SANTUARI IKAN SUNGAI CHILING : KUALA KUBU BARU : SELANGOR
.
.
.
.
Teruskan kembara Kuala Kubu Baru bersama saya ..
Chewahh..
Kami mencari Santuari Ikan Sungai Chiling ..
Dari Empangan Sungai Selangor ..
Tegak lagi .. Sampailah jumpa jambatan besi ini …
.
.
.
Jambatan besi kuning
Ramai Mamat-Mamat Motor yang mengasah bakat dan tayar di laluan ini.
Jalan ni .. kalau tegak lagi .. boleh sampai Kuala Lipis .. Raub.
Dan sebelum sampai Kuala Kubu Baru ni ..
Ada jalan yang tembus hingga ke Genting Highland
Tu yang depa suka tu..
.
.
.
Lepas je jambatan besi kuning ni..
Ada kawasan parkir.
Parkir tepi jalan , kiri kanan
Pandai-pandailah cari tempat yang dekat dengan pintu masuk
.
.
.
Pintu Masuk Santuari Ikan Sungai Chiling
Pejalan kaki dan pengayuh basikal je boleh masuk dalam
.
.
.
Teruskan berjalan…
Ada lah dalam 5-10 minit jalan masuk ke dalam tu..
Lalu jalan kecik .. Kiri kanan pokok paku pakis hutan banyak…
.
.
.
Pokok buluh juga ..
.
.
.
Hutan Simpan Kekal
.
.
.
Daun ni..
Belah atas warna lain… Hijau
Belah bawah .. putih ..
.
.
.
Separuh perjalanan ..
Dengar bunyi air sungai
Pandang ke bawah bukit ..
Nampak sungai! Ada batuan .. Ada jeram..
.
.
.
Okeh !
Dah sampai !!
Santuari ni hanya dibuka pada hari Jumaat , Sabtu dan Ahad sahaja
Pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja.
.
.
.
Anjing yang pandai membaca papan tanda tak dibenarkan masuk
Tuan anjing yang pandai baca papan tanda pun tak boleh bawak anjing masuk
Anjing yang tak pandai je boleh sesat termasuk ke dalam..
.
.
.
Daftar dulu di Kaunter
Bayar RM 1 seorang
Dan daftar nama
Untuk mereka memastikan semua pelawat yang masuk akan , dan keluar
.
.
.
Boleh jugak camping kat dalam ni
Tapi kat tempat yang dibenarkan sahaja
Dan kena minta kebenaran dulu.
Ramai yang pasang khemah bermalam kat sini !
Siap bawak segala bagai periuk belanga kuali besar!!
.
.
.
Peta nya
Jangan terpedaya tapi.
Sebab tidak mengikut skala jaraknya
Sebenarnya , ada air terjun yang cantik di hujung trek itu!
Kena turun naik jambatan gantung.. lintas anak sungai 6 x baru sampai
Jauh jugak
Dalam 3 km
Dengar-dengar.. sangat berbaloi!
Cantik!!!!
.
.
.
Kami beli 2 peket
Untuk ikan kelah
.
.
.
Dont worry ..
Kalau tak bawak bekal ..
Ada yang menjual..
.
.
.
Langit sangat biru.
Air sangat sejuk
Mula-mula .. rendam-rendam kaki dulu …
.
.
.
Pandang-pandang ikan dalam air dulu..
.
.
.
Pandang ke hulu..
Ramai yang mandi …
.
.
.
Pandang ke hilir ..
Ada jugak ..
.
.
.
Ambik-ambik gambar dulu .. sebelum berendam ..
.
.
.
Campak je dalam air !!
.
.
.
Ikan Kelah pun datang !!!
Banyakkk !!!
.
.
.
Dipanggil Permata Sungai
Juga Raja Sungai
Dari isi ke sisiknya boleh dimakan
Dagingnya halus.. Sisiknya digoreng , rangup macam keropok
Ikan Kelah terkenal kerana kesukaran mendapatkannya untuk dipelihara mahupun untuk dijadikan lauk
Kerana habitatnya di hulu sungai di hutan tebal
Memerlukan sungai yang berair deras , berair jernih , dasar yang berpasir dan berbatu , terutamanya di hulu sungai
.
.
.
Jambatan gantung yang pertama
.
.
.
.
.
.
Pernah dengar Kepala Air ?
Gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
.
.
.
Ramai yang komen bila nengok gambar ni kat Instagram saya, depa kata , air sungai pun dah bertambah kering
Pandang ke hulu , dari jambatan gantung ..
