JAWA TIMUR : TIGA GUNUNG DUA BUKIT SATU DANAU SATU TAMAN BACA : [ 3 ] : BUKIT CINTA
.
.
.
.
Lepas makan , kemas-kemas , terlelap kejap
Bangun , babai-babai penduduk kampung Ranuagung
Kita bertolak ke Desa Sapikerep !
Dalam dua jam lebih jugak lah
.
.
.
.
Dak Iyra duduk depan
Saya duduk tengah , belakang
Layan Agoes borak borak pasal Taman Baca Leda Bintang
Akhirnya terlelap
.
.
.
.
Lalu tepi Kota Probolinggo
Ni nengok dari tepi
Nanti kita nengok kota ini dari atas!
.
.
.
.
Teruskan lagi perjalanan
Dah nampak bukit bukau
Dah mula teruja
.
.
.
.
Makin banyak bukit-bukau
Yang berawan
Cantik sungguh!!
.
.
.
.
Sampai sudah di Desa Sapikerep!
.
.
.
.
Dah mula nampak jeep-jeep
.
.
.
.
Depan sikit tu je destinasinya
Dah mula sejuk lah jugak
.
.
.
.
Dah sampai!!
Kopi Jawa Homestay!
.
.
.
.
Mandi
Makan
Ibu Suratin sebelah rumah masak dah hantar
Kalau duduk sini boleh lah mintakkan Ibu Suratin masakkan
Bayar lah nanti tapi ya masa check out
Sayurnya fresh dan sedap
Dan saya makan!!
.
.
.
.
Lepas makan, tidur
Hahhahaa !! Bagus kan!?
Kena rehat untuk aktiviti berikutnya malam nanti!
Tepat pukul 11 malam, berangkut lah semua orang dan barang masuk dalam jeep Pak Marji yang sedang menunggu
Agoes dah pesan , pakai baju tebal , bawak sleeping bag
[ Entah kenapa semua tak terpikir nak bawak tenda untuk malam ni nanti ]
Juga terbayang betapa sejuk nya kat sana malam nanti! Tahu tempat tu sejuk sebab saya pernah ke sana , tapi tak lah bermalam. Jadi kalau bermalam lagi lah sejuk kan!!?
Ya udah
Jom ke Bukit Cinta !!!
.
.
.
.
Perjalanan tak lah lama sangat
Dalam sejam kot
Saya biasalah , duduk dalam kenderaan yang kita kena duduk menghadap tepi macam dalan jeep tu, atau tak dapat duduk di depan atau tengah dalam kenderaan , mula lah pusing !!
Turun je jeep dah rasa nak muntah
Nak kena panjat bukit yang kemiringannya 60 derajat pulak
Dan udara yang sejuk sangat
Terduduk tak boleh panjat bukit
Akhirnya boleh jugaklah lepas berehat tarik tarik napas
Sebenarnya , ada satu lagi jalan yang agak landai ikut lereng bukit belah kanan
Boleh ikut situ ya , lagi mudah
.
.
Sejuk gila kat atas tu!!
Saya dan Agoes siap-siap tripod
Yang lain terus bukak sleeping bag dan bergulung dalam tu
Sejuk . Rasa nak join jugak bergulung
Tapi sebab apa yang ada kat atas kepala sangat cantik , gigih kan jugak lah dirikan tripod , meng-set kamera
.
.
.
.
Ni ha!!
Ini yang dicari-cari!!
Milky Way di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru !!!!
.
.
.
.
Kamera saya tak mampu untuk dapatkan gambar yang cantik
Tak cukup ISO dan aperture tak sesuai
Semua gambar adalah dari kamera Agoes
Galaksi Bima Sakti dan Bromo yang tidak pernah tidur
.
.
.
.
Semua tak putus-putus kata cantiknya!!
SubhanAllah
Cantik sangat langit Mu!
Gemerlap sinat lampu itu adalah dari Desa Cemoro Lawang
.
.
.
.
