KUALA PENYU : PANTAI SAWANGAN : LOK KAWI

.

.

.

.

Dah puas merayau di Kudat , kita turun balik lah ke Kota Belud , ke Kota Kinabalu

Jauh lagi nak berjalan ni

Sepanjang jalan di Kota Belud akan nampak Akinabalu di belah kiri nanti

Kalau pagi lah tapi

Bila dah tengahari , kabus dah naik , hilang lah nanti

.

.

.

.

Dia kan.. Asal nampak ke Kinabalu muncul celah bukit , celah rumah , celah pylon , mula lah jerit dekat kopilot .. Tu !! Cantik !! Ambik gambar !

Berlambaklah gambar Kinabalu dalam fon

.

.

.

.

Nampak sign board ke Tamparuli

Budak dua orang ni tak pernah sampai

Jom lah ..

Menjajau juga nak cari macamana nak pergi ke hujung jambatan ni

Senang kalau korang pergi park dekat belah hujung jambatan yang dekat pasar dia tu

Ada je parking dekat situ

.

.

.

.

Kalau tak silap , hujung yang belah sana nanti ada persembahan muzik traditional Sabah

Bukan hujung yang belah pasar tapi

.

.

.

.

Seronok berayun-ayun atas jambatan ni

.

.

.

.

Kalau korang nak beli ikan bilis mata biru , udang kering yang tak anorexic , ikan kering , boleh beli dekat pasar dekat sini

Lagi murah daripada dekat Pasar Filipin dekat tengah bandar sana tu

Si Kontot dua ekor ni baru lepas bergaduh

.

.

.

.

Plan asalnya nak naik ke Beaufort naik kereta . Tidur di Beaufort . Lepas tu naik tren ke Tenom . Minum kopi di Tenom , lepas tu naik keretapi lama yang macam dalam filem Ola Bola tu balik ke Tenom

Akan tetapi … Ada tanah runtuh . Maka tak ada perkhidmatan keretapi dari Beaufort – Tenom – Beaufort

Hanya ada dari Tenom ke satu pekan kecil , Pangi , sebelum Tenom tu je ulang alik.

Hmm..

Dah mati akal dah . Plan dah terbantut

Maka nya makan steam boat dulu di Donggongan . Tambah punya tambah …

Pikir pumya pikir …

Last-last decide untuk ke Kuala Penyu

Sekali lagi lupa yang dekat Sabah malamnya sampai cepat 😭

Macam tak jauh je ke Kuala Penyu dalam peta

OK set !

Kita ke Kuala Penyu

Pantai sana nampak cantik

.

.

.

.

Dah apa ke bengongnya Google Map masa ni

Dia bawak lalu bandar Papar . Lalu celah Mak Bedah mana ntah. padahal boleh je lalu ada satu jalan baru tu , tak payah lalu Papar

Tapi kalau tak lalu Papar tak lalu lah pulak kampung ni kan ??!!

Tak tahu lah pulak boleh buang ex-sayang korang dekat sini.

Sesiapa nak kirim buang kan , pm tepi

Bulan 12 ni nak ke Sabah lagi

.

.

.

.

Lepas je Papar , langit makin gelap

Jauh lagi nak sampai ke Kuala Penyu ni

Dan malam makin gelap . Jalan tak ada lampu jalan

Lalu kampung-kamping yang rumahnya jauh-jauh

Jalan yang kalau kau tutup lampu kereta , kau tak akan nampak apa-apa kecuali gelap gelita

Aku rasa banyak pahala aku malam tu dok berzikir , dok baca ayat kursi sepanjang jalan

Aku takut je kalau-kalau terjumpa Bantal Peluk ke .. Kakak Cantik ke dekat tepi-tepi jalan tu

Ada je kereta dekat depan aku follow dekat-dekat

Dah lega dah ada kawan .. Tup-tup dia masuk simpang kecik balik rumah dia!! 😭😭

Drive lah sorang-sorang dalam gelap tu semula

Sampai dekat bandar Kuala Penyu macam dah lega dah ..
Sebab dah banyak lampu dan kereta

Tapi kita orang nak tidur dekat Tempurung Seaside Lodge , dekat tepi pantai , bukan dekat bandar

Sambung lagi perjalanan

Masa ni aku dah tawakal aje lah ..

Alhamdulillah ada line Umobile full bar sepanjang jalan

.

.

.

.

Sampai lah di Tempurung Seaside Lodge ni

Pukul 8 malam yang amat gelap gelita

Punya lah bersyukur Alhamdulillah Ya Robb kerana selamat sampai !

Tengok-tengok.. Reception tutup.

