AKU KAN ANAK MUO
.
.
.
.
Jom balik Muo

2017 ..
.
.
.
.
Lama tak balik

.
.
.
.
Budak ni sibuk nak makan di Restoren Telang
Baru lagi ni . Dekat tengah-tengah bandor pulak tu . Mesti susah parkir

.
.
.
.
Menu utamanya .. Nasi Lemak Telang
Sedap weh !! rasa lemaknya . Rasa bunga telang tu tak ada lah tapi
Tu digunakan sebagai pewarna je ..
Sirap Bandung Soda dia pun sedap . Resipi asli..
Ada yang letak air masa buat sirap bandung soda ni . No No No !!
Masukkan ais banyak-banyak . Ais tu yang akan jadi air , dan sirap bandung nya tak rasa cair .. Kalau nak sedap lagi gunalah air soda Longjan buatan Melaka

.
.
.
.
Lorong belakang Restoren Telang ni ada street art
Aku pun baru tau ..
Semenjak Adik dah meninggal , dah lama tak balik Muo ni. Selalunya dia yang update apa-apa benda baru yang berlaku dekat Muo ni.. 🥺🥺😭

.
.
.
.
Panas tapi boleh laaaa…
Kau stret je sampai hujung jalan , lepas tu cross jalan , masuk balik lorong belakang yang ada street art lagi

.
.
.
.
Spesis baru periuk kera , mengambil nama Sultan kita orang

.
.
.
.
Gambus dan ghazal memang sinonim dengan Muo

.
.
.
.
Gambus Hadramaut atau gambus Arab

.
.
.
.
Masa sekolah rendah dulu , ada Atok naik basikal tiap-tiap pagi datang rumah ajar ngaji . Banyak pahala yang mengalir pada arwah Atok tu atas ajaran yang dia berikan

.
.
.
.
Eh !!
Ada dua ekor gorgon !!!

.
.
.
.
Nengok kaki siapa paling besar ?
Nak menari zapin ?

.
.
.
.
Ingat lagi aku , masa hujung 70-an , masa tu masyarakat Melayu Islam Malaysia dah mula membiasakan bertudung .
Tapi jenis skaf ikat belakang tengkuk
Ada yang bertudung betul . tiga segi pin dekat leher . Yang geng ni kena panggil ‘ minah dakwah ‘

.
.
.
.
Korang gherti main ting-ting ?
Main chapteh ?
Main Zero Point ?
Tak ?
Lemah ….

.
.
.
.
Mural feri melintasi Sungai Muo masa jambatan belum siap/ dibuat
Masa sekolah dulu ingat lagi hahahha cerita bai roti cari budak sebab nak ambik kepala sebab nak tanam dekat tiang jambatan Muo sebab kena cari satu kapla budak dan tanam , kena buat gitu setiap tahun … 😂😂
Taktik mak-mak tak nak bagi anak merayau

.
.
.
.
Muo ni dah ada masa zaman kerajaan Melaka lagi
Sultan Mansor Shah yang berundur dari Portugis pernah membina kubu di Muo untuk melawan kembali Portugis
Jap nak cerita .. Ada kawan aku , tidur dekat satu hotel dekat Muo ni , dekat dengan yang dikatakan kubu Sultan Melaka tu , malam-malam nampak askar Portugis lengkap berpakaian perang dalam bilik dia … 😨👻

.
.
.
.
Budak bertiga ni tak suka bergambor .. Tak ada nak berposing lah nampaknya ..

.
.
.
.

.
.
.
.
Cantik vertical garden ni.
Budak tu dok belek pokok plastik ke pokok betul ..

.
.
.
.
Deretan kedai lama kiri kanan art street ni

.
.
.
.
Mana akar pokok tu ?

.
.
.
.
Cantik weh !

.
.
.
.
Kedai-kedai lama dekat Muo ni banyak tiang gini
Nama kedai di terap di tiang kedai

.
.
.
.
Boleh baca ?

