DUYUFURRAHMAN : DI ANTARA UMRAH [ 9 ]
.
.
.
.
Hari ke2 dan ke3 kita orang bebas beribadat tanpa ada itinerari khusus
Maka nya tidur bangun solat makan dan repeat
Banyak kali juga dapat turun ke dataran tawaf
Cuma tak buat tawaf sunat aje
Kenapa ya .. Tak terpikir pun kot … Sebab nanti nak buat umrah ke 2 dan 3 , lepas tu nak buat banyak-banyak

.
.
.
.
Dah kenapa macam cermin dalan bilik air pulak kabur …

.
.
.
.
Banyak kali Subuh kena solat dekat dataran luar masjid ni..
Sebab alarm Subuh pertama untuk bangun , snooze tapi . terlajak lah maknanya … Pintu-pintu masuk masjid akan ditutup dalam sejam sebelum waktu sebab selalunya dah penuh . Ok je solat dekat sini . InsyaAllah pahalanya sama. Kanak-kanak tak boleh masuk masjid rasanya. Sebab tu ramai mak-mak duduk sini bawak anak. Lepak sini . Baring-baring . Anak lah . Mak-mak tak lah pulak nampak baring-baring

.
.
.
.
Lepas solat kita turun ke dataran tawaf . Cuba untuk solat dan berdoa di belakang Maqam Ibrahim

.
.
.
.
Akhirnya dapat juga aku kesini setelah sekian lama ..
Alhamdulillah Ya Allah . Dengan berkat dan rahmatmu aku dijemput untuk ke sini

.
.
.
.
Dapat geng baru
Bye Dak Iyra !! 😁😁

.
.
.
.
Mbah dari Sulawesi rasanya . Bagi seorang satu Yassin , buku 8 surah amalan kecil , suka semua orang
Diajak ngaji sama sama . Lepas solat masing-masing kalut nak keluar / balik . Aku dok promote .. Tunggu sekejap Buk ! .. Sekejapan lagi ada solat jenazah .. Rugi tak buat Buk !! Semua kalut nak balik juga ..

.
.
.
.
Ada satu kali solat fardhu tu , seperti biasa , lambat turun
Pintu besar 79 dah di blok oleh pulis .. Dataran pun dah penuh . Tiba-tiba pulis arah kan jalan turun tangga ke bawah
Wah !! Ada ruang solat bawah tanah tu rupa-rupanya !!
Selesa sangat dekat bawah ni. Tak padat .Air Zamzam dekat . Quran dekat . Ekon je sejuk sangat !

.
.
.
.
Siap dapat kaf ba kaf ya kaf lagi !

.
.
.
.
Lapang , sejuk tapi …

.
.
.
.
Awal Feb ni sangat selesa di Mekah , Madinah
Harga pakej pun depa tak increasekan untuk winter gini setakat ni . Musim cuti sekolah pun belum lagi masa ni . Bukan peak season

.
.
.
.
Ada satu solat fardhu tu , kita orang dapat masuk ke tingkat 1 , dah lambat tapi dapat juga masuk . Tapi banyak tempat dah penuh . Jenuh juga lah mencari . Akhirnya melilau-lilau dekat tingkat 1 yang orang buat tawaf tu
Dekat sini biasanya kalau dah dekat betul nak solat . Semua berhenti . cari je mana-mana kosong boleh je solat . Janganlah kau pergi celah lelaki pulak ..
Masa ni kita orang diri je dekat dinding belakang tingkat satu tu . Join saf yang mula terbentuk . Ada lah satu orang sebelah kita orang ni degil sangat . Dia dok berdiri antara saf . Tengah-tengah . Aku tepuk dia lah suruh kebelakang . Boleh dia jawab.. No . No . I am comfortable here .
Apa lagi .. Aku jegillah mata .. Please ! That is not the saf !! Get in the saf !

.
.
.
.
Akhirnya dia diri sebelah aku . Tak puas hati juga lah
Lepas tu dok atur benda-benda atas sejadah dia . Aku ingatkan dia letak bekas compact powder dia .. Tengoklah tu .. Macam compact powder .
Tapi apa lahaiii berdaki macam tu …!!
Dia letak dah sebelum solat . Aku dok kuit-kuit Dak Iyra . Batu alas dahi Syiah tu kan ? Ha ah dia kata .. Kita orang pun mula lah usya dia … Sampailah masuk waktu solat …
OK. Masa solat tipu lah kan kalau aku tak perasan orang sebelah buat apa .. Sebab aku solat pandang Kaabah dekat depan . Nampak lah dia dok gerak-gerak dengan ekor mata aku. Sebab semua orang berdiri tegak tak bergerak
Dah lah terkirai-kirai masa mula nak nak solat . Orang rakaat pertama dia dok terkirai-kirai main fon. Orang ruku’ dia ruku’ . Sujud dia sujud .. Masuk rakaat kedua bukak fon lagi… 🤔 . Gerak-gerak badan depan belakang
Dia ikut Imam tapi penuh kepura-puraan . Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.
Baru sat tadi aku baca-baca pasal Syiah ni.
Geleng kepala beb ! Siap ada ‘kaabah’ dia orang lagi di Najaf , Iraq . Keliling belah atas ‘ kaabah ‘ tu , penuh dengan khat nama Ali . Serious laaa…. Mereka mengerjakan Haji dan Umrah di ‘ kaabah ‘ di Kufah !! 😯
Apakah tujuan mereka ‘ tawaf dan mengerjakan haji dan umrah ‘ di Kufah , lepas tu bertaqiyyah datang ke Makkah untuk haji dan umrah ?
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ

