KOTA KINABALU 3.0 : SABAH TEA :
.
.
.
.
Seterusnya
Kita ke timur Marakau
Ke satu tempat yang tingginya 440 meter dari paras laut
.
.
.
.
Kita ke Sabah Tea
Dah pernah pergi dulu ni
Masa tu dapat nengok Kinabalu dari sini
.
.
.
.
Dari view point ni ha
Tapi hari tu Aki Nabalu menyorok di balik awan !!
Sebab dah tengahari dah masa ni ..
Awan dah tebal
.
.
.
.
Tapi masalahnya kalau kat Kundasang , Ranau ni
Nak nengok Kinabalu cantik tanpa awan kena keluar pagi-pagi ke tempat-tempat gini
Dan masalahnya .. Tak terkejar kalau nak kejar Kinabalu kat semua tempat
Nak ke ladang lembu lah , Sabah Tea lah , Rabbit Farm lah ..
Kena pilih satu tempat , pergi pagi-pagi .. Dan berdoa Kinabalu masih belum ditutupi awan masa di tempat yang berikutnya
.
.
.
.
Dia je yang rajin layan Ibu bergambar gini ..
Yang dua orang tu tak kosa nak join
.
.
.
.
Keluarlah kau wahai Kinabalu !!
.
.
.
.
Boleh join flying fox kat situ
Dan beli mangga , letak nama kekasih hati , kuncikan kat kendi tu
.
.
.
.
Ladang Teh Nalapak Sabah Tea ini adalah salah satu tempat yang termasuk dalam perjalanan Kawad Maut Sandakan
Sandakan Death March
.
.
.
.
Kawat Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang Pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II,
.
.
.
.
Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan , hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari Pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan. Seperti pada landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).
.
.
.
.
Jom makan
Lapar !
.
.
.
.
Kita makan tea scone
.
.
.
.
Sedap weh !!
Order jugak Matcha Ice Cream
Err…
Tak sedap !
Rasa obat !!
.
.
.
.
And with that interrupted view…
And with these wonderful son[s] and daughter
Enjoy …
.
.
.
.
Ada tiga tahun lagi dia di KK
InsyaAllah banyak lah tempat boleh kita orang pergi sementara dia di KK ni
.
.
.
.
Jom teruskan baca tentang Sandakan Death March
Saja je Jepun suruh berjalan , biar mati ramai-ramai
Never think that war, no matter how necessary, nor how justified, is not a crime. – Ernest Hemingway
.
.
.
.
War may sometimes be a necessary evil. But no matter how necessary, it is always an evil, never a good. We will not learn how to live together in peace by killing each other’s children. – Jimmy Carter
.
.
.
.
.
.
.
.
War demands sacrifice of the people. It gives only suffering in return. – Frederic Clemson Howe
.
.
.
.
Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Was 25 years old only
As with many others
.
.
.
.
.
.
.
.
They live to tell the tale
.
.
.
.
.
.
.
.
Sabah Salute retraces the Sandakan Death Marches
<< Listen to this >>
.
.
.
.
.
.
.
.
Bila kau posing macam-macam gaya ..
Rupa-rupanya ..
.
.
.
.
Bukan depa ambik gambar kau ..
Depa dok selpie banyak-banyak !!
.
.
.
.
Dari Sabah Tea , ingatkan nak ke Kundasang Memorial pulak
Tapi sebab hujan lebat … Kita balik je lah ke KK
Jalan berkabus sebab hujan dan sejuk
.
.
.
.
Balik ke UMS
Mengejar sunset dari Pantai ODEC di UMS
Jangan memain .. UMS ada pantai sendiri tau !
Cantik pulak tu !!
.
.
.
.
Sunset di KK tak pernah mengecewakan …
.
.
.
.
Merengek-rengek tiga kanak-kanak tu nak makan lobster lagi ..
.
.
.
.
Butter Lobster
Sedap yak-amat weh !!!
.
.
.
.
Dah
Sambung esok ..
.
.
.
.
sebijik perangai anak aku, kita pose kemain, tapi bila kita tengok balik handphone penuh gambar depa selpie,
grrrrrrrrrrrrr
kejamnya kematian itu huhuhu
tiber hari ni rasa penuh ilmiah dan sejarah sebaik sahaja tamat baca entry ni
tq kak
butter lobster
nampak anak aku matilah
favourite depa ni
kat umah tu ape je tak dibutterkan dan di cheesekan
roti canai dah di cheese kan?
sedap weh butter lobster tu ..
murah sangat lah dibandingkan kalau ka kl ni..
Hai, susah pulak nak komen, asyik tak get thru ja
hehehhehe..
baca bismillah tak Omma ?