LOMBOK – SUMBAWA : LAIN DARI YANG LAIN [ 2 ] : PULAU KENAWA
.
.
.
.
Sesampainya di Pelabuhan Poto Tano , Sumbawa , Pak Nur cepat-cepat bawak kita orang naik bot pulak . Ayuh !! Ayuh !!
Ha .. maka lengkap lah perjalanan kami ..
Tren , kapal terbang , kereta , feri , bot . Dalam satu hari
.
.
.
.
Ni Pak Nur
Pak Nur Kenawa kat fb , IG
Boleh contact Pak Nur ni kalau perlukan pertolongan / cadangan / kenderaan tentang / di Lombok / Sumbawa / Kenawa
Ini nombor Pak Nur : +62 812 38312070
.
.
.
.
Dari Pelabuhan Poto Tano , patutnya berjalan ke pelabuhan nelayan untuk ke Pulau Kenawa
Tapi kita orang jalan sikit je , turun tembok kat tepi pelabuhan , sinsing seluar , masuk bot
Nak kejar matahari terbenam di Pulau Kenawa
Sempat yang ini saja sesampainya di sana tapi !
Alhamdulillah
Cantik !
Bak kata Khai , kawan kita orang
Magical !
.
.
.
.
Pak Nur dan kawan mula pasang tenda untuk kami
.
.
.
.
Siap !
Tiga tenda enam orang
Mintak Pak Nur hidupkan unggun api jugak
Semua bulat mata teruja .. nak berunggun api
.
.
.
.
Ni mesti Dak Iyra punya kerja ni ngambik gambar ni !
Meleleh-leleh peluh atas bawah depan belakang solat tepi unggun api !
Dengan ucapan .. Api neraka lagi panas beb!!
Untuk batch yang selanjutnya .. semua solat celah khemah ..
.
.
.
.
Makan dulu sebelum solat
Masa ni .. Tiba-tiba ..
Ada lak sessi tazkirah
Oleh Oztazah Jemputan Sessi Kenawa
Oztazah Elly Nadyra
Tetiba je dia berkata , masa orang baru nak bismillah angkat tangan kanan nak nyuap nasik masuk mulut .
” Bersyukur tak ?! Kat rumah ada air .. ada letrik .. nak mandi senang .. ?”
Semua terstop ..
Saya tak tahu lah masa tu nak gelak atau insaf
Gelak dulu .. mengekek-ngekek seperti tiada keinsafan … lepas tu baru insap ..
Sebab Oztazah Elly tu tetiba je bukak mulut dalam kegelapan malam dan kelaparan …
Tak ada lak gambor Oztazah kat sini ..
.
.
.
.
Cumi-cumi segar bakar
Sedap segar dan manis
.
.
.
.
Ikan nila bakar
Pun sedappp ..
.
.
.
.
Lepas dan semasa makan
Masing-masing berderet mengecas segala gajet yang kehausan
Kalau diikutkan , satu gajet Ibuk tu akan caj Rp1000
Kita orang bayar lump sum keesokkan harinya nanti
Dah kekenyangan .. Ada 4 orang yang baring-baring di berugaq , ada dua orang yang duduk meniarap menonggeng atas tikar mengeset tripod kecik dan kamera ..
Kenapa ??!
Sebab .. Di Pulau Kenawa ni sangat gelap
Tiada pencemaran cahaya
Maka nya .. pandang lah ke atas
Akan nampak beratusan , ribuan bintang!!
Dan untuk kali ke duanya saya nampak Milky Way !
Galaksi Bima Sakti !!
Kali pertama .. masa di sejuk gedi di Bromo
Dan masa tu .. dengan sengalnya saya tak tahu pun yan saya nampak itu adalah Milky Way !!
Ingatkan bintang-bintang dan awan !
Haiyoooo ..
Guna Apps untuk cari Galactic Center of the Milky Way
.
.
.
.
