DENAI KABUS , GERIK
.
.
.
.
.
Next ..
Dari Lenggong , kita naik lagi arah ke Gerik
Kita ke Denai Kabus
Senang sungguh nak book Denai Kabus ni . Tak payah susah-susah call , wassap tanya
Klik je reservation website dia .. Boleh survey penuh ke tak tarikh yang kita nak tu ..
Ni ha ..https://denaikabus.checkfront.com/reserve/
Kita orang sampai petang lah jugak .. Lepas makan dekat Branda Sungai tu terus ke sini
Ikut je Google Map .. Nanti akan lalu kebun getah , kampung . Jangan