BANDA HILIR , BANDA MUZIUM
.
.
.
.
.
Next ..
Kita ke Dataran Belanda ni
Jalan-jalan dekat kedai-kedai sebenier yang banyak tu ..
Beli seekor ‘ ayam ‘
.
.
.
.
Bangunan merah di Dataran Belanda ini ialah Bangunan Stadthuys
Nak eja menang susah . Memang kena refer dekat intenet
Nak sebut pun macam susah
Sebenarnya sebutannya ialah ‘ Stadhaus ‘
:)) Senang aje
Maknanya Dewan Bandaraya , City Hall
Bangunan peninggalan Belanda yang tercantik dan terpelihara di Asia , mungkin di dunia
Dibina pada 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda
Bilah-bilah tingkap itu adalah yang dari tingkap yang asal ya ..
.
.
.
.
Sekarang Bangunan Stadthuys ini menjadi sebuah Muzium .
Muzium Sejarah dan Etnografi dan GaLeri Laksamana Cheng Ho di bangunan asal , Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi . Muzium Yang Di-Pertua Negeri , Muzium Pendidikan di dalam kawasan yang sama dan boleh masuk dengan tiket yang sama . Jangan buang pulak tiket tu ..[ Macam kita orang .. :)) ]
Itu lah ayam yang di beli tadi tu ..
Dak Kuning Memekak nama dia ..
Di lantai itu adalah tinggalan sistem perparitan bangunan ini . Di jumpai semasa proses membaik pulih bangunan
.
.
.
.
.
.
.
.
Lepas Belanda kalah , British ambil alih bangunan ini
Asal banguan ini putih warnanya
Kemudiannya di cat merah salmon
Kenapa ?
Ada banyak yang diceritakan tentang kemungkinannya
Ada yang kata kerana batuan asal bangunan ini adalah dari batu laterite yang merah . Bila di cat putih , dinding putih tu bersopak-sopak warna merah . Maka nya di cat kan merah semua sekali
Ada jugak yang kata , selepas Belanda diusir keluar , penduduk Melaka yang marahkan Belanda meludahkan sirih mereka ke bangunan ini , Bercapuk-capuk merah . Maka nya cat aje lah merah semua …
.
.
.
.
Mula-mulanya para arkeologist ingatkan bangunan Belanda ini tak ada sistem perparitan / kumbahan yang sempurna
Rupa-rupanya mereka lagi canggih …
.
.
.
.
Belanda memang suka buat bangunan yang banyak pintu gini
.
.
.
.
Ada banyak pameran di belah kiri lepas pintu masuk tadi tu
Kita orang tak pergi tapi
Sebab macam pameran yang biasa-biasa kat muzium lain
Kita orang terus sampai ke hujung bangunan ni
Macam menarik je kat situ
Selain daripada rumah Gabenor , terdapat juga ruang makan, sebuah rumah tetamu, rumah hamba, rumah Ketua Merchant , penjara, pejabat perdagangan, gudang, halaman dan bakeri dalam banguan ini
Tak tahu pulak di belah belakang ni bangunan untuk apa
.
.
.
.
Di belah kanan bangunan utama ni kita orang jumpa bangunan bakeri Belanda
Ada acuan waffle !
.
.
.
.
Macam , mungkin acuan kuih koya / putu kacang
.
.
.
.
Balik ke banguan utama
Bahan pamerannya tak berapa menarik perhatian kita orang
Ruang dalam bangunan nya yang mengagumkan
.
.
.
.
Luas , tinggi
Dan ‘ ada bau muzium ‘ :))
.
.
.
.
Dari belah hujung bangunan kita boleh ke Muzium-muzium yang lain tadi tu
Ini ke Muzium Pendidikan
Tu lah macam yang saya kata .. Mungkin Muziumnya tak berapa menarik , tapi bangunan muziumnya yang sangat tua itu lagi menarik ..
Mungkin pejabat , atau gudang pada masa dahulu ?
.
.
.
.
Ok
Kita naik ke tingkat atas pulak
Menghendap ke Dataran Belanda jap
.
.
.
.
Bilah-bilah tingkap asal bangunan ini
Kalau panas , nak bagi angin masuk , bukak tarik bilah tingkap tu macam tingkap nako
.
.
.
.
Penyambut tetamu Tingkat 2
.
.
.
.
Encik Tucing sedang menceritakan tentang kejatuhan Kota Portugis
Encik Tucing kata Belanda menyekat bekalan makanan ke dalam Kota . Portugis kebuluran dan lemah
Belanda membedil . Hingga kota berlubang dan runtuh
Kota yang gagah akhirnya jatuh selepas berperang lapan bulan
.
