LOMBOK – SUMBAWA : LAIN DARI YANG LAIN [ 1 ] : KAYANGAN KE POTO TANO
.
.
.
.
Alhamdulillah
Ada rezeki kami berkelana lagi
.
.
.
.
Kami ke Indonesia lagi
Balik-balik pergi sana ..
Kenapa ?
Sebab kami suka . Titik.
Kami ke Lombok dan Sumbawa
Kami nak membakar kulit yang putih mulus ni ..
Semua pakat dok beli tiket tepi tingkap
Masuk-masuk .. ada dah satu grup makcik pakcik pencen dah bertebaran duduk kat tempat yang kita orang book . Aik !!
26F dah ado sorang makcik duduk
Sib baik lah paham bila saya kata tu seat saya , sambil jegil sikit mata
.
.
.
.
Beli pre-booked meal
Sesungguhnya , makan gitu adalah lebih murah dari makan kat kedai kat klia2 pagi-pagi tu
Satu meal rm 12 je . Kalau makan kat luar .. Mau lebih rm 20!
Lepas kenyang sarap , masing-masing melayan mata . Ada 3 jam waktu perjalanan ni nanti . Jom tidoq !
Maklumlah .. bangun pukul 4 pagi , mandi .. berkejaran ke airport ..
Note 4 pagi tu ya ..
Ada kepentingannya di situ ..
Tengah syok-syok tidoq ..
Dak GB kejut ..
Kak !! Nampak tak puncak gunung tu !??
Genyeh-genyeh mata .. Manaaaa ??!!
.
.
.
.
Tu ha !!
Nampak puncak je terkeluar dari awan ..
Cantik seh !!
.
.
.
.
Mungkin itu adalah empat buah gunung yang mengelilingi Borobudur
Gunung Merbabu , Gunung Merapi , Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing
.
.
.
.
Oh ya
Lupa lak ..
Ada 6 orang berkelana kali ini
Dak Iyra , Dak GB , Dak Kina , Dak Elly dan Siti Kawan Dak GB
.
Jenguk ke belakang
Nak beritahu Dak Kina dan Dak Elly pasal gunung tu …
Lhohhh .. Dua-dua tengah tidoq !
Woiii !! Bangun lah weii !!
Rugi rm 6 kalau tidoq je !
.
.
.
.
Nampak satu eh dua lagi puncak gunung
Semeru kot yang kat belakang sana tu ..
.
.
.
.
Melintasi Pulau Bali dan Selat Bali
Lombok juga dipanggil The Sister Island Of Bali
Nampak Gunung Agung ! Suka !
Satu lagi gunung berapi !
Hahahahaa … Saya ada obsesi tentang gunung berapi !
.
.
.
.
Melintasi Selat Lombok
Menuju ke Bandara International Lombok
Di Lombok Tengah
Dikenali sebagai Pulau Seribu Pantai
Pantai-pantai memutih yang cantik ..
.
.
.
.
Lombok
Pulau Seribu Masjid
“Ada 4,600 buah masjid di Lombok. Semuanya masjid yang sangat indah dan dibangunkan oleh masyarakat,” kata Gabenor NTB, Dr. K.H Muhammad Zainul Majdi
Beliau yang juga seorang tokoh ulama, merupakan gabenor termuda di seluruh Indonesia dan satu-satunya pemimpin Indonesia yang hafal al-Quran lengkap dengan makna dan tafsirannya sekali.
Kagum kita orang bila Pak Wawan bercerita tentang Gabenur mereka ni
Juga dipanggil TGB , Tuan Guru Bajang oleh masyarakat setempat. Bajang bermaksud muda
Ironinya .. Tak sebuah masjid pun kami sempat singgah semasa di Lombok ini .. ! Alahaiiii ….
.
.
.
.
Juga dikenali sebagai Serambi Madinah
Pulau ini ditetapkan sebagai salah satu destinasi pelancongan syariah oleh kerajaan Indonesia. Ia bukan sekadar menawarkan keindahan alam yang sentiasa penggamit para pelancong, tetapi juga menyajikan peninggalan sejarah Islam.
Dari ~ sini ~
.
.
.
.