.
.
.
Pandang ke hilir ..
.
.
.
Tapak perkhemahan betul-betul kat tepi sungai..
.
.
.
Kenal pokok ni?
Paku Langsuyar ..
Bird Nest Fern ..
Staghorn Fern ..
Ada kawan saya..
Jumpa pokok ni masa masuk hutan..
Alaaa.. bukan hutan tebal pun..
Dia ambik .. letak kat besi buaian kat rumah .
Alaa.. buaian dulu-dulu yang ada dua kerusi yang menghadap satu sama lain tu..yang ada rangka bentuk bulat keliling boyan tu..
Paada suatu malam..
Dia nampak .. sorang pompuan rambut panjang .. duduk dekat paku langsuyar tu.. hayun-hayun boyan ..
Esok harinya jugak dia pulangkan paku langsuyar tu ke hutann.
.
.
.
Jom aaah !
Jomm ahhhhh !
Depa ajak ..
Tak kuasa ahkak nak nyalin-nyalin baju mandi , mandi dalam sungai ..
.
.
.
Penat bang ??!
Cantik air terjunnya Bang ??!!
.
.
.
Sesiapa yang nak hiking masuk hutan tu..
Akan diperiksa sebelum masuk ..
Boleh bawak makanan dan minuman
Tapi TIDAK BOLEH buang sampah .. TIDAK BOLEH tinggalkan sampah kat dalam hutan tu!!
Akan diperiksa .. Berapa botol air mineral .. berapa peket jajan
Berapa tapawe nasik goreng .. Berapa ketul kuih koci..
Satu makanan , minuman, depositnya RM3
Masa keluar akan dikira semula berapa botol , plastik , tapawe ,daun pisang bungkus kuih koci …
Kalau tak sama dengan yang bawak masuk .. hangus lah deposit !
Hatta sebiji gula Kopiko pun dikira RM3 depositnya..
Kalau rasa nak bawak sepeket besar .. kali kan je lah dengan RM 3 sebijik ..
.
.
.
Lensa Makro 90 mm ni best betul aaa untuk potret!!
.
.
.
Ini paku pakis hutan
Tiada langsuyar di sini..
.
.
.
Oleh kerana tidak bawak baju .. bawak seluar je..
Terpaksa beli T-Sert ..
Towel je tak ada jual kat sini ..
[ Siapa paham ‘ kain sal ‘ ] ??!!
.
.
.
Setelah puas berendam..
Balik lah ..
Jumpa pokok berduri ni kat tepi denai ..
.
.
.
Jumpa pokok senduduk
Senduduk putih bagus dibuat ubat ..
.
.
.
Tiba-tiba.. budak-budak kat depan saya menjerit-jerit ..
Pandang-pandang tanah ..
Rupa-rupanya .. ada ulat bulu yang amat besar ini!!
[ Tak teringat pulah nak letak sesuatu tepi dia sebagai perbandingan saiznya !! ]
[ Takut pun iya jugak … takut terkena .. mahu menggelitik gatal nanti !! ]
.
.
.
.
.
.
Jumpa mentadak hijau .. !!
.
.
.
Terima kasih..
Nanti kami datang lagi !!
.
.
.
.
.
As salam dokter,
Zaman2 muda belia dulu sy suka jungle tracking especially meredah sungai..
Zaman2 obes and kertu ni adalah agak malas sbb klu nak sampai sungai kena lalu celah2 batu besar
Hmmmm…for sure sejuk gila air tu walaupun tengahari buta…
Tang kepala air tu…yup mmg merbahaya…do remember masa kat kuala kangsar…ketika berkelah ada dgr mcm bunyi roarrr…then my uncle cepat2 suruh naik then balik rumah…end result…petang tu ada mangsa jiwa..
nampak tak kepala air tu?
gerun dengar..
kuat eh bunyinya..?
kain sal??? kensal jer laaa kak…kitorg kt N9 mmg tak ponah panggil towel ke tuala ke…KENSAL yooo buek kosat badan lopeh mandi.. hahahaha..
hahhahaaaa..
kat Muo cakap ‘kain’
ni….kalo saya bagitau kat bapak zhareef pasal chilling, ikan kelah…sungai..
harus…harus…dia nak pegi sana..
tgk aje la betapa eksaited masa main ikan kelah kat sabah haritu
best dakzhareff berendam.. dijamin bersih air!
sangat chill.. nak naik g air terjun tu tak..?!,,, jommm…. ;p
ada pacat!!
menariklah tempat tu.. tapi kalau nak berjalan ke air terjun tu nampaknya dak Nuha kenalah tinggal.. huhuhu..
dah lama tak sebut kain sal.. rasanya kalau sebut kat rumah mesti semua tak faham.. hehehe.. 😉
haaaa!!
ramai gak yang paham!
