ADA APA DI DABONG : PART 1

.

.

.

.

.

.

.

.

I am a train buff

Not hard core tapi bole laaaa

Banyak dah train travel dah saya ni .. Malas pulak nak list kan

Last train travel dalam Malaysia .. Ke Singapura naik tren malam , ambik katil / berth . Turun Woodlands

Then nak naik ke utara pulak … Perkhidmatan KTMB tren malam ditamatkan pulak .. Dah digantikan dengan ETS

Ni lah last kopek tren malam , night train KTMB

Gemas – ke Pantai Timur

Ekspress Rakyat Timuran Tren No 26

Ini bukan

Ini ETS Intercity . Kena naik ni dari KL Sentral dulu . Turun Stesen Gemas . Then naik Ekspress Rakyat Timuran dari Stesen Gemas

.

.

.

.

Korang kalau nak beli tiket tren-tren ni , beli dekat website KTMB

Senang . Sebab senang nampak koc mana kosong lagi , katil mana kosong . Nak deal dekat kaunter pun boleh . Leceh lah sikit tapi

KL Sentral ke Gemas RM29 sehala . Gemas – Dabong RM45 rasanya

Korang rajin-rajin lah jenguk dekat FB KTMB . Diaorang rajin bagi kod untuk diskaun .

Banyak tau diskaun dia . Masukkan kod tu masa nak bayar . Dan kalau akaun KTMB tu guna nama mak pak korang , lagi lah dapat diskaun warga emas .

Koc berkatil ada 3 . T6-T8 . Kalau dari Gemas , koc T8 dekat dengan kepala keretapi . Ada koc T9 tapi tak ada dijual tiketnya di website . Mungkin koc spesial , untuk kakitangan KTMB kot ..

Kalau nak beli katil , belah bawah selesa sikit lah . Tingkap pun besar . Korang jangan beli katil yang dekat dengan pintu koc .Nanti terganggu sebab orang dok keluar masuk koc. Koc T8 paling ok . Sebab hujung . Tak ada sangat lah pergerakan keluar masuk lalu lalang .

Beli katil belah tengah sikit . Sebab kalau dekat sangat dengan kepala keretapi agak bising sikit lah nanti .

Elakkan beli katil bernombor 2&4, 14&16, 26&28 sebab ada penghadang ditengah-tengah tingkap. Terganggu sikit lah pemandangan.

.

.

.

.

ETS akan bertolak dari KL Sentral pukul 9:40 malam , dan sampai di Stesen Gemas pada pukul 12:40 malam

Ekspress Rakyat Timuran pulak akan bertolak dalam pukul 1:15

Korang kalau nak beli tiket … Ni ha nak pesan ..

JANGAN SALAH TARIKH YA !

ETS date lain , Ekspress Rakyat Timuran +1 hari esoknya !!

Contohnya .. ETS 24 Feb , Ekspress Rakyat Timuran 25 Feb !

Kalau silap ada yang nangis dekat Stesen Gemas pulak karang …

Lepak kejap dekat Stesen Gemas , then kita turun ke platform satu lagi ..

Tren sangat on time .. Jangan nak meleceh-leceh …

.

.

.

.

ETA Dabong 9:37 pagi

Kalau nak lajak ke Wakaf Baru , ETA 12:37

Ada juga koc-koc kerusi . Koc 1-3 . Kejung jugak aaa kalau duduk gitu nak sampai ke Dabong

.

.

.

.

Katil bernombor genap bawah , ganjil atas

Bawak baju tebal sebab agak sejuk jugak lah .

Ada meja kecik , Ada lampu , rosak tapi

Mujur lah memang dah plan nak bawak fairy light tu nak gantung keliling katil

.

.

.

.

Masuk-masuk je , atur lah apa yang patut

Kalau beg korang besar , bawak lah siap-siap tali ke , rantai ke .. Ikat beg pada tiang / tangga tu

Kalau tak esok pagi tau-tau dah sampai kat drebar tren pulak .

Nak letak atas katil boleh aje .. Sempit lah tapi ..

Selipar , kasut simpan elok-elok bawah katil

.

.

.

.

Kalau jenis yang susah nak tidur tu , bawak lah buku ..

Tak ada plug point .. Harapkan powerbank korang je lah kalau nak main fon tu …

Setakat lama mana tahan powerbank tu …

Ada bantal , nipis je ,, Ada selimut , pun nipis aje . VCukup lah…

Kalau korang tutup elok-elok langsir tu , tak sejuk sangat pun ..

Oh ya .. Bawak lah air , jajan , kudapan ..