.
.
.
.
Satu-satu nya negeri yang daerah-daerahnya ada bendera sendiri

.
.
.
.
Orang kata emas dekat Muo murah
Macam dekat Kuala Pilah tu

.
.
.
.
Korang kalau nampak aerial tinggi gini , maknanya dah masuk Negeri Bangsa Johor dah tu..
Tinggi sebab nak dapat TV Singapura
Lagi kebangsaan Singapura pun kita orang hapal tau.. Sebab hari-hari dulu nyanyi masa mula siaran TV Singapura
Quick Quiz :
Apakah bahasa kebangsaan Singapura ?
Lagu kebangsaan Singapura dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan Singapura ..
.🎶🎶
Mari kita rakyat Singapura sama-sama menuju … bahagia
Cita-cita kita yang muliaaaa .. 🎶🎶

.
.
.
.
Uptown Muo
Malam-malam meriah sini

.
.
.
.
Satu yang unik di Muo ni .
Deretan kedai-kedai di kiri kanan satu jalan , warnanya sama ..
Sebab ?
Sebab Sultan kami , Almarhum Sultan Iskandar dulu arahkan kedai-kedai dicat begitu
Untuk mencantikkan bandar Muo
Sampai sekarang gitu

.
.
.
.
Rasa nak menjerit bila nampak kopitiam ni !
Masih ada lagi !!!
Dari saya kecik lagi ada kopitiam ni !!
Masih ada lagi bilik-bilik kecik , private , macam dalam cerita P Ramlee tu !!!
Serious lah weh !!!!

.
.
.
.

.
.
.
.
Balik Muo tapi tak tidur dekat rumah pusaka tu
Sebab hehhehe.. takut …. 😂
Sebab dah dekat 2 tahun tak ada orang duduk rumah tu
Cuma adik dan Ibu balik sesekali hujung minggu ..
Nanti takut jumpa ‘ Uncle Abu ‘ yang even masa orang ada tinggal dalam rumah tu pun dia ada main cak-cak jenguk ke rumah bawah …..

.
.
.
.
Kita tidur di PTT Hotel
Hotel kontena depan kubur Jalan Bakri

.
.
.
.
Bilik kita orang belah atas , kiri tu
2 kontena gabung jadi satu bilik . Bentuk L

.
.
.
.
Cantik tempat ni
Bersih
Ada kolam ikan koi. Ada gym. Ada tempat lepak-lepas dekat luar

.
.
.
.
2 katil queen sana , sini ada sofa , bilik air dan balkoni
Besar dan bersih

.
.
.
.
Nak buat apa lagi ya dekat sini ..
Jom pergi Pantai Leka dekat Parit Jawa

.
.
.
.
Ada pengkalan nelayan sini
Ada banyak kedai asam pedas

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
Bukan lah pantai macam pantai untuk mandi manda tu..
Selut
Pokok bakau dekat sana tu
Sini bird watcher suka datang
Sebab kalau kena musimnya , ada banyak burung botak
Pantai Leka ni tempat pendaratan , persinggahan Burung Botak
Migratory bird , dari Siberia , Russia , China , Canada
Melarikan diri daripada musim sejuk di utara ..
Sayangnya dah sangat sedikit Burung Botak [ Lesser Adjuntant , dipanggil gini kerana gaya berjalannya yang macam askar ] di dunia ini
Dan sangat sedikit yang singgah di Pantai Leka ni
Tak macam dulu .. Atas banyak faktor persekitaran ..

.
.
.
.
Jejak kaki burung
Dah macam kapal-kapal terbang dalam Flightradar24 lah pulak

.
.
.
.
Jenguk rumah pusaka kejap
Sayu nya nengok.. Sebak ..
Kunci tak bawak
Nengok dari luar je lah

.
.
.
.
Jenguk Arwah kejap..
Haji Fahrul Hisyam
Dah lama tak jenguk
Aku ingat lagi Dik .. Masa kau baru balik dari hospital , umur 1 hari , Aku dan Angah bagi kau menan . Menan apa tak ingat . Besar tapi . Kena marah .. Mana lah budak tu reti main !! Baru lahir !!
Ustaz kata .. Mereka tahu kalau kita datang ziarah pusara mereka …

.
.
.
.
Cantik emblem Kerajaan Negeri Johor dekat pintu get Masjid Jame’ Sultan Ibrahim ni..