Jom cari fore ground , ajak Agoes
Ada tiang ni kat belakang
Yup
Tak terucap cantiknya langit malam itu
.
.
.
.
Berjuta-juta bintang
Cahaya yang kita lihat ini datang dari bintang-bintang itu beribu-ribu tahun dahulu dan baru sampai ke mata kita pada malam itu!
SubhanAllah
.
.
.
.
Adalah sukar untuk berdiri tidak bergerak untuk 20 saat tau!!! :))
.
.
.
.
Mission accomplished
Terima kasih Agoes kerana membawa kami ke sini!!
.
.
.
.
Dengar kami berdua terjerit jerit cantiknya cantiknyaa..
Maka mereka ini pun pelik
Dan datang
Dan bergambar juga!!
.
.
.
.
10 saat tanpa pergerakan
.
.
.
.
Wehhh
Pesal gambar ni cantik sangat!!!
.
.
.
.
Berbaju tiga lapis
Muffler
Sarung tangan
Nampak lah gemuk!!! :))
Eh!!!! :))
.
.
.
.
Memanjatkan syukur..
.
.
.
.
Menggapai bintang
The photographer
.
.
.
.
Saya tahu saya tak mampu untuk mendapat foto yang sebegini
Dan seperti oleh Encik Amir Bakhtiar ni
Tapi dah cukup bersyukur dan berpuas hati
.
.
.
.
Dah puas bergambar
Jom tidur!!
Ada banyak jam lagi nak ke pagi ni!’
Ada empat lima jam lagi!!!
Tapi sejuk sangat ni!!
Dalam 12-15 derajat Celcius!!
Semua mulalah menjadi ulat beluncas!!
Beluncas bernama Agoes
.
.
.
.
Beluncas bernama Dr Singa
.
.
.
.
Tak jumpa lak gambar ulat-ulat beluncas yang lain!!!
.
.
.
.
Matahari dah mula naik
.
.
.
.
Ini dari kamera fon saya yang agak tak bagus sangat untuk gelap-gelap gini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah mula nampak Bromo dan Batok dan Semeru
.
.
.
.
Dah mula nampak Cemoro Lawang
.
.
.
.
Foto-foto seterusnya oleh Agoes
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gunalah Hand Warmer ini dalam kesejukan gini
Boleh dibeli di Daiso
Ketuk ketuk dan pegang
Hangat
.
.
.
.
Dak Iyra sibuk dengan time lapse matahari terbitnya
.
.
.
.
Ulat-ulat beluncas mula keluar dari kepompong!
.
.
.
.
.
.
.
.
Kahkahkahhhhh ..
Rasa nak debik je Dak Iyra tu!
Sibuk ngambik gambar orang mengantuk disorongkan sleeping bag!!
Serius sejuk!
Sayangnyaaa nak tinggalkan sleeping bag!!
Masa ni tiba-tiba ramai pulak atas puncak bukit ni!
Dia orang naik dari lereng bukit yang ke belah kanan tu
Tengah mamai-mamai tiba-tiba dengar huhahuhahuha menggangu ketenteraman ulat-ulat beluncas !!
.
.
.
.
Ada sepasang perantin tengah pre-wedding photoshoot!
Dalam sejuk-sejuk gini!
Berbaju gitu !!
.
.
.
.
Menjeling dengan rasa tak puas hati sebab rasa eh .. aku berbungkus dalam sleeping bag kesejukan , ni boleh kau berbaju gitu !!??
Tak sejuk ke??!! :))
.
.
.
.
Ulat dah mula keluar separuh badan !
.
.
.
.
Akhirnya berjaya keluar sepenuhnya!!
.
.
.
.
Apa yang dia buat tu ?!
.
.
.
.
Ni ha…
Time lapse Bromo tanpa tripod sebab Dak Iyra tengah guna untuk time lapse matahari naik !
.
.
.
.
Mana Semeru ?
Nampak sebelah je ..
Alaaaa
.
.
