PANTAI KUCING TELUK BAHANG

.

.

.

.

Suka bila anak-anak ni belajar jauh dari Lembah Klang ni

Ada chan nak meronggeng ke sana sini melawat dia orang

Kita ke Pulau Pinang ya anak-anak .. Kita melawat ‘ Asmidar ‘ di USM

Banyak pilihan hotel di Pulau Pinang ni. Kita orang suka duduk dekat hotel-hotel di Georgetown . Senang nak bergerak ke sana sini sebab tengah-tengah bandar.

Ni salah satu hotel best . Reunion Residence di Gat Lebuh Melayu

Bangunan lama . Cantik . Bilik kita orang tingkat atas sekali . Nampak yang ada pokok pisang hiasan tu ? Itu adalah balkoni bilik kita orang . Luas balkoninya .

Ada parkir khas untuk yang duduk di hotel ini. Ni best . Sebab banyak hotel gini dekat Georgetown ni tak ada parking depa sendiri .

Bawah hotel ni ada cafe.

.

.

.

.

Bilik luas yak amat . Dua katil double

Balkoni sepanjang bilik . Dalam 180 darjah rasanya .

Tingkap sebesar alam . Bilik bersih . Bilik air bersih .

.

.

.

.

Banyak bangunan lama sekitar hotel ni yang dijadikan cafe , hotel , restoren , museum .

Satu lagi fevret hotel kita orang ialah Sweet Chili Hotel . Seberang belah kiri hotel ni . Tu pun best . Parking pun senang

.

.

.

.

Boleh nampak KOMTAR dari balkoni .

Budak Anak No 4 , dia ni masa kecik , hijab mata dia terbuka . Nampak macam-macam. Bila dah besar baru dia cerita yang dia boleh nampak itu ini hitam putih besar kecik bantal peluk rambut panjang pendek mengurai tutup mata jenguk sana sini dan sebagainya …. … Hahhahahhahaha … [ ketawa serremm ] Sib baik lah bila dah besar dia cerita dekat aku …..

Apa yang dia nampak tu tak kacau dia tapi ..

Dia just buat boddo buat macam tak nampak

.

.

.

.

Dah banyak hotel kita orang tidur di Pulau Pinang ni sejak dulu .

Baru-baru ni je dia kata jangan duduk hotel ini lah , itu lah .. Sebab dia nampak macam-macam masa duduk dekat situ masa dulu-dulu tu . Hahahahhaahaaaa… [ ketawa serrem lagi ]

Hotel-hotel yang saya cerita dekat sini ok . Dapat approval dia …

Sekarang ni dia dah tak boleh nampak lagi .. Cuma boleh rasa ‘ bad vives ‘ kalau tempat tu tak ok .

.

Pemandangan sekitar hotel dari balkoni bilik

.

.

.

.

Naik ke Pulau Pinang kali ni kita orang nak ke Pantai Kucing ..

Di Teluk Bahang

Dimulakan oleh Pak Cik Nana pada tahun 2004. Masa tu Pak Cik Nana masih turun ke laut . Ada lebihan ikan tangkapan pada hari tu dia bagi pada kucing-kucing dekat tepi laut ni .

Lama kelamaan kawasan kucing makin besar . Pak Cik makin banyak selamatkan dan bela kucing terbiar

Pak Cik namakan tempat ni Pantai Kucing

.

.

.

.
Pak Cik dah tak ke laut rasanya sekarang ni

Tapi Pak Cik masih bagi makan dan selamatkan dan jaga kucing terbiar

Sejak tahun 2014 Pulau Pinang melaksanakan Polisi Zero Stray

Polisi Kosong Kucing Jalanan . Polisi Kosong Anjing Jalanan

Implementation ?

Majlis Bandaran tangkap kucing jalanan . Lepas tu ? Letak dekat mana ?

Ada ke satu tempat khas untuk anjing dan kucing tu ? Tak ada kan ?!

Mana pergi kucing tu semua ? Kalau tak ada yang tuntut atau selamatkan dari Majlis Bandaran ?

Jawapannya .. Ke Syurga .. ?

Paham-paham sendiri lah ya …

.

.

.

.

Maka ramailah para pencinta kucing menyelamatkan makhluk kesayangan Baginda Rasulullah SAW ni.

‘ Anak-anak’ Pak Cik Nana bertambah ramai

Sekarang ni dalam 120 ekor

Ramai yang hantar sebab selamatkan mereka dari Majlis Bandaran

Ada yang hantar sebab dah tak boleh jaga , oleh sebab kesihatan , kesempitan hidup , juga sebab apartment / kondo tak bagi bela .

120 ekor Beb!

Banyak tu ! Banyak tenaga dan banyak duit nak guna tu ..

Pak Cik jaga sorang Pantai Kucing ni

Ada juga volunteer datang dan tolong PakCik tapi

.

.

.

.

5 ekor sekali datang kerumun dia!!

Nak kasih sayang

Nak ambik bawak balik tak boleh sebab dah ramai dah dekat rumah

.

.

.

.

Memang betul-betul tepi pantai !

Lupa pulak nak cerita dekat mana Pantai Kucing ni ..

Ini di Teluk Bahang , Pulau Pinang

Kalau nak pergi , ikut je map ke Teluk Bahang . Search Nana Pantai Kucing . Sampai di roundabout di Teluk Bahang tu , nanti masuk ke pukul 3 . Tegak lagi , sampai hujung jalan , belok ke kiri .. Jalan depan sikit lepas belok ke kiri tu , nanti akan nampak kedai-kedai belah kanan jalan . Ada kedai yang dinding nya zink merah , ada lorong kecik sebelum kedai tu . Korang masuk situ ..

