PULAU JEREJAK .
.
.
.
.
Ini cerita semasa sebelum gelombang ke-3 Covid , semasa boleh rentas negeri kali pertama dulu
Kita ke Tanjong !
Pulau Pinang …
.
.
.
.
Hantar Budak Rock ni masuk U
Ampat tahun lah nanti dia di Tanjong
Panjang lah langkah Omaknya ke sini nanti
U kata boleh register on line
Atau register kat U dan balik
Atau register kat U dan terus tinggal kat sana
Dah alang-alang barang penuh satu kereta dan dia pun dah bersemangat nak belajar kat sana … Kita tinggalkan dia kat sana
.
.
.
.
Sementelakita dah ada kat pulau tu .. Kita cari Pulau satu lagi ni
Pulau Jerejak
Senang je nak pergi . Google je
Nanti akan sampai dekat satu jeti , namanya Jeti Pulau Jerejak
Kawasan parkir dia besar . Park kat situ
.
.
.
.
Semenjak dua menjak je Pulau Jerejak ni mula terkenal dan viral
Dah lama dah ada resort kat situ . Ditutup sebab rugi . Sekarang ni ada resort yang baru . Jerejak Island Resort
Harga terjangkau lah kalau nak duduk
.
.
.
.
Then setahun kebelakangan ni mula tular
Sebab pihak resort mula letak ‘ instagrammable spots ‘
Ramai lah yang datang
Oh ya ..
Tiket .. Boleh beli on line . RM 20 . Murah rm 2 daripada kalau walk in ,
Dan kalau tak beli on-line , takut tiket habis dan tak dapat naik bot pada masa yang korang nak
.
.
.
.
But dont worry . Botnya kerap .
Sejam sekali ada
Tapi kalau terlepas hangit jugak lah nak menunggu sejam lagi
Kami satu bot dengan perantin !!!!
.
.
.
.
Jetinya cantik dan moden beb ..
.
.
.
.
Beratur mengikiu SOP
Satu bot dalam 30 orang je kot rasa-rasanya
.
.
.
.
Perantin nak photoshoot pre wedding kat pulau
.
.
.
.
Sejarah Pulau Jerejak ni sangat panjang
Pernah menjadi tempat kuarantin pendatang asing yang nak mencuba nasib di Tanah Melayu , dan pusat kuarantin untuk jemaah haji yang baru sampai dari tamah Suci
Kemudiannya menjadi pusat tahanan / leprorarium dan rawatan pesakit kusta , yang kemudiannya setelah ilmu kesihatan bertambah maju , mereka didapati tidak ‘ infectious ‘ , dan dibawa ke Pusat Kusta Negara Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya
Saya pernah jumpa dan merawat pesakit kusat masa kerja di HKL . Interesting ..
Kemudiannya menjadi sanatorium untuk pesakit TB
Next , menjadi pusat tahanan / penjara
Untuk tahanan politik oleh pihak British . Allahyarham Ahmad Boestamam , Dr Burhanuddin Helmi , antara negarawan yang ditangkap oleh British dan dipenjarakan di sini
Kemudian , Jabatan Penjara Malaysia membuka Pusat Pemulihan Pulau Jerejak , untuk tahanan 13 Mei , untuk tangkapan Akta Dadah Berbahaya
Dah ditutup semua tu . Banyak dah dirobohkan
Ada tinggal 3 bangunan je yang masih ada
Mana saya tahu .. Hahhahaha..
Video / Vlog FaizalRozi .. Gi cari ..
.
.
.
.
Bot nya pun cantik berwarna-warni !!
.
.
.
.
Dalam 10 minit je menyeberang selat
Kalau korang memang stay kat Jerejak Island Resort , percuma sahaja bebeh …
.
.
.
.
Rainbow jeti yang cantik
Budak dua orang ni bukan kaki selfie , bukan kaki posing
Maka jalan gitu aje lah atas jeti
Tak de nya nak posing-posing atas tu ..
.
.
.
.
Yezza !!
Akhirnya jumpa itik ni !!
Masa lalu kat highway tepi laut semalam dah nampak dah ada benda kuning besar kat tepi Pulau Jerejak ni
Rasa-rasanya itik ..
Tepat !!
.
.
.
.
Yezza !!
Ini lah tujuan utama !
Nak sewa basikal dan ronda Pulau Jerejak !
RM 5 je sepuas hati ronda satu pulau !!
Eh chop
Sampai je sini nanti terus book bot nak balik nanti pukul berapa ya
.
.
.
.
Ello ….
.
.
.
.
One cute yellow rubber duckie
.
.
.
.
Kalau nak datang sini .. Pagi-pagi cun kot
Sebab lighting cantik
Atau lewat petang , sebab matahari cantik
Tapi back light lah pulak macam ni nanti
Sebab matahari nanti jatuh belah sana
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan nak berangan nak pergi sampai ke hujung !
