CUTI YANG PANJANG YANG TAK TAHU APA NAK BUAT MANA NAK PERGI…. [ 3 ]

.

.

.

.

Satu hari lagi cuti

Apa nak buat ya…?!

Sib baiklah Mak Ngah dia orang datang bawak kek dan ajak gi boling !!

Ahkak ni dah berjaman tak berboling

Last mungkin setahun sebelum grad dulu !!

Hadoiiii !!

Dekat doploh tahun kah??!!

Sib baik ada kasuk saiz kecik !!

Tapi kan..

Peh … tak tahan bau kaki dan kasut kat lemari kasut tu..

9

.

.

.

AbangLong ikut kali ni..

AbangLong memang ada saya hantar belajar main bendalah ni ..

Tiap-tiap minggu

Ada kasut, bola, sarung tangan sendiri …

Hari tu ada pemilihan untuk Team Selangor

Tak dapat ..

Sebab dia kata .. bola dia pesen spin ..

Kalau pesen spin ni .. tak consistent sangat jatuhan pin nya

Maka dia tak terpilih..

Saya kata ..

Tak yah lah spin-spin .. Buat biasa-biasa je .. Asalkan terpilih ..

Tak mo jugak dia..

Dia kata tak ramai yang boleh spin-spin gitu..

Dia nak terpilih sebab spin.. Dan nak jadik yang terbaik ..

Hadoiiii .. suka hati lah anakkkk …. !!

1

.

.

.

Si Kecik last ni nak jugak try

2

.

,

.

Sib baiklah Abang Long rajin melayan ..

3

.

.

.

Asal boleh laaaa…….

4

.

.

.

Dapat lah jugak dua tiga bijik pin jatuh ..

5

.

.

.

Dak Nina .. lepas main ..

Nak jugak masuk kelas macam Abang Long

But knowing Nina yang selaaaalu ‘ hot hot chiken shit’ ..

Saya buat boddo dulu ..

Tengok lah sampai mana dia merengek  mintak ..

6

.

.

.

Pernah dulu Abang Long tanya

Kenapa saya masukkan dia itu lah , ini lah ..

Saya kata ..

I want you to be an all rounder

But later , choose one and be good at it!

7

.

.

.

Perintah dia …

‘ Ambik gambar saya kat sini !! ‘

8

.

.

.

.

Advertisements