DARI PETALING KE BATU CAVES …
.
.
.
.
Cuti hujung minggu yang panjang
Pikir-pikir ..
Akhirmya .. ambik kamera
Ambik BudakMataBesar
.
.
.
Naik tren
Bayar RM 3.60 untuk dua orang , sehala ..
.
.
.
Kami ke Batu Caves
Hentian terakhir Tren KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang
Kali terakhir saya ke sini
Mungkin masa saya sebesar BudakLast ni.
Ikut rombongan Sekolah Ibu saya
Yang saya tau masa tu..
Ada gua .. ada tangga banyak .. ada kuil ..
.
.
Ok.
Dah sampai di Batu Caves !
Dekat je dengan hentian Tren tu..
Kalau Usin Bolt lari .. dalam 9 saat dah sampai dah..
Sebab masa ni hari cuti umum , ramai jugak lah pelancong yang datang sini ni..
.
.
.
Saya tau ada banyak burung merpati ni kat sini
Dah plan dalam kepala dah..
Nak ambik shot BudakMataBesar berlari sambil halau burung merpati dan burung-burung berterbangan berlatarbelakangkan tangga yang tinggi itu..
Hampeh !
Dia tak nak!
Malu !
Ramai orang !!
.
.
.
Patung Dewa Murugan yang tertinggi di dunia ..
140 kaki tinggi
47 meter
Batu Caves terkenal dengan perayaan Thaipusam (Tamil: தைபூசம்). Ia menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu Malaysia, tetapi juga penganut Hindu di seluruh dunia seperti India , Australia , Singapura , Thailand dan Eropah.
Pada tahun 2007, perayaan ini menarik lebih daripada 1.5 juta penganut, menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar dalam sejarah dunia.
* Wikipedia *
.
.
.
Lets jom panjat tangga !!
Ada 272 anak tangga !
Onyomak .. Geset .. Go !!!
[ Bila dah pandai Bahasa Inggeris baru saya tau ia adalah On Your Mark .. Get Set … Go !! ]
.
.
.
Khas untuk DrDaddyTripleZ..
Memang ada bau-baulan kat sini..
Masa turun tren .. ada macam bau sampah yang bertimbun kat tempat longgokan sampah ..
Memang menyesakkan !
Tapi bila dah sampai kat tangga ni tak ada pulak ..
Mungkin ada tempat longgokan sampah kat belakang-belakang sana tu!
.
.
Sayupp saya nengok !
Kesian lemak-lemak saya terbakar karang!!
.
.
.
Trick untuk tidak menampakkan sangatlah mengah dan tak fitnya..
Berhenti .. Tarik napas ..
Angkat kamera .. klik kanan klik kiri klik atas klik bawah ..
Nengok LCD kamera .. belek-belek..
Angkat-angkat kening .. senyum-senyum .. angguk-angguk
Kekonon menghayati gambar yang diambil
Sampai hilang mengah ..
.
.
.
Minah Saleh tu rambut dia berpintal-pintal biru kuning hijau !
Cantik !
.
.
Ulangi lagi ….
Berhenti .. Tarik napas ..
Angkat kamera .. klik kanan klik kiri klik atas klik bawah ..
Nengok LCD kamera .. belek-belek..
Angkat-angkat kening .. senyum-senyum .. angguk-angguk
Kekonon menghayati gambar yang diambil
Sampai hilang mengah ..
[ Rasa macam baru dua puluh anak tangga je dari lakonan pertama tadi ! ]
.
.
.
BudakMataBesar dah penat
‘ Jom aaaa turun ! ‘
‘ Nak naik sampai atas ke ??! ‘
.
.
272- ntah berapa mata tangga lagi nak sampai atas tu..
.
.
.
Dia dah mula ‘ stare ‘ kat saya ..
.
.
.
Saya akur ..
[ Dalam hati … yesss … kalau orang tanya kenapa tak sampai atas .. Inilah jawapannya !!!]
.
.
.
.
” Helloooo lo lo lo … !! ”
” Ada apa kat sana tu .. tu .. tu .. tu.. !! ”
* talun *
Korang tau tak talun tu apa ..?!
.
.
.
Sampai bawah balik semula ..
Adalah dalam separuh daripada anak tangga tu kami daki ..
Eh .. tak sampai pun rasanya .. 1/4 je rasanya .. !
Bulu burung merak tu kalau buat shot makro mesti cantik tu kan !!?
.
.
.
Sebenarnya memang tak nak sampai atas sekali tu pun.
Saja nak naik Tren Komuter KTM dan ambik gambar sekeliling situ ..
.
.
.
Nengok-nengok sekeliling …
.
.
Nengok dan ambik gambar gelagat orang …
.
.
.
Ambik gambar orang yang ambik gambar orang …
.
.
.
.
