LOMBOK – SUMBAWA : LAIN DARI YANG LAIN [ 4 ] : SEMBALUN DAN GUNUNG RINJANI
.
.
.
.
Hari ke 3
Setelah berireng-irengan di gili-gili
Kami balik ke Pulau Lombok
Naik Feri macam hari tu
Pak Nur dah siap menunggu di Pelabuhan Poto Tano
.
.
.
.
Sempat jugak bergambar dengan Pak Nur Kenawa tu.
Pak Nur pakai baju JDT !!
Keren !
.
.
.
.
Sedap air ni !
Air kacang hijau!
Rasa macam minum air bubur kacang hijau tapi !
.
.
.
.
Ayuh !! Ayuh !
Feri dah nak berangkat !
Harga tiket rasanya dalam Rp 17000
Semuanya Pak Nur dah siap belikan .
Masuk dalam feri .. Kali ni lain sikit pesennya dari feri masa datang
Tak ada open deck bertutup macam masa hari tu .
Ada kerusi-kerusi gini
Ada ekon !
Ada TV !
Ada lagu-lagu Indonesia
Kalau tak ramai orang boleh baring kat kerusi tu ..
O kehhhhh .. Sat ..
Ada satu lagi pilihan ..
.
.
.
.
Ini !!
Kawasan ini lapang
Ada lapik lembut
Ada bantal
Ada soket
Mengecaj adalah gratis!
Maka nya ..
Semestinya ini pilihan kami !
Sambil tergelak-gelak terkekek-kekek .. Sebab tetiba boleh baring-baring golek-golek dalam feri !
Hah !
Tergolek hampir semua orang !
Empat orang tidur dengan sedapnya kat sini
Dak Elly dan Dak Kina masuk balik ke kawasan tadi sebab ekon kat sini tak sejuk sangat ..
.
.
.
.
Ko boleh tergolek baring sila panggung dalam feri !!??
Kahkahkahhh !!
Tidur yang best sangat sebab penat sangat !!
Kalau sorang .. mau patah balik feri tu ke Poto Tano pun tak sadar !
Best feri ni ..
Ada Musolla .
Ada bilik air yang banyak air !
Memang bersyukur sangat nampak air keluar dari paip dan air dalam kolah !
Setelah beberapa puluh jam dok berjimat air meng-share air dengan kawan-kawan …
Tiba-tiba .. Dak Elly mendapat satu amaran dari Dak GB
Hati-hati kat kau kat toilet ! Sebab kaki kau panjang ! Nanti cramps !! Sambil gelak kukkikkukkik ..
Apesal lak Dak GB ni..
Maka -nya saya pergi menyiasat .. Setelah bangun terpisat-pisat ..
Kahkahkahhh !!
Patut lah !!
Amatlah sempitnya keadaan bila mencangkung !
Dan tak tahu nak mencangkung ke arah mana !!
Dan bila nak mencangkung .. kahkahkahh .. mesti terhantuk palang kat hujung tu ! Kahkahkah !!!
Saya yang kaki tak berapa panjang ni pun dah agak tersepit bila mencangkung .. Inikan pulak Dak Elly !!
Punya lah susah nak bangun!!
Semua bila keluar je toilet dok bantai ketawa terkekek-kekek !
.
.
.
.
Dalam 3 jam jugak kot sampai ke Kayangan
Feri salah angle sikit masa docking
Kena gostan dan masuk balik
Masa ni dok terhibur nengok budak-budak ni
Berebut sambut tali kapal yang dibaling oleh pengemudi
Bila kapal dah dekat , depa lompat ke deck dari jeti
Seriau nengok !
.
.
.
.
Pelabuhan Kayangan
.
.
.
.
Lepas lompat ke dalam feri
Budak-budak tu dok berlumba panjat ramp tu .
.
.
.
.
Mereka mudah terhibur
Kami pun ..
.
.
.
.
Dari Kayangan , kami akan ke Sembalun
Dalam satu jam perjalanan .
