DUYUFURRAHMAN : TAIF , ABAYA DAN BALIK [ 11 ]
.
.
.
Hari ke 2 terakhir di Mekah
Hari ni jemaah akan dibawa ke Taif
Ada dengar tak tentang kalau nak ke Taif kita kena Tawaf Wada’ dulu ?
Ustaz-ustaz kami kata tak payah . Banyak sebabnya , yang saya ingat … . Antaranya sebab kita akan balik ke Kota Mekah dan beg kita masih ada di dalam Kota Mekah ni

.
.
.
.
Mula-mulanya ada dok bincang dengan Dak Iyra .. Kita tak payah lah pergi ke Taif .. Kita buat tawaf sunat dan iktikaf dan beribadat banyak-banyak di Masjidil Haram . Sebab nanti akan habis seharian perjalanan , macam rugi pulak … Tapi akhir terpergi juga … Pengaruh rakan sebaya …
Kurang 100 km je dari Mekah , dan ikut highway . Tu yang aku setuju nak pergi . Kalau jalan lama bengkang bengkok memang aku tak nak la ….

.
.
.
.
Apa yang menarik di Taif? Selain buah-buahan [ pasar buah dia dah tutup … pindah tempat lain ] dan udaranya yang segar, jemaah teruja ke sana kerana ingin menjejak perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W. Rasulullah SAW pergi Taif untuk mencuba berdakwah kepada penduduk di sana setelah dakwah dan penerimaan Islam di Mekah mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy Mekah .
Ketika itu juga, Rasulullah dirundung duka setelah bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah r.a. kembali ke rahmatullah. Ditemani anak angkat dan sahabat Baginda , Zaid bin Haritsah, Rasulullah menuju ke Taif .
Rasullulah SAW menyangka penduduk Taif dapat menerima kehadiran dan da’wah beliau tetapi tanpa disangka mereka menolak serta mencemuh baginda Rasullullah SAW. Baginda ditolak mentah-mentah oleh 3 pembesar Taif , dicemuh dan dikeji , dan dibaling batu oleh anak-anak Taif .
Misi pertama hari itu .. Chop tempat depan sekali dalam bas !!

.
.
.
.
Pintu gerbang di bandar Taif

.
.
.
.
Tempat pertama kami singgah
Masjid Abdullah Bin Abbas
Abdullah ibn `Abbas ( 3 SH – 68 Hijrah) ialah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai anak kepada bapa saudara baginda, Abbas bin Abdul Muttalib .
Abdullah lahir tiga tahun sebelum hijrah dan Nabi Muhammad SAW mentahnikkan beliau dan mendoakannya “Ya Allah berilah ia pengertian dalam bidang agama dan berilah ia pengetahuan takwil (tafsir)”.

.
.
.
.
Berkat doa Rasulullah SAW kepadanya, Abdullah menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak dalam kalangan para sahabat yang seusia dengannya. Petah berdebat dan berbicara.
Abdullah bin Abbas, yang kemudian lebih dikenal dengan lbnu Abbas, tampil menjadi ulama besar Islam. Sampai akhir hayatnya, di usia 71 tahun, ia tetap haus akan ilmu.
Tak boleh masuk masjid ni tapi …. Tutup . Bukan waktu solat fardhu lagi

.
.
.
.
Pesan dekat mereka .. Nanti doakan kita orang sampai sini lagi ya ….
By the way .. Tak helok ya bagi kibbles warna warni gini … Tidak helok untuk buah pinggang dan boleh menyebabkan batu karang . Ni Dak Iyra lah bawak ni …

.
.
.
.
Pit stop yang ke 2
Kedai Jual Madu . Madu Syria

.
.
.
.
Dia bagi tester roti dengan madu
Sedap lahai !!

.
.
.
.
Dah sedap tu maka ramai lah yang tergoda
Tergoda dengan madunya
Bukan jambangnya …

.
.
.
.
Beria lahai dia pakai poncho segala bagai sebab dengarnya Taif ni sejuk …
Aku dok rolling rolling eye je dekat dia
Tak de lah sejuk mana pun nyah oiiii …. 😁😁
Sedap ke madu tu … ?

.
.
.
.
Ada jugak sample macam bahulu ni berlapis madu .. Pun sodap juga !

.
.
.
.
.
Tiba-tiba ramai pulak yang datang berjualan …

.
.
.
.
Lapar .. Jom cari kebab

.
.
.
.
Boleh naik jalan-jalan keliling bandar Taif ni naik kereta antik ni
SAR 10 seorang .. Ke 20 ? Lupa ..

.
.
.
.
Habis di bawa ronda satu bandar …

.
.
.
.
Besar juga pusat bandar Taif ni ..
Dan aman tak ramai orang ..
Oh ya laa.. Ustaz kata sebab depa ni start berniaga lambat , tengahari sikit …

.
.
.
.

