MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI

.

.

.

.

Nawaitu utama juga adalah hendak mencari Istana Seri Menanti

Telah menjadi sebuah Muzium Diraja sekarang

Terletak di Bandar Diraja Seri Menanti

1

 

.

.

.

Dari  depan Restoran Warisan tu ..

Akan ada sempang empat , yang agak susah nak keluar balik ke jalan besar , banyak kereta ..

Tegak .. ambik ke pukul 12

Akan nampak pintu gerbang ke Bandar Diraja Seri Menanti

2

 

.

.

.

Den kopi pes je ya dari tenet..

” Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti. Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada ‘Seri Menanti’. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka. “

.

.

Masuk pekan .. ada bulatan ..

Dari situ dah boleh nampak Muzium Diraja ni ..

Itu … ke Istana Besar Seri Menanti

Jangan nak ngengada ke sana pulak

Tu bukan untuk rakyat jelita jelata …

3

 

.

.

.

Ekau boleh baca?

Kocik bonar ?

4

 

.

.

.

Hah ..

Ni eden bosarkan …

5

 

.

.

.

Pelan asalnya dilakar oleh dua orang tukang Melayu

Tukang Kahar dan Tukang Taib

Ekau boleh baca Jawi ?

6

 

.

.

.

Ai ambik gambar yu

7

 

.

.

.

Yu ambik gambar Ai

Ok jugak Zen The BudakLast memetik punat kamera

Ai berdua je masa ni yang menjadi Dora the Explorer di Muzium ini ..

Ai memakai busana Tie Dye oleh TokJanggut Tie Dye

Ai yang berdebau dalam dada menengok Zen The BudakLast memegang kamera Ai yang berat itu ..

8

 

.

.

.

Atap istana melengkung melambangkan tanduk kerbau , kerana tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan

9

 

.

.

.

The Explorer berdua hampa ..

Nampak tali merah putih yang merentang tu ?

‘ Maaf Puan ..

Muzium ini ditutup untuk proses baik pulih .

Mungkin bulan 3 tahun depan baru siap ‘

Kata Kakak kakitangan Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan di situ !

Apa ??!!

Hampa Ahkak The Explorer ni tau!!!

Ahkak datang dari jauh ni !!

10

 

.

.

.

‘ Puan boleh melawat sekeliling Muzium . Bawah-bawah Muzium ..’

Jadik laaaaaa

Mengubat kehampaan …

11

.

.

.

Istana ini didirikan di atas 99 batang tiang

Daripada kayu penak

Bahagian dinding dan sebagainya dari kayu belian

[ alaaa… kayu yang bagi ‘ bau muzium ‘ tu … ]

Apa hujung sana tu ?

12

 

.

.

.

Sebahagian daripada kereta kuda kah ?

Tak ada papan tanda apa-apa kat bawah sini ni…

13

 

.

.

.

Mungkin tandu untuk Yam Tuan Besar

14

.

.

.

Setiap tiang di bahagian luar ada ukiran yang cantik sebegini ni

15

 

.

.

.

Replika Batu Kasur atau Batu Timbang

Apokobondo kasur tu ?

Kasur adalah tilam ..

Nah .. mesti boleh hagak untuk apokobonda Batu Kasur ini ..

16

 

.

.

.

Ujian untuk Anak Raja

Kena tidur di atas batu Kasur ini

Mesti lulus untuk ditabalkan untuk menjadi Raja

Kena tidur di atas Batu Kasur yang dilapik dengan Daun Jelatang ini beberapa hari

Plus ada banyak gangguan lain yang datang semasa tidur itu  ..

Raja Melewar lulus dalam ujana ini dan ditabalkan menjadi Raja selepas itu

17

.

.

.

Itu pulak Replika Batu Batikam

Masih terdapat di Batu Sangkar , Sumatera

Datuk Pepatih Nan Sabatang berselisih faham dengan Datuk Katumanggungan lantas menikam sebuah batu  dengan kerisnya , maka berlubang lah batu itu ….

18

.

.

.

19

 

.

.

.

Ada ditanam padi di suatu sudut Muzium Diraja ini

20

 

.

.

.

Masa masuk Muzium ini

Sekilas nampak macam ada orang terpacak di tengah-tengah padi tu..

Tokojoit den !

Rupa-rupanya .. orang-orang..

Pakai Baju Kurung ..

Bertudung bawal hitam .

Mau tak tokojoit!!

21

 

.

.

.

Zen The Explorer dengan segenggam Bunga Siantan ditangannya

Suka sangat sebut perkataan baru …  ‘Ixora’ dan ‘ Siantan’ sekarang ini …

22

 

.

.

.

Mengubat kehampaan Sang BudakLast Zen The Expolrer

Sib baik ada kuciang di Pintu Masuk Muzium tu ..

Yang manja

Yang brrrrrrr brrrrrrrrr bila Zen The Explorer garu belakang dan tengkuk dia

23

 

.

.

.

Kuciang orang buang baru-baru ni..

24

 

.

.

.

Yang ini Si Tompok .

Kuciang dari Resort di sebelah muzium ni ..

Pun manja

25

 

.

.

.

Saya ada terbaca tentang kejadian-kejadian ganjil di dalam Istana ini..

Tentang katil peraduan yang dah siap dikemas , tapi bila pagi harinya nanti berkedut-kedut seperti ada yang tidur di atasnya ..

Betul ada yang tak dapat di’ explain ‘

Tetiba masa baca tentang tu , terpikir pulak tentang konsep Sains.

Benda sojuk mengocut , benda panas mengombang .. ada lojiknya jugak kan….?

.

Gambar hasil usaha Zen The Explorer

26

 

.

.

.

Masjid Diraja Tuanku Munawir yang kami jumpa di pekan Seri Menanti ni

27

 

.

.

.

Dan juga Makam Diraja Seri Menanti

28

 

.

.

.

Makam dan Masjid

29

 

.

.

.

Saya masuk sebentar ke Makam Diraja

Ada makam Al-Marhum DYMM Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.

KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke 10, 26 April 1994 – 24 April 1999.

Ada banyak lagi makam kerabat di belakang sana

Encik Abdul ada terbabit sama semasa upacara permakaman Almarhum , maka saya pun berhenti dan merakam di sini .

30

 

.

.

.

Okeh .

Satu kembara yang tak berapa berjaya

Mungkin akan kembali di suatu masa nanti

31

 

.

.

.

.