ANTARA ANYER BOGOR DAN JAKARTA
.
.
.
.
Hari ke-2
Rizen Premier Hotel
Kecapek-kan dan Bogor yang dingin.
Nyenyak lah jugak tidoq . Tapi tengah-tengah malam ada mamat mana ntah salah bilik dok degang degung pintu cari kawan dia . memekak je ..
WiFi tak ada kat bilik . Ada di restoren dia ja. Restoren 24 jam
Sarap sambil pikir nak ke mana lah hari ni.
Banyak dalam kepala . Taman Bunga Nusantara lah , Taman Safari Bogor lah . Panorama Papango lah .
Dok order Grab tak ada yang ada di persekitaran . Jalan ke atas dah mula macet
Dah nak jam 8 . Jam 8 nanti mula lah jalan ke atas aje di buka . Jalan ke bawah ditutup
Apa-apa perancangan kena pikir pasal jalanbukak tutup ni.
Kalau kat atas ni , pukul 3 petang karang baru boleh turun ke Jakarta
Kalau nak naik lagi ke atas , tak ada mobil nak ambik.
Last-last , bincang-bincang . Tak payah lah main lama-lama kat Bogor ni.
Bikin pusing kepala je . Kita turun je lah ke Jakarta sekarang . Naik keretapi . Ada 5 menet je sebelum jalan tutup. Barang semua dah siap pack . Check out cepat-cepat .
Mintak pandangan budak kat reception . Dia kata naik angkot aja lah ke Stasiun Bogor . Mintak tolong depa tahankan
Manaaa lah kita orang tahu dan berani nak tahan angkot tu .
.
.
.
.
Nanti kena ambik 3 angkotan ya , pesan dia
Alamakkk….
Guard yang tahankan angkot tu dah siap beritahu drebar angkot kita orang nak ke Stasiun .
Ngak apa-apa . Nanti dia tolong beritahu mana nak turun dan naik lagi .
.
.
.
.
Mula-mula sengeh-sengeh lah ko kat dalam angkot tu :))
Lapang
Dah dikutip-kutip passenger sepanjang jalan . Macam sadin jugak lah akhirnya
Murah je tambangnya .. Dalam 7000 Rp sorang
.
.
.
.
Turun . Tukar angkot lain.
Yang bila brek je punyalah kuat mengaum macam lembu amarah . Tokojut den!!
Depa panggil Kota Bogor ni Kota 1000 Angkot
.
.
.
.
Alhamdulillah sampai dengan selamatnya ..
.
.
.
.
Nak naik keretapi biasa sebenarnya
Tapi tak bertanya pun . Terus beli tiket . Komuter rupa-rupanya .
Tak pe jugak . Lagi murah . Rp 17000 je sorang
Antri . Beli tiket . Ko cross ke Jalur 3 ya . Komuternya dipanggil KRL
Ada 23 hentian sebelum sampai ke Jakarta . Sila bertabah .
Kalau naik keretapi biasa . Nan ado nyetop-nyetop ya dong .
.
.
.
.
KRL dari Jakarta udah sampei.
Ya Tuhan .. Punya lah penuh !! Macam semut!
Ramai nho yang nak mencari kesejukan ketenteraman keamanan di Bogor .
.
.
.
.
Dak Iyra kata coach untuk wanita di dua hujung .
Menapak lah kami ke hujung yang sana. Sebab tak nak ramei-ramei dalam tren
.
.
.
.
Banyak kedai makanan tapi macam masih kenyang dan takut ketinggalan keretapi
Kek Lapis Betawi pun tak sempat beli dan rasa
.
.
.
.
Kereta is mobil
Keretapi is kereta
Konfius banget masa bertanya-tanya di hotel masa tu .
Iya .. Katanya . Bisa naik kereta ke Jakarta dari Stasiun Bogor
Tapi kami nggak mahu naik kereta. Kami mahu naik keretapi .
Lepas tu dua-dua muka blur .
Apa yang Cowok / Cewek ni nak naik/ cakap sebenarnya ….?!
.
.
.
.
Aku ambik gambo ekau
.
.
.
.
Ekau ambik gambar aku
Kahkahkahh..
Duduk jauh-jauh sebab gerabaknya kosong ..
.
.
.
.
Katanya gerabak wanita
Ada lak dua orang cowok ni
Rupa-rupanya staff KRL
Yang nak memastikan hanya cewek yang masuk gerabak ini . Dan ibuk-ibuk yang hamil mendapat tempat duduk .
Bagus iya ….