.
.
.
.
Ada jual bakhoor ..
Best bakar bakhoor ni .. Wangi dia tahan lama sebab macam lekat dekat langsir , sofa

.
.
.
.
Suka nengok tingkap dia .. Macam main intai-intai celah tingkap ke luar gitu ..

.
.
.
.
Baju gaun pun ada

.
.
.
.
Masa ni kita orang 2nd round naik kereta ni . Ramai dah naik bas . W assap dok masuk tanya siapa lagi belum naik … 😂
Lantak laa.. Ada ni ha .. Tengah naik kereta ni ha …

.
.
.
.
Mau beli emas pun ado …

.
.
.
.
Kedai terbuka gitu aje .. Tak ada guard pun jaga..
Berani mencuri ?! Potong tangan !

.
.
.
.
Budak Haji Kecik ni kita orang panggil Haji Pingu sebab suka sangat nengok Pingu

.
.
.
.
Dengan mak angkat [diangkat dan dichop dari Madinah] dia ..

.
.
.
.
Next ..
Kita le ladang ros dan kilang perfume
Kira tempat wajib datang lah kalau dibawa ke Taif ni

.
.
.
.
Masa ni aku dah mula seram sejuk sakit badan sakit kepala balik dah ..
Lantak lah korang nak makan ke .. Nak bergambar ke ..
Gue capek .. Demam ..

.
.
.
.
Ingat katil je dah ni …

.
.
.
.
Ada juga tanam pokok kaktus dekat ladang ni
Untuk buahnya ..

.
.
.
.
Ustaz tunjuk ladang anggur .. Tak turun pun . Pandu lalu aje ..
Dan cerita tentang Addas , pemuda Taif yang pertama memeluk Islam
Rasulullah SAW ditolak bahkan dilempari batu oleh anak-anak dan penduduk Taif dan hingga berdarah terluka kaki Baginda kemudian bersembunyi di sebuah kebun anggur untuk berteduh dan merawat luka .
Baginda Rasulullah SAW didatangi oleh Addas , pekerja ladang anggur itu dengan setandan anggur . Sebelum menyuap anggur tersebut , Rasulullah mengucapkan Bismillah . Addas pun terkejut kerana belum pernah mendengar kalimah tersebut di Taif .
Rasulullah pun bertanyakan dari mana asalnya dan agamanya. Addas pun menjawab bahwa agamanya Nasrani dan ia berasal dari Ninawa.
Rasulullah pun berkata bahawa ternyata Addas berasal dari negeri seorang lelaki saleh bernama Yunus bin Matta. Addas pun terkejut, dan bertanya kepada Rasulullah apa yang diketahui Rasulullah tentang Yunus bin Matta.
Rasulullah pun menjelaskan bahwa Yunus bin Matta adalah seorang nabi sebagaimana beliau. Mendengar penjelasan Rasulullah itu, seketika Addas menundukkan tubuhnya dan mencium kepala, kedua tangan, dan kedua kaki Rasulullah. Addas pun mendapat hidayah di tengah penduduk Thaif yang membenci dan mengusir kedatangan nabi.

.
.
.
.
Lalu sebelah Masjid Kuk / Masjid Siku . Pandu lalu lagi
Ustaz pun cerita .. Setelah da’wah Rasulullah SAW ditolak mentah-mentah oleh pembesar dan penduduk Taif , dan Baginda dilontar batu hingga cedera , baginda berteduh dan berlindung di sini . masa tu ini bukanlah sebuah masjid lagi. Kenapa dipanggil Masjid Siku ? Kerana ketika Baginda Rasulullah SAW berehat meletakkan siku dan badan di seketul batu di situ , batu itu menjadi lembut dan lekuk .
Dikatakan bahwa saat itu Nabi sedang beristirahat di pinggir jalan dan penduduk Thaif yang berada di atas bukit, hendak melemparkan sebuah batu raksasa dari atas bukit. Tetapi dikatakan bahawa batu-batu itu telah ditahan oleh para malaikat daripada tergelungsur ke bawah dan mencederakan Baginda

.
.
.
.
Next .. Kita makan nasi kambing Arab !
Duduk bersila ramai-ramai ! 👍

.
.
.
.
Aku dah demam daaaahhh … Makan lalu tapi !
Lapar beb!

.
.
.
.
Orang Arab ni memang tak ada adab dengan makanan kan ..?
Main campak-campak je bekas cili dan air !
Nasi Arab memang lauknya tak berkuah kan ? Tercekik cekik kering … 😂😂

.
.
.
.
Next ..
Kita berhenti di Masjid Qarnul Manazil untuk bermiqat untuk yang membuat umrah dan juga untuk melakukan yang wajib . Besar jugalah masjidnya .. Tandasnya banyak yak amat . Bersih . Semua jenis cangkung tapi ..

