KEMBARA RANAH MINANG , SUMATERA BARAT : 4 . KOTA SAWAH LUNTO

.

.

.

.

Jalan-jalan ka Sawahlunto
Ingin mancaliak kota tambang
Yo rancak-rancak nak gadih minang
Sanang hati jo mamandang

~ Pantun Minang dari internet ~

.

.

.

.

Dari Danau Di Ateh dan Danau Di Bawah

Kami sambung perjalanan

Ke Sawahlunto

78 km dari Danau Kembar itu

img_1675

.

.

.

.

Sawahlunto terletak di bahagian tengah Sumatera Barat

CIMG_6036_5

.

.

.

.

Dipanggil Kota Batu Bara

Kota Tambang Batu Bara

Batu bara ialah arang batu

Tambang ialah perlombongan

Di bawah kota Sawahlunto pernah terdapat bermilion tan batu bara yang tinggi kelasnya

Telah mula dilombong pada 1858 oleh Belanda

Yang kemudiannya membangunkan Kota SawahLunto menjadi sebuah bandar untuk menampung keperluan infrastruktur Belanda dan pekerja-pekerja tambang batu bara itu

14a

.

.

.

.

Sistem pengangkutan turut dimajukan oleh Belanda

Rel keretapi dibina , untuk mengangkut batu bara ke pelabuhan Emmahaven , atau nama lainnya Teluk Bayur

14c

.

.

.

.

Kota Sawahlunto terletak disebuah lembah

Setelah berhentinya penambangan batu bara pada 1998 , kota ini seakan mati

Tetapi , dari idea seorang Walikotanya , ditukarkannya Kota Sawahlunto dari sebuah kota mati ke sebuah Kota Wisata

Menjadikannya sebuah kota yang rancak dikunjungi

750000 wisatawan setahun

Kota Wisata Tambang

1

.

.

.

.

Kenapa saya bawa kawan-kawan ke sini ?

Tak ada saya baca dalam blog pengembara Malaysia , orang Malaysia yang datang ke sini .

2

.

.

.

.

Mula-mulanya kerana adanya Muzium Keterapi ini

Ada dua Muzium keretapi di Indonesia

Satu lagi di Ambarawa

Mula-mulanya kerana ada Mak Itam

Keretapi Wap yang kita boleh naik dari sini ke tepian Danau Singkarak

3

.

.

.

.

Dah tak ada keretapinya , Pa’Unchu kata

Mak Itam sudah mati ..

Kecewa lah jugak ..

Kenapa Hakak suka nho naik keretapi ..?

Sebab Mak Itam ini keretapi wap . Dah tak banyak keretapi wap di dunia ni

Dan ‘ route ‘ perjalanannya amat menarik !

Ada lalu hutan , lalu terowong , lalu tepi Danau Singkarak

Dengan wap steam putihnya keluar dari kepala keretapi ..

Pehh ..

Gila best !!

4

.

.

.

.

5

.

.

.

.

Insinyer Belanda

Engineer Belanda yang memajukan perkhidmatan keretapi di sini

6

.

.

.

.

Muziun ini dibuka kepada umum

Murah je tiketnya

Dalam Rp 8000 rasanya

Tak masuk tapi

Sebab Mak Itam dah tak ada

Mak Itam dah mati

Suka sangat jam stesen keretapi yang gitu tu !!

7

.

.

.

.

Ada beberapa gerabak keretapi lama di luar stesen

8a

.

.

.

.

9

.

.

.

.

Nostalgik..

10a

.

.

.

.

Ambik gambar dari celah tingkap nako

Apakebendanya nama benda ni ..

Yang untuk tukar-tukar arah rel keretapi tu ..

12

.

.

.

.

12a

.

.

.

.

12b

.

.

.

.

Hah !!

Inilah Mak Itamnya!!

Bayangkan bestnya kalau dapat naik .. menyusuri Danau Singkarak !!!

13

.

.

.

.

Pa’Unchu suka benor ngambik gambar kita orang !! 🙂

Kalau harap kat Hakak .. selalunya gambar sendiri memang tak ada dalam kamera sendiri

Gambar sendiri dalam kamera kawan-kawan , biasanya yang tak senonoh lah pulak gayanya ..

Sib baik Pa’Unchu tu rajin..

13a

.

.

.

.

Ada sorang Insinyer Oil And Gas kat situ ..

Yang lain bukan Insinyer

13b

.

.

.

.

13c

.

.

.

.

Next ..

Kita ke tambang batu baranya pulak ..

Ke Lubang Tambang Mbah Soero

14

.

.

.

.

Batu bara di Sawahlunto dikaji dan ditemui oleh De Greve , seorang Belanda

Dia mendapati batu bara di sini sangat tinggi nilainya berbanding dengan yang di Kalimantan

Dan terus dicadangkan untuk ditambang

14b

.

.

.

.

Kita ke Galeri Info Box nya dulu

Tempat permulaan kembara batu bara

15

.

.

.

.

Itu adalah gambar kaca-kaca yang ditanam di dinding penjara pekerja batu bara

16

.

.

.

.

Ini adalah rantai-rantai yang digunakan untuk mengikat Orang-orang Rantai

16a

.

.

.

.

Pekerja tambang adalah buruh-buruh paksa yang berkerja di lombong

Terdiri dari tahanan kriminal , tahanan perang , tahanan politik

Dari Sumatera , juga dari penjara Hindia Belanda di Kalimantan, Sulawesi, Jawa, dan Bali turut dibawa ke Sawahlunto .

Kaki dan tangan mereka dirantai agar tidak melarikan diri. Sejak itu, buruh kerja paksa pertambangan disebut orang rantai.

16b

.

.

.

.