.
.
.
.
Pintu 79
Pintu fevret kita orang
Masuk je ikut pintu ni . Straight ke depan dan depan lagi sampai tak boleh . Then konar ke kiri , jalan lagi . Nanti akan jumpa tangga dan eskelator ke dataran tawaf . Kalau tutup , tunggu je lepas solat fardhu . Nanti pulis buka . Kalau tak boleh / tak nak turun , solat je dekat depan-depan tu , cari port yang boleh nampak Kaabah

.
.
.
.
Ini lah viewnya dari tingkat 1 tu

.
.
.
.
Memang takkan dapat ke depan hujung tembok tu . Ada blok penghadang ni sepanjang tingkat 1 ni

.
.
.
.
KFC yang sentiasa panjang q nya !
Kalau masa Solat Jumaat , boleh sampai ke depan KFC ni orang solat

.
.
.
.
Sekali je dapat solat fardhu Isyak dekat dataran . Berhimpit-himpit juga lah.. Triknya , turun ke dataran selepas Maghrib , lepas orang gerak-gerak nak keluar , sambunh tawaf , chop tempat cepat-cepat , tunggu Isyak .

.
.
.
.
Kali pertama Solat Jumaat seumur hidup
Ustaz dah pesan , kalau nak Solat Jumaat , turun masjid awal . 2 jam awal !
Kita orang nak merasa solat di Third Expansion of Masjidil Haram
Besar gila !!

.
.
.
.
Tengok gini baru nampak betapa besarnya expansion ni…

.
.
.
.
Dua jam awal pun orang ramai dah ramai

.
.
.
.
Ikut aje arahan sign board dan pulis untuk cari tempat solat

.
.
.
.
Kami solat ntah di bahagian mana ntah
Main ikut aje

.
.
.
.
Dua jam sebelum Solat Jumaat
Lama tu ..
Dah habis solat sunat , solat qada’ , zikir , ngaji ..
Dah lurus kaki , bersila , bersimpuh ..
Maka nya kita snap lah gambar sana sini

.
.
.
.
Cantik sungguh
MasyaAllah

.
.
.
.
Nampak lubang bercorak gold hitam tu ?
Itu lubang ekon

.
.
.
.
Close up lubang ekon

.
.
.
.
Bersungguh kita orang cuba baca tapi sebab banyak sangat baris-baris yang macam v , calit atas bawah tu rasa macam confius pulak nak baca …

.
.
.
.
Jalan dekat tengah ni pun akan penuh nanti
Ini di new expansion , Dalam masjid sana lagi lah penuh
Dan ini belum Ramadan dan musim haji
MasyaAllah .. Ramainya umat Islam di sini..
Semua dengan satu tujuan ..

.
.
.
.
Ada air Zamzam . Nampak ? Belah kanan gambar tu
Ada sejuk . Ada biasa . Saya tak banyak minum air Zamzam masa dalam masjid . Tapau dalam botol bawak balik baru minum . Dalam masjid minum sikit-sikit aje
Sebab…. Nanti minum banyak-banyak nak terkencing . Toilet nya jauh . Dah keluar , memang tak masuk balik lah maknanya ..
Punyalah control peminuman sampai dapat kencing kotor dekat sini beb !!
Air Zamzam tu kita minum guna gelas plastik . Singe use plastic glass. Aku harap gelas-gelas plastik pihak masjid akan hantar ke pusat recycle plastik . Aku memang yang jenis tak suka pakai single use plastic.. Kau bayangkan lah betapa banyaknya yang digunakan dalam sehari di masjid ini… Harap-harap di recycle lah ..

.
.
.
.
Dah tulis untuk wanita aje masih juga masuk.

.
.
.
.
Kita selpie sikit …

.
.
.
.
Lepas Solat Jumaat , berlarian kita orang balik ke Mecca Tower sebab ada program sabil . Jauh beb!! Mengah nak kejar takut tak sempat

.
.
.
.
Sampai-sampai nasi dah habis diedarkan
Orang sangat ramai yang berebut nak ambil makanan yang diedarkan
Zap zap zap habis satu plastik

.
.
.
.
Tinggal air mineral aje

.
.
.
.
Itu pun berebut orang nak
Kesian nengok . Ramai jemaah yang bergolok bergadai nak datang sini . Tak duduk hotel , duduk mana boleh aje , atau duduk jauh dari masjid . Duit cukup-cukup aje . Makan pun harap daripada pemberian sabil gini

.
.
.
.
Kena jerit-jerit nak bagi jangan berebut dan rampas-rampas

.
.
.
.
Amin kan doa Ustaz Fadzli baca..

.
.
.
.
Sebahagian daripada sabil kita orang

.
.
.
.
Pintu 79 depan tu

.
.
.
.
Dah lama -lama di Madinah Mekah ni , baju macamana ?
Dak Iyra ok lah , Che Ta , sebab dia bawak baju sampai 11 persalinan sempena 11 hari umrah ni
Aku .. Bawak sikit aje . Aku siap beli portable washing machine ni dekat Shopee. Ringan aje . 2kg . Besar dalam 20cmx20cm . Boleh tarik ke atas jadi besar . Sangat berguna ! Greng greng greng 10 minit baju dah bersih . Lepas tu bilas dalam ni pun boleh. Aku bilas dekat sinki . Lepas tu masukkan balik untuk putarkan kering . Tak lah kering macam mesin dekat rumah tu tapi tak dripping lah airnya .. Masa balik , beg dah tak muat , Dak Iyra bagi dekat Ustaz Azfar … 😁 . Aku nak tinggalkan aje dekat hotel , Dak Iyra kata sayang laaa… Banyak benda aku tinggalkan sebab dah tak muat beg 😂😂😂

.
.
.
.