.
.
.
.
Memang fevret kita orang kalau travel , mesti nak naik keretapi ..
.
.
.
.
Song For Someone – U2 –
.
.
.
.
Keretapi jalan je lima saploh menet hakak dah tidoq
Punyalah lelap .. Sedor-sedor macam ramai banget orang di keliling .
Memang dah ramai ! Penuh ! Sampaikan Dak Iyra belah sana pun dah tak nampak dah
.
.
.
.
Hentian akhir ialah JakartaKota
.
.
.
.
Yang ni , keretapi gini yang non-stop tu kot .
.
.
.
.
Sib baik lah Dak Iyra tukar Sim Kad Lokal
Boleh lah bukak Google Map / Uber / Grab / Gojek segala bagai
.
.
.
.
Next Tren Travel kita orang plan nak naik dari Jakarta ke Surabaya ..
Long distance gitu..
Hahahhaaa… Bisa ?
.
.
.
.
Sebenarnya Teman dak Iyra dah bookkan Hotel Mercure Sabang
Bukak peta , kena naik balik KRL , turun Gondangdia . Jalan kaki dekat je dari situ
Nengok balik rega nya .. Eh .. Tak berbaloi lah nak duduk situ kalau setakat nak mandi , tidur je .. Jauh pulak dari Kota Tua ..
Bukak Booking.Com macam biasa. Cari lojing yang macam biasa kita orang duduk
Murah , selesa , dekat , hostel pun nggak apa .. Jumpa .
Tengah tercangak-cangak pikir macamana nak cross jalan yang maha luas tu nak ke lojing tu . Berhenti lak bajaj ni..
Iya bisa ,, Taman Sari . Jalan Keamanan .. Bisa ..
Ko tahu lah tahap konfiden depa ni kat sini . Semua iya bisa .. iya bisa ..
.
.
.
.
Dari dalam 1 km lebih kalau jalan kaki , gini jadiknya …
Yang line hijau tu lebih kurang dia bawak . Elak macet kononnya ….
Sib baik Hakak tak menjadik satu Makhluk Hijau dalam bajaj itu !!! Rasa nak hempuk je drebar tu .. Konpiden level tahap bulan bintang .. Kita orang lak yang bukak Google Map dan direct dia bila dia dah sesat barat tu ..
.
.
.
.
Akhirnya selamat sampai ke The Packer Lodge Jakarta
.
.
.
.
Lojing gini-gini lah yang kita orang suka….
.
.
.
.
So welcoming
.
.
.
.
Satu bilik
Enclosed bathroom
Katil dua tingkat .. [ Ala .. mana lak gambo bilik .. tak jumpa .. ]
Grobok banyak dan besar
Bersih . Ada TV kat katil bawah .. je …. [ hahhahaaa.. ]
WiFi laju ya amat ..
Tilam dan bantal empuk
Sarap esoknya ada ..
Staf-staf yang amat peramah dan best ..
Rm 84 satu bilik ..
Best ..
Nak oder jamu pun bole …
.
.
.
.
Oh ya..
Alas kaki kena tanggal ya dalam The Packer Lodge ni.
Bukan kat luar bilik
Kat luar sana ..
[ Bawak masuk simpan kat grobok kat bawah lah sana tapi ]
.
.
.
.
.
.
.
.
Boleh menyonteng dinding kat sini !! :))
.
.
.
.
Highly recommedded tal The Packer Lodge ni untuk teman-teman yang pesen travel macam kita orang ni …
You’ll love it ..
.
.
.
.
Tak ada lif tapi ya ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Next..
Anyer ..
Dah lama nak ke Anyer ni …
.
.
.
.
I * Love * Jakarta ?
Kita explore sat lagi eh … 🙂
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok..tengah gelak gila2 sampai menyembur nasi lemak kat meja opis nengok laluan hijau kat map tu. Allah….tabahnya la haiii…hahahaha
tu lah pasal.. degilnya ya ampun……:))
nak naik keretapi jakarta ke surabaya ye….good luck!
save hotel 1 malam tau….aritu naik 10 malam dari surabaya sampai jam 8 pagi di jakarta muahahhahaha
best, boleh charge hp, makanan sedap dlm train, kerusi selesa, pastu pinggang hazab tiba kat jakarta
kahkahkahkah
tapi tak nyesal naik, walau pinggang hazab….beli tiket online, sebab harga fluctuate
jom kita naik.
kita kacau Agoes lagi.. biar dia kata ‘ nerakaaaaa’ !! :))