SUNGAI RAMBAI YANG TULAR , MELAKA

.

.

.

.

.

Berat hari nak rentas negeri sebab tak confiden takkan bawak balik virus , tapi bila Bonda yang kemalangan di rumah di kampung dan dimasukkan ke ward dan disimen kaki dan tangan asyik menyebut bila nak balik Muor jenguk dia … , kita pun balik lah ..

بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بِاللَّهِ

Berbulan tak balik sebab PKP kan … Rasa macam kambing keluar kandang semua orang kot …

Kita singgah dulu lah di sempadan Melaka – Johor

Kita ke sungai yang viral tu ..

Sungai Rambai

.

.

.

.

Kenapa sungai ni tular baru-baru ni ?

Sebab ada buaya !!

.

.

.

.

Dan sebab sungai ini jernih sangat airnya

Jernih yang biru kehijau-hijauan …

.

.

.

.

Memang cantik warna air sungainya !

Masa ni hijau

Hijau toska

Tak biru

.

.

.

.

Dan jernih hingga nampak dasarnya !

.

.

.

.

Sesungguhnya saya kagum

Jernih beb!!

.

.

.

.

Jangan main-main tapi!

Memang ada buaya dalam sungai ni!

Masa saya kecik-kecik dulu pun dah tau cerita ada buaya menghuni Sungai Rambai ni

.

.

.

.

Tapi buaya tu tak kacau para nelayan di sini pun

Memang boleh nampak buaya tu berenang-renang

Bila enjin bot on , mereka lari jauh

.

.

.

.

Kawasan ini dipanggil Laman Belia

Ni masih dalam negeri Melaka

Yang taman awam belah Johor tak terurus .

Yang belah Melaka ni ada dewan , boleh disewa untuk majlis keraian

Masa ni ada satu kerja kawin tengah berlangsung

Ni tangga nak ke jambatan gantung

.

.

.

.

Dewan tu yang kat belah sana jambatan gantung ni

.

.

.

.

Yang cool nya , bila sampai kat tengah jambatan gantung ni , jambatannya hampir mencicah air sungai

.

.

.

.

Pastikan mematuhi SOP walau ke mana anda pergi ya ..

Saya cukup pantang nengok orang pakai mask hidung terkeluar , pakai mask tapi tarik ke bawah dagu

Alasannya susah nafas …

Kau nak susah nafas sebab pakai mask atau susah nafas sebab Covid …?

Nampak yang tergantung kat tali pinggang tu ?

Botol sanitiser . Bawak je lah ke mana-mana .

Lepas peygang pintu , picit sanitiser . Lepas peygang duit , picit sekali lagi

Letak kat kunci kereta .. Pasti tak lupa bawak

.

.

.

.

Kali ni balik berdua je ..

.

.

.

.

Kalau musim tak hujan airnya lagi jernih

.

.

.

.

Tali air . Ada sawah jauh kat dalam-dalam sana

.

.

.

.

Serious cantik sungai ni …

.

.

.

.

Mungkin si dia tu ada kat bawah pokok-pokok tu ..

.

.

.

.

Dikatakan telah ada perjanjian orang dulu-dulu dengan buaya-buaya ni..

Kau tak kacau aku , aku tak kacau engkau

Kalau ada anak cucu cicit aku tersangkut kat jala , lepaskan

Kalau anak cucu cicit aku mencari rezeki dekat sungai , jangan kacau

.

.

.

.

3 kali kita orang datang sini !

:))

Pertama kali masa singgah masa belum sampai Muor

Ambik-ambik gambor , jumpa kucing-kucing yang macam lapar

Makanan kucing yang memang ada dalam kereta tak ada pulak dalam kereta sebab bawak kereta lain

Maka nya , lepas makan , rehat kat rumah , keluar balik , beli makanan kucing , datang sini balik semata-mata nak bagi kucing makan , sebab dah janji dengan dia tadi 🙂

.

.

.

.

Ni air sungai masa kali pertama datang

.

.

.

.

Lagi jernih masa kali kedua dan ketiga ke sini

Yang kali ketiga tu sebab ondewey balik , singgah sekali lagi …

.

.

.

.

Cantik untuk photoshoot ni ..

.

.

.

.

Tiba-tiba Laman P Ramlee & Saloma

.

.

.

.

Tiba-tiba ada perantin …

Ada dua pasang perantin dok photoshoot

.

.

.

.

Kali ke tiga datang dini air makin jernih dan berarus

Masih tak jumpa buaya tapi …

.

.

.

.

Kot-kot dalam tu ada ..

.

.

.

.

Apa dia tulis tu … ?

.

.

.

.

Puas kami cuba decipher

Rupa-rupanya ..

‘ ANDA BERADA DI HABITAT BUAYA ‘

Cubalah jangan gatal tangan tu kopek sana sini …

.

.

.

.

Dah ..

Jom .. Lapor ..

Satu kebiasaan kami di Muor

Sarap sate pagi-pagi..

Sate dan lontong ..

.

.

.

.

Dan seterusnya..

Mencari banglo lama ini

Yang pada suatu masa dahulu pernah menyaksikan kelahiran dan kemudiannya didiami oleh Allahyarhamah Tun Hajah Rahah dan Allahyarhamah Tun Suhailah dan adik mereka Datin Tik

Kemudiannya Tan Sri Haji Noah berpindah ke Batu Pahat dan banglo ini dijadikan sebuah sekolah

.

.

.

.

Sekolah Tadbir Rumah Tangga Muar

Sekolah ini mengajar anak anak dara perempuan bagaimana hendak menjadi saorang suri rumah yang baik dan bertanggungjawab.

Ia juga mengajar cara memasak dan jenis masakan orang orang Muar, mengajar menjahit, mengajar membuat kuih muih dan bermacam macam lagi yang bersangkut paut dengan hal ehwal rumah tangga.

Pada sebelah petang, ia mengajar orang orang dewasa yang buta huruf; seperti menulis dan mengeja. Ia juga mengajar anak anak muda membaca muqaddam dan Quran.

[ Gambar dari Google ]

.

.

.

.

Pada akhir tahun60-an sekolah yang amat berjaya ini ditutup

Pada tahun 70-an dijadikan sebagai asrama anak-anak yatim

Bangunan ini saya ingat ..

[ Gambar dari Google ]

.

.

.

.

Sebab hari-hari lalu depan nya sebab seko;ah saya depan bangunan ini je …

Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 1

.

.

.

.