.
.
Cemoro Lawang , bukit yang tinggi belah atas dia tu ialah Bukit Nol dan B29
B29 pun port yang bagus untuk pemandangan kawah ini ..
.
.
.
.
Oh ya.
Baru perasan
Semeru di balik awan
Patut lah tak nampak !
.
.
.
.
Geng Bukit Cinta
Pengalaman best !!
.
.
.
.
Dah ..
Jom turun !
.
.
.
.
.
.
.
.
Orang-orang lokal mengatakan bahawa Bikit Cinta ini adalah tempat pertemuan antara Roro Anteng dan keksaihnya , Joko Seger
Yang dikatakan adalah nenek moyang , asal muasal masyarakat Tengger di sini
Juga ada yang mengatakan , kiranya kita mengucapkan nama pasangan yang kita dambakan sepanjang jalan dari Penajakan hingga ke Bukit Cinta ini , akan bersatulah dua hati itu nanti
Percaya ?
.
.
.
.
Kali kedua kami menatap Galaksi Bima Sakti di Indonesia
Cantik banget !
SubhanAllah
.
.
.
.
For my 3 Potterheads kat rumah
.
.
.
.
Potterhead no3 bagi ni untuk dibawa ke Bromo
.
.
.
.
Bye Semeru
Bye Bromo
Bye Batok
.
.
.
.
Serious terngiang ngiang lagu ini di Bukit Cinta
Kerana ribuan bintang nya …
.
.
.
.
Chopppppp
dia ni laagi!
hahhaaaaa
weeeiiii…bestnya stargazing kat Bromo
saya mesti pilih!!!1
ko kena baring
nanti sakit tengkuk hahaaaaaaa
Subhanallahhhhh… cantiknya bintang di langit tinggi….
Bintang-bintang bertaburan, hanya satu mengusik pandangan…
Kaulah bintang membawa cahaya, tersembunyi….
ntah betul ke tidak ni lirik lagu amy mastura…
cer nyanyi lagu man bai pulak
gambo last.
cantikkk sangat!!!!!!
macam lukisan kan?
patut malam tuh kita menyanyi lagu manbai.. bukan lagu lain (paham?) kahkahkahkah
hahhahaa..
nak bukak mulut pun kejung camna nak nyanyi!!??
siyesly cantik sangat….
pergi lah
belum sampai lagi kan?
Haaaa… setelah sekian lama mengidam dan berharap, akhirnya miklyway!!! Terpegun. Terspeechless. Terindah. Segala puji bagi Allah swt.
Doc tau tak apa setting camera yang Pak Agoes pakai untuk capture milkyway tu? Berapa ISO? Berapa shutterspeed? Long exposure kan?
Yg dalam foto ada tiang tu, saya nampak ada 4 bintang yang terang. Bintang2 apa tu doc? Cantik sgt!!
Kalau nak ambik gambar kelam2 pakai hp guna lah samsung.. hehehe
Lokasi ni best sgt.. nampak semua gunung2!! Mmmg best sgt for outdoor wedding photoshoot!
Sempat promote produk Daiso ek? Hehehhe…
Nak tanya, ada toilet ke di situ? Ada air utk wuduk? Ada bawak air ya?
hehhehhee..
ngak tahu pak!!
ada di exif nya tapi gue males nak bukak file cari pak!!
yang empat tu tak tahu lah en pyed. mungkin dalam buruj big dipper?
kalau tiga sederet saya memang cam .. belt of orion
sokong ! ifon 6 kebawah kalau kelam-kelam memang hampeh .. ifon 7 ok
toilet tak ada kat atas tu
kami semua period
tak solat
ada hand warmer , ada body warmer
body warmer boleh tampal kat kulit
Alamak.. tetiba nama di petik.. bestnya trip mcm ni..
heheeheh
milky way bromo abang hari tu memang ohsem sangat!
terkedu hari tu tau bila orang tegur ‘ dr singa kan? ‘ kat airport :))..