RABBIT FUN LAND , BROGA
.
.
.
.
AbangLong kena pergi periksa untuk kelayakan masuk sekolah asrama
Di Beranang ..
Dari pagi hingga tengahari.
Apa kami nak buat sementara menunggu tu ya..?
Saya biasalah..
Klik sana klik sini jumpa ni
Menarik jugak
Rabbit Fun Land di Broga
Boleh jugak pergi mghabiskan masa sementara menunggu AbangLong habis peksa
.
.
.
Senang je nak cari ladang arnab ni
Depan sikit dari Malaysia punya University of Nottingham tu
.
.
.
Belah depan dia betul-betul menghadap jalan masuk ke parkir celah celah pokok kelapa sawit kalau nak panjat Bukit Broga tu
.
.
.
Tu ha Bukit Broganya
.
.
.
Dengor kabornya ..
Dah tak cantik lagi dah..
Dah gondol
Banyak sangat kaki yang panjat dan gondolkan..
Semenjak dua menjak Angkasawan tu buat wedding photoshoot kat atas sana tu , berduyun yang naik jugak
Ada satu iklan minuman apa ntah .. bawak kekanak kecik baya-baya sekolah rendah untuk shooting iklan kat atas sana tu.. tetiba hujan lebat ke hapa ntah .. kekanak tu susah nak turun . Kena panggil Bomba dan JPA selamatkan.
Iklan Milo rasanya..
.
.
.
Masuk RM 5 sorang
Sebenarnya , kalau musim cuti sekolah bukak sepanjang minggu
Kalau musim tak cuti sekolah , hujung minggu dan hari cuti awam je bukak
.
.
.
.
.
Jom bagi makan arnab !!
.
.
.
Ada 3 ladang arnab sebenarnya. Dengarnya , jumlah semua arnab ada dalam 300000
Saya puas hati sebab Budak ni sangat suka binatang..
.
.
.
Tapi arnab-arnab kat sini tak layan lobak merah tu
Pandang pun tak hingin
Dah biasa makan yang pellet tu rasanya
Puas budak-budak ni kejar nak suap lobak merah tapi semua buat derkkk je !
.
.
.
Ha !
Comel sangat!!
.
.
.
Comel , comel jugak
Tapi sebenarnya arnab-arnab yang dah matang akan disembelih
Syarikat ini adalah pembekal daging arnab halal untuk Samuri dan Arnab Saudi
.
.
.
.
.
.
Arnab segar dari ladang!
.
.
.
Daging arnab didapati mempunyai kandungan lemak , kolesterol paling rendah
Dan protein paling tinggi berbanding dengan daging-daging lain
.
.
.
Adik saya ternak arnab jugak kat kampung
Buat baka dan bila beranak , jual anak-anaknya
Arnab-arnab yang dah menopos dan andropos biasanya dia bawak ke tukang sembelih
.
.
.
Selalu jugak saya makan sate arnab di Samuri tu..
.
.
Ok lah..
Tak mau makan lobak merah saya tak apa..
Saya bagi kat kambing je!!
.
.
.
Macam pernah ku lihat tapi di mana yaa..
.
.
.
Pantang ada orang lalu . mulalah hulur leher dan juih bibir mintak makan!
.
.
.
Cantiknya mata dia!
.
.
.
.
.
.
‘ Apa pandang-pandang !!??’
.
.
Tiba-tiba datang seekor anak kambing yang berkeliaran
Jinak pulak tu !
.
.
.
Boleh usap-usap , gosok kepala dia …
.
.
.
.
.
Jom sambung jalan-jalan dalam ladang !
.
.
.
Tak tau spesis apa.
Seladang ?
Otot berketul-ketul!!
.
.
.
Sedih sangat muka dia !!
.
.
.
Ada jugak rusa
.
.
.
Yang ni dalam kandang
Kalau lepas , mesti dok menyudu kejar orang!!
.
.
.
.
.
.
Heh heh hehhhh!!
Saya datang lagi !!
Saya nak lobak merah awak lagi!!
.
.
.