.
.
.
.
Dah ..
Jom balik ke Tanah Haram

.
.
.
.
Dah petang juga lah sampai ke hotel

.
.
.
.
Terus turun ke masjid
Hari ni kita orang nak buat tawaf sunat banyak-banyak

.
.
.
.
Aku memang tak larat tapi gagahkan diri jugak .
Maka nya kita naik skuter .

.
.
.
.
Tawaf dan tawaf . Aku sampai 5 kali tawaf rasanya . Alhamdulillah … Berhenti untuk Maghrib , sambung balik . Kononnya nak buat tawaf sampai bateri skuter habis …. Tu pun stop sebab nak terkencing …

.
.
.
.
Ntah virus hapa ntah yang menyerang . Alhamdulillah lah demam lepas selesai segala yang diniatkan …

.
.
.
.
Boleh duduk je sambil pandang Kaabah lama-lama . Tenang sungguh

.
.
.
.
Ustaz ada bawa ni masa dalam bas . Nampak tak dekat Kaabah tu macam ni ?
Ada orang nak beli dia kata .. Kita orang tanya berapa harga ? Dia senyum aje …

.
.
.
.
Dak Iyra balik dulu masa tawaf sunat tu sebab dia nak ikut Ustaz cuba masuk dalam Hijir Ismail . Aku memang tak larat lah nak beratur dan berhimpit-himpit tu… Tak ada rezeki kali ni

.
.
.
.
Selit gambar dia dalam Hijir Ismail

.
.
.
.
Ini lah penimbang yang sepatutnya beredar dari satu bilik ke satu bilik
Sampai ke sudah kita orang tak dapat-dapat !

.
.
.
.
Ramai je aku dok baca , pergi Madinah , Mekah .. Dok rindu masakan Malaysia .. Kita orang tak rindu pun .. Makan aje apa yang ada dekat hotel tu .. Beli dekat luar ada 2 x je kot …Tak main lah rindu-rindu masakan Malaysia ni … 11 hari je pun ..
Tapi kita orang bawak dua orang yang rindu masakan Malaysia tu .. Ustaz kesayangan jemaah …. Ada sorang tu [ nama dirahsiakan … :)) ] siap yang kata .. Nak menitis air mata nengok udang masak petai !!

.
.
.
.
Udang masak petai aku tak terliur sangat .. Bila depan mata ada Daging Danok …. Aku tak bagi dah piring lauk tu jalan tempat lain !
Kita orang belanja Ustaz -Ustaz kesayangan jemaah tu di Restoren Rasa Malaysia Mekah

.
.
.
.
Esoknya …
Hari terakhir di Mekah
Bersiap untuk buat Tawaf Wada’
Ustza kata siapa yang nak join dia boleh tunggu di lobi . Aku memang tengah demam teruk . Malan paracetamol awal-awal , kebah , Subuh , bersiap untuk Tawaf Wada ‘ dengan skuter . Tak larat sungguh nak berjalan tawaf dekat dataran tawaf tu …
Habiskan sekoi bagi burung makan sepanjang jalan sebelum tawaf
Habiskan jajan bagi dekat makcik-makcik dekat tepi-tepi masjid tu
Dah Tawaf Wada’ nanti tak boleh sedekah dah …
Alhamdulillah dapat buat tawaf sunat beberapa kali lagi sebelum buat Tawaf Wada’ tu.
Ramai juga jemaah WS yang naik skuter sebab kain ihram dah simpan dah masuk beg dah masuk bas pagi-pagi tadi . Nak turun ke dataran tawaf kena pakai ihram ..

.
.
.
.
Beratnya nak tinggalkan Tanah Haram ni
Jemputlah lagi aku Ya Allah !
Seperti biasa … Chop depan sekali dalam bas.

.
.
.
.
Sampai di Jeddah
Banyak masa lagi sebab flight malam karang

.
.
.
.
Ustaz bawak semua pergi melontar di Pasar Corniche
Ada kedai perfume best , kedai abaya best dia kata . Nilopa pun beli abaya dekat situ dia kata ..
Giordano pun ada jual kain ihram tau !

.
.
.
.
Budak-budak dan mak budak ni jumpa kedai jual ayam Al Baik … Bukan kedai nya , tapi ada kedai jual makanan Indonesia tu jual set Al Baik
Dapatlah merasa secubit dua ..

