TRIP INSAF TSUNAMI ACHEH [ 6 ] : KUBAH MASJID GAMPONG GURAH
.
.
.
.
Seterusnya
Saya nak jugak pergi tempat ni
Saya nak nengok jugak
Kubah masjid yang terpisah daripada masjidnya
Di Gampong Gurah
.
.
.
Inilah kubahnya…
.
.
.
Si Dailami yang bawak kereta tu pun tak tahu kat mana kubah ni
Berhenti sana sini tanya orang
Akhirnya jumpa …
Kubah yang besar ini dibawa oleh ombak tsunami
80 tan beratnya
Dibawa sejauh 2.5 km dari masjid asal
Masjid Lam Teungoh
Masjid asalnya telah habis ranap
Tinggal kubah ini sahaja
.
.
.
.
.
.
Dibawa arus tsunami bersama-sama tapak empat segi di bawah kubah itu
Terapung-apung dalam air
Bersama-sama tujuh orang penduduk kampung di atasnya
.
.
.
Kakak Su ini penjaga kawasan ini
Dia cerita , dia sekeluarga terselamat , sebab dia sedang sarat mengandung
Dan dihantar balik oleh suaminya untuk bersalin di Medan
Mereka bertiga selamat
Tetapi keluarga suami dia terkorban semuanya
.
.
.
Dia bercerita lagi
Ada seorang penduduk kampung yang berjaya menyelamatkan
Berjaya memanjat kubah satu lagi masjid di kampung itu
Masjid Gampong Gurah
Dia nampak kubah ni dibawa ombak tsunami
Dia berkata dan berdoa
Kalau kubah itu berhenti di tanah aku
Akan aku wakafkan tanah itu
Kuasa Allah
Kubah itu betul-betul terdampar di atas tanah sawah kepunyaan dia
.
.
.
Ombak tsunami disini sangat tinggi
Hingga melebihi puncak pokok kelapa itu!
.
.
.
Dan ombaknya datang dari tiga arah
Dari Pantai Lampu’uk , tiga kilometer di belah sana tu
.
.
.
Dari balik bukit tu
.
.
.
Dan dari Pantai Uleu Ulehue belah sana tu
.
.
.
Ada musolla
Ada terpapar foto-foto peringatan tentang tsunami
.
.
.
Al Quran yang dijumpai bersama-sama kubah itu
Selamat di dalam kubah
.
.
.
Antara gambar-gambar yang saya nampak di balai / musolla itu
Mengerikan
Menyedihkan…
.
.
.
Kapal atas rumah
Kapal depan Hotel Medan
Hotel fevret pelancong Malaysia
Kami tak duduk situ tapi
Too mainstream …
Kami tak mainstream
.
.
.
Kapal PLTD Apung
Masjid Baiturrahim yang kami tak sempat pergi
.
.
.
Kami sibuk dengar cerita dan nengok-nengok kubah tu
DaK CPL kata , Kak , jom beli sebenier nak bagi ahli Kelab Jari Debab kat sini. Ada fridge magnet, 10 keping 90 ribu je
Pelik jugak … Wehh… Mana ada jual kat sini!!
Pandang je belakang… Meja yang kosong tepi Musolla tu tiba-tiba dah penuh dengan kakak-kakak ni !!!
Siap dah tersusun rapi barang jualan!!
Dalam sekejapan!!
Ketawa besar saya!!!!
.
.
.
Daannnnn
Kakak-kakak ni sangatlah peramah !!!!
Tergoda jugak lah membeli
Lepas satu, satu dikeluarkan..
Mula-mula memang nak pergi Pasar Acheh lepas ni
Nak beli oleh-oleh Acheh
Dah kena tangkap kat sini . Dan harganya sama dengan kat Pasar Acheh , beli je lah kannn
Hah!!!
Sampai Ahkak masuk belakang table nengok barang dia !!
.
.
.
Kalau datang sini
Belilah oleh-oleh daripada kakak-kakak ni
Berpatutan harganya dan dapat tolong menjana pendapatan mereka
.
.
.
Hah!!
Hambik!!
Habis semua diselongkornya!!!
Cari beg sandang tenunan Acheh , tak ada tapi…
.
.
.
Satu lagi tinggalan bencana tsunami yang mengundang pelbagai perasaan
Gampong Gurah
Peukan Bada
Acheh Besar
.
.
Esok sambung lagi eh…
.
.
.
.
Pandai akak-akak tu buat magic. Haha..
kakak kakak tu pasang tonto!
Saya pun perasan. Tiba2 dah penub meja! Hahahah
dia pasang cctv!!
intai tourist
lawo baju Dr
hahhahaaaaaaaa…
mekasih en meng
Begitulah kuat ombak tu sampai kubah seberat 80 tan boleh hanyut! SubhanAllah.
Haa.. memang saya berharap doc dan geng beli barangan dari kakak2 tu. Baru nak kata boleh tolong mereka dah pun doc stated. Alhamdulillah. Semoga kehidupan mereka dipermudahkan.
Doc nak tanya la sikit, saya ni Doc consider mainstream ke or too mainstream, ke tak mainstream? Hahahaha…
sebab tu lah saya beli dari mereka..
murah
jujur
moga dipermudahkan..
err..too mainstream!!
hahhaaaaaaaa!!
subhanallah kubah sebesar dan seberat tu boleh hanyut di bawa arus…kuasa Allah
terapung tau!!!
Subhanallah…kuasa allah kan….sapa sangka 7 orang terrselamat masa tu…amboii….banyak shopping Doc….
lupa lak nak tanya
apa kabar yang 7 orang tu!!
kakak kakak tu buat magik!!
terkejut tetiba ada jualan!!
ingatkan engkau mengigau!!
shopping sakan.. seronok kakak tuh..
untung besar..
sebab jarang org datang singgah situ kan..
bahagiakan orang dan kita yang terbahagia..
Rahmat Allah kesan dari Tsunami..
*mana pic panglima bentan pakai songkok tuh kak?