.
.
.
Diorama menggambarkan Lopez d’ Sequiera , Portugis pertama menjejakkan kaki ke Melaka , menghadap melakukan kunjungan hormat kepada Bendahara Tun Mutahir
Omputeh kan … Tak reti adab resam masyarakat Melayu . Dia menberi hadiah seutas kalung emas , kepada Bendahara , guna tangan kiri
Seolah-olah Bendahara tidak setaraf dengannya . Menimbulkan rasa marah oleh para pengawal
Bendahara kata ‘ Jangan diturut . Kerana ia seorang yang tidak tahu bahasa… ‘
Sequiera tidak berjaya mewujudkan satu suasana yang baik dengan bendahara , dan menimbulkan perasaan marah di kalangan rakyat melaka terhadap Portugis
.
.
.
.
Pembedilan Portugis dari laut
.
.
.
.
Serangan Portugis dengan tongkang
.
.
.
.
Dataran Belanda dari tingkat satu
.
.
.
.
Dari tingkat satu kita ke bilik yang dahulunya mungkin bilik tidur Gabenor
Bilik ni lain binaannya , macam bukan dari bangunan asal ? Sebab macam terletak gitu
Ketika dijumpai bilik ini , tidak ada satu tangga pun dari dalam bangunan untuk memasuki bilik ini . Mungkin tangga nya dari belah luar ?
Bilik ini sekarang menempatkan Galeri Laksamana Cheng Ho
.
.
.
.
Admiral Zheng He
Laksamana Cheng Ho
.
.
.
.
A Muslim
Born in a Muslim family
Kalau rajin bacalah biografi dia
.
.
.
.
Satu fleet dia ada beratus-ratus kapal .
Pernah sehingga dalam 28 000 orang dalam satu fleet
.
.
.
.
Kapal-kapal dalam fleet laksamana Cheng Ho
Satu kapal satu fungsi
.
.
.
.
Selain daripada menjalinkan hubungan dengan negara lain dan berdagang , Cheng Ho turut menyebarkan Agama Islam
.
.
.
.
Rekabentuk asal jubin dalaman bilik memang bermotifkan Cina
.
.
.
.
Depicting ancient china scenarios
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada kawasan parkir kat atas bukit ni tapi tak banyak
Kita orang selalu parking dekat parkir depan Bangunan Tabung Haji
Kat situ selalu kosong
.
.
.
.
Dari Galeri Laskamana Cheng Ho nanti boleh turun ke court yard ni
Ada cafe-cafe kecik dan kedai sebenier
.
.
.
.
Masuk balik ke bangunan utama
.
.
.
.
Dak Kuning Memekak pun sibuk ..
.
.
.
.
Bye Admiral!
.
.
.
.
Sibuk je Dak Kuning Memekak tu !!
.
.
.
.
Kita orang satu famili adalah kaki muzium
Sebelum ini , mengikut kata sepakat satu keluarga , muzium yang terbest di Malaysia adalah Muzium Perak di Taiping
Tapi selepas ke Stadthuys ni , sekarang tempat pertama muzium terbest adalah Kompleks Muzium Stadthuys ni !!
The building itself tu best , pamerannya pun best !
Muzium junkie [ macam kita orang :)) ] suka sangat Banda Hilir ni
Sebab kat sini je ada dalam 14 buah muzium !!!
.
.
.
.
Jom kita cari muzium yang lain !
.
.
.
.
Kita ke Muzium Rakyat dulu
Dalam bangunan merah ni
Dalam Muzium Rakyat ni je ada lagi 2 muzium , Muzium Kecantikan , Muzium Layang-Layang
Ada Galeri Meteor
.
.
.
.
Tujuan utama adalah nak ke Galeri Meteor tu
Nak peygang meteor
Nak beli cincin daripada batu meteor
.
.
.
.
Tutup lah tapi !!!
Sabtu , Ahad , Cuti umum tutup !!
Adoiyaiii !!!
.
.
.
.
I have a passion for astronomy …
.
.
.
.
Kita ke arah sana tu ..
Yang ramai-ramai orang tu ..
.
.
.
.
Naiklah beca kalau kat sini
Kita sokong industri pelancongan di Melaka ini dan membantu Abang Pakcik Beca mencari rezeki
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok lah
Hari dah mula panas terik ..
Kita akhiri dulu dengan penutupnya di tinggalan gerbang Kota A Famosa
.
.
.
.
Patuhi SOP
Kita jaga kita , keluarga kita , sekeliling kita
.
.
.
.
Dak Kuning Memekak nak ke Dataran Belanda lagi ..
.
.
.
.
Ok
Sambung lagi nanti ..