Nanti nampak banner ni .. Park je dekat mana-mana lah dekat kawasan tu ..

.

.

.

.

Sebenarnya ada dua orang yang amat mulia hati mereka di Teluk Bahang ni

Papa Kucing atau PakCik Nana ni , dan seorang lagi , Ms Teviot

PakCik Nana menjaga Pantai Kucing dari 2004, manakala Ms Teviot menjaga Cat Sanctuary dari 2011

Kedua-dua syurga kucing ini berjiran , bersebelahan aje di pantai di Teluk Bahang ni

.

.

.

.

Ini gambar di belah Cat Sanctuary

.

.

.

.

Ini di Pantai Kucing

.

.

.

.

Ada yang bebas berkeliaran

Ada yang dalam sangkar

Yang dalam sangkar ada yang sebab garang , atau baru sampai , atau sakit , atau baru beranak

.

.

.

.

Yang ni Abang Kawasan

Garang . Habis semua dikejar kalau dekat luar

.

.

.

.

Pak Cik kata .. Kalau ada yang sakit , Pak Cik tak boleh nak bawak ke Vet

Tak mampu nak bawa . Kalau luka ke , kurap ke , Pak Cik cuba ubat sendiri . Letak minyak gamat . Pak Cik cerita , ada yang sakit , luka kot , tak ada ubat , Pak Cik campak dalam laut , kucing berenang balik ke darat . Baik luka dia lepas tu .. 🙂

.

.

.

.

Kalau korang ke Pulau Pinang ni , kalau korang suka kucing , datang lah ke Pantai Kucing ni . Nak volunteer tolong Pak Cik boleh , nak bagi bantuan makanan kucing boleh , nak bagi bantuan kewangan pun boleh .

Pak Cik Nana cerita , masa PKP dulu , makanan tak berapa cukup . Kucing-kucing dia makan sehari sekali aje . Nak nangis dengar

.

.

.

.

Banyak yang gemuk-gemuk . Biasanya tu kucing orang bela , dah tak boleh bela , minta tolong Pak Cik jaga

Pak Cik cuma minta rm 50 [ rasanya , atau mungkin rm 30 .. tak ingat ] masa orang hantar kucing dekat dia …

.

.

.

.

Saham akhirat Pak Cik semua ni .. saya kata dekat Pak Cik Nana

.

.

.

.

Pak Cik Nana tak pandai sangat nak warwarkan tentang Pantai Kucing ni di media sosial

Ms Teviot di Cat Sanctuary tu memang banyak buka donation di sosial media . Ada buat crowd funding , open untuk volunteer pada foreign travellers siap dengan hostel lagi . Maka banyaklah pendedahan di alam maya

Kita tolong lah Pak Cik Nana ya

.

.

.

.

Kalau nak hantar barangan untuk kucing , mnelalui Sopiee ke , Lazatda ke ..

Boleh hantar ke rumah Pak Cik :

Nana Wan Chik

715 Mukim 2 , Teluk Bahang

11050  Pulau Pinang

.

.

.

.

Atau kalau boleh hubungi anak Pak Cik , Tasya

016 4532660 untuk nombor akaun Pak Cik

.

.

.

.

Kalau rumah dan laman aku besar , memang aku ambik yang manja-manja ni !!!

.

.

.

.

Mak anak beranak berehat

.

.

.

.

Dia ni ada magnet kucing rasanya..

Duduk je kena serbu

.

.

.

.

Betul-betul tepi pantai.

.

.

.

.

.

.

.

.

Enam ekor serbu dia!!

.

.

.

.

Abang Kawasan balik . Lapar

.

.

.

.

Antara barang yang boleh di dermakan

Sangkar kucing

Kibbles , wet food

Ubat kutu , ubat cacing , ubat kurap , spray kutu etc

Mainan kucing

.

.

.

.

Kalau nak ambik seekor dua bawak balik lagi lah dialu-alukan. .

Nak hulur derma pada Pak Cik lagi lah di alu-alukan

.

.

.

.

Antara program yang pernah dijalankan oleh jiran sebelah

.

.

.

.

Kesian

Eh

Sekian

.

.

.

.

Tu nombor Pak Cik ..

Pape hal roger Pak Cik Nana

.

.

.

.

120 ekor !!

Saya kagum .

.

.

.

.

Awal tahun ni tular beberapa keping gambar anjing yang kurus dan kelihatan tidak terurus di pusat kurungan haiwan yang didakwa bawah kendalian MPKL.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin kemudiannya menzahirkan rasa dukacita kerana masih ada individu berlaku kejam terhadap haiwan terbiar.

Baginda berdua menitahkan rakyat khususnya di Selangor supaya tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan terbiar khususnya kucing dan anjing.

Dan then the ball gets rolling …

Taman Kucing di Taman Tasik Cyberjaya di sini dibuka kepada umum sejak Februari lalu bagi memberi perlindungan kepada kucing jalanan di sekitar daerah itu agar terpelihara dan dilindungi. Dirasmikan oleh Tengku Permaisuri Selangor .

Alhamdulillah di Selangor ada pembelaan [ bey-la dan bela ] kucing-kucing jalanan ni

Di Pulau Pinang ?

Nak harapkan Pak Cik Nana dan Ms Tevoit je ke …

Kerajaan Negeri ? Hello !!!!??

Advertisement