YOK KE JOGJA [ 11 ] : MERAPI JEEP TOUR : DUSUN KINAHREJO , KALIADEM
.
.
.
.
Dari Borobudur , kami ke kaki Gunung Merapi
Salah satu gunung berapi teraktif di dunia !
Oleh kerana dah agak petang , dan cuaca agak mendung
Kami ambil paket yang paling pendek , 300 000 rupiah satu jeep
Dari 86 Merapi Jeep Tour
.
.
.
Kahkahkahhhhhhhhh!!
Dah macam lalat mata besor dah !!!
Ini first time saya selpie tau!!!!
.
.
.
Kerana jalan nya tak boleh dipanggil jalan
Kerana kena naik jeep
Dan kerana berdebu sangat ..
Maka ini lah yang kena kami pakai !
.
.
.
Manjang peace Dak Anash !!
Duduk depan tak lah hazab bergoyang sangat!
.
.
.
Tapi duduk kat depan macam nak terpelanting ke luar lak!
Muat-muat sendat je yang kat belakang tu !
.
.
.
.
.
.
Nak kenal siapa kena nengok warna tudung.. Ni rasanya Dak GB
Sebab ada sling bag kamera tamakninah dia tu ..
.
.
.
Kami dibawa oleh Pak Kantong / Xantonx
Dia kata .. Bisa berdiri Buk !!
Berdiri kat dalam jeep tu !
Saya teruja
Berdiri ..
Hadoii !!
Habis gegor semua !!!
.
.
.
Ni hah Pak Kantong nya ..
Dak macam Beto lak aku nengok !!
.
.
.
Dimulai perjalanan dengan Bismillah..
Lalu Kali Opak ..
Sungai yang pernah dilewati lahar dingin Merapi
Lahar Dingin = aliran material vulkanik yang biasanya berupa campuran batu, pasir dan kerikil akibat adanya aliran air yang terjadi di lereng gunung (gunung berapi)
.
.
.
Masa ni saya coba berdiri
Tak sanggup !
Gegor otak !!
.
.
.
Batu-batu muntahan Merapi digunakan untuk projek pembinaan
.
.
.
Yang cantik seketul gini untuk batu nisan
.
.
.
Jom teruskan perjalanan …
.
.
.
Pak Kantong ni dulu tinggal di Dusun Petung ni
Habis ranap kena muntahan Merapi
.
.
.
Kami berhenti di satu Dusun Petong
Melihat tinggalan amarah Merapi
.
.
.
Letusan terakhir ..
Merapi mula aktif pada akhir Oktober 2010
Letusan demi letusan hinggalah ke awal November
.
.
.
Merapi semasa letusannya memuntahkan lahar dan debu panas
Lahar memang dah pasti panas ..
Debu panas nya pulak suhunya lebih daripada 5000 C
Orang sana panggil wedhus gembel
Omputeh Orang Muo panggil pyroclastic cloud
Kerana awannya tebal , bergulung-gulung bagai bulu biri-biri
.
.
.
Di dusun ini , ia dilanda wedhus gembel
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sunyi sangat masa ni
Terbayang kekecohan dan kematian akibat Merapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kaca boleh cair dan merengkuk gitu akibat kepanasan debu Merapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Letusan juga menewaskan Mbah Maridjan
Penjaga Kunci Merapi
Mas Penewu Surakso Hargo dilantik menjadi penjaga kunci oleh Sri Sultan Hamengkubuwono IX dengan gelaran Raden Ngabehi Surakso Hargo
.
.
.
Sebagai penjaga kunci, beliau diamanahkan untuk menjaga dan mengawasi Merapi. Untuk jawatannya itu si Mbah hanya diberi gaji Rp8,000 sebulan.
.
.
.
Walaupun telah berkali-kali diajak berpindah , Mbah Maridjan masih enggan dan berdegil
Beliau berasa sudah menjadi tugasnya untuk menjaga Merapi sampai akhir hayat.
Dua orang yang cuba untuk membawa Mbah Maridjan turun juga tewas.
.
.
.
Mendengar peringatan pemerintah untuk berpindah , Mbah Maridjan cuma berkali-kali bekata, “Ning arep mati ojo keakehan polah. Nrimalah
( Kalau akan meninggal, jangan cuba mengelak. Berpasrah diri sajalah) ”
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sedangkan kaca boleh cair …
SubhanAllah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seterusnya
Kami dibawa ke Batu Alien
Batu yang berupa muka seorang eh.. seekor Alien yang sedih mukanya
.
.
.
Menurut Pak Kantong.
Batu ini tak ada di dusun ni sebelum letusan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cuaca masih sangat mendung dan berawan..
😦
.
.
.
Baju I AM Dak Anash yang paling tak nampak tulisannya!! Sebab panjang sangat nama glamernya …
.
.
.
Mula-mula saya malas nak turun
Tapi saya turun jugak
Lompat turun . Terjelepuk kat lopak kat depan sana
Lutut longgar
.
.
.
Ini adalah Bunga Abadi
Edelweis Jawa / Anaphalis javanica
Juga tak ada tumbuh di sini sebelum letusan terakhir Merapi
Tumbuhan yang bunganya sering dianggap sebagai lambang cinta, ketulusan, pengorbanan, dan keabadian ini sekarang dikategorikan sebagai tanaman langka / terkawal
.
