah kita orang
Budak Last bagi nama Henry Huggle Monster
Comel dan manja ..
.
.
.
Akhirnya pegawai dari JPAM pun sampai ..
Baru lepas tangkap ular tedung kat Setapak
Ada kat dalam kereta tu ..
.
.
.
Bawak besi ada kain kat hujung nak buat tonjol-tonjol si Henry tu ..
Bentang dan pegang kain kat bawah pokok nak buat tangkap dia bila jatuh nanti..
.
.
.
Makin ditonjol makin tinggi lak naiknya !!
Panjangkan lagi besi !
Akhirnya jatuh berdebuk si Henry Huggle Monster!!!
.
.
Mencecet lari lepas tu !!
Kesian !!
3 hari 3 malam tak makan tak minum !!
.
.
.
.
Allah… kesiannya. Mujur dapat diselamatkan…
Dulu Azieazah pun cerita tentang kucing yang terperangkap atas bumbung. Panggil JPAM juga untuk selamatkan…
kalau dia mati kering kat atas tu..
mesti saya nyesal tak terhingga
Soalan saya, ular tedung yang dalam kereta tu masih hidup lagi ker?
saya pun tanya soalan yang sama kepada pegawai JPAM tu..
ya
masih hidup !
🙂
alahai kesiannya si hentry jungle monster tu
panjangnya nama anak ko bagi hahahhaa
Akibat Astro 611 612 613 614
ayyooo…kesian la kat kucing tu..
tapi kucing memang slalu gitu…reti panjat tapi x reti turun
kucing kampung ok jugak lah..
ada survival skill
ni kucing bandar..
huk alohhhhhh..
kesiannnya..
igt kan abang2 JPAM nak panjat pokok!
hahaha
he..
mungkin … kalau dah tak da cara lagi ..
alaaaa…kesian weh 3 hari x makan!!!!
err…ada ular dalam kete jPAM tu?
bukan cacing eh…
err…(tepuk perut kembung dgn cacing pita).
wehh..
mana ada cacing piat..
caring kerawit mungkin!
🙂
Kat umah kami ada pakar panjat pokok
Maybe tak panggil JPAM utk tangkap kucing atas pokok..
Akak pernah panggil JPAM utk tangkap ular belakang umah, depa tak datang……
ular!!??
ular apa kak!!??
Comelnye dak henry!!!
dan gebu!
dan ngada ngada..
Kesiannyaaa… 😦 3 hari 3 mlm…. 😦 😦
Sedih betul saya rasa….
Saya kagum dgn anggota2 JPAM tu kerana ada skill untuk handle pelbagai binatang yang tentunya in the most humane way possible and finding a safe relocation place for the unfortunate beings. Respect!
lepas dengar bunyi dan nampak dia kat atas pokok..
keluar gi sarap dulu..
tapi tak lalu..
sebab teringat macamana nak selamatkan dia
jauhnya dari setapak! takutnya ular tedung! kesian henry, kuat lagi nak lari. budak last mesti miss nak huggle henry monster
ala..
setapak dua je
🙂
Tugas bomba dan JPAM ni sangat meluas skopnya tapi yang penting bab menyelamat ni serah lah kat depa.
mula mula jiran tu panggil bomba
depa kata
kalau menyelamat gini
panggil JPAM
Peeergh! stylo betul nama ko.. suka la
kahkahkahhhhhhh..
mandai mandai je depa bagi nama
nama katun ntah hapa ntah kat astro tu..
saya baca tajuk ingatkan ceritanya begini…kucing akak kat atas pokok tu taknak turun sebab ada ular kat atas pokok tu…..