Tapi ada juga yang bukan tahanan penjara

Buruh kontrak dari Jawa , Cina , Pulau Pinang dan Singapura

Dan juga penduduk kampung sekitar

16bb

.

.

.

.

16c

.

.

.

.

Gambaran dalam lubang tambang batu bara

21

.

.

.

.

Boleh kau berbaju putih bersih bergambar di lombong arang batu !?  🙂

22

.

.

.

.

Apalah yang Dak Kina ketawakan tu ??!!

32

.

.

.

.

Ni hah !!

Yang sorang ni ..

Sibuk mencari helmet dan but yang sesuai ..

‘ Kalau tahu .. bawak sendiri punya !! ‘ dia kata ..

Hahahhaaaaaaaaa !!

Banyak lah kauuu !!!

32aa

.

.

.

.

Nak masuk lubang tambang kena pakai but dan helmet

Kena ada juru pandunya

[ Dak GB masih tak puas hati dengan saiz helmet dan saiz kasut but dia !! ]

32aaa

.

.

.

.

Jom gambau dulu!!

32b

.

.

.

.

32i

.

.

.

.

Itu lah batu baranya ..

34

.

.

.

.

Ko perati budak Insinyer seluor merah jambu tu membelek batu bara ..

34a

.

.

.

.

Belek lagi ..

34b

.

.

.

.

Dan masih membelek …

34c

.

.

.

.

Gambaran Orang Rantai

35

.

.

.

.

Lubang ni lah yang akan kami masuk ..

Lubang Suro

Atau Lubang Mbah Suro

Atau Lubang Mbah Soero

Jom masuk !!

35a

.

.

.

.

Kaki dan tangan dirantai dan dipaksa kerja

Tanpa makan dan rehat yang cukup

Dipukul , disebat

Kalau mati , ditanam atau dibiarkan sahaja dalam lubang

Atau kalau dikebumikan .. nisan tanpa nama , hanya bernombor ..

35c

.

.

.

.

Mbah Soero adalah seorang mandur dari Jawa

Mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi

Kuat beribadat , disegani oleh semua , rajin , baik tingkah laku

Lubang ini diberinama sempena nama mandor itu ..

35d

.

.

.

.

Baca Bismillah dulu

Betulkan niat

Jangan mulut celupar

Jangan nak hu ha hu ha sangat kat dalam tu ..

Hakak ada baca tentang ni sebelum datang sini

Lupa lak nak warning kawan-kawan ..

36

.

.

.

.

Pa’Unchu sendiri pun belum pernah masuk ke dalam Lubang Mbah Soero ni sebenarnya !

36a

.

.

.

.

Juru pandunya yang bertopi merah itu ..

Hakak danDak Juji depan . Dekat dengan juru pandu tu

Sebab nak dengar cerita dia

37

.

.

.

.

Lembab dan gelap

Air menitis dari atas

Rembesan dari Sungai Ombilin

Jauh juga ke bawah

Sunyi

Malap

Tinggi dan lebar dalam 2 meter

15 meter ke dalam tanah

Total panjangnya lubang dalam ratuesn meter

Hanya dalam 168 meter yang boleh dimasuki

Terdapat berberapa lubang ke bawah dan ke kiri yang ditutup dengan pagar.

38

.

.

.

.

Betul-betul sebelah konar ke kanan ni . belah kirinya ada satu rongga di dinding

Katanya , ada dijumpai tulang-tulang manusia di rongga itu

Bersama sesaji ..

Baca kat < sini >

Tak berani Hakak nak berhenti dan pandang rongga tu lama-lama

40

.

.

.

.

Kita terus ke lubang yang ke kanan ..

Masuk lagi dalam

41

.

.

.

.

Dinding tu masih ada arang batunya..

Boleh dikopek-kopek kalau nak bawak balik sebenier

42

.

.

.

.

Untuk pengaliran udara ke belah-belah dalam lombong

Ada terowong yang masih dan sedang dibaik pulih untuk pelawat

43

.

.

.

.

Lombongnya dalam lagi

Bahagian atas-atas ni adalah untuk membawa arang batu tu keluar

Menggunakan rel-rel kecik untuk gerabak

44

.

.

.

.

45

.

.

.

.

Dalam kegelapan terowong

47

.

.

.

.

Kerobek sikit arang batu di dinding

Hulur kat Dak Juji

Kirim dia bawakkan balik ..

Buat cenderahati

48

.

.

.

.

Lubang keluarnya adalah di seberang sana jalan ..

Hakak dan dak Juji dah keluar

Dengan pemandu ni .. Lupa namanya ..

Dan dengan Pa’Unchu

Budak tiga orang tu tak jugak keluar-keluar.

Pa’Unchu naik risau dan cari depa kat dalam

Masa ni baru teringat tentang cerita-cerita mistik tentang lubang ni yang Hakak lupa nak cerita kat dia orang ..

51

.

.

.

.

Alhamdulillah semuanya selamat

Dan tak ada ngigau apa-apa malam tu ..

52

.

.

.

.

Semua dapat satu sertifikat Lubang Tambang Mbah Soero

53

.

.

.

.

Banyak bangunan tinggalan Belanda di kawasan ni

Kalau nak tidur di Sawahlunto ni

Satu hotel lama tu nampak macam best

Tinggalan zaman Belanda

Wisma Ombilin
54

.

.

.

.

Dah !!

Jom !!

Jauh lagi nak jalan ni !!

Kita ke Kabupaten Tanah Datar pula !!

55

.

.

.

.

Satu foto lama di Galeri Infobox itu..

Rasanya ini bukan Orang Rantai

Mungkin orang-orang kampung ..

56

.

.

.

.

#melancong ke bukit tinggi padang