KEMBARA RANAH MINANG , SUMATERA BARAT : 1 . PADANG KE ALAHAN PANJANG

.

.

.

.

30 OKTOBER 2015

Banyak dugaan sebelum terjadinya Trip Ranah Minang ni

Banyak ujian dari Nya

Tapi kami percaya

Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan hambaNya

Berkat doa semua , segalanya dipermudahkan.

Kami dapat meneruskan kembara kami

Kami ke Sumatera Barat

2806102139_peta-sumbar-woke

.

.

.

.

Seperti biasa

Kami naik KapalTerbang Merah

Air Asia

Tambang pergi balik RM 108

Tambah makan RM 12

Semasa dalam kapalterbang , dok bincang dengan DakGB .

Saya tak pernah kata Air Asia ada tambang tersembunyi

Dah terang-terang kat situ ..

Kalau tak nak makan , tak payah bayar

Kalau tak nak beg masuk perut kapal terbang , tak payah bayar , bawak hand carry je

Kalau tak nak insurans , tak payah bayar .

Saya tak kisah tak ada inflight movie , tak apa tempat duduk sempit sikit , tak apa tak ada pramugari bagi kacang , air oren sebelum terbang.

Saya nak bayar apa yang saya nak sahaja

Makanya , saya bayar RM 108 untuk tiket kapal terbang. Tiket togel . Naik ETS ke Padang Besar pergi balik pun lebih kurang harga gitu .

Tapi beli jugak makanan , on line . RM 12 .

Makan kat luar , kat klia2  lagi mahal dari tu ..

.

.

Penerbangan pergi di ‘ track’ oleh En Syed . kawan blogger kami . Terima kasih En Syed !!

Dari naik sampai turun kapal terbang di track !!

anigif

 

.

.

.

.

17

.

.

.

.

Teruja bila nampak kapal terbang kami lalu atas Gunung Marapi !!!

Wahhh !!!!

20

.

.

.

.

Tak pasti pulak tu gunung apa.

Macam Gunung Singgalang

Sebab belah kanan kapal

Gambar dari kamera Dak Elly

c.

.

.

.

Kami lalu atas pelangi !

Pun dari Dak Elly

d

.

.

.

.

Kami sampai di Bandara Minangkabau Internasional pagi ..

ETD 7:50 pagi

ETA 8:00 pagi

Cantik bandaranya

Berbumbung gonjong

 

minang 645

.

.

.

.

Untuk Kembara Ranah Minang ini

Saya , seperti biasa , yang mengatur acaranya , dan mencari driver untuk mobilnya

Saya meminta Pa’Unchu Aulia membawa kami

Pa’Unchu – The most friendliest tour driver in Ranah Minang

Pa’Unchu yang best

Sangat senang berurusan denga Pa’Unchu

Ada aje yang diceritakan dan teka teki yang diberi pada kita orang

Sesiapa yang nak ke Ranah Minang , saya syorkan sangat hubungi Pa’Unchu ni ..

Ini kad nya ..

Tag line nya..

‘ Tenang aja !! ‘

2

.

.

.

.

Naik Avanza

Berlima

Naik je kereta Pa’Unchu memanjang rasa lapar.

Sebab tu kita orang kata kereta Pa’Unchu ada ganja!!

.

Saya baca sana sini .. cari tempat menarik . Usulkan pada Pa’Unchu

Pa’Unchu setuju.

Pa’Unchu kata .. tak ada lagi orang Malaysia yang buat perjalanan seperti Bu Izat ini !!

Biasanya ikut aja pakej yang disediakan .. Hotel yang disarankan .. Bayar aje ..

Mungkin lima tahun ke depan baru ada yang ikut seperti yang Bu Izat buat ni .. Cari tempat sendiri dan kemudian cari mobil dan drivernya

Dan tak ramai guide yang nak buat gitu .. Sebab jauh perjalanannya!

3

.

.

.

.

Pa’Unchu juga dah ada DSLR

Suka ambil gambar kita orang

Cantik-cantik gambarnya !!

4

.

.

.

.

Sesampainya di Bandar Padang

Nampak Masjid Raya Sumatera Barat ni

Jom berhenti !!

Belum berapa siap lagi Masjid ni

Dibina selepas Gempa Bumi Padang 2009

5

.

.

.

.

Cross over leg pose yang diajar oleh Dak GB

Bior nampak tirus sikit !! Kehkehkehhh !!

6

.

.

.

.