Ada beberapa orang tengah borak-borak .. Bila tanya

Dia kata memang dah tak ada orang dekat reception . Dah balik rumah sebab tak ada orang booking bilik

Aiyoo makkk !! Mintak tolong budak-budak tu callkan yang jaga reception tu boleh datang ke tak . Kalau tak boleh , adik-adik tu kata , cuba drive keluar , ada satu lagi resort depan sikit

Hadik !! Hakak dah tak sanggup !! Bukan sebab penat ! Tapi sebab Hakak takut sebab gelap yak amat!!

Alhamdulillah adik reception tu kata nanti dia datang . Rumah dia dekat aje

.

.

.

.

Memang tak nampak apa sekeliling resort

Bila tanya , kita orang guest aje yang duduk situ

Pak Guard pun tak ada malam tu sebab off day

Yang ada cuma 2 staff , tidur dekat bilik dekat reception

Err.. kalau ada apa-apa , goyang aje loceng dekat reception tu…

Tak apa

Kita ada budak ni buat teman

Catnap dia masuk bilik

.

.

.

.

Sunrise dan sunset di Sabah tidak pernah mengecewakan

Ini view dari depan bilik

.

.

.

.

Depan tu Deluxe Suite

Boleh muat ramai

Rainbow Lodge kita orang ni kecik aje

Ok je bilik ni

Sebenarnya untuk 2 orang , boleh add on satu tilam lagi tapi

.

.

.

.

Ini lah bilik kita orang

Berwarna warni . Hence the nama Rainbow Lodge

RM 200 semalam. Agak pricey jugak lah kan …

.

.

.

.

Tak ada katil . Just tilam dekat lantai

Ekon sejuk. Ada water heater untuk mandi , ada cerek etc

Ini view sambil nengok cerita Forest Gump versi Amir Khan yang telah siap di download sambil nengok laut dari atas tilam

Sini tak ada apa-apa line fon ya

Aman damai

.

.

.

.

Apesalla langit Sabah ni biru nho ??!!

.

.

.

.

Dah

Lets jom makan and mandi pantai !

.

.

.

.

Makan sambil nengok laut…

Peh..

Kenyang !

.

.

.

.

Apesallah pantai Sabah ni cantik nho ?!

Ke kiri cantik ..

.

.

.

.

Ke kanan pun cantik

Bersih pulak tu ..

.

.

.

.

Reflection pun cantik

.

.

.

.

Ni harga bilik-bilik nya

.

.

.

.

Cafe dan tempurungnya

.

.

.

.

Berbaloilah merentas malam dan jalan yang gelap mujur tak jumpa bantal peluk malam tadi bila sampai pantai secantik gini

.

.

.

.

Puas mandi laut , kita check out ..

Kita cari Pantai Sawangan

.

.

.

.

Mula-mula semalam macam nak tidur dekat pantai Sawangan ni

Sib baik tak jadik

Sebab tak ada pantai untuk mandi pun…

.

.

.

.

Ada lah chalet-chalet yang macam tak siap pun ada , macam dah siap tapi abandoned pun ya jugak

Tak ada pantai berpasir dekat sini

Ada tembok gitu aje

.

.

.

.

Ada jeti yang cantik ni ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Mana aku letak spek tu eh..

Belakang sana tu Pulau Tiga

Tempat shooting siri Survivor dulu tu. Lama dah

Ada mud pond panas dekat pulau tu

Sesuai untuk facial muka

.

.

.

.

Panas lit-lit

.

.

.

.

Ni hotel yang kononnya kita orang nak duduk semalam tu

.

.

.

.

Mujur tak

Jauh dari peradaban weh !! 😨

.

.

.

.

Dah .. Jom balik KK

Banyak masa lagi

Jom singgah Lok Kawi Wildlife Park

Kita nak cari proboscis monkey

Makhluk yang paling aku takut masa kecik dulu

Sebab aku takut bila nengok Alice the Goon ni , satu character dalam kartun Popeye the Sailor man

Ni ha..

Aku takut nengok hidung dia

Proboscis monkey tu macam ni lah hidung dia

.

.

.

.

Jom masuk

Kita nak cari Pygmy Elephant jugak

Gajah ketot

.

.

.

.

Tak besar sangat park ni

Walkable

.

.

.

.

.

.

.

.

Nin dia gajahnya !

Ada seekor anak gajah

Kecik aje ! Tu.. Gajah nombor 3 dari kiri tu , dekat kaki dia ada baby gajah

Comel gila dok netek mak dia sambil berdiri

Lepas nengok gajah ni , hujan selebat-lebatnya !

Tak boleh nak pergi nengok monyet proboscis tu 😭

Lain kali lah

.

.

.

.

Dapat rainbow di KKIA

.

.

.

.

Eh

Double rainbow lah !!