ADA APA DENGAN SRI LANKA 5 : HILL BREEZE BUNGALOW , NUWARA ELIYA

.

.

.

.

Dalam remang senja di Kandy , kita orang meredah jem menuju ke Nuwara Eliya

‘ City On The Plain ‘

‘ City Of Light ‘

‘ Little England ‘

Pusat teh Sri Lanka

Tempat paling sejuk di Sri Lanka

Sebab paling sejuk tu lah saya decide nak bawak semua orang tidur di Nuwara Eliya , tidak di Kandy

Ikut peta dalam 2 jam perjalanan

Singgah tapau kottu yang sedap .

Kottu tu , macam roti canai , ada inti ayam , dicincang-cincang .

Sedap !!

attraction-map

.

.

.

.

Ini suhu waktu pagi , Dalam pukul 9 pagi gitu

Paling sejuk malam tu  dalan 14 darjah Celcius !

Menggelatuk sejuk !

Nak pijak lantai pun melompat lompat !

1A

.

.

.

.

Jumpa tempat tidur ni di Booking.com

Murah je .

Satu bilik berempat , dalam rm 207 rasanya

Memang saja cari dan book bilik yang ramai-ramai gitu

Lagi mesera …

Dan boleh tau siapa yang tak mandi malam tadi tu masa sejuk sangat tu !!

~ pandang 3 orang lagi tu … ~

1

.

.

.

.

Yang tak bestnya bungalow ni ..

Ada wifi !!

Haiyoooo !!!

Ada sorang budak tu .. [ pandang Dak GB ] , sampai mana-mana je tempat tidur .

Pertanyaan pertama yang dia akan tanya  adalah …

You got WiFi here ?

Pertanyaan ke dua .

What is the password ?

Dah dapat .. Senyap je

Silent moment kata Dak Anash .

Dari elok berborak-borak , terus silent moment masing-masing .

Hill Breeze Holiday Bungalow nama tempat penginapan kita orang di Nuwara Eliya ni ..

1C

.

.

.

.

Celah kampung mana ntah

Atas bukit

Sekeliling ada ladang sayuran

Best sangat !!

Udara segarnya !!

Dan sejuk!

Dah namanya Little Hengland kan??!!

2

.

.

.

.

Sementara tunggu sarap

Jom keluar ke kampung !

Bagus Dak Anash ni ..

Sesiapa nak bawak dia pergi travel sangat di syorkan lah …

Rajin .

Nengoklah tu ..

Habis balkoni tu di mopnya ..
4567

.

.

.

.

Segarnya udara !

Bau sayur leek di udara

Best sangat !

8

.

.

.

.

Jom turun bukit !

9

.

.

.

.

Jumpa lak budak-budak ni nak pergi sekolah !

Untung aaaa …

Sekolah sejuk . Ketiak tak berpeluh !!

27

.

.

.

.

Siap bertopi bersetokin panjang ber-cardigan ..

32

.

.

.

.

Yang ni lupa nak pakai setokin ..

33

.

.

.

.

Tengah nengok bunga apa ntah masa tu ..

11

.

.

.

.

Duduk dua tiga hari kat sini pun sanggup !

Sejuk..

Segar ..

13

.

.

.

.

Kalau ada selpi gini ..

Mesti kerja Dak Anash

Tersangat lah pandai dan pantasnya dia men-selpiekan semua orang ..

Ni nampak kejujuran , keikhlasan senyum kat sini

Masa kat Padang-Bukit Tinggi hari tu .. Senyum  tapi tak jujur ikhlas

Kahkahkahhhh ..

Apa tak nya .. Manjang disuruh bergambor , diambik gambor oleh Pa’Unchu masa tu .

Sampai tak sanggup lagi bagi senyuman jujur ikhlas ! :))

14

.

.

.

.

Korang korang !!

Pandang belakang !

Sekejapan je dia meng-adjust untuk men-selpie ..

15

.

.

.

.

Habis semua penduduk kampung yang lalu pun kitaorang ajak selpie !! :))

16

.

.

.

.

Ladang sayur..

Rumah petani ..

Jumpa orang kampung

Kabus ..

Bau sayur segar ..

I will choose this over a 4 star hotel .

[ Kalau  5 star .. free upgrade to suite , free dinner .. and sarap .. menang lagi  star hotel lah tapi nya ] kehkehkehhh ..

17

.

.

.

.

Sayur leek yang mengharumkan udara

18

.

.

.

.

19

.

.

.

.

.

21

.

.

.

.

Patutlah sejuk gedi malam tadi

Hujan .

22

.

.

.

.

Fire cracker flower

23

.

.

.

.

Bawak henfon je masa ni..

Kadang-kadang Banyak kadang , ngambik gambor dengan henfon lagi senang dan lagi cantik dari kamera satu lagi tu ..

24

.

.

.

.

25

.

.

.

.

Dak Gadis Bunga pun tak tahu pe nama bunga n.

26

.

.

.

.

Bunga celah batu tepi parit pun cantik

28

.

.

.

.

Mendung campur kabus

29

.

.

.

.

34

.

.

.

.

35

.

.

.

.

.

36

.

.

.

.

.

37

.

.

.

.

Lobak merah .

39

.

.

.

.

Pokok Seri Pagi . Morning Glory

Saya dok ghalit mengutip bii benihnya

Jarang jumpa Pokok Seri Pagi warna merah pink gini ..

Kat setiap kudup bunga yang dah jadik hitam-hitam tu penuh dengan biji benihnya

Banyak yang saya kaut bawak balik

41

.

.

.

.

Senyuman ikhlas daripada jiran sebelah

43

.

.

.

.

Jambak bunga untuk jualan

44

.

.

.

.

Sementara menunggu semua orang bersiap .. kita nonton Sri Lankan muzik video dulu !

D

.

.

.

.

Satu muzik video macam satu cerita drama

Ada satu tu , bapak dia nak mati

Siap ada buih-buih keluar dari mulut [ Dak Anash nampak ]

Saya nampak masa dia siap selimutkan dengan kain putih.

Lepas tu anak dia  berlarian datang peluk sebab tak sempat mintak maap ..

A

.

.

.

.

Yang ni ..

Cinta terhalang oleh mak

Bercinta dari sekolah

Si Lelaki masuk sojar . Hantar surat – surat . Tanya kabor Si Awek

Mak Si Awek tak setuju perhubungan . Sorok surat

Mak kawenkan dengan pilihan mak bapak

Awek terpaksa kawen paksa .

Satu hari .. kemas-kemas gobok mak . Terjumpa surat-surat , gambar Pak We hantar .

Terkejut

Terjatuh surat dan gambar ke pangkuan

Drama sungguh !!

B

.

.

.

.

Ahkirnya pasrah …

C

.

.

.

.

Sarap pagi

Kiribath !

Sedap ya amat !

Nasik lemak himpit

Makan dengan sambal tu

Sib baik Dak Iyra bawak serunding

Peh .. Berkali-kali kita orang tambah !!

Yang dalam mangkuk tu gula sebab takut kita orang pedas  :))

42

.

.

.

.

Dah ..

Jom ke bandar Nuwara Eliya

Tak sabor nak naik keretapi ni!!

.

.

.

.

# melancong ke sri lanka

# bercuti ke sri lanka

# tempat menarik di sri lanka

Advertisements