Kalau tak ada Apps , cari Buruj Orion . Atau Sagitarius
Sebab Orion dah dekat dengan Galactic Centernya ..
Cari tiga bintang berjujukan yang menbentuk tali pinggang Si Orion
Al Nitak , Mintaka dan Al Nilam
Eh chop.. ni bukan Orion
Mana lak gambar Orion hilang ..
.
.
.
.
Nak gelak dulu..!
Tentang kejadian-kejadian semasa nak meniarap menonggeng mencari Milky Way ini ..
Ada yang tetiba kata .. ‘ Kak !! Gelap ??! Meh kita tolong suluh !! ‘ Semasa kamera tengah meng-capture ‘
Ada jugak yang kamera asikkk la keluar flash , even semasa coba meng-capture Milky way !
Kahkahkahhhh …
.
Ini lah hasilnya
Yang tak seberapa
Malu wa !!
Wa tak pandai edit!!
Waaaaaaaaa !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adalaaaahh nampak macam Milky Way kan !!??
.
.
.
.
Malam tu agak panas
Berangin tapi
Kat Pulau Kenawa ni tak ada listrik
Ada generator je kat warung tadi
Sumber air pun tak ada
Ada bilik air
Ada bekalan air dari tanah besar Sumbawa
Nak guna bilik air kena bayar
Small water Rp 10000
Big water Rp 15000
Kalau sekali harung big and small water .. Tak tahu lah nak kira macam mana ..
Kena jujur lah dekat penjaga tu ..
Untuk kegunaan air
Tu pun kena jimat-jimat
Tapi ada kami kesah ..
Tak ..
Sebab dapat camping , makan ikan sotong segar , dapat tangkap Milky way ..
.
.
.
.
Kipas kecik ni sangat berguna
Ada built in bateri
Dan boleh guna power bank jugak
Maka nya tenda kami berangin-angin !!
Kesiannn khemah sebelah dapat dengar je bunyi kipas..
Alaaa .. dua budak khemah sebelah tidur kat luar khemah
Lagi sejuk !! Baring sambil menatap Milky Way !
.
.
.
.
Saya tak dapat tidur
Mungkin sebab di tempat yang tidak biasa
Macam-macam dengar kat luar tu ..
Ada bunyi unggas
Ada bunyi macam rimau , beruang , arnab dari khemah sebelah-sebelah
Ada bunyi kucing !!
Iyaaa !! Kucing mengiau !!
Akhirnya dapat tidoq
Tiba-tiba Dak Iyra dok bising-bising kejut
Korang !! Subuh !! Matahari dah nak keluaq ni !!
Dan matahari pun mula keluar !
SubhanAllah
Cantik sangat !
.
.
.
.
Tenda kami dan matahari pagi ..
.
.
.
.
Jom jalan ke belakang sikit !
.
.
.
.
Tiba-tiba budak ni keluar !
Manja sangat!
Gesel-gesel kat kaki
Dia ni lah yang bising-bising malam tadi !
Buat saspen je lah dia ni !!
.
.
.
.
Dia ajak pergi panjat bukit tu !
.
.
.
.
Tiba-tiba dia hilang ..
.
.
.
.
Vertorama sat ..
Selamat Pagi Rinjani !!
Nampak tak Rinjani kat belakang tu ??!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Matahari makin naik ..
.
.
.
.
Dan makin cantik !
.
.
.
.
Pulau Kenawa ini dipenuhi dengan rumput ilallang
Cantik !
Ada nampak dua warna di situ ..
Hijau segar dan muda
Kuning kering
.
.
.
.
Pandang ke mana-mana pun sangat lawa Pulau Kenawa ini !
.
.
.
.
Di pertengahan bukit ..
.
.
.
.
Pulau Kenawa ni dipanggil Pulau Tikus
Sebab kalau pandang dari tepi, macam bentuk tikus
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bawalah aku ke Kayangan !