Ada dua gua kuil di kaki bukit ini
Gua Galeri Seni dan Gua Muzium
Nak masuk kena bayar ..
.
.
Panas ?
Boleh beli topi!
.
.
Lapar ?
Boleh beli jajan ..
.
.
.
Gua-gua kaki bukit tu dari luar
.
.
Yang ni dekat dengan pintu keluar dari Stesen KTM
Kuil untuk Dewa Hanuman
.
.
Mau sirih ?
Adaaaa ..
Mari-mari !!
.
.
.
Hah !!
Ambik !
Punyalah panjang ekor Hanuman !!
.
.
.
Elok je berkain sarung !!
.
.
.
Borak-borak dengan Auntie ni ..
Tergoda jugak ..
Beli jugak gelang kaki kericingkericing macam loceng kucing ….
.
.
Amoi Korea rasanya ..
Berbelit-belit lidah Auntie melayan ..
.
.
Uncle kepada Auntie Gelang ..
.
.
.
.
Haa best nya!
Saya tergerak hati tadi, ni kalau nak daki pakai sport shoes baru best. Sekali tengok laa… pakai kasut ada riben ke? Hmm…
hahhahahaa!!!
pakai kasut raya ada riben tapi ada hati nak panjat 272 nata tangga kan!!??
dah lama jugak tak betul2 masuk ke sini… abis dekat pun lalu kat depan je.. hahaha
masuk je .. parking banyak je kat depan tu..
🙂
hahaha dah pandai guna gerek seh! angguk2, tak geleng2 sekali ke. kalau BudakMAtaBesar tak sanggup, good indicator my children pun tak teruja..tapi kalau lari2 kejar bola tak penat.
hahahhaaa!!
tak geleng-geleng..
kekonon cantik semua!!
sah No 4 dan 5 tak nak naik!!
mengah!!
gambar no 3 tu perghhhh terus mengajak mata saya untuk tengok gambar-gambar lain lagi
gambar no 4 tu perspective nya unik sekali
gambar ekor hanuman, nombor berapa ntah, i stopped counting, saya suka lens flare nya!
kami pernah naik sampai atas, memang tak cukup oksigen yuuuu!
dan tasik tu, kenapa saya tak pernah perasan ya? hmmmmm
50 sen tu ok..
tapi kalau nak lagi luas dan puas..
cari satu wide angle..
peh.. perspektif menjadi sangat cun tau awak!!
tasik tu..
belah kiri tangga..
banyak ikan kap.
air hijau
ada bauan sampah tapi
bukan dari tasik
ntah dari mana ntah..
Hahahaah. Jap gelak dulu. Hehehe
1. Cara terbaik untuk tak nampak mengah! Salut!!
2. Juga jawapan terbaik kenapa tak sampai atas. hahaha.
3. Canti kolam tu kann. Tapi, saya tak jalan sampai tempat dewa hanuman tu. sebab jauhhh pastu macam tak ramai orang. tapi patung dia boleh tahan besar.
4. nasib baik dia pakai sarung kalau tak..?? hahahaha.
nice entry kak. lepas ni ke mana? 😀
hehehheheheee!!!!
baek punya trick kannn !!!??
tapi still kagum akan kepada orang yang boleh panjat tangga itu pada siang hari pada bulan puasa !!!! 🙂
3. kolam tu airnya hijau.. cantik reflection .. kuil hanuman tu.. dekat dengan stesen LRT . tak ada orang sangat pun..
4. exactly !! you read my mind !! kalau tak .. tak lalu nak ambik gambar!!!! hahahahha!
keluar je .. ada belah kiri ..
penah pegi sekali je…3-4 tahun lepas..
yeayyy berjaya naik smpai atas..
kat atas ada monyet…bau agak kurg menyenangkan..
monyet kat bawah pun ada..
tak banyak tapi..
jahat..
dok stare kat makanan
kak.. kalau di hati terasa ingin pergi naik sampai ke atas pada laen hari…
sila bawa saya… sekian .. itu saja permintaan saya…. ;P
hehhehheee..
orait oraitttt..
seronok baca… rasa kitapun ambik nafas nak sampai atas…
tak penah sampai walaupun selalu lalu lalang….
der gak hajat nak sampai situ.. senang gak kalau boleh naik trenjer…
tak payahler nak drive ke sana….
naik tren
tak payah susah-susah pikir nak parking awak..
🙂
Hahahahhaa..tak aci! Sebab tak sampai atas sekali…Tapi lakonan tu mantap la..haha
Tetiba rasa nak gi jugak la ke sini…tapi malas nak bawak si ziyyad…nanti dia pun komplen..” letihhhh la daddy…penattttttttt..panassssssss”..kang kena turun sekerat jalan…hahahaha
geng-geng senang berpeluh tak yah aaa panjat tangga tu!!
🙂