KUCHING LAGI !!! [ 2 ] : TAMAN NEGARA BAKO : SEA STACKS
.
.
.
.
Di hotel ..
Ada tersedia satu kaunter Travel Agency untuk peserta-peserta yang datang konvensyen tu .. kalau-kalau keluarga mereka nak jalan-jalan ..
Bapak mahal !!
Ke Semenggoh RM 75 !
[ Saya boleh dapat RM 35 seorang ! Boleh baca di entri Kuching saya yang dulu ]
Ke Taman Negara Bako .. RM 210 !!
Ini bukan bapak mahal !!
Tok nenek mahal !!!
Saya boleh dapat ..
Meh nak kira …
RM 3.50 + RM 3.50 + Rm 10 + RM 15 +RM 15 + RM 35 +RM 10 je !!
Jimat RM 128 !
Boleh beli dekat 13 bijik kek Lapis Sarawak beb!!
.
.
.
Kalau naik bas ..
Dalam 45 minit jugak lah dari Bandaraya Kuching
Sampai di Kampung Bako , kena naik bot pulak [ di laluan yang bertanda biru tu … ] ke Taman Negara Bako tu ..
Kawasan dalam bulatan merah tu ..
.
.
.
Terima kasih kepada Supermeng Malaya yang cerita cara nak ke Taman Negara Bako ni kat blog dia
Ok ..
Gini ..
Hari berikutnya …
Hujan amat lebat gila pagi tu !!
Ingatkan nak pergi awal-awal pagi ke Taman Negara Bako ni .. tapi sampai ke pukul 10 pagi pun masih hujannnn !!
Gigihkan hati .. Redah jugak hujan renyai-renyai tu ..
What !?? Payung ?! Tak main aaa pakai-pakai payung beb!!
Saya berjalan kaki dari hotel …. ke Jalan India yang saya cerita semalam tu ..
Cari Electra House [ warna kuning ]
Depan Electra House tu ada Medan Makan
Tempat tunggu bas ke Bako adalah kat seberang sana Electra House tu ..
Jalan belah sana ..
Bas no 1
Bas Rapid Kuching warna merah
Korang jangan lak cari Stesen Basnya..
Nan ado ..
Memang bas berhenti kat tepi-tepi tu gitu ..
.
.
.
Bas akan berhenti dekat-dekat kedai ni..
Kedai 100% Discount
Tunggu je kat situ
Kalau bas tak ada .. terlepas ke ..
Nak naik van pun boleh ..
Dekat-dekat situ je pun ..
.
.
.
Sementara menunggu waktu berlepas , saya dok perati kat kaki lima tu … Uncle tu dapat jual 5 longgok buah asam mangga .
Ikan terubuk laku dalam 5 ekor ..
Hujan renyai-renyai ..
Dah risau dah ni..
Buatnya lebat lak kat Bako kang !!
.
.
.
Ni hah jadual perjalanan Bas dari Kuching ke Bako
Bas terakhir dari Bako ke Kuching adalah pukul 5 petang ya !
Jangan tertinggal !!
Tiket RM 3.50 je sehala ..
.
.
.
Perjalanan dalam 45 minit je.
Sebenarnya , boleh jugak tunggu bas ni dekat-dekat Waterfront Kuching sana tu
Tunggu dekat-dekat Restoren Khatulistiwa , namanya .. belah tebing sungai Dekat-dekat dengan Hotel Margharita tu …. Kat situ ada satu bus stop .. Selalunya ada sign board Mc Donald kat bumbung dia ..
Sampai di Pintu Masuk ke Taman Negara Bako , belah Kampung Bako , daftar dulu kat sini .. Bayar M 10 . Simpan tiket . Nanti tunjuk kat belah sana pulak.
Isi borang .. Nak day trip boleh .. nak bermalam boleh .. Tapi kalau nak bermalam .. kena book awal .. takut dah penuh
Mamat-Minah Saleh amat ramai datang sini ! ramai yang bermalam kat Bako !!
Dari sini .. kena naik bot pulak ke Taman Negara Bako tu
Ada J.I.S [ Join In Service ]
Boleh share-share satu bot
Kalau nak charter satu bot pun no hal .. Dalam RM 96 rasanya ..
Warganegara bayar RM 15 je .. Mereka yang asing kena bayar RM20
.
.
.
Sebab dah ada 5 orang yang sama-sama nak ke Taman Negara Bako dalam satu bas masa tu .. Kami terus bertolak ..
Baca Ni !!
Jangan mandai-mandai nak celupar-celupar mulut tanya ada ke tidak menatang ni !
Memang ada !!
.
.
.
Yok !!
20 minit naik bot ..
.
.
.
Bayaran masuk untuk mereka yang asing pun lain.
Yang satu bot dengan saya semua nak bermalam di Taman Negara Bako tu ..
.
.
.
Sampai lah ke Teluk Assam , Taman Negara Bako !!
Cantik wehhh !!!!
.
.
.
.
.
.
Air pasang
Bot kena berlabuh kat jeti
Kalau air surut , boleh turun kat pantai
.
.
.
.
.
.
Saya lompat naik ke jeti ..
Saya pandang-pandang PakCik Bot …
Senyum-senyum kat dia
‘ Nak hujan ni … ‘
Lupa lak nama PakCik tu apa…
.
.
.
.
.
.
Tanya-tanya dia …
Dia kata ..
Bot last pukul 4 petang
Kalau nak balik , dalam 1 jam lagi elok lah .. sebab air laut masih pasang lagi
Saya tanya pasal nak ke sea stack
Bolehhhhh !!! Dia kata
Pergi sekarang lagi bagus ..