.
.
.
.
Bawalah Dak Kina ke Kayangan jugak !!
.
.
.
.
Tak tinggi sangat bukit tu sebenarnya .
Kita orang panjat separuh jalan je
Batuan dia longgar . Menggelongsor
Kasut lak tak sesuai
Dak Iyra je yang panjat sampai ke puncak
View dari atas lagi ohsem !
.
.
.
.
Dah ..
Jom balik ke pangkal jalan !
Jom mandi !
Eh !!
Hahahaa .. Air tak cukup ya kalau nak mandi kat sini
Cukup untuk istinjak je
Nak mandi ?!
Kecebum je dalam laut tu !
.
.
.
.
View dari dalam tenda
.
.
.
.
Tak habis bakar pun kayu api tu sebab kepanasan
.
.
.
.
Ada kawan tanya ..
Korang memang nak save bajet ke tidur dalam khemah ?
Atau sebab kat kat situ tak ada hotel ?
Kita orang memang tak nak save bajet pun .
Dan kalau ada hotel , kita orang tak tidur kat Pulau Kenawa ni !
Kita orang memang nak tidur dalam khemah di Pulau Kenawa
Kenapa ?
Atas sebab-sebab yang jelas tertera dalam gambar-gambar di atas dan seterusnya …
.
.
.
.
Pukul 7 pagi Pak Nur dah pesan dah siap-siap kat tepi pantai
Dia nak ambik mengelilingi gili-gili yang adak dekat sini ..
.
.
.
.
Macam kat hotel pulak .
Sampai di warung
Sarap dah tersedia
Telur goreng + Saus ABC bercili + ikan bakar je pun … yang sangat sedap tapi !
.
.
.
.
Satu-satunya warung di sini
Masak pake kayu api
Listrik pake generator
.
.
.
.
.
.
.
.
Banyak pondok kat sini , kalau tak nak tidur dalam tenda
Bawak je tikar
Nak tidur kat berugaq pun boleh
Bangunan putih tu tandasnya ..
.
.
.
.
Ayuh !
Kena sampai di destinasi seterusnya pagi-pagi !
Nanti ia tenggelam !
.
.
.
.
Nampak bulan di siang hari ?
.
.
.
.
.
.
.
.
Esok cerita pasal gili-gili sekeliling Pulau Kenawa ni
Habiskan cerita pulau ni dulu ..
.
.
.
.
Balik dari laut
Semua chop satu berugaq ..
.
.
.
.
Terbongkang kepenatan !!
Kahkahkah !!
Dak Iyra dan Dak GB je yang snorkeling
.
.
.
.
Best sangat masa ni !
Tak sedar dunia !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah ..
Jom balik !
.
.
.
.
Biru tosca dari atas jeti !
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersyukur Pak Nur insist jugak kita orang tidur di Pulau Kenawa ni
.
.
.
.
Tak mo balik !!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembara Lombok – Sumbawa
Memang lain dari yang lain !
Bila baca kat blog-blog .. Asyikkkk laa pergi 3 Gili tu
Sampai ada yang kata
‘ Kalau tak ke Gili Trawangan , tak sah ke Lombok lah ‘
Meh sini kita orang nak cakap !
‘ Kalau ke Lombok .. ke Gili Trawangan je .. Tak sah ke Lombok sebenarnya Beb !!! ‘
.
.
.
.
Mandi sebelum ke klia2 pada pukul 4 pagi
Next mandi ada lah pada 39 jam selepas itu ..
Rekod ..
.
.
.
.
Ada satu filem di YouTube
Serdadu Kumbang
Lokasi penggambaran ada di Pulau Kenawa
.
.
.
