ADA APA DENGAN SRI LANKA ??!! TAK ADA APA DI SRI LANKA !!!

.

.

.

.

Ok

Habis dah cerita 6 hari 5 malam kami di Sri Lanka !!

Kesimpulannya ..

Sri Lanka sangat best !!

.

.

Sebelum pergi ,

Bila saya cerita

Saya nak pergi Sri lanka

Tak ada sesiapa pun yang kata ‘ Wahhhh !!!!  Best nya !!! ‘

[ Cuba kalau saya cakap saya nak pergi Korea .. Mesti kata Wahhhh !! Bestnya !! Nak ikot !!! ]

.

Semua jawab ;

Kenapa Sri Lanka ?

Ada apa kat Sri Lanka ?

Sri Lanka ?

Semua sangka :

Sri Lanka macam India . Kotor . Kencing merata . Busuk

Tak ada apa kat Sri Lanka lah !

Senang ke makan kat sana ? …

.

.

Saya nak buktikan mereka salah !

Kami dah buktikan mereka salah!

Sri Lanka cantik . Banyak sangat tempat yang menarik

Macam-macam ada di Sri Lanka

Bandar-bandar di Sri Lanka bersih , malah lebih bersih dari bandar-bandar di Malaysia

Makan adalah senang dan sedap

.

.

Biasa lah saya kalau buat itinerari .. Berbulan preparenya  !! Hahhahaaaaaaaaa ….Sejak balik dari Ranah Minang [ Oktober 2015 ] lagi saya dah mula membaca sana sini

Saya memang tak kan pakai travel agensi . Saya buat itinerari , cari kereta dan drivernya

Senang je . Kita buat ikut plan kita , keupayaan kita

Sebab tu tak sampai ke Sigiriya tu . Konar ke selatan .

Dan tak mencari ikan paus , sebab bukan musimnya , dan kalau musimnya pun , tak sanggup muntah belahak naik bot rasanya !

Alhamdulillah semua yang saya plankan untuk trip saya menjadi

Dari keretapinya , safari , stilt fishing , menjelajah kota Galle dan lain-lain

Semua dapat kami buat

Dan juga dapat berjumpa orang Melayu Sri Lanka

Dan jumpa orang Sri Lanka yang pandai cakap Melayu

.

.

Ada beberapa tempat yang tak dapat dan tak sempat kami singgah

Itu pun sebab tenpat-tempat tu pun KIV .

Sebab memang dah padat sangat itinerari kami tu

Dah tak muat lagi nak selit mana-mana pun.

Antaranya ..

Naik bot ke Cinnamon Island di Madu Gangga

Turtle Hatchery

Masjid Pettah di Colombo

In fact , tak singgah pun Colombo sebab memang tak sempat

Singgah sekejap di kedai Noritake

Orang kata nak singgah di factory outlet , dibawanya ke kedai.

Memang lah pandang je .. Sambil pegang backpack takut terlanggar pinggan mangkuk mahai tu .

Tak pasal-pasal karang kena bayor lak !

[ Factory outlet tu on the way ke Sigiriya . Memanglah tak pergi … ]

.

.

Perbelanjaannya ..

Tiker AirAsia : RM 243 return

Details perbelanjaan yang lainnya Dak Bendahari tak habis update lagi

Tapi dalam RM 1160 seorang

Yang banyak belanjanya adalah masuk Millenium Elephant Foundation tu [ SLR 2000 / RM 60 ]

Dan Yala Safari [ SLR 4000 / RM 112 ]

Dan makan

Dan transport [ USD 300 untuk 6H5M tu ]

Makan agak mahal di Sri Lanka

Sekali makan buffet / nasik campur tu , dalam SLR 450 / RM 12

Hotel murah . Dalam RM 50 seorang satu malam pun boleh dapat

.

Nak repeat Sri Lanka ?

Emm ..

Rasanya dah dapat cuba semua yang memang saya nak nengok dan lihat dan buat

Tak lah “nak” sangat repeat

Tapi kalau ada rezeki boleh pergi lagi

Nak duduk di Galle Fort seminggu

Just chill out kat situ

Explore satu kota Galle

Tak cukup puas satu hari je di sana

.

.

Jangan pergi !!

Tak ada apa di Sri lanka !!

Tak best pon !!!

.

.

.

.

.

.

This slideshow requires JavaScript.

.

.

.

.

Penerbangan balik on time

Masuk je kapalterbang . ..Dengar pengumuman dalam Bahasa Melayu

Serentak empat-empat orang kata ” Ehhh !! Cakap Melayu !!

Hahhahaaaa !!

Seminggu tak dengar orang cakap Melayu !

Eh !!

Sampaikan pramugara yang sangat wangi tu pun tergelak . Tanya lak berapa lama kita orang kat Sri Lanka .

Ohhh .. Seminggu [ je … dalam hati ] hahahhaaaaa ..

Dan the best thing ..

Masa nak mendarat ..

Pilot cakap

We are landing in bla bla bla..

The weather is bla bla bla ..

And to all Malaysians

Welcome home !

Serta merta syahdu

Berair mata ..

Hehehee…

.

.

.

.

Kenapa saya ke Sri Lanka ?

Kerana ia bukan main stream

Dan kami nak buat benda benda yang tidak main stream

.

.

.

.