Adik ipar dan biras Pak Nur yang bawak kita orang ..
Wawan dan Arni
.
.
.
.
Sambil dibuai-buai alunan Ruang Rindu
.
.
.
.
Sampai ke Gerbang Taman Nasional Gunung Rinjani .
Berhenti ambik gambar dari dalam kereta je
.
.
.
.
Sampai ke homestay
Dah malam
Dah tak nampak keliling
Sejuk beb kat sini !!
Setelah 39 jam tak mandi ..
Celup jari dalam kolah .. Mak datuk !! Sejuk nya air !
Macam cebok guna air esboks !!
Tapi semua mandi jugak !
Cedok satu gayung . Tarik napas . Jirus . Dan menggelatuk kesejukan
Tak kira .
Kena mandi jgak !
Siap shampu lagi !!!
.
.
.
.
Makan malam dah siap .
Makan nasi lauk panas-panas kat berugaq !!
Dalam kesejukan malam!
Mulut pun berasap tau !
.
.
.
.
Lauk sayur labu jepun masak bening tu sedap sangat !!!
Dan ayam kampung goreng tu ..
Dan tempe goreng tu ..
Telor dadar pun sedap sejuk-sejuk gini !
Juadah masyarakat Sade , sayur plecing .. Yang dalam lesung batu besar tu
Gaul dengan kangkung dan togeh rasanya ..
.
.
.
.
Bila dah pagi barulah nampak kami di mana sebenarnya ..
Homestay Sopo Trisno
Sembalun Lawang
Tante Tres dan suami , Jawa Solo pemiliknya ..
.
.
.
.
Dengan tidak membuang masa .. selepas mandi manda dengan air yang maha sejuk dari semalam ..
Kita putar-putar keliling homestay
Nampak ni belakang bilik !
Wahhhhhhh !!!!!!
Cantik sangat !
Bukit Pergasingan
Semalam , Wawan ada tanya , nak daki bukit tak pagi esok
Kena bangun pukul 4 pagi lah tapi .
Semua macam ohh ehh ohh ehh sebab memang tak masuk perancangan . Kasut pun tak sesuai .. Wawan kata .. Kena daki 3-4 jam .. Nanti boleh nampak sunrise over Sembalun.
Rupa-rupanya nak panjat Bukit Pergasingan ni!
Hahahaaa…
Memang tak lah ….
Nampak je senang tapi ada baca .. tak lah senang mana.
Putus jugak urat paru-paru dan jantung !!
.
.
.
.
Tu nama dia Bukit Anak Dara
Pun ada orang panjat biasanya
.
.
.
.
Tokojut den !!
Kalau jumpa malam tadi mau lintang pukang lari ni !
.
.
.
.
Pusing ke kiri ..
Nampak Rinjani !!
Dan angsa
Cantiknya Rinjani !
.
.
.
.
.
.
.
.
Pukul 12 malam pun dok ang ong ang ong depa ni malam semalam !
Rasa nak semelih je !
.
.
.
.
Me and Rinjani itu ..
.
.
.
.
Ni alamat Homestay Sopo Tris tu ..
Di syorkan tidur sini kalau ke Sembalun Lawang ni
Tante Tres masak sedap !!!!
.
.
.
.
Sarap di berugaq
.
.
.
.
Sarap penkek pisang yang sedap
Ada penyeri kat tengah tu , sempena besday dak Iyra
.
.
.
.
Sambil sarap sambil jeling-jeling ke Rinjani ..
Jom zoom ketat ketat !!
.
.
.
.
Kalau lagi panjang lensanya .. boleh nampak orang berjejeran kat lereng tu
Nak naik ke Rinjani ni boleh dari Sembalun ni , atau dari Senaru
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada bilik yang tiang tinggi tu
Berdinding bahan asri
Malam-malam hangat
Bilik air kat luar tapinya .
.
.
.
.
Dak GB tu biasa laa.
Melompat-lompat bila nampak alpukat ni !