.
choppppp
seriusly, baring kat luar tu mmg layan ok, lagi sejuk dari dalam khemah
tak sampai hati lak nak curi kipas khemah sebelah …. “jangan menyesal” kahkahkah pandang dak GB
ok la tu gambar milky way akak, nak dibandingkan dengan budak yang camera dia manjang ada flash, tengah hari buta pun flash sana sini
subhanAllah, mmg cantik sangat ciptaan Allah, tq byk2 masukkan kita dlm trip ni
tq byk2 ajar kita macam mana nak guna mode panorama kahkahkahkah
kita pun solat kat tempat akak tu, masyaAllah mmg panas kan, peluh2 solat
apa pun bersyukurlah
ingat pesan ostajah elly nadyra!
kehkehkehhhhh!!
sekali lagi kalau ko ikut , tapi flash tu still cam tu
aku berenti kat indomart.. beli selotep!!
memang lawak sangat la masa tu..
teriba je ko bagi tazkirah!!
senyum senyum sambil baca..
ouh tuh la hasilnya gambo milky way dari camera pantang cahaya tuh..
SubhanaAllah…
Chantik sekali..
tatau nak cakap..
sebab iols save dlm minda saja kecantikannya..
thanks akak tlg terjemahkan kecantikan malam di kenawa dalam gambar akak..
haahahaha..
tak jadik tu sebenarnya
tak reti nak edit!!
Rinjani? Tak pedulik. Sy nmpak bintang kejora! Eh, bkn bntang sbnarnya. Akak tangkap planet venus berlatar belakang rinjani.
manaaa??!!
yang mana satu??!
Kak Izat,
Memang magical! 🙂
Pastu, cantiknyaaaaaa. Panas tak kat area khemas tu lepas matahari naik?
Tapi memang lawaaaa sangat lahhhh. Nak pergi pleaseeeee. heheeh
ya Allah..
macam sauna kat dalam khemah tu masa tengahari!
masa tu nak salin baju!
bisa pensan kat dalam tu !
hahaha tapi… view dia kak izatt.. melting okayy
Kak, nyanyi lagu tenda biru tak?
jap..
ekhemm..
Tanpa undangan , Diriku kau lupakan
Tanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara . . . Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa . . . Kau buatku merana
ok tak pitching?!
suka semua gambar…. suka 100 X gambar2 bintang…
terimakasih x1000 kali!
oke aa tu gambo milky way. kurang-kurang dah jadi dah update kat belog, bukan macam budak sorang tu. gambo milky way dia yang tah jadi tah tidak tu tah bila laaa nak update kan?
bukan budak yang amik gambo milky way pakai flash tu tau! kehkehkeh
bila nak abis cerita sri lanka kau tuuuuuuuuuuuu!!??
kahkahkahh..milky way yanh hampeh!!
wa tak reit edit!
set berapa min shutter utk milky way?
belakang bukit tu ada apa?
shutter 20 saat
aperture 4.5 kot
belakang bukit tu ada anak bukit
ada pokok bakau
memang lain dari yang lain….lebih seronok dari yang lain.
Bestnya bukit tu…ada gambar view dari atas tak??.
saya tak naik sampai ke atas..
Dak Iyra je naik
cantik !
Magical indeed! SubhanAllah!
Siap ada Oztazah Jemputan! Bagusnya. Elok la gitu kan doc, sambil jalan2 bersuka ria kita tetap ingat padaNya. Alhamdulillah.
Hamboiii… ada milky way! Hebat! Saya try tak pernah menjadi. Geram! Tak reti sebenarnya.. hehee.
Oh my… cantiknya sunrise! Bestnya bangun je dah ada view macam tu! Worth it sgt bercamping!
Then ada pulak meow tu.. hehe… lengkap :).
Good choice pakai merah.. menyerlah! 🙂
ha..
saya tak reti edit en syad!
dan composition dan tekniknya ke laut!
bawak tripod kecik yang macam goby tu je
meow tu manjaaa sangat!
yakde air..xde letrik…wow..pengalaman yang mahal ni…..
trip tak mahal
pengalaman tu yang mahal
🙂