.
.
.
.
Inilah kedai nya !
Kedai Abaya murah

.
.
.
.
Semua 100 Riyal !
Kalau dekat Malaysia ni depa jual rm300 sehelai kata Ustaz

.
.
.
.
Aku dok belek belek yang hijau tu . Cantik ! Sah-sah labuh tapi
Last-last beli jugak .. Pandai-pandai lah hantar kedai alter nanti

.
.
.
.
Semua dok pakat beli

.
.
.
.
Murah weh !! 100 riyal je !
Yang sulam 100 Yang manik 100 .. Baik ambik yang sulam!
Boss dia seperti biasa , cakap Melayu !

.
.
.
.
Masih ada masa .. Kita makan dulu ..
Di kedai Ayam AlRomansah

.
.
.
.
Seperti biasa .. Waiter main campak je cili dan kuah dan lemon

.
.
.
.
Sedap , kering tak berkuah tapi nya

.
.
.
.
Dah dekat dengan airport

.
.
.
.
Airport Jeddah
Kalau nak beli air Zamzam , ada kiosk dekat luar ni
Masa kita orang ni , Saudi dah keluarkan arahan yang guna visa pelancong exit Jeddah tak boleh bawak balik air Zamzam. Yang guna visa umrah je boleh
Dengar kabar, yang exit Madinah masih boleh masa tu

.
.
.
.
Besar dan cantik airport ni..
Cuma aku tak larat nak cari akuarium besar tu , sebab kena jalan dan turun ke arrival
Aku dah melepek dah demam

.
.
.
.
Tan ambik lah pulak gambar kiosk air Zamzam tui
SAR 8 je kot rasanya ..
Ada mutawif jual dekat Malaysia RM 150 sebotol 5 L tu . Jadilah daripada tak dapat langsung

.
.
.
.
Tak perasan pun biru macam ni masa tu 😂😂😁

.
.
.
.
Of course lah beg akan beranak . Gamble je bawak sebab hingga ke sudah tak dapat-dapat juga alat penimbang tu masa dekat hotel
Beli daripada Ustaz minyak wangi Raudah . 12 botol kecik tu 100 riyal . Aku masukkan dalam beg purple tu sebab last minit beli . Beg tu tak berkunci . Sebab kononnya nak hand carry . Masa check in , ada lagi dalam 7 kg balance .. Masukkan lah beg purple tu check in. Sampai Malaysia , kemas beg , cari perfume-perfume tu .. Tinggal 4 botol aje weh !!! Nak nangis aku !! Aku halalkan je laaaa … Moga dengan bau Raudah itu murah lah rezeki kau yang ambik perfume aku tu , terbuka hati kau untuk ke Mekah . Dan share pahala dengan aku …

.
.
.
.
Team WS sampai awal di airport . Chop beratur siap-siap depan . Ramai weh jemaah lepas kita orang chop beratur tu !

.
.
.
.
Ustaz-ustaz yang banyak berjasa menolong kita orang
Kena tulis nama dekat sini . Nanti lama-lama lupa ..
Ustaz Sabri kanan sekali , Ustaz Azfar , Ustaz Huzaimi . Ustaz Adik Fadzli dah ke Madinah masa ni
Mutawif-mutawif ni ada yang kerja dengan agency . Yang tu dapat gaji bulanan lah. Tapi ada yang agency ambik , bukan sebagai staff , dapat gaji berdasarkan berapa hari kerja di Mekah – Madinah . Berdasarkan berapa hari bawak jemaah . Penat kerja dia orang ni .. Tu yang kita orang sebagai menghargai jasa dan kederat mereka , selit kan duit jajan sikit dekat dia orang . Korang pun buat ya nanti …

.
.
.
.
Masih awal . Lepak makan-makan dulu ..

.
.
.
.
Kenapa pintu kita orang A23A ? Baru perasan
Adakah ia sebenarnya pintu A 24 ?

.
.
.
.
Sungguh aku dah tak larat . Badan dah panas balik . Tekak sakit
Batuk kung kung kung sepanjang flight !

.
.
.
.
Alhamdulillah sampai..
11 hari 9 malam yang sebenarnya 9 hari penuh untuk beribadat

.
.
.
.
Bye Geng Bilik Tingkat 17
Ada masa nanti kita geder-geder

.
.
.
.
Sampai KLIA , ada staff WS dah tunggu , bagi oleh-oleh . Ada perfume Raudhah dalam tu

.
.
.
.
Rezeki dapat FA yang sama masa pergi dan balik
Amal by Malaysia Airline👍👍

.
.
.
.
Aku dah ting tong dah masa ni. Suara pun dah tak ada sebab batuk .. Dak Azie ajak makan . Aku dah tak larat weh …

.
.
.
.
Selesailah cerita perjalanan umrah kami
Tak ada niat lain selain nak berkongsi pengalaman travel aku , macam biasa
Untuk sharing . Macam biasa
Moga ada manfaat .