Siap bawak balik yang ranum , nak cuba tanam lagi kat rumah .. Macam alpukat Sri Lanka hari tu ..
.
.
.
.
Bilik-bilik kita orang yang warna hijau tu ..
Siapa-siapa yang biasa ikut saya berjalan mesti tahu yang kalau tempat penginapan , saya tak pentingkan ada atau tidak wifi , cerek , tv , dan seterika baju . Biasanya duduk homestay .
Ada seorang orang masa ni .. sorok-sorok mintak seterika baju dari Tante Tres .. Dan sorok sorok bawak masuk bilik , takut kena bahan .. kahkahkahhh .. Sebab yang lain memang tak kesah tudung renyuk [ saya lah tu ] dan ada yang memang dah siap-siap bawak tudung yang tak kan renyuk ..
.
.
.
.
Jiran depan rumah
.
.
.
.
Maknanya
‘ Siapa Suka ‘
.
.
.
.
Hello Pergasingan
.
.
.
.
Sembalun adalah daripada perkataan Sembah dan Ulun
Sembah bermakna menyembah/menyerah diri/mematuhi/taat,
Ulun dari kata dasar Ulu yang berarti kepala / atas / atasan / pemimpin
.
.
.
.
Buluh memang kuat
Tak percaya tanya engineer
.
.
.
.
Dah kenyang ..
Kita ke tebing lembah !
Kita ke Taman Wisata Pusuk Sembalun
Look Out Point sebenarnya ..
Nak nengok apa ?!
.
.
.
.
Nengok ni ha !!
Cantik sangat !!!
Lembah Sembalun
.
.
.
.
Zoom ketat-ketat cari homestay tadi
Ada dekat-dekat tiang tu Wawan kata .
.
.
.
.
Cantik sangat!
Kat belakang tu ..Ladang tanam-tanaman ..
.
.
.
.
Kat sini je dah nampak 2 buah masjid
.
.
.
.
Ada yang kata
Ini adalah satu kawah purba
Dari letupan satu gunung berapi purba
Kraternya tak dipenuhi air , tapi tanah yang subur
Kalau dipenuhi air , jadik macam Danau Toba tu ..
.
.
.
.
Ada penghuni nya Pusuk Sembalun ni
Mereka ni
Kera-kera Sembalun
.
.
.
.
Yang rajin merampas apa-apa yang nampak macam plastik makanan ..
Ha ..
Malulah tu orang bercerita pasal dia !!
Lentik-lentik jari gitu !!
.
.
.
.
Merenung masa depan ..
Hahahaaa
Cliche
.
.
.
.
Bukit Nanggi kat belakang tu .
.
.
.
.
Sopan lak ko duduk ..
.
.
.
.
Jangan nak buat muka sedih lak
Tak ada sapa bawak jajan ok ..
.
.
.
.
Laaaa..
Boleh dia buat kerja lak kat sini !!
Siap ada cheer leader !
.
.
.
.
Kahkahkahhhhh
Yang tiga orang ni dok skodeng depa !
Woii !!
Ketumbit mata karang !!
.
.
.
.
Sejuk gak kat sini
Semua dok berselimut kain pelikat tu ..
.
.
.
.
Apa tu ??!
Macam menarik !!
.
.
.
.
Hmmmm ..
Hari ni dan esok last !
.
.
.
.
Geopark Rinjani
Pusuk bermakna puncak
.
.
.
.
Ada bayaran nak masuk sini
Minimal
Tak ingat berapa ..
.
.
.
.
.
.
.
.
Pandang kiri kanan semua cantik-cantik kat sini !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Haiyoo ..
Dak Siti ni mesti save guna smallest memory .
Habis kelabu bila enlarged!
Bole laaaa ..
.
.
.
.
Ha ..
Ni gaya orang tak kedekut memori fon..
Besau !!
.
.
.
.
Dah dahhh !!
Ayuh !
Ada tempat lain kita nak pergi ni!
Masa ni kepala saya dah weng
Lupa makan ubat pening sebelum naik kereta ..
