KEMBARA RANAH MINANG , SUMATERA BARAT : 8 . LEMBAH HARAU , PAYA KUMBUH

.

.

.

.

Dari Abdi Homestay

Perut dah kenyang

Hati belum puas tapi

Sebab rasa nak sambung duduk di situ lagi ..

Perjalanan mesti diteruskan tapinya ..

Jom jelajah Lembah Harau !!

Kita orang jalan kaki je

Itu lah cara terbaik untuk jelajah Lembah ini

Luas pemandangan , boleh berhenti selama mana untuk mengetik gambar

Selamat tinggal Abdi Homestay !

.

.

 

Pisang tapijak jadi picak

Tapijak dek urang rantau

Libur panjang mancari tampek

Mai lah pai ka Lembah Harau

~ dari infosumbar ~

1a

.

.

.

.

Saikua tabang saikua lapeh

Tinggal saikua

4

.

.

.

.

Bibit padi menghijau dalam kepungan tu ..

5

.

.

.

.

Air sungainya tak lah jernih sangat

Riuh rendah kat hujung sana anak gadiah membasuh baju

10

.

.

.

.

Cantik sangat kampung ni !!

11

.

.

.

.

Lubuak Larangan namanya

13

.

.

.

.

Ramah-ramah orang kat sini

Murah dengan sapaan dan senyuman

14

.

.

.

.

Untung aaa duduk di lembah yang cantik ni !

15

.

.

.

.

Sampai di persimpangan masuk ke Abdi Homestay tu ..

Ke sana tu , jalan balik ke Kota Paya Kumbuh

.

Makan nasi padang wajib batambuah

Itu karajo samaso marantau

Jiko sanak ka payokumbuah

Singgahlah ka Ngalau jo Lembah Harau

~ dariinfosumbar ~

Kita ke sini jalan ..

17

.

.

.

.

Ada pertandingan pacu itiak di Paya Kumbuah ni

Ada musim-musimnya

Biasanya lepas padi panen [ masak dan dituai ]

Itiak dididik supaya boleh terbang jauh dan lurus

Lepas di dipertandingkan dengan itiak-itiak lain

Di jalan yang lurus sebegini

18

.

.

.

.

Hahhh !! Nampak itiak !!

Jauah jalan nan ditampuah

Mambuek paluah manitiak nitiak

Mari kawan kito ka Paya Kumbuah

Mancaliak pacu itiak

~ dariinfosumbar ~

20

.

.

.

.

Dulu ..

Di kawasan ni

Selalu hujan

Dan banjir

Selalu ada tamah runtuh di bukit-bukit ni

Orang kampung asyik menjerit je ketika bencana

Menjerit ketakutan dan menjerit memberi amaran

Oleh yang demikian , ramai yang bersuara parau [ garau ]

Maka kawasan ni akhirnya dipanggil Lembah Harau

🙂

21

.

.

.

.

Geologist telah membuktikan bahawa batuan di Lembah Harau ini berasal dari dasar lautan

Dan bukit-bukit yang menegak ini sebenarnya adalah bahagian muka bumi yang ternaik , dan tanah rata di sini adalah dataran yang menurun

Oleh sebab itu , banyak terdapat air terjun , yang mengalir dari bukit-bukit yang seperti terpotong itu dan alirannya menerjah ke bawah

Saya baca gitu-gitu aje , tu yang saya paham lah ..

22

.

.

.

.

Kita teruskan perjalanan sambil mengagumi keindahan ciptaan Allah

26

.

.

.

.

Saya ada baca

Ada yang kata

Tak ada apa kat Lembah Harau ni

Kalau ke Bukit Tinggi , tak payah ke Lembah Harau pun tak apa ..

What !!??

27

.

.

.

.

Kalau duduk dalam kereta ..

Nengok-nengok je keluar tingkap dari dalam kereta

Memanglah rasa macam tak ada apa …

29

.

.

.

.

Saya jalan kat depan

Dengan budak yang kaki panjang ni

Laju je menonong ke depan berdua ..

29a

.

.

.

.

Sampai kat sini pun masih menonong je

Senyum-senyum kat pakcik yang kat meja tu

Dia senyum balik

Dia senyum ada makna tapi

Kena bayor sebenarnya kalau nak masuk ke sini

Alaa .. murah sangat bayarannya

Dalam Rp8000 atau Rp 10000 rasanya

Kita orang tak bayar tapi

Sebab ingatkan tak payah bayar

Sebab pakcik tu tak kata apa-apa pun

Dia senyum je..

29c

.

.

.

.