.
.
Sepatutnya kita boleh melihat Merapi dihujung kali ini
Kali ini terbentuk akibat laharnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya laaa..
Macam muka Beto laaa…
.
.
.
Kutipan Bunga Abadi saya
.
.
.
Dusun Kaliadem yang dah hilang dari muka bumi
.
.
.
.
.
.
Kalau waktunya panjang dan tak mendung , boleh lah jugak kami ke tinggalan rumah Mbah Maridjan
Atas sikit dari sini
Mbah Maridjan dijumpai tewas dalam keadaan bersujud
Sekarang anak nya pula yang menjadi Juru Kunci Merapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seterusnya kami ke bunker
.
.
.
Pernah pada letusan 2006
Dua orang yang coba untuk berlindung di sini tewas
Wedhuk gimbal melitupi seluruh kawasan ini dan melemaskan mereka
.
.
.
Sepatutnya nampak Merapi yang sebegini dari Bunker
~ Gambar dari blog Jeep WisataMerapi 86 ~
.
.
.
Boleh masuk ke dalam bunker dan menyiasat ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
GadisBunga dengan Bunga Abadi
Bunga yang akan tetap kembangnya , tidak berubah bentuk mahupun warnanya
Selagi tidak terkena air
GadisBunga yang membuat cinta akan tetap abadi.
.
.
Ok
Habis adventure untuk hari ke 3
Sambung lagi esok
.
.
.
.
chop
iye lah kak .. mmg macam beto….!!!
saya ingat saya nak paste link jer lah… haahhahaa…
dah start malas nak menulis nih…… ijhin ngak buat begitu buk..!?…
hhahaaaaaa..
dasarrrrrrrr!!
oii!
updet aaa
nie paling best…saya suka entr nie
ada lagi yang best!!
tunggu esok!
Ohhhh, hampir tak bernafas baca entry ni…..full of adventure…teringin nak rasa trip macam ni….
jom kak join kita orang next trip!!
🙂
dah ckp kat blog GB…tapi nak ckp jugak kat sini…..jeles jeles….jeles….yang teramat sgt…tgk GB punya tadi dah meluap2 rasa…tgk blog akak ni lagi mendidih jiwa….jeles..saya takde kawan berjimba2 mcm ni…..apatah lagi sampai ke oversea….mesti best all girls travel kan….
he…
ko dah habis belajar lom??
dah habis jom join!
🙂
tgk lori ngan bajak2 tu dah cam mainan lak
mesti gegar2 kan ko diri kat jeep tu ngan jalan yang begitu rupa
ahaksssssssssssssss
camner kalau aku yang bercermin mata nak pakai benda alah tu kat mata
mau rabun aku sepanjang perjalanan
ha ah kan!!
sebab google tu ngam ngam kat mata aku tau!
alaa..
tak pakai pun tak apa sebenornya!!
masa berhabuk ko tutup je mata kejap!
pakai tu pun sebab nak bergambo!
dulu tak sempat nak naik atas, tapi tengok gambar2 pun memang boleh rasa sedih..
eh..ada aktivityi kuari kat ats tu? hmm…
ha ah..
sebab banyak batu yang dibawa oleh lahar dingin tu ke bawah..
boleh guna untuk pembinaan
ada jugak gunanya..
terjelepuk…ouchhhh!!!!!
ooo..rupanya Ai dok sebelah Beto????
awww…
heheh
iya..sunyi kan masa pi rumah tu?
macam mainan plak lori dan excavator
*muka masa nih dah mula menahan sakit perut*
(ada 2 ribu? pinjam????..sambil lari ke kamar kecil)
hahhaaaaaaaaa!!
wa halalkan sesiapa yang meminjam 2 ribu itu dan mintak halal kat korang semua eh!!
tak terkira dah berapa kali pinjam meminjam 2 ribu tu!!
asik ceretberet je..
kak.. kite kan hadek beradhek… no hal lah… stakat 2000 tu…
saya pon mintak halal eyh tapi nye … hehehehe….
Saya cakap Beto tu jawa kacak! Haha.
Tapi haritu nape saya tak perasan??
kann.. kannnn??!
macam Beto!!
dah siap sedia dah untuk nonton Gila baby??!
🙂
“Muat-muat sendat”… hihihi hahaha…. serious kelakar!!! 😀
Berdiri!!??? Oh no you did not!! Gegar lutut, sakit oooo…
It’s nice that they kumpul kesan2 peninggalan dari letusan gunung berapi tu. i can only imagine what it must have been like!! Kesian haiwan2 tu!
Nice lah you all pakai matching ‘I am’ t’shirt tu 🙂
And thanks for the bunker photos. Dulu saya ke sana tak sempat singgah…
hahhahaaaa!
serius!!
memang muat-muat sendat 3 orang kat belakang tu!!
so.. tak gegar sangat!! 🙂
yesss.. 🙂
saya berdiri!!
ada lah dalam 5 minit , masa kat Kali Opak tu!
kononnya nak cari angle best..
tak beraniii !!!!!
kita orang tempah khas untuk trip jogja ni baju I AM tu..
senang nak kenal siapa..:)
kalau tak mendung mesti terpegun nengok Merapi belakang bunker tu kan!!?