Maka-nya .. Saya duduk diam-diam di tengah melayan horizon.. Untuk menstabilkan semi-circular canal saya
.
.
.
.
Sempat jugak Wawan melayan permintaan budak-budak ni nak petik ros kampung merah jambu .
Saya ..
Saya masih weng ..
Lantak aa korang …
.
.
.
.
.
.
.
.
Kita ke utara sikit untuk tujutan seterusnya ..
Berhenti di satu spot yang boleh nampak Rinjani dengan cantiknya !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya ada obsesi kepada gunung berapi ..
Majestic .
Hehehee..
Sempat gak pagi tadi cakap kat GB
Sebab dia tanya Wawan ada tak gempa bumi kat sini
Saya bisik kat Dak GB
‘ Nak jugak rasa sekali gempa bumi kan masa kita jalan-jalan kat Indonesia ni kan ..?! ‘
Dak GB buat mata besor dia
Ha ah !! Ha ah kan !!
Hehehehee..
Ada jugak orang macam saya !!
.
.
.
.
Dak Kina ambik ..
Lepas tu ajarin dia tentang Rule Of Third
.
.
.
.
Ohhhh ..
Dia kata ….
.
.
.
.
Ok..
Satu cover album photo plis !!
.
.
.
.
Dah banyak jugak gunung berapi saya sampai [ bukan panjat ] dan nengok di Lingkaran Api Pasifik di Indonesia tu sebenarnya ..
Jaboi , Marapi , Talang , Merapi , Sundoro , Dieng Complex ,Tengger Caldera , Semeru , Agung , dan akhir sekali Tinjani ni ..
Err..
Saya suka gunung berapi
Kehkehkehhh
.
.
.
.
Dah ..
Ayuh..
Jauh lagi nak jalan ni !!
.
.
.
.
chopppppppppppppppppppppppp
kahkahkahhhhhh!!!
berjaya lagi!!
beribu-ribu tania
alahaiiii.. kak elly dah chop..cissss…
bila tengok menu tante tris..
rasa lapar tetiba..
sedap sangat.. hadoiiiiii!
gambo landing dalam feri adalah paling best.. heaven.. kroh kroh kroh…. kahkahkah
habis aa.
gambar kita landing dalam feri banyak kat dak elly!!
time kasih kakak tolong pakaikan sarung tangan dan setokin kat kite! hehehee!!! time tidur berdengkur memang tak sedo haper dah!!1 hahaha!!!
hahahaaa!!
nak pakaikan prdah pun boleh!!
:))
Saya memang suka betul bila doc share foto-foto keliling, memberi gambaran sebenar dan realistik, like, tempat penginapan, pokok buah-buahan, angsa, pemandangan bukit-bukit, rumah-rumah, jiran dan hidangan. Plecing! Aduh sedapnyaaa…. :).
Chomelnya kera tu! 🙂
Shot Rinjani yg ada orang tgh lalu tu terbaik!
Can’t wait to see your shots of the Pertarungan Lereng Rinjani tu!!! Cepat sikittt…! Gigil dah ni.. hehehe…
hehehe..
thats me..
kera tu nakal
pantang lepa. mesti nak merampas apa-apa yang kita pegang
kann..
saya pun suka sangat yang yang tu.
lama nak tunggu orang lalu tu sebenarnya !
tarung..
heheh
sat..
orang indonesia cakap bumi diorang subur kepas gunung berapi meletus…
sebab tu tanyak tanah yang subur2 di pergunungan
jadi inget waktu perjalanan ke lombok, terombang ambing di kapal selama 8 jam hehehe. rinjani emang the best 🙂
turut berduka, semoga lombok segera pulih. lombok kuat. sembalun rinjani tempat paling indah yang pernah saya kunjungi.
Semoga semua yang di sana tabah dan di rahmati Allah
keren banget dah. semoga lombok segera pulih dan saya bisa datang kesana untuk menikmati keindahannya
InsyaAllah. Didoakan semua nya tabah menghadapi dugaan