Tiba di persimpangan

Ke kiri ada Sarasah [ air terjun ] Aka Barayun dan Ngalau Saribu

Ke kanan ada Sarasah Aia Luluih , Sarasah Bunta dan Sarasah Murai

Kami ke kiri

Ikut rasa hati

Pa’Unchu masih di Abdi Homestay

Dia kata akan cari kami nanti kat depan-depan sana tu ..

Pandai-pandai lah dia nanti ..

 

29d

.

.

.

.

Bukit-bukit batu terjal sepanjang jalan

34

.

.

.

.

Ini satu lagi tempat penginapan di sini

Lembah Echo

Boleh juga tinggal di sini

Tapi susah sikit nak buat booking dengarnya

Saya tak cuba pun tapinya

Ada e-mailnya dan nombor telefonnya di papan tanda tu kalau berminat

Uda Iqbal dulunya berkerja di Echo ni dengarnya

Berhenti .

Buka Abdi Homestay

34a

.

.

.

.

36

.

.

.

.

Jom teruskan kembara ..

42

.

.

.

.

Akhirnya sampai jugak budak lagi 3 orang tu

Depa jalan slow sikit

Sibuk ngambik gambar..

Kita orang pun ngambik gambar .. tapi laju sikit ..

42A

.

.

.

.

Rekahan ini dari memanjang dari atas bukit hingga ke kaki bukit .

44

.

.

.

.

Sampai di sini

Echo Point namanya

Kalau berdiri di sini

Dan melontarkan suara

Talun boleh didengari ke segenap Lembah Harau ini !!

47

.

.

.

.

Maka kita orang pun cuba try test ..

🙂

49

.

.

.

.

Suara Hakak adalah macam kuciang malu

Tak keluar ..

50

.

.

.

.

Suara Dak Kina lagi lah macam kuciang parsi

Slow aje…

Kehkehkehhh ..

52

.

.

.

.

Dak Juji naik balik ..

Face palm Hakak bila dengar suara dia !!!!

55

.

.

.

.

Ada je gangguan ..

Anjing la

Motor laa..

.

.

.

.

.

.

.

.

Kehkehkehhhh !!

Gegak gempita satu lembah !!

57a

.

.

.

.

Di Echo Point ni

Suara kita akan dipantulkan ke bukit batu depan sana tu ..

Dan dipantulkan balik ke Echo Point

Tu tang bertalun-talun satu Lembah Harau ni !!

58

.

.

.

.

Lembah Harau adalah dalam Nagari Harau

Kabupaten Lima Puluah Kota

58a

.

.

.

.

Ok ..

Puas menjerit

Jom jalan lagi !

59

.

.

.

.

Di satu konar

Nampak sawah padi yang ini

Bukit yang itu

Bayang-bayang bukit dan langit yang itu ..

Semua terdiam dan mula menghayati keindahan alam ..

63

.

.

.

.

63a

.

.

.

.

64a

.

.

.

.

65

.

.

.

.

67

.

.

.

.

Bila letak lima orang depan ‘ picture perfect corner ni ‘

Habih terlindung sawah itu!!

Sebab tu lah kita orang ni tak suka bergambar sangat

Suka ambik gambar

And ..

Bak kata GB

[ GB kalau marah cakap omputeh !! ]

‘ You dont have to be in the picture to prove that you are there !! ‘

GB kalau dia lagi marah .. dia keluaq cakap Kokdiang !!

Hang ..  biaq pi .. cheq .. habaq .. tak dengaq .. ketegaq … pungkok .. ayaq kelapaq ..

[ Kehkehkehhhh .. dua yang last tu Hakak tambah .. ]

67A

.

.

.

.

67B

.

.

.

.

Sampailah ke Sarasah Aka Barayun akhirnya ..

Baru berakhir musim kering di sini ..

Air dah mula terjun dari atas

Kalau musim kering .. kadang-kadang tak ada air di sarasah ni

 

71

.

.

.

.

Ada dibuat takungan di kaki sarasah tu

Boleh mandi manda

74

.

.

.

.

Nampak sejuk dan segar airnya !!

75

.

.

.

.

Duduk-duduk sambil makan opak dan minum air Teh Botol sambil nengok air terjun

78

.

.

.

.

Nampak tak beza dua kumpulan manusia tu ..?

79

.

.

.

.

Pisang tapijak jadi picak

Tapijak dek urang rantau

Libur panjang mancari tampek rancak

Marilah pai ka Lembah Harau 

~ dari infosumbar ~

.

.

.

.

Jom mula nyanyi !!

Dah boleh mula nyanyi dah ni ..

Luruihlah jalan PayaKumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai

.

.

Ini lah jalan Paya Kumbuah yang luruih yang rancak tu ..

80

.

.

.

.

#melancong ke bukit tinggi padang