KUALA KUBU BARU : EMPANGAN SUNGAI SELANGOR : SELANGOR
.
.
.
.
Setelah baca sana sini ..
Dan membuat carta aliran dan proposal kepada Menteri Pengangkutan
Dan diluluskan oleh Menteri Pelancongan dan Kementerian Kewangan ..
Kami berkereta ke sana..
Ke Kuala Kubu Baru
Banyak yang hendak dicari di sana ..
.
.
Setelah terlencong terambil selekoh ke Timur dan terpaksa berkereta 14 km pergi dan U-turn di Genting Sempah … dan 14 km balik .. akhirnya sampai juga ke arah menghala ke Sungai Tua …
.
.
Jumpa Empangan Sungai Tua.
Sudah ada pagar di sekeliling Empangan sekarang
‘ Tak pe lah .. Balik karang kita berenti ambik gambar eh !! ‘
[ Dah tak berapa cantik nak ambik gambar sebab dah ada pagar sekelilingnya .. nanti nampak dawai pagar dalam gambar ! ]
Nampak banyak gerai jual pulasan tepi-tepi jalan
‘ Tak pe lah .. Balik karang kita lalu sini kita berhenti eh !! ‘
.
.
Kami nak ke Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru
Dengar-dengarnya cantik pemandangan kat sana!
Dalam 70 km lebih dari Kuala Lumpur [ kalau tak salah jalan dan ikut Minah dalam Waze tu syorkan … ]
Akhirnya sampai …
Kalau dari Kuala Kubu Baru .. sampai pekan KKB tu ..
Belok kanan .. tegak ..
Nanti nampak papan tanda batu yang kecik kat tepi jalan tu tulis Kuala Lipis
Dah betul lah jalan tu..
Tegak lagi..
Nanti nampak empangan ni belah kiri
Kalau nak teruskan perjalanan pun boleh ..
Sampai Kuala Lipis .. kim salam Dak Siti tu eh!
.
.
Lupa lak ..
Nanti sepanjang jalan kat bukit-bukit tu..
Nanti ada jumpa orang dok menadah air bukit kat bawah lereng tu..
Air bersih katanya ..
Ada khasiat katanya ..
.
.
Dah sampai !!
.
.
Tutup lah pulak tapi!
Dah petang sangat !!
Pemandangan dari dalam Pusat Informasi SPLASH tu lagi ohsem sebenarnya !
.
.
Ambik gambar dari luar aje lah..
Hues of green !
Cantik !!
Yang tak cantiknya ..
Air Empangan Sungai Selangor ni dah susut !
Nampak macam dah susut hingga 50 % !!
[ 57.63 % takungan .. saya baca ..]
Air biasanya akan sampai ke rumput yang menghijau tu!
Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga loji pembersihan air (LPA) iaitu LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3).
Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60 peratus bekalan air di sekitar Lembah Klang.
Saya dengar..
Dengkil , Sepang dan Kuala Langat dah seminggu dua tak ada air dah ..!
.
.
Ramai Mamat-Mamat Motor tengah photo-shoot motor kat sini masa ni..
Saya tumpang ambik curik-curik !
.
.
Chissss !!!
.
.
Kakak dan BudakMataBesar
Kakak dah lama kerja dengan kami
Dah dekat sepuluh tahun rasanya..
Balik kejap setahun..
Datang balik..
Tak risau nak tinggalkan bebudak dengan dia bila kami jalan jauh berdua ..
.
.
.
.
.
Kalau air empangan penuh..
Dari Pusat Info SPLASH tu nanti boleh nampak satu outlet overflow [ perbetulkan saya jika salah ] yang cantik.
Macam air terjun !
Later-later lah nanti datang balik masa tak kemarau..
.
.
.
.
.
Langit dan Banjaran Titiwangsa yang cantik .
.
Ok..
Banyak lagi nak cerita ni..
Banyak gambar nak dipilih dan edit ..
Chop !!!
Alamak !!
Lupa lahh !
Lupa nak tulis nama atas batu!!
.
.
.
.
Joget Kenangan Manis
Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa
Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta
Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama
Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan
Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku
.
.
Sambil terkenangkan pulasan yang tak terbeli sebab lalu jalan lain masa balik!!!!
