TRIP KE SANA KE SINI : CHERATING : KELIP-KELIP CHERATING

.

.

.

.

.

Lama terperap kat rumah akibat PKP akibat lahanat si COVID-19 tu kan …

Jom aaa kita Cuti-Citi-Malaysia

Kita buat road trip aje lah ..

Nak terbang keluar tak boleh

Nak terbang dalam negara nak kemana ..? Macam rugi je nak terbang dekat-dekat ..

Sampai destinasi dah nak kena sewa kereta lak nak ke sana-sini …

Kali ni ber 4

Dua di depan …

.

.

.

.

Sorang kat tepi ni ha ..

.

.

.

.

Kita ke negeri Pahang !!

Saya kan … Tak pernah ke belah Pahang sana tu

:)) .. Takat paling jauh sampai ke Lanchang nengok gajah ..

Kesian saya ..

.

.

.

.

Tiba-tiba nampak langit gini ..

Belah timur ..

Hmmm ..?

Bukan sun ray sebab belah timur

Matahari dah ket be;ah barat masa ni

.

.

.

.

Sampai dah !!

Kita nok gi pantai !

Kita ke Cherating !!

.

.

.

.

Ini sun ray ..

Kalau sunray tu belah matahari naik atau jatuh , tu biasa .. tak heran ..

Tapi yang gambar kat atas tadi tu bukan sunray .. Dan dia kat belah timur masa sore tu …

Tu yang pelik ..

.

.

.

.

Sebelum check in , jom tanya dulu pasal bot nak nengok kunang-kunang tu ..

Ada dua trip setiap hari ..

7:30 petang dan 9 malam

Perut lapar .. Macam tak sempat je nak makan dan ambik trip yang 7:30 tu ..

.

.

.

.

Check in dekat Tanjung Inn

Berkat godaan Dak Azie yang dah banyak kali datang sini dan kata Tanjung Inn ni cantikkk

.

.

.

.

Banyak sangat buku !

Best-best pulak tu !!

.

.

.

.

SOP dipatuhi oleh Tanjung Inn ni..

.

.

.

.

Blue hour dari balkoni bilik

Nanti cerita pasal Tanjung Inn ni..

.

.

.

.

Ni kali ke dua mencari kunang-kunang ni

Hari tu dekat Kuala Selangor

.

.

.

.

KIta akan menyusur Sungai Cherating

.

.

.

.

Kena chop dulu nak trip yang mana

Yang eloknya kalau nak pergi nengok kelip-kelip ni , masa bulan tak mengambang

Sebab nanti lagi terang kelipannya

.

.

.

.

Wajib pakai mask masa trip

Life jacket semestinya wajib

Sign buku

Sanitise tangan

.

.

.

.

Yang famous kat Cherating ni ni ha

Hafiz’s Cherating Activities

Azie kata best sangat kalau pergi dengan Hafiz ni

Kita orang pun book lah nak HAdfiz bawak.

Trip yeng ke dua tapi..9 malam

.

.

.

.

Nengok lah tu ..

Banyak sangat aktivitinya !!

Very good reviews dalam Lonely Planet dan Trip Advisor

.

.

.

.

 

Sebelum naik bot , akan ada sessi penerangan pasal kelip-kelip ni..

Saya panggil kunang-kunang

.

.

.

.

.

.

.

.

Interesting facts ..

Pasal NASA dan alien life tu …

.

.

.

.

Kelip-kelip dekat Cherating ni dia berkelip secara non-synchronised

Yang dekat Kuala Selangor tu serentak , seirama je kelipannya ..

.

.

.

.

Punyalah dok senyum..

Lupa pakai mask !!

Kahkahkahhhhh

.

.

.

.

Aik ..

Baru perasan aku letak mask dekat dagu !!

Rasanya itu lah pertama kali and last buat gitu ..

Sebab amat pantang kalau nengok orang pakai gitu ..

Jangan buat ya kawan-kawan …

.

.

.

.

Tak ramai sangat trip ke 2 ni

2 bot aje

Ramai jugak pelancong luar kat sini , kat Cherating ni ..

Depa masuk Malaysia sebelum PKP . Terperangkap kat which ever place yang depa was in masa PKP tiga empat bulan tu..

Now dah boleh merentas sini sana dalam Malaysia , tapi still tak boleh balik negara masing-masing ..

Nak buat apa lagi kan ..?

Ronda Malaysia lah …

Kalau banyak lagi duit ..

.

.

.

.

Malam tu .. Cerah . Tak berawan

Nampak segala bintang , planet kat langit

Nampak Jupiter [ of course .. ]

Jupiter ni senang je kita nak cari kat langit malam

Yang korang nampak macam bintang paling terang  , tak berkelip

Itu lah Jupiter . 1300 x lebih besar dari Bumi

Saturn pun boleh dilihat malam tu ..

Best gila mencerap bintang dan planet dari tempat yang kurang light polution ni ..

Kira bintang di langit dan bintang di bumi dua-dua kita orang cerap ..

.

.

.

.

Mintak Hafiz bawak kita orang

Hafiz sakit kaki lepas trip yang pertama , tak boleh bawak trip ke dua tapi

Frust ..

Guide yang bawak trip ni tak pandai macam Hafiz

Dia just tunjuk-tunjuk je kelip-kelip tu ..

Cerita sikit-sikit ..

Agak tak puas hati jugak kita orang

Sebab dengar Dak Azie cerita lain sangat kalau dapat pergi dengan Hafiz

.

.

.

.

Tak puas hati ..

Esok harinya , Mr Hubby Azie pergi ke kaunter balik

Depa memang kenal dia orang ni kat sini ni..

Dah selalu datang sini

Dapat trip sekali lagi petang berikutnya

Dengan Hafiz

Apa yang best sangat pergi dengan Hafiz ni ?

Dia tahu kat mana banyak kelip-kelip

Dia kenal yang mana kerlipan yang jantan dan yang betina

Dia tahu kat mana nak stopkan bot so bila kelip-kelip tu terbang + dengan bantuan angin nanti , tepat-tepat kelip-kelip tu akan mendarat kat kita dan bot kita nanti

Dan yang best sekali ..

Dia boleh berinteraksi dengan kelip-kelip tu !!

Dia boleh panggil kelip-kelip tu !!

Sekali panggil .. Menderu datang kat kita orang !!

Macam fairy light kat christmas tree!

Gila aaaa !

Dia panggil ..

” Come . Come here my baby ! ”

” What are you doing up there ? Come to me ! ”

Kelip-kelip tu terbang datang serbu bot .. Siap hinggap kat kepala , tangan , baju . bot !

Serious best gila !!

Tak ada Hafiz dalam gambar ni tapi

.

.

.

.

Ni blog Hafiz tu ..

http://hafizcheratingactivities.blogspot.com/

.

.

.

.

Ok

Till next cerita ..

Oh..

Hampir lupa pulak ..

Jangan pakai insect repellent eh kalau nak nengok kelip-kelip ni .,..

.

.

.

.