SINGAPURA : UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA I : HOLLYWOOD : NEW YORK
.
.
.
.
Kertas A4 termahal !
RM 155 sehelai !!
.
.
.
Kami pergi juga ke Universal Studio di Singapura
Bak Kawan Saya kata ..
” Kalau dah ke Singapura, maka kena la ke Universal Studio tu . Nak gak tahu what the hoo haa was all about. ”
Tiket dah siap-siap beli on-line
Dapat 15% off .. Beli guna Kad Kredit Maybank
Dapat kurang .. RM 155 seorang
Kalau tak ada kad , rajin-rajin lah cari .. search .. ada yang menawarkan tiket harga gitu
Rasanya dia pun beli guna diskaun kad kredit itu gitu ..
.
.
Tok sah berangan nak bergambar sorang-sorang diri depan ikon USS ni..
Redho je lah masuk gambar dalam kamera orang lain dan gambar orang lain masuk celah-celah kita
.
.
Dah beli on line pun beratur panjang.
Print elok-elok Kertas A4 termahal itu..
Scan kat get masuk tu..
.
.
.
Boleh ke kiri atau ke kanan lepas lalu jalan besar di hujung ‘ Hollywood ‘ tu ..
Saya cadangkan .. Ke kanan
Terus ke Ancient Egypt dan/atau Sci Fi City
.
.
.
Kita nengok sekeliling Hollywood dulu..
.
.
.
Dak AbangLong tanya..
Tu siapa?!
Betty Boo laa..
Siapa ??! Tak pernah dengar ! Tak pernah nengok pun!!
.
.
.
.
.
Boleh aja nak bergambar dengan depa ni..
Kena beratur tapi
Dalam sepuluh orang gitu je yang boleh bergambar tapi.
Tak kuasa ahkak nak beratur dik oi !!!
.
.
.
.
.
Kat KL tak nak lak dia pau saya kopi mahal ni..
Kat sini lak dia buat muka kesian dan kata
” Tak pernahhh pun minum kat Stabak !!”
.
.
Sentiasa pujuk otak agar ‘ jangan kali 2.6.. ‘ ‘ jangan kali 2.6 !!! ‘
.
.
.
.
Kalau datang sini..
Pastikan masuk nengok ni !
Tak panjang Q nya
Oh ya.. Kalau awak rakyat marhean macam saya ni … bawak air mineral.. jangan buang botol .. Nanti boleh refill kat water cooler kat dalam sini . Kat Light Camera Action ni ada satu..
.
.
.
.
.
Macam 40 D …
.
.
Abang Steven tunggu kita kat dalam
.
.
Ada studio dalam bangunan
Ada ribut topan
Ada terbakar-terbakar atas air
Ada bot yang tetiba meluncur muncul dari belah sana dinding landing depan kita!
[ Tapi Lights Camera Action ni pergi bila-bila pun boleh .. Kita pergi tempat yang mencabar dulu !! ]
.
.
Bebudak punya ..
Kami masuk jugak !!
.
.
.
Ini buktinya !
Ini adalah kerana dapat Express Pass percuma sebab ada ‘ attraction ‘ yang dah penat-penat beratur tapi akhirnya tak dapat naik sebab ada kerosakkan dan orang yang beratur dapat Express Pass percuma..
Dan juga sebab dah tak ada attraction lain yang masih bukak .. maka kami pun naik lah ..
Cari spagetti ..
Naik keretapi kecik..
Sambil ketawa bagai nak gila ..
.
.
.
.
.
Ada Street Show..
Mula-mula.. eksaited diri kat depan..
.
.
Tiba-tiba dejavu peristiwa ‘ ronggeng di Menara Kuala Lumpur’
Dengan perlahan-lahan saya gostan ke belakang..
Takut kena tarik atas pentas..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makan ..?
Dah banyak restoren dan fast food Halal kat dalam USS ni
Ni di Hollywood , simpamg nak ke New York
Mel’s Drive In
Ada beger
Starbuck pun Halal
Hollywood China Bistro pun Halal..
.
.
Ok
Hollywood ni tahap ‘ Best ‘
* Selingan *
Ada sesiapa nengok Lawak Ke Der 3 ?
Yang nengok mesti dah kenal Douglas Lim
Ala .. ‘ Cina Montel ‘ tu ..
Ramai yang tak pernah dengar pun dia sebagai seorang ‘ stand up comedian ‘
Terbaeklah Douglas ni ..!!
Ada tu .. Dia kata .. ‘ Best ‘ kat Malaysia ni ada 3 tahap
Tahap pertama .. ‘ Best ‘ yang biasa -biasa
Yang kedua .. ‘ Best ‘ yang membabitkan kewarasan kita
* dah bantai gelak dah masa ni *
Tahap ketiga .. ‘ Best ‘ yang membabitkan seekor khinzir dan ^&*^&%&
Wahahhahaaa !!
Time dia nyanyi lagu Awie kat hujung-hujung tu dah kejang perut saya ketawa !!
Sampaikan Harith Iskander bukan Iskandar kata ..
‘ Budak Cina mana yang dahsyat nyanyi lagi Melayu tu.. Best Gila Babi &U*^&% !! ‘
.
Kat Hollywood ni ..
Best tahap yang pertama ja …
.
.
Esok sambung lagi …
.
.
.
.
saya pun tak pernah gi USS.. fikir doploh kali nak beli tiket sbb sy ni jenis gayat.. hohoho..
he..
adaje attraction yang menggayatkan..
shrek ada..
show ada..
biar je dak iman naik sorang sorang kalau dia berani..
🙂
terbayang2 keseronokan main roller coaster kat sci fi city…
mcm nk gila kecut perut…
balik kl…check, dah peknen!
wahhhh…kalo la masa tu tau tgh peknen…
gila nak naik roller coaster….
kahkahkah
oit!!
sib tak apa apa..
bergoncang goncang dak zhareef katdalam !!
habih tu..mak marah tak bila diatahu..?
🙂
cer bayangkan kalau kena tarik naik atas pentas.. hehehe..
psstt: eh!Yelah.. kat tepi dalam blog ai tu, kenapa ai letak ‘wanita’ belakang remaja purba tu kan.. kihkihkih…
hahhaaaaa!!
yang purba tu yang buat gelak!!
Hensem la mamat speckie kat atas tu.
Saya kenal Douglas sebelum Lawak Ke Der lagi. Dia punya joke memang best.
he?
saya baru kenal kat lawak ke der 3 t!
tang nyanyi lagi awie tu best gile babi ^&*^&*(( !!!hahhahaa!!
‘ mengasarrrwi dirrwi mu ‘ !
hahahhaaaa!!
ooo dah ada blog baru.. patut tak masuk entry dlm kite ye feedly…sabo je la…
🙂
dah dua tiga bulan dah ai pindah yu!!
teruja tengok gambar doc kat sana….
ada lagi…
esok-esok
ituler ingat tak nak pergi USSni .. statement kertas A4tu memang betoiler…
gambar2 di sini memang teruja habis saya tengok.. cun melecun.. umpama saya dah sampai sana…
yesss…
my job is done!!
syabbassss…mustilah pow mommy kat stabak USS kannnnnnnnnnnnnn..hahahaha
dia abik yang paling mahal!!!!
ha ha gelak saya terbaca tang dejavu tu haha
tetiba cam leh imagine lak kalau kiranya itu berlaku lagi haha
frust tak dapat masuk light camera action tu
me want cookie ada lah dekat 6 kali ulang kot ho ho