INAP DESA JANDA BAIK

.

.

.

.

Sebab di Janda Baik tu sejuk

Dan bersih

Dan boleh mandi sungai

Sebab tu saya suka pergi ke sana …

Kali ni kita menginap di Inap Desa Janda Baik

Di tepian Sungai Cheringin

.

.

.

.

Cantik sungguh jalan kampung menghala ke Inap Desa Janda Baik ni..

Kalau dapat capture masa berkabus-kabus mesti marbeles !!

.

.

.

.

So peaceful

Serene

Petang-petang banyak nyamuk tapi kat jalan ni …

.

.

.

.

Lain kali kalau menginap kat sini .. Saya nak jalan sampai ke hujung jalan ..

.

.

.

.

 

Kalau di Google Map .. tiba-tiba macam dah tak ada jalan dan nak ke Inap Desa Janda Baik ni..

Jangan risau

Ikut je jalan kecik kat atas tu nanti ..

Nanti jumpa papan tanda

Dah sampai !!

Ada laman luas untuk parkir kenderaan

Kiri tu rumah Tuan Tanah

Kanan tu ada kolam mandi dan tempat makan-makan , karaoke

.

.

.

.

Betul-betul tepi sungai

Ada pondok nak lepak-lepak makan-makan

.

.

.

.

Tangga turun ke gigi air

.

.

.

.

Banyak kolam ikan

Kolam ikan hiasan ni..

.

.

.

.

Surau yang open air dan sangat menenangkan

.

.

.

.

Kiri tu salah satu chaletnya

Yang tu satu bilik

Ada ekon

Tapi tak perlu ekon pun kat Janda Baik ni …

.

.

.

.

Ada kolam memancing !

Memancing free

Kalau dapat ikan baru pergi timbang dan bayar

Dapat lah Budak last baling kail sekali dua

Dapatnya tak lah tapi ..

.

.

.

.

Kita orang duduk kat chalet yang warna ungu tu

Dua tingkat

Bawah ada satu katil queen

Tingkat atas ada dua tilam single , satu tilam double

Besar ruangannya

Kat luar chalet ada sinki , ada table top untuk main masak-masak ..

Nak BBQ pun ada tempat BBQ nya

.

.

.

.

Belah kiri tu ada lagi chaletnya

Kalau dua famili datang sama-sama

Eloklah ambik yang tu .

Sebelah menyebelah

Dua tingkat

Kat luar dia ada tempat makan , tempat duduk-duduk

Nak pacak khemah pun muat

Boleh jugak masak-masak kat luar tu

.

.

.

.

Dan yang best !!

Kolam nya besar!!

Dan dalam !

Tenggelamlah kalau budak ni berdiri kat dalam tu

Saya pun kalau diri dah sampai takat leher

.

.

.

.

Turun je kolam boleh masuk sungai

Sungai Cheringin

Yang dingin

.

.

.

.

Boleh berendam sampai kecut

Ada jugak kolam untuk budak lagi kecik kat sebelah kolam yang ni

.

.

.

.

Ni ha sungainya !

.

.

.

.

Sejuk!

Berendam kejap je

Lepas tu lari masuk kolam balik ..

.

.

.

.

Famili yang kat sana tu giat memancing sepanjang petang

Ada ikan tongsan

Dan err… lain lain ikan ..

Saya tak expert pasal ikan

.

.

.

.

Malamnya ..

Sejuk..

Siap pakai setokin ..

Subuh yang indah ..

.

.

.

.

Jom rehat

Esok nak main masak-masak dan jalan-jalan dalam kampung ….

.

.

.

.

 

.

.

.

.

Dah 4 homestay kita orang cuba di Janda baik ni ..

Inap Desa Janda Baik ini antara yang terbaik ..

Bolehlah hubungi Puan Rosanita di nombor 019-9561906

Untuk pertanyaan lanjut

Cheers …

 

Advertisements