Pada 21 Oktober 2015, dalam persaingan dunia The World Halal Travel Summit / Exhibition 2015 di Abu Dhabi, United Arab Emirates, Lombok telah memenangi gelaran sebagai World’s Best Halal Tourism Destination dan World’s Best Halal Honeymoon Destination.
Kelas dunia !!
.
.
.
.
Dah sampai !!
Nampak jejaka-jejaka Lombok untuk pertama kalinya
Ada yang gedik-gedik takut nak ke Lombok takut kena culik
Tak de nya depa nak culik kau gitu-gitu aje , kaut masuk guni . Kena bercinta , suka-sama suka , plan nak menculik dan diculik .. Ada adatnya .
.
.
.
.
Dah ..
Jom naik ke Kayangan !
Hah ??!
Kayangan ..?
Iya ..
Pelabuhan Kayangan
Di belah Timur Lombok
.
.
.
.
Kami nak ke Sumbawa
Nak naik feri !! Sangat teruja !
Hah .. Tak payah kerut-kerut kening pikir .. Pergi bukak Google Map
Cari Sumbawa tu kat mana ..
.
.
.
.
Dari Kayangan ke Sumbawa ada dalam 2 jam
Suka aaa nama Kayangan !
‘ Saya dari Kayangan . ‘ Kan unik gitu ..
Cam biasa .. Ramai berjualan di sana sini ..
Macam-macam ada
.
.
.
.
Kami makan kat kedai ke kanan dari situ
Dak Elly dan Dak Kina tengah membeli bekalan air untuk perjalanan seterusnya
.
.
.
.
Sibuk nak ngambik gambar segala benda
Nak beli nanas
Nak beli kopi dalam botol
Nak pegang tiket feri
Nak posing lagi ..
Pak Nur dok ‘ Ayuh !! Ayuh !! ‘
Nanti akan saya letak kan nombor telefon Pak Nur di akhir rancangan ya ..
Amat disyorkan berurusan dengan dia ..
.
.
.
.
Lepas je lori tu jalan.
Baru nampak pemandangan nak ke feri
Masing-masing terpegun
Cantiknya Rinjani !!
.
.
.
.
Bila lagi nak bergambar dengan Ranjini
Eh ..
.
.
.
.
~ bila gambar dari fon adalah lebih cantik dari kamera sebab ko lupa nak lap lensa kamera yang penuh minyak cap jari ~
.
.
.
.
..
.
.
.
.
Yuk cari tempat duduk !
Naik dek paling atas sekali
.
.
.
.
Ada banyak perkhidmatan feri ke Sumbawa
24 jam ada
Ada 20 buah feri
Satu feri berulang alik sebanyak 4 kali dalam 24 jam
Dont worry .
.
.
.
.
Me and Ranjini
Eh ..
Rinjani ..
.
.
.
.
Panorama dari dek paling atas.
Cantik sangat!
.
.
.
.
Satu gambar gedik plis ..
Kahkahkahhh ..
.
.
.
.
.
Ada dua deck chair
Kami conquer
Bersandar berempat
Sharing is caring
Best sangat masa ni !
Redup
Angin bertiupan
Feri tak teroleng-oleng ..
.
.
.
.
Kina kata
Kita dalam satu hari ni
Kita naik keretapi , kapal terbang , kereta , feri , lepas ni naik bot
Cukup lengkap perjalanan kita kak !
.
.
.
.
Feri ni angkut kenderaan juga.
.
.
.
.
Nyaman sungguh duduk sandar baring bersempit berdua atas deck chair atas deck paling atas
.
.
.
.
Lambai-lambai kata hai kat kepten feri
Tiba-tiba dia keluar.
Bagi pinjam binocular dia
Dan ajak masuk dalam control room !
Hehehee.. Melompat semua masuk!
.
.
.
.
Malu-malu lak dia bila orang dok ambik gambar dia !
.
.
.
.
Ada tiga orang dalam control room ni
.
.
.
.
Masa ni saya dah keluar
Rasa pening-pening lalat lak teruja sangat berjalan sana sini
Duduk sandar semula
Tiba-tiba lagi rasa pening ! Feri macam teroleng-oleng
Rupa-rupanya budak-budak kat dalam tu dok try pulas stering er .. depa panggil stering ke ? feri
Hoiiii !!!! Dak Elly rupa-rupanya !!