Nanti takut hujan !
Kena tambah RM 35
.
.
.
Lets jom !!!!
Jom cari sea stack yang femes itu!
Ikon Taman Negara Bako !!
Itu adalah Teluk Paku
Trek yang terdekat dengan pintu masuk
.
.
.
Apokobondo eh sea stack tu kak ?
Jap nak translate ..
70 juta tahun dulu ..kawasan Taman negara bako ini adalah di bawah laut .. Sedimen-sedimen dari tanah besar dibawak ke kawasan ini oleh sungai dam mendap di sini , membentuk satu delta .
Jutaan tahun berlalu .. sedimen-sedimen itu bergabung menjadi batuan yang keras , tetapi porus .. menjadi sandstone
Sandstone ini lah yang membentuk Taman Negara Bako ini..
23 juta tahun lalu pula .. plat tektonik di kawasan ini bergerak .. membentuk bukit dan gunung-ganang , yang kemudiannya terhakis ..
Membentuk batuan yang ada sekarang , termasuk sea stack ini ..
.
.
.
Jom ke tepi laut !!
.
.
.
Tu hah !!
Dah nampak dah !!!
.
.
.
Yang ni dikatakan ada bentuk muka alien !
Kat belah kanan ..
Sengetkan sikit kepala ..
Nampak ?!
.
.
.
Ni sea stack bentuk singa !
Belah kiri kanan tu..
Ada ??!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni yang paling femes ..
Ulau boleh ..
Naga boleh ..
Kepala keris boleh ..
Kepala tongkat pun bolehh ..
.
.
.
Tak pe ..
Pak Cik pusing sana sikit ..
Kat sana lagi nampak ..
Nanti PakCik berhentikan bot .. Ambik lah gambar !!
Baik PakCik ni !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tu Gunung Santubong ..
.
.
.
Jom kita ke Teluk Pandan Kecil ..
Boleh gak trekking ke sini ..
Dalam 1.5 jam pergi
Balik pun ikut trek yang sama ..
Atau boleh kaw tim dengan PakCik Bot mintak dia ambik kat Teluk Pandan Kecil ni ..
Gitu lagi ok ..
.
.
.
Kalau trekking , korang akan sampai kat atas batu besar tu ..
Akan nampak sea stack tu dari atas sana
Cantik beb!!
Gi nengok kat Blog Supermeng Malaya ni ..
.
.
.
Ada trek turun dari batu besar tu ke pantai ..
Ada berani ?!
.
.
.
Puas skodeng .
Tak nampak lak tangganya ..
.
.
.
Okeh
Dah puas ati nengok sea stack ..
Kalau sampai ke sini , tak gi cari sea stack ni..
Tak sah beb!!
.
.
.
Jom balik ke Teluk Assam !!
.
.
.
.
.
Okeh ..
Sambung esok !!
.
.
.
.
ni yang mencik nih…
akak gi bako..
kita gi pasar dia jek..pastu bergambo je la kat signboard buaya tuh..
apesal tak terus gi Bako??!!
sebab masa tu bwk budak debab tuh…ada family jugakk..
mendung nak ujan…
len kali lah…
area sea stack tu ada buaya x?
ado !!!!!!
WEIIIIIIIII! SUSPENSDA NAK TUNGGU ESOK
ok, saya terpaksa tunggu esok
hahahahaaaa!!
esok last tapi!
Lain kali kalau ada photography competition pertaruhkan salah satu gambar ini.
‘Budak’ GB tu dpt award nun kat utara sana bulan lepas
Gambar-gambar doc. pun cantik tau kalau dipertandingkan.. kakak suka tengok
haaa..
kita bukan pesen suka masuk peraduan kak…
🙂
nape kuching lagi (1) tak boleh buka….dah kena sembunyi hantu magatira ker? hehehe
jappp..
tengah repair..
ada gambar hilang..
[ antu kah ?]
saya baru tau kewujudan benda ni kat kuching!
TQ!!!
Masuk dlm list to do..
Benda2 yg ada unsur Nat Geo macam plat tektonik ni, mmg my fav 🙂
* jempol * !!!
huit!!!!!!
back to nature jugak !!!!!!
hahahahahah
why oh why…wa tak kena outstation masa nih!!!
*terus gigil tulis dalam wishlist tempat nak pi tengok di Sarawak*
ps: sun burn tak? Aii nih cepat gelap …
(phui..nak jelita? pi dok dalam rumah)..kan?
ai is masih putih berseri tauuu !!
fer n levli
100% discount?free laa tu barang2 kt kedai tu?hehehe
tu laaaaa….
mana adaaaaa!!
gimikkk
Firstly, Alhamdulillah tak hujan masa kat Bako tu kan doc. I pernah naik bot tgh hujan lebat. Seram…
Cam daddyziyyad I pun tak pernah tau tentang sea stacks tu. Is it like the ones kat Halong Bay doc?
Such a wonderous thing kan doc. So amazing especially bila tahu kejadiannya selepas berjuta tahun….
saya pun baru tau.. search sana sini tempat2 menarik di Kuching.. dan terjumpa .. kat Supermeng ..
Halong Bay saya tak pernah sampai lagi.. tu more ke batu kapur kan? i suppose .. sama jugak cara kejadiannya kan..? hakisan..
subhanallah cantik sungguh tempat ni gambar yg dr singa amik pun cantik2 hebat
breathtaking
🙂