Dari sudut yang ni baru nampak ada banyak gonjong nya Masjid Raya ni

7

.

.

.

.

Jual jamu kocok agaknya ..

9

.

.

.

.

Keliling Bandar Padang dulu

Ke Jambatan Siti Nurbaya

Sambil Pa’Unchu bercerita dalam Bahasa Minang tentang kasiah tak sampai Siti Nurbaya dan Samsul Bahri ..

104

 

.

.

.

.

Singgah di kedai Es Derian di Bandar Padang

Es Durian Ganti Nan Lamo namanya ..

11

.

.

.

.

Pantang nampak gambar gini ..

‘ Ada wifi .. ada wifi !! ‘

Kata seseorang tu.

Bukan Hakak tapi .. 🙂

[ Budak kat atas tuuu !! ]

12

.

.

.

.

Hoh !!

Sedapnya Es Duriannya!!

Lemak.

Pekat !!

Ondeh taraso lamaknyo !!

Serius sedap!!

12a

.

.

.

.

Tapau ..

Makan dalam kereta ..

Tadi di Kabupaten Padang Pariaman

Kini menuju ke Kabupaten Solok

.

Dari Tikalak ka Sumani,

Urang Solok duo bairiangan.

Malam tasintak karano mimpi,

Nyatonyo bungo kini balarangan.

.

.

Ada road block .

Kalau tak pakai ‘ seat belt ‘ boleh kena dende Rp 300 000

Jom ke Alahan Panjang !

 

13

.

.

.

.

Jauh jugak nak ke situ ..

Jalannya mendaki

Cuaca semakin sejuk ..

 

1

.

.

.

.

Di peta di telefon saya mengatakan kawasan ni namanya Lubuk Kilangan , Lembah Gumanti

Alahan Panjang

Semua kata wahhhhhhhh !! Cantiknya ladang teh!!!

14

.

.

.

.

Berhenti di satu tepi jalan ..

Jom ambik gambar!!!

Lepat tu kita minum teh panas !!

15

.

.

.

.

Lupa lak nak cerita siapa Geng Ranah Minang ni ..

Daaari kiri ..

Dak Kina , Dak Juji , Dak Elly dan Dak GB

Dak Kina dan Dak Elly pertama kali ikut TravelAgensiDrSinga ni..

Yang lain tu dah biasa ..

16

.

.

.

.

Pokok-pokok teh terbentang luas depan mata ..

Cantik sangat !!

Dan sejuk !!

17

.

.

.

.

Nak tahu ??!!

Kawasan Alahan Panjang adalah kawasan tersejuk di Sumatera Barat!!

18

.

.

.

.

Tak perasan pulak belakang duit Rp20000 ada gambarpemetik teh dan ladang teh

Dah balik baru perasan..

hal3

.

.

.

.

 

19

.

.

.

.

Kami pun masuk di celah-celah pokok teh ..

Tak habis-habis cakap cantiknyaaaa!!!

Sampai rasa nak duduk atas pokok teh !!

20

.

.

.

.

Err ..

21

.

.

.

.

Ok..

Fine ….

21a

.

.

.

.

Pokok teh menghijau.

Pakai lah baju warna merah untuk lebih ketara ..

22

.

.

.

.

Saya bawak Dengkes dan Tepok ke Ranah Minang

23

.

.

.

.

Dak Kina yang takut-takut nak join TravelAgensiDrSinga

Takut tak serasi ..

Tak de hal nye lah ..

Kita worang okeh je …

26

.

.

.

.

Dak Elly

Geng JDT , blogger jugak ..

Aku tak jamin bila dia nak update cerita Ranah Minang ni tapi

Mungkin Mei 2016 rasanya ..

Keh keh kehhhh !!

27

.

.

.

.

27a

.

.

.

.

Gunung Talang di belakang tu ..

27b

.

.

.

.

Selpie satu !

27c

.

.

.

.

Dak GB yang tamakninah ..

Kamera besar .. kamera kecik .. kamera fon .. batang selpie ..

Beribu rasanya gambau dia ambik masa trip ni !!

28

.

.

.

.

Ungu macam lavender

29

.

.

.

.

Dah !!

Jom minum teh panas-panas !!

Dan makan stroberi !

Adik kat belakang tu jual stroberi

Satu kotak Rp10000

29a

.

.

.

.

Hai Pa’Unchu !!

29b

.

.

.

.

Dengkes dan Tepok

Harimau penjaga Negeri Johor

29c

.

.

.

.