.
.
.
.
Tiba-tiba Pak Nur kata kita dah nak sampai ke Poto Tano , pelabuhan di Pulau Sumbawa. Eh .. macam sekejap benor !
Tu pulau yang kita nak pergi tu nanti
Pulau Kenawa
.
.
.
.
Pulau Sumbawa ni di belah timur Pulau Lombok
Lombok dan Sumbawa dipanggil Nusa Tenggara Barat
En Te Be / NTB
Pulau Kenawa
.
.
.
.
Pulau Paserang
Antara Gili Balu [ 8 ]
Ada 8 buah pulau sekitar Poto Tano
.
.
.
.
Dah lah woii !!
Jom kemas barang !
.
.
.
.
Matahari dah semakin menurun
Macam tak sempat je nak kejar dia ..
Kita ambik dari dalam feri je lah ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Feri selamat docking di Poto Tano
.
.
.
.
Jom !!
Kita teruskan pengembaraan kita !
.
.
.
.
Bye feri !
.
.
.
.
Bye Rinjani !
Esok kita jumpa lagi !!
.
.
.
.
chop…alif lam lam ha
ooo awal2 dah buat onar, letak gambar kita tido ye
hahaaaaa..
habis lah akuuuuuuu
tapi tahun depan baru ko update..
tak pe..
kahkahkahh
Wah lambai2 terus keluar bawak bino. boleh masuk ctrl room lg. Power.
suri hati pilot feri
hahaaaaaaaa
nak gambar pegang binocular tuh please… hahaha
sambil baca sambil senyum..
pastuh gelak. pastuh senyum…
hahahaha.. still boleh imagine camne situasi kita time tuh kan akak..
‘sejuknyaaaa khemah niihhhh .. macam ada ekon !! ‘
hahahaaaaaaa
time baring baring kat sunbed tu best je citer flashback flashback!!
korang baring sorang satu sun bed kan!!?? tak aciiii
Kak! Kak! Kak! Amik gambo kat puncak Rinjani kak! Best Kaaaaak! Okebai
hahhahaaaaaaaa!!
ko pergi
akak kirim kamera
1- Dari 1st day dah pakai baju JOHOR tu..
2- Tengok gambar2 dari udara bila flight approaching BIL, mmg banyak tanah lapang / padang rupa rupanya kat Lombok ni.
3- Power gila gabenor tu ! Serious hafaz 30 juz + maksud + tafsir? Dan muda!
4- Kapten feri tu ajak masuk dlm control room sebab korang semua pompuan, dia nak ngorat dak iyra sebenarnya.
5- Dalam control room tu kena bukak kasut eh? Kapten kaki ayam! haha
6- Feri teroleng oleng sebab kapten dak elly tak geti pulas stereng! kahkahkah
1. sampai hari ke 2! maknanya tak mandi-mandi la tuuuu
2. ha ah.. banguna pun tak ada yang tinggi-tinggi. paling tinggi nampak macam 4-5 tingkat je
3 kan.. sejuk perut mak dia
4.suri hati pilot feri
5. hahhaaa.. nampak aje ko nih!!
6.hsebab sibuk nak posing!!
Semua dok tepi tingkap? Wah.. good idea tu :).
I so thoroughly enjoyed all the panorama shots. Cantik la sangat! Especially yang sunset shots dari feri tu.
Hehehe… sure meriah kat deck atas tu kan.. :).
Can’t wait to see the ones yg kat IG doc tuh!!!
hahahaaa.. macam pasar kat atas tu dok posing sana sini kukkikkukkik!!
baca sambil bayangkan
kesengalan korang berenam
ahahahahah
kahkahkahhhhh !!
sebab pernah join sama kesengalan !!
maka tahu !!
Masa i pergi last year musim kering betul..la ni dah cantik bangat dah….hijau dan cantik pemandangan..Rinjani…..
bulan 10 jugak kan masa tu??!
i pi masa tu bulan 7 ke bulan 8 kot..ntah lupa plak..