Ada koc cafe . Sebelah koc T6 . Tapi nanti di hujung-hujung perjalanan , makanan pun habis

Tak ada surau atas tren ni . Solat atas katil aje

Toilet nya .. Hmmmm …. Ada toilet duduk dan cangkung .. Masa kita orang naik ni ,, tak ada sabun basuh tangan … Aku dah geli geleman dah nak peygang-peygang pintu toilet tu…

Kalau ada sabun tangan , aku bagi thumbs up ..

Toilet cangkungnya .. Yang join kelab jimnas dekat sekolah sila guna

Sebab mungkin pandai nak imbang badan sambil mencangkung dalam tren yang bergerak sambil do your business

Dah .. Jom tidur

Syok wo tidur dibuai-buai oleh tren

.

.

.

.

Punyala syok tidoq sampai terlepas Subuh !!

Sedar-sedar dah siang .. Dah masuk negeri Kelantan

.

.

.

.

Dah mula nampak bukit-bukit batu kapur gini

Maknanya dah nak sampai Gua Musang

Tren akan berhenti sekejap di Stesen Gua Musang

Cantik pemandangan dekat situ

Kalau sempat , korang lompat turun , ambik gambar kepala keretapi berlatarbelakangkan bukit ni ..

Cun wo !

Kita orang tak sempat ..

Sebab kita orang sibuk buat video dari tingkap . Korang bawak lah masking tape .. Lekatkan fon dekat tingkat .. Buat video . Cantik !

Duduk belah kanan ya kalau nak view cantik

.

.

.

.

Time to check the map ..

Dah nak sampai Dabong dah !!

Next station .. Kemubu

.

.

.

.

Nampak pasar pagi di pekan Kemubu

Dengarnya ada nasi kerabu Che Tie yang sedap dekat sini

.

.

.

.

Sungai Galas

Macam teh tarik

.

.

.

.

Tren tak berhenti pun dekat Stesen Kemubu ni

Kecik je stesennya

Ada tren yang akan berhenti dekat stesen-stesen kecik ni

Tren Budak Sekolah namamya

.

.

.

.

Alhamdulillah

Dah sampai Dabong !

Right on time !!

.

.

.

.

Kecik je stesen nya

Ada kedai makan , ada tandas awam

Make sure lari ke depan ke kepala keretapi untuk gambar yang cantik ya

.

.

.

.

Jumpa Awe Dabong

.

.

.

.

Sori Awe . Tak ada wet fud .. Selalunya ada je wet fud kalau travel bawak kereta sendiri

Saham akhirat ..

.

.

.

.

Pekan Dabongnya dibelah kanan

Tapi kita orang lintas trek untuk ke kiri

Sebab nak ambik kereta

Tuan Kereta dah tinggalkan kereta dekat stesen ni sejak malam tadi

Dia kata .. Akak letak kunci kereta bawak pelapik kaki ya …

.

.

.

.

“It’s not the beginning or the destination that counts. It’s the ride in between…This train is alive with things that should be seen and heard. It’s a living, breathing something — you just have to want to learn its rhythm.”

.

.

.

.

Dah lama tak bawak kereta manual :))

Menggagau jugak lah!! :))

.

.

.

.

First pit stop !

Panorama Gunung Stong

.

.

.

.

Itu adalah Air Terjun Jelawang

Katanya air terjun tertinggi di Asia Tenggara

303 meter dari paras laut

Kaki gunung boleh mendaki ke atas sana tu. Nanti boleh bermalam di Kem Baha untuk menikmati sunrise dan awan carpet

.

.

.

.

Ala Ching … Tak ada wet fud laaaa..

Kesian awak ..

.

.

.

.

Travel partner ..

And bonding time dengan dia

.

.

.

.

Kita orang di Dabong ni 4h 3m

Lama weh ..

Hahahhahaaa.

Sebaaaabbbbb…. Tersalah book .

Kan dah pesan dekat atas tu .. Date dari KL ke Gemas dan date dari Gemas ke Dabong tu hari yang berlainan….. Aku dah terkena :)) Book Gemas Dabong dulu … Then KL Gemas .. Eh eh ehhhh … Jadi 4 hari pulak dah..

Anyhow … Best je .. lagi banyak benda boleh dibuat ..

Kita orang duduk di D’Adzra Chalet ni..

Jauh sikit dari Pekan Dabong . Dalam 20 minit

Best dekat sini

Bersih , ada ekon . Bilik air in-situ .Airnya sejuk yak amatr sebab dari sungai

Kak Pah owner Chalet ni pun baik lah yak amat !!!!!

Kalau duduk sini , sewa lah kereta sekali. Ronda-ronda Dabong sendiri

Tak payah ambik pengasuh [ ‘ guide ‘dia orang panggil pengasuh dekat sini ]

Jalan je sendiri . Do-able . Kecik je Dabong ni..

Dah ada kereta tu , nak lajak sampai Gua Mu-se pun elok sangat lah tu ….

.

.

.

.

Ni ha contact number Kak Pah tu …

Advertisement