YAYASAN SIME DARBY ART FESTIVAL : KLPAC : [ 1 ]
.
.
.
.
Saya tau pasal Yayasan Sime Darby Art Festival ini daripada BudakRock yang dapat tau daripada Guru Muzik dia
Semua Anak Singa melonjak nak pergi
Berlaku dihujung minggu lepas , di Kuala Lumpur Performing Art Center
Di Sentul
Kawasan yang memang saya tak arif langsung …
Masuk je kawasan nya ..
Nampak bangunan ini.. dari batu-bata merah , mesti sezaman dengan Bangunan Sultan Abdul Samad , atau mungkin Istana Kellie ?
Balik , saya gugel ..
Jumpa ! [ sini ]
Sebuah gudang lama KTMB berusia 103 tahun , yang diubah suai menjadi satu pusat seni persembahan..
.
.
.
Ada di Google Map
Off Jalan Stratchan
Sebenarnya saya pernah nampak satu lagi bangunan sebegini di dalam kawasan ini semasa menaiki tren ke Batu Caves hari tu , dah bulat mata saya .. lagi cantik .. later-later nak terjah ..
.
.
.
Hujan selebat-lebatnya sebaik kami masuk dalam KLPAC ini..
.
.
.
Bangunan ini di tepi tasik di Sentul Park ini
Orang tidak berkepentingan tak boleh masuk ke sana tu ..
.
.
.
Walaupun hujan ..
Ramai jugak yang gigih datang awal pagi macam kami ni.
Pukul 10:30 dah sampai..
.
.
.
Yasayan Sime Darby Arts Festival
Macam-macam ada dalam satu masa , dalam satu bangunan!
Rasa macam nak pergi nengok dan buat semua!!!
.
.
.
.
.
.
‘ Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah ‘
Kompang lukisan Wak Jenal
.
.
.
‘ Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu ‘
Ku mohon …
.
.
.
Masa tak ada festival ni pun banyak aktiviti di KLPAC ni!
Dak Nina dah teruja nak join itu ini kat sini
.
.
.
Akan datang ke KLPAC
Menarik jugak tu!
.
.
.
Poskad free !
Ambik lah banyak mana pun..
Depa selalu refill
Ada 8 corak poskad
Gambar dari pemenang pertandingan fotografi
.
.
.
.
.
.
Banyak acara kena pospon/ di adjust sebab hujan diluar
Kami jumpa dia ni , Fairuz Sulaiman
Dengan Beberscope nya ..
.
.
.
Guna motor , tin sadin cap ayam , cermin , plastik nipis bulat jernih untuk dilukis , mentol
Untuk buat ‘ filem pendek ‘
Lukis cerita pendek , frame by frame , dalam kotak demi kotak , dan nanti pancarkan ke dinding dari Beberscope itu..
Akan terpancar gambar di dinding itu frame by frame , macam katun kat TV dulu-dulu masa TV baru tercipta dulutu ..
.
.
.
Zen The Explorer suruh kakak dia lukiskan burung makan beger ..
Nina lukis telur pecah jadik ayam ..
.
.
.
.
.
.
Ada banyak workshop ..
Semua menarik !!!
Tapi sebab masa tau pasal workshop ni, masa tu dah pukul 11 lebih ..banyak yang best-best yang budak-budak ni nak dan boleh masuk dah on going ..
Gamelan , Islamic Caligraphy, Mask Theatre semua dah half way..
Suruh masuk workshop djembe , tarian melayu , drum simfoni tak mau pulak …
.
.
Mereka yang di workshop Gamelan
.
.
.
Persembahan daripada Sri Maha Kaliamman Urumee Melum Drum di ruang legar bawah
Degang degung dengar sampai kat atas
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Okeh ..
Sambung besok ..
.
.
.
.
Kakak tengok gambar yang cantik-cantik
Kumpulan pemuzik berbaju oren tu buat kakak senyum sendiri..
Mesti doc. angguk-angguk masa menontonnya:)
kapla juga ada goyang-goyang kak!! 🙂
aneeee tu dikir barat ker or tunjuk skill kilauan emas…keh..keh..keh…
dei tangachi….
the Voice!! 🙂
Waa…. so many acara! Bestnyaaaa…..
What a great idea kan doc. To have so many cultural activities in one place, in a 103 years old building pulak tu. An excellent way to preserve our precious budaya and a cool way to introduce them to tourists too. And I think the workshops are just so awesome!
Sambungan esok sgt saya nantikan 🙂
so many cultural activities yang even orang malaysia pun tak pernah cuba dan nengok!!
ada 6 entri!
you wait aa..
🙂
tak dapat pegi… dapat tgok dari blog akak pon dah cukup puas hati…. 😉
outing mengejut
🙂
best nya
kat KL selalu ada even best2
kat melaka takde even. haha
kalau ada pon, time cuti sekolah gini, kosser sangat nak jejak banda hilir tu
weekend yang sama hari tu ada something going on jugak kat melaka
joget lambak or something kat Banda Hilir
bagus nie,,,
yup
saya der perasan bangunan ini dulu… masatu tak jadi lagi kot yayasan sime darby art kot…
memang cantik…
ni yang saya paling suka blog dr singa ni… tempat cam gini dari biasa2 jadi luar biasa..
hati menggaru2 nak pergi….
ada satu lagi bangunan lama KTM dalam kawasan ni
cantik sangat
bangunan tinggal lah tapi
try lah siasat..
🙂
huit!!! best aaaa….
creative mcm nih jenis art and design..dulu kat school (‘omputih’ ie obe-c) sll wat event
cenggini
wa suka join tengok dan paling best ambik poskad derang byk2 yg free itu
hahaha
*dasar nak free je*
(terus cari mana sentul di KL)
tang art tu kita suka tapi kita tak pandai
tang kebudayaan tu kita lagi suka , dan kita lagi tak pandai!
dah download apps google map baru?
best..
google map boleh bercakap-cakap bagi direction dah sekarang 🙂
Dr singa ni suka carik tempat2 yang menarik saya pernah tengok tempat ni dlm magazine tak tahu kat mana…rupanya di Setul jer
dekat je
senang je nak cari..
tapi nak masuk tu ada pak gad post ..
wah bestnya, banyak betul acara yang ada
tunggu tee……
ada baaaanyak lagi!!
Sentul?
Pun saya tak mahir…:P
Kalau gi obersi, gigih masuk museum art..
Tapi kat Malaysia, saya tak pernah nak layan art…hahahaha….dah take note coming event kat KLPAC tu..TQ kak 🙂
macam best je semua Short + Sweet Malaysia tu kan!!
ko remind akak tau nanti!!
Banyak kali datang KLPAC ni…. tapi tak le secantik dalam gambar ni… atau mata orang tua ni makin kabor..?
rambut uncle tutup mata tu..
😛
bestnya! nak go tapi…
sentul was near our last year’s neighbourhood.
kami huru hara sejak ahad, semalam baru dapat menetap…
need any help just calling-calling tau!