.
.
.
.
kena ripit balik tu… tulis nama atas batu… hehehee….
alaa..
Dak Elly dah warning ..
Tak boleh ….
vandalisme dalam bahasa melayu apa eh..?
ehehehhe…tulis nama atas batu…old skool…nnt boleh buat series empangan lak… empangan pangsun..empangan ulu yam…ehehhehe
ok jugak tu..
tak banyak empangan tapi..
lenkali kalau berkenan, terus beli sebab confirm takkan lalu kat situ time balik.. biasa cenggitulah..
tolan air lior je laaa
kakak and her shades macam kat kellie dulu i tegur 🙂
cantik! daun pokok blown by the wind!
toyota merah dan ikut toyota hitam, jalan2….nanti2 iA.
stail dia gitu…banyak dah spek hitam dia…
jommmmm….kita gi masuk hutan, naik gunung!
haahahah…adehhh…
memang klu pi KKB..akan teringat lagu sudirman itu
overflow-betul la tuh…
ilmiahnyer entry nih
ripit kalu..jgn lupa daku…
(gigil pegang kalender kuda)
kita naik keretapi nak!!??
Dulu masa sekolah selalu ada program di Kem Ampang Pecah. Seronok!
aku pernah skali pi btn kat kem ampang pecah tu masa 1 sem degree…hahahaha best kan!
cari ampang yang pecah tu tapi tak jumpa!!!
ko ni vandalisme la, tulis nama atas batu hahahahha
mmg seram la tgk air tu nyusut banyak…so far umah aku lom kena catu air la….tapi aku dah store sket2 air
hehehehhe
kakak tu sapa?
lama kerja ngan ko…setia betul!
dia tak takut ke ngan dr singa wkakakakakka
hahhahaaa..
kau ni..
buat aku gilti lak..
kakak tu pembantu rumah aku..
dah macam famili dah..
kalau doc singa garang macam singa kat umah, nescaya keja tak sampai 3 bulan bibik tu lari dahhhh..hahahaha
dah pagar ke empangan kat ulu yam tu? punyalah lama tak pegi.
ha ah..
kan ada tempat yang kita boleh parking dan lepak2 tu.. masih ada..
tapi dah ada pagar kat tepi tasik tu.. sepanjang-panjang tasik.
CANTIK!
Hari ni ada saya ke kolej, cikgu nak bincang2 ,3 jer yg hadir akhirnya kolej cuti lagi seminggu! jadi 3 minggu. tak tau apa nak jadi. tapi budak th 2 terus belajar sbb nak dah nak fly. dgrnya kolej dah modal rm 20 ribu !
Motro tu menggoda betul…
kesian budak-budak kan kak!!!
3 minggu banyak nak kena cover tu!
Consider dekat ni…boleh pergi balik hari..
Saya nak pergi!!! Tunggu lepas musim hujan la tapi….:P
ps: KAKAK tu ada tak adik/sedara mara yg RELIABLE yg mau kerja di Malaysia?
lepas singgah situ..
boleh bawak ZZZ mandi manda kat sungai..
[ entri hari n i ]
haaa…….
nanti tanya..
kelmarin ye gi sini….cuti kaaaaa? 😛
ahad lepas
cuti hujung minngu yang biasa
Doc, foto2 panoramic tu cantik sungguh! Kaler awesome!
Memang lokasi yg best for landscape shots 🙂
langit cerah sangat!
biru langit kontras dengan hijau tasik sangat cantik kan!??
tulis atas batu sungai bolehhh!!! hihihi~
wp entry dah sgt lama sy baru baca, saya nak gak tanya…
“Setelah baca sana sini ..
Dan membuat carta aliran dan proposal kepada Menteri Pengangkutan
Dan diluluskan oleh Menteri Pelancongan dan Kementerian Kewangan ..
Kami berkereta ke sana..
Ke Kuala Kubu Baru”
kenapa kena buat surat sana sini eh?? tetiba ter lost pulak saya.. sebabnya dulu dulu dulu sebelum jadi empangan itulah tempat kami adik beradik berpiknik, kakak rumahnya kat rawang
hahhahaaaaa..
‘surat’ … kepada en abdul je….
heh heh hehhhhh