PERMAI CHALET JANDA BAIK

.

.

.

.

Tak payah nak bawak segala tripod bagai

Kita guna ‘ live photo ‘ kat phone je …

.

.

.

.

Kita ke Janda Baik lagi !!

Sebab sejuk

Sebab damai

Sebab udaranya bersih…

.

.

.

.

Kali ni kita bermalam di Permai Chalet , Janda Baik

Rumah tiang tinggi ..

Berdebub jugak lah sekali kat tangga tu sebab salah step dan licin sebab pakai setokin sebab sejuk beb…

Malam-malam dalam 21 degree ..

Masa ni musim hujan ..

.

.

.

.

Gitu ha rumahnya

RM 300 semalam

Gambar dari Blog Tuan Tanah Permai Chalet …

Ni ha nombor Tuan Emounyanya ..

Puan Normah .. 0196553012

Balkoninya luas .. Best bersidai kat situ pagi Subuh-Subuh nengok kabus , dengar burung Wak Wak panggil anak-anak ..

Belah bawah tu ada meja makan..

Ada meja-meja nak main masak-masak .. nak main BBQ

Ada 2 kerusi malas yang di chop oleh AMak dan Anak sesampai menjejak kaki hinggalah balik …

.

.

.

.

Open concept

Lapang

Ada banyak tilam selimut bantal ..

.

.

.

.

Tinggi ..

Senang Pak Cik Eskrim motor nampak kita orang lambai-melambai …

.

.

.

.

What a cold , serene morning masa tu ..

Sebab inilah kita orang suka datang Janda Baik ni ..

.

.

.

.

Laman luas

Ada kolam

Tak sure pulak boleh mancing ke tak ..

Tak tanya sebab Si Kaki Pancingnya tak ikut masa ni ..

Ke sana sikit laman tu best terbangkan drone

Terjerit-jerit Budak Last takut drone dia kena pedajal terjun tiruk dalam kolam

.

.

.

.

 

Yang bestnya …

Tak ada Wifi .. Dan mereka tak berapa ada data

Padan mukaa …

Ada Astro

Ada water heater

.

.

.

.

Ada tiga lagi chelet di Permai Chalet ni ..

Yang bestnya ..

Ada sungai kecik dalam kawasan chalet ni..

Jalan sikit je ke tepi laman tu terus jumpa..

Sungainya cetek.. Bersih tapi

Budak-budak kecik sesuai sangat berendam kat sini …

.

.

.

.

Tu sungainya ..

Untuk Budak-Budak Besar yang ni …

Kita jalan sikit ke depan .. Masih dalam laman

Lalu jembatan … Bukak pagar ..

Ada mak kepada sungai ni..

Besar .. Bersih .. Batu tak berlumut ..

Dan sejuk gedi !!!!!!!!!!

Terasa segar pori-pori ..

.

.

.

.

Kami dah undi sesama anak beranak

Permai Chalet ini best!!

Sungai dia best ..

Laman dia best ..

Yang tak best sikitnya .. Tempat basuh pinggannya menghadap ke semak blakang sana nu. Malam-malam nampak semak yang gelap gulita .. Small matter ..

Basuh je tangan dan pinggan tu tanpa pandang ke depan ..

Setel ..

Advertisements