Mula-mula mesra-mesra lah dengan anak kambing tu …
.
.
.
Maik kejar-kejar lobak merah dan plastik merah ..
.
.
.
Sengeh-sengeh .. gelak-gelak ..
.
.
.
Dah mula terlebih mesra
Siap main panjat-panjat rebut lobak merah dia !
.
.
.
Siap peluk-peluk!
.
.
.
Siap panggil kawan seekor lagi datang serang !
Hati sudah cuak ..
Sudah tidak tenteram ..
.
.
.
Saya dah tak tahan!!
Saya dah mula takut !!
.
.
.
Saya dah hujan !!!!
Lagi saya lari lagi dia kejar !!
.
.
.
Ngeh ngeh ngehhh dia kata !!
Mari kita kacau ini budak .. dia kata !!
.
.
.
BudakMataBesar cool je.
Tak takut ..
Alaaa ..
Kambing je .. tak menggigit aaa!!
Kita lebih besor dari dia !!
.
.
.
See ..
See ..
Baik je dia !
.
.
.
Boleh gosok-gosok kepala dia!
.
.
Jom duduk atas pangkin ni !
Dia tak sampai nak panjat !
Kakak dia kata !
.
.
.
Keh keh kehhhh .. kambing tu kata !!
Mari kita sakat dia lagi !!!
.
.
.
Sampai dia nangis !!!!!!!!!!!
.
.
.
Kahkahkahhhhh!!
* high five dengan kambing *
.
.
.
.
nasi goreng apa tu sampaio 30 ringgit !
hahahah memula je macho.. lama lama dah cuak lak tu..
nasik goreng berarnab
🙂
Hahaha… auntie yg gelihati sayang. Memula berani lama-lama takut pulak ye.
Mummy awak tu dengki kan…
hehehheee..
sesekali sakat
heheheheheeee…. alolololoooo… kesian saya la ibu….
cenggeng dah tuuu…..
serik tak tu nak datang lagi…?!
nak zirapah lak
Interview…test? Errmm…giliran Adam minggu depan. Macam biasa, maknyer yang berdebor
mrsm
🙂
ha ye btol iklan milo yang ramai budak2 tu kan
gila berani depa bawak!!
saya tak boleh makan daging arnab.. mungkin kalau dari kecik diajar.. saya boleh makan kot…
sebab kesian?
Ni kes emak bersekongkol dengan kamben nyakat anak….
kambing yang sekongkol dengan mak nya
🙂
kah kah kah..kena sakat dek kambing!
anak saya dulu, masuk taman kangaroo, kena sakat dek kangaroo!
hehehheeeee..
ahkak orang kampung..
main kambing je..
😛
Mak dia saja je biarkan kambing tu usik dia tau…siap ambil gambar lagi esok2 nak gelakkan dia boleh buka blog tujuk gambar tu kat dia…ahahhaa…
tunggu dia 21 tahun
🙂
Doc, saya doakan semoga AbangLong berjaya, insyaAllah.
Alaa.. kesian dia. Kang mlm nanti ngigau dikejar kambing pulak :).
hahahaaa..
kalau ngigau saya yang susah!!!!!!!
mau dia berlari satu katil karang!!
good luck utk abanglong, moga kejayaan milik dia
hahahahah aku suka ko tangkap gambar sampai dia melalak
wakakkakaka
seronok aku gelak2 baca entry ko
kahkahkah
hahhahaaa!!
aku teringat Dak Aryan masa aku tangkap gambar dia melalak tu!!
so naughty the kambing! we know how it feels. si kecik sakat si besar.
‘sekarang siapa besar??!! ‘ dia kata!!
🙂
Daging arnab la sedap giler…lagi sedap dari ayam kan..nasib baik SA dah diajar makan dari kecik..cuma jangan bagi nampak time sembelih dan proses la…hehehehe….selalu mak buat masak kari…sate arnab pun sedap…
alahai si bujang tu…siap melalak tu yang x tahan tgok….
akak memang suka menghasut…macam best je tempat ni….huhuhuhu