Ada paku kat situ buat pagar
.
.
.
.
Jom tumpang toilet dekat resort
Ada anjing comel tolong jaga resort
Baik je . tak kacau orang
.
.
.
.
Airport kat belah sana nun
.
.
.
.
Banyak je spot-spot gini
Kalau ramai orang kena lah beratur kalau nak ambik gambar
Tapi banyak sangat.. Dont worry
Pergi je lah ke yang lain dulu kalau ramai yang beratur
.
.
.
.
.
.
.
.
Boyan pun ada ..
Masa ni kita orang je yang bergambar dengan semua yang kat atas tu
Yang ramai-ramai dalam bot tadi dok bergambar dalam sarang burung..
Kita orang like .. Hah !!? Buat apa lah masuk dalam sarang burung ..?
.
.
.
.
Kita zoom sikit ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak ada pantai berpasir pun pulau ni untuk mandi-manda
Swimming pool ada ..
.
.
.
.
Malam-malam kawasan ni akan bercahaya
Depa panggil The Secret Garden of Avatar
.
.
.
.
Banyak jugak kau terbang ya ..
Tiket aku manjang kau cancel tapi …
.
.
.
.
Beautipul ray of light
Sebenarnya nak berbasikal sampai ke utara pulau
Tapi dah petang dah
Takut kesurupan atau ada lak yang mengikut balik pulak nanti ke sana sini tepi pantai dalam pulau :))
Ada kawasan yang anker dengarnya ..
Jangan pergi ke jambatan gantung .. Jeng jeng jeng …
.
.
.
.
Kalau duduk resort ni , banyak aktiviti boleh dibuat
Swimming dekat swimming pool dia , memanah , naik basikal , naik kayak , jungle trekking , history nature walk [ ni mesti pergi sampai ke tapak penjara lama tu ]
.
.
.
.
Ni belah selatan resort
Ada chalet
Tak ada orang pun duduk sini masa ni
Tengah-tengah minggu kot
.
.
.
.
Playhouse atas pokok
.
.
.
.
Kau gohed je lah semana pun selagi larat basikal tu
Park je kat mana-mana
Nak balik nanti letak balik kat entrance tadi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada surau dekat resort
Boleh tumpang solat
Kita orang musafir
Jama’ je lah nanti kat bilik
Sebab takut nak pakai telekung orang ramai pakai sebab Covid
.
.
.
.
Pokok apa ntah ada duri yang menakutkan gini dekat batangnya
.
.
.
.
.
.
.
.
Spot ni susah sikit nak cari
Kat bukit kat belakang reception
.
.
.
.
Nice lah spot-spot gini ..
.
.
.
.
Malamnya
Ada gerai-gerai kat situ
Best-best jugak makanannya
Atau nak makan kat resort pun boleh
Hujan lebat jugak malam tu
Order makanan , ownernya pergi solat . Pesan kat budak gerai sebelah , then pergi lepak duduk bawah bumbung
Sampai ke sudah makanannya tak sampai tapi ok je sebab tak nak nak makan sangat pun
Lampu dah mula menyala
Cantik weh ..
.
.
.
.
Kalau tak hujan ada persembahan tarian guna api oleh resort
Alaaa…..
.
.
.
.
.
.
.
.
Antu ..
.
.
.
.
Ada kedai souveneir dalam resort
Best !
Sebab ada jual these carniverous plants !!!
.
.
.
.
Sarracenia ni sejenis pokok periuk kera
.
.
.
.
Kita orang beli Venus Fly Trap kat dalam kotak tu !
Comel sangat !!
Bagi makan blood worm beli kat kedai ikan . Letak dalam mulut dia terus dia ngap !!
Comel !!!!
.
.
.
.
Kalau Drosera ni , letak kat hujung daun , nanti daun tu akan bergulung dan kepit makanan tu
.
.
.
.
Nepenthes ni periuk kera
.
.
.
.
Orang pergi Pulau Pinang sebab nak makan-makan
Kita orang pergi Drive Tru Mekdi sebab takut nak makan kat kedai sebab Covid 🙂
.
.
.
.
MekDi tercantik pernah saya jumpa di Malaysia
.
.
.
.
Layan sunset Pulau Mutiara dari Jerejak
.
.
.
.
Curi2 ambik gambar pengantin.. hehehe.. I would too.. hahahaha…
That’s a huge rubber duckie! What’s its purpose doc? For instagrammable shots ke?
Waaa.. sister talk photography like expert now la… perfect time for shooting… back light… Those are good tips and should be shared, definitely.
The history nature walk sounds interesting…
Rubber duckie tu of koz lah untuk bergambar …. apa lagi… selfie dengan itik buat mulut itik … * rolling eyes sambil imagine dak iyra buat kalau dia ada ..* hahahaha
Sebelum history nature walk tu kena baca ayat kursi …* insert muzik seram *