SINGAPURA : TANAH JAUHAR DI SINGAPURA
.
.
.
.
Selesai Jamak dan Qasar di ruang solat
Saya duduk-duduk di luar
Di kawasan meja makan
Ada banyak Meggi , air , snek , keropok-keropok dan sebagainya ..
Tak ada yang menjualnya tapi .
Cuma ada begini di sana sini..
Ambik ..
Dan bayar dengan jujurnya..
.
.
.
Ada WIFI percuma
Saya cuba sambungi
.
.
.
Bangga saya sebagai Anak Johor .. !
.
.
.
Saya bukan di Johor
Saya di Singapura tapi.
Johor yang pernah dikenali sebagai Tanah Jauhar dahulunya ..
Jauhar dari perkataan Arab , bermakna batu permata
Jabatan Agama Johor yang menjaga tinggalan Tanah Jauhar di Singapura ini..
.
.
.
Bukan itu sahaja , kakitangan tetap masjid seperti imam serta bilal , noja , penjaga makam serta tukang kebun adalah rakyat Johor
Yang dihantar bertugas sepenuh masa oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan tinggal di kuarters di situ.
.
.
.
Saya di mana ?
Saya di Masjid ini
Di Jalan Teluk Blangah
.
.
Nampak ?
Tak ?!
.
.
Masjid Temenggung Daeng Ibrahim
“Johor Darul Ta’zim “
Di Singapura
.
.
.
Bendera Johor megah berkibar
Sebagai bukti pengurusan masjid yang dibina pada tahun 1845 itu hingga kini masih di bawah kelolaan Jabatan Agama Johor ( JAJ )
Khutbah Jumaat dan doa yang disampaikan tertakluk kepada Jabatan Mufti Johor.
.
.
.
Bagaimana nak ke sini ..?
Senang je nak pergi Masjid Temenggung Daeng Ibrahim ni..
Dari Vivo City
Seberang jalan besar itu [ Jalan Teluk Blangah ]
Jalan hala ke kanan sikit
Akan nampak lah masjid ini di tepi jalan
.
.
Semenjak 167 tahun lalu , Khutbah Jumaat yang dibaca adalah disediakan Jabatan Mufti Johor, lengkap dengan doa untuk Sultan dan rakyat Johor.
.
.
.
Sejarah masjid terbabit bermula ketika zaman Kesultanan Johor di Singapura apabila Temenggong Daeng Ibrahim , menyerahkan Balairung Seri istana baginda untuk dijadikan masjid pada 1845.
Masjid itu asalnya hanya dikenali sebagai Masjid Kampung Teluk Blangah sebelum bertukar nama kepada Masjid Jamek Kerajaan Negeri Johor yang turut dikenali sebagai Masjid Teluk Blangah.
Selaras peredaran masa, masjid asalnya dirobohkan pada 1993 untuk pembinaan baru dengan kos RM2.5 juta dibiayai sepenuh Almarhum Sultan Iskandar yang menitahkan supaya ciri masjid Johor dikekalkan dalam seni binanya.
Sumber – bharian.com.my
.
.
Masjid baru siap pada 1996 dinamakan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim berupaya memuatkan 1,500 jemaah pada satu masa .
.
.
Di sebelah tepi masjid ada saya jumpa kompleks makam ini
Makam Diraja Johor
Teluk Belangah
.
.
Makam Diraja Teluk Blangah dengan 32 makam kerabat diraja Johor zaman silam termasuk Sultanah Khadijah Khanum, Temenggong Abdul Rahman dan Temenggong Daeng Ibrahim
Pintunya berkunci
Ada tingkap yang terbuka
Saya intip ke dalam
Tak berani dan tak boleh ambil gambar..
Siapa Sultanah Khadijah Khanum ?
Isteri ke-4 Sultan Abu Bakar
Temenggong Abdul Rahman pula ?
Temenggong Abdul Rahman ialah seorang tokoh penting dalam sejarah Singapura. Beliau telah menemukan Sultan Hussein dan Tuan Raffles untuk menandatangani perjanjian 1819 untuk membenarkan Syarikat Timur India untuk membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura dengan menandatangani Perjanjian 30 Januari 1819 sekaligus menabalkan Sultan Hussein ( Tengku Long ) sebagai Sultan Singapura
Temenggong Daeng Ibrahim ?
Adalah anak kepada Temenggong Abdul Rahman … Sultan Johor ke-20 … Ayahanda kepada Maharaja Abu Bakar , Sultan pertama Johor Moden
.
.
Juga terdapat hampir 2000 kubur lama
.
.
.
Masjid dan Makam Diraja ini masih diziarahi oleh Baginda Sultan Johor semasa Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji , Hari Keputeraan Baginda dan Hari Kemangkatan Ayahanda Baginda .
.
.
.
.
.
.
Baru saya tahu adanya tanah Johor di Singapura…
Tak tahu lah sama ada dan sampai bila Kuasa Sultan dapat mengatasi Land Acquisition Act di sana
.
.
.
.
Kiranya org Johor balik kampung lah
balik kampong?!
Alfatihah untuk penghuni kubur-kubur itu.
al fatihah juga
wow..bafru tau ada tanah johor di sana..bangga sekejap walaupun bukan orang johor 🙂
saya pun baru tau..
🙂
thanks dapat masuk lagi masjid ni. pernah sekali dulu masa late 80s, yg asal.
cantik, besar, bersih, selesa. now toilet pun dah moden 😉
hahhahaaa!!
terlampau moden!!
Omg, I was so engrossed I almost forgot to leave a message…hihi….
Nice entry doc. No matter how busy my day is, I musti lawat ini blog 🙂
hi en syed..
hehheheee….
like wise.. like wise.. [ ref your blog ] 🙂
Banyaknya kubur lama!
Baca entri ni, saya tacing. Sebab adanya warisan tanah Johor di Singapura. Semoga tanah ini tak jadi seperti tanah di Tanjung Pagar, mudah-mudahan.
bila baca tentang Masjid ni.. serta merta ia menjadi tempat utama akak ke Singapura
Menarik giler akak sebab tak tau pun. Tak pernah baca pasal ni. Hehe
Eh baru tau la. Tq!
saya pun baru jugak tau..
kakak….saya baru tau! masuk dalam tu ada cop cop passport tak??