.
.
.
.
Dah lapar ya anak-anak ..
Jom makan Martabak Singapura !
Terkejut orang luar bila nampak martabak dekat rm 30!! 😁😁

.
.
.
.
Sesesiapa belum pernah cuba .. Go..
Dekat Muo lah tapi
Di luar Muo aku tak jamin kesedapannya …
Last time balik Muo , masuk kedai ni nak tapau martabak ni
Tiba-tiba dengar ada orang panggil nama aku . Aku ni tak ada orang kenal dekat Muo ni. Aku tak legend dekat sini . Arwah adik aku legend .
Aku paling tengok. Rupa-rupanya patient aku , baru jumpa semalam . Turun Muo , ride , sebab nak makan macam-macam dekat Muo ni …

.
.
.
.
Balik Muo ni memang makaaaaan je lahhh..
Sarap esoknya makan Nasi Beringin pulak .
Ini pun korang kena try jugak lah..
Mnyesal tak tapau
Sampai KL dok teringat je … 😭

.
.
.
.
Tak pernah jumpa pulak stesen minyak Five ni dekat tempat lain
Mungkin di selatan aje?
Macam Buraq Oil di utara je …

.
.
.
.
Kena bertolak balik KL awal
Karang jem dekat PLUS
Kita ke Bukit Kepong lah dulu

.
.
.
.
Ada anak yang tak pernah pergi Galeri Darurat Bukit Kepong ni

.
.
.
.
Macamana nak padam api guna ni ?
Semua anak tak dapat jawab …
Guna untuk angkut air .. Salah .. Sebab dalam timba tu ada benda . Bukan kosong
Kena guna benda tu untuk padamkan api

.
.
.
.
Boleh baca Jawi ?

.
.
.
.

.
.
.
.
Sarjan Jamil duduk depan tu
Encik Abdul pernah berborak dengan Tan Sri JJ Raj , mendiang dah sekarang . Banyak cerita dia .. Sayang saya tak ada masa tu nak dengar cerita dia . Dalam gambar ni tak ada pulak dia
Ada satu gambar tu dia ada
Mendiang masa tu Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor pernah mengetuai Skuad Harimau (Tiger Squad) untuk menyelamatkan warga Balai Polis Bukit Kepong yang kena serang ni

.
.
.
.

.
.
.
.
Kita orang berempat je dalam galeri ni masa ni

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
Berat kit box ni !

.
.
.
.

.
.
.
.
Kotak peluru
Ada dekat rumah Muar rasanya kotak macam ni
Arwah Ayah dapat dari mana ntah

.
.
.
.
Soalan boddo saya masa nampak TV ni..
Eh !! Boleh guna lagi TV macam ni ??!!

.
.
.
.
Belakang sana tu Sungai Muar

.
.
.
.
Masa banjir 2006 dulu tenggelam sini !
Galeri ni belum ada lah tapi

.
.
.
.
Balai Polis baru yang menggantikan Balai Polis yang kena bakar tu

.
.
.
.
Kayu je dulu..

.
.
.
.
.
Dulu boleh masuk situ
Sekarang sejak dah ada Galeri tu dah di tutup untuk awam
Tak digunakan lagi pun Balai Polis ni
Masa banjir 2006 tu , tenggelam lah tembok luar tu.

.
.
.
.
Ngendap belah dalam

.
.
.
.
Al Fatihah untuk semua yang terkorban dan berkorban

.
.
.
.
Next ..
Kita cari jalan viral yang amat-amatlah lurus dan di hujung sananya ada Gunung Ledang di Sagil

.
.
.
.
Berkabus laaaa pulakk …

.
.
.
.
Kalau ke depan lagi pun lagi cantik
Cuma Gunung Ledang nya dah hilang terus

.
.
.
.
Kita tegak lagi ikut jalan tu sampai lah ke sini…

.
.
.
.
Orang kata tempat ni keras …

.
.
.
.
Memang la keras !!! 🤣
Bongkah batu besar yang tak boleh dialih !!
Kita buat dia , bukan dia buat kita ..
Kita buat lah jalan keliling dia …
Nengoklah jalan tu !!
Punyalah lurus !!

.
.
.
.
Aku tak boleh lah nengok jalan yang lurus gini..
Mesti nak bergambar tengah-tengah jalan tu
Next time.. Masa tak ada kabus ..

.
.
.
.
Ok
Habis cerita ..