🙂
chilling by river chilling… tak agak² sungai nama omputih kan
kellasss orang kuala kubu!
Waa… best, best!
I suka foto2 jungle walk you. Hijau, nampak sejuk dan santai je.
Laaa…. kenapa tak mandi? Air jernih bersih cam tu doc. Rugi ler. Leh mandi bersama ikan2 kelah tu…hihi…
Kat air terjun tu tak gi ker? Jauh ek?
tak mandi..
err.
nanti siapa nak ambik gambar..
nanti basah-basah susah ambik gambar…
🙂
tu la duri pokok nibong (kalau tak silap la..)
kalau suruh mentadak tu ajuk cara kau tidur, harus bertukar jadi transformers…
ohh….
aku pernah baca..
ingredient santau!
Saya nak cakap satu je. Spender yang budak tu pakai yang belang-belang tu kan, macam spender Budak Gundut. Hahaha. Dia suka sebab spender tu ada gambar lori.
hahahhaaa!
sama gak dengan spender DakLast akak!!
byknyer nak komen
mentadak ijau??? cish tipah tertipu
deposit makanan? alahai..bape plak nak kena bayar tuh klu jenis kuat makan macam….errr
kain sal? hahaah lama tak dengar
kisah air plak-
no-wa bukan kije jaga qualiti air. wa tetiba je kena jaga bilik operasi rekod air sungai langat
paras air kena jaga..ada sebabnyer
kalau kawasan rumah kita nak kena catu..awak akan tahu dulu tak..?
beritau kita eh..
saya dah 2 kali ke sana. sekali camping. sekali balik hari. tapi dua dua kali pun trekking sampai ke air terjun.
BEST!!!!
gambau mana?
gambau??!!!
selalu lalu je jambatan tu kalau ke Fraser Hill..dulu masa belum ada empangan kat situ, zaman2 anak daralah..selalu gak mandi manda kat ulu pertak tu..mmg best jeramnya..
terus terbayang anak-anak dara berkemban mandi sungai….
🙂
tempat macam ni, alam semulajadi lah yg best!
air sungai sejuk, we like!
aktiviti hujung minggu kat sana, lots to explore.
tshirt cantik!
kena bawak duit banyak just to deposit, susah jugak nak kira. bagus kena strict to jamin kebersihan terpelihara.
awak tak takut pacat eh..?
gerun sangat..dulu
tapi bila dah lalui pengalaman, taken all precautions pun kena gigit jugak
transformed jadi ok la no big deal, too small and harmless 😀
pernah lalu tapi tak masuk ke sini sbb kaki saya tak mampu nak jalan jauh.
Pasal pokok langsuyar tu, ini pengalaman saya. saya nak beli dari 1 nurseri di Taman Seroja, BBST. Siapa duduk kat area tu mesti tahu nurseri hujung taman tu.
Wak, penjaga nurseri tu cakap kat saya, “pokok langsuyar tu baru sampai semalam, tak boleh jual lagi sebab Wak belum habis mengaji kat pokok tu”. sambung wak lagi kalau ada rezeki datang minggu depan”. saya terkesima sebentar.
nasib baik saya faham renungan mata Wak yg selalu saya jumpa. saya cakap terima kasih dan senyum. cepat cepat saya dukung budak Ahmad dan cha aliff but sambil baca 3 Quls and Ayatul Qursi. Memang saya tak beli lah pokok tu
dah nama dia pun melambangkan ‘ada benda’ tu..
of koz lah benda tu suka dan ikut kann??
🙂
Pernah baca entry di blog Mastura Zuber ( kawan si GB) ..dia ada letak gambar waterfall kat hujung trek tu..Mmg awesome…tapi mmg kena balut baik2 camera,sebab nak nyampai ke situ mmg kita nak tak nak,kena redah air…
Eksotik betol ikan kelahni rupa rupanya..
Insya Allah akan bawak ZZ saya ke sini..
Bila tengok kat sini, nampak cetek sikit jugak lah. Tapi, bestnya rasa nak pergi terjun gedebush sekarang jugakkk!