Keropok ada ikan kecik

Rangup !

Rancak !

Minum .. makan-makan jajan

Rp 3000 je..

Tak sampai hati ..

Bagi Rp 5000

29d

.

.

.

.

Teh dari Kebun Teh Kayu Aro , Kerinchi

Saya tak beli tapi

Sebab tak berapa minum teh , kopi ni

Saya minum air jarang je ..

Kopi Luwak beli kat Bali pun masih ado sampai ke hari ini dalam gobok kat dapur tu ..

29e

.

.

.

.

Pokok bunga tepi jalan

Besor besor bunganya

Cuaca sejuk ..

30

.

.

.

.

Jom makan tengahari !

Tepi Danau

Danau apa ?

Jap ..

31

.

.

.

.

Rumah makan Warna Baru

Makan nasi Padang

Ya lah ..

Dah di Sumatera Barat ..

Kenalah makan Nasi Padang kan …?!

Enam orang Rp 125000

32

.

.

.

.

Nampak pokok pinus tepi danau

Nampak keropok tepi tingkap tu?

Tu keropok kulit sapi.

Saya makan.. GB makan .. Elly makan .. Kina .. tak ingat

Yang saya ingat .. Dak Juji tak nak makan ..

Puas nak suap kat dia tapi dia lari ..

33

.

.

.

.

Ada lima danau di Sumatera Barat

Danau Singkarak , Danau Maninjau , Danau Di Atas , Danau Di Bawah , Danau Talang

Ini salah satunya

Danau Di Ateh

Danau Di Atas [ letaknya di bawah ]

Danau Di Bawah [ letaknya di atas ]

34

.

.

.

.

Tak banyak penginapan di sekitar Danau Di Atas ni

Itu salah satunya

Kepunyaan Kerajaan

35

.

.

.

.

39

.

.

.

.

Kalaulah tak berjerebu ..

Langit biru

Danau biru ..

40

.

.

.

.

41

.

.

.

.

Kosongkanlah apa-apa yang penuh bila berkesempatan ..

42

.

.

.

.

Nampak sedap

Tak beli tapi

Sebab dah kenyang makan Nasi Padang

43

.

.

.

.

Kalau sesiapa ke Ranah Minang

Nak kirim kerepek ubi ungu

Sedap sangat !!

44

.

.

.

.

Jom keliling Danau !

45

.

.

.

47

.

.

.

48

.

.

.

.

Sawah menguning ..

Ambik dari dalam kereta

49

.

.

.

50

.

.

.

.

Pa’Unchu berhenti di Rumah Rehat Gomen tu

Nak bertanyakan tempat penginapan

Sedang direnovasi

Tapi masih boleh ambil penginap , kata orang di situ

Boleh masuk dulu nengok

Kami pun masuk ..

50a

.

.

.

.

Kawasan dah cantik..

Betul-betul tepi danau

Tapi tak berjaga chaletnya ..

51

.

.

.

.

Ni hah yang ditawarkan kepada kami ..

Jalan nak masuk ke pintu nya punyalah bersemak !

Tak jadik !

Menakutkan !!

Tak apa..

Tenang aja .. Kata Pa’Unchu

52

.

.

.

.

Kita teruskan ke tempat seterusnya

Nanti dah gelap ..

Singgah Solat di sebuah masjid ..

54

.

.

.

.

Di Pantai Cermin

 

Kalau sanak mambuek baju

Jan lupo mambali kain 

Kalau sanak lai satuju |

Marilah kito ka Pantai Cermin

(@infoSumbar)

56

.

.

.

.

Masjid yang berlatarbelakangkan gunung ganang ini..

57

.

.

.

.

Dan sawah padi ini..

59

.

.

.

.

Kenangan yang paling win hari ini ..

Tengah ada kuliah di dalam masjid.

Baso Minang

Ramai tengah duduk dengar

Masuk je kita orang ..

Penceramah terus berhenti

Semua pandang belakang

Semua senyum-senyum .. suruh masuk .. suruh solat

Pak Penceramah siap suruh solat kat depan lagi!!

Keh keh kehhh !!

Malu lak bila jadi tumpuan sebegitu..

Pulak tu .. ramai lak yang asyik pandang belakang .. nak bertanya dari mana .. nak ke mana ..

Tengah tengah kuliah tu ..

60

.

.

.

.

Ok ..

Sambung lagi nanti..

Jauh lagi nak pergi ni !!

.

.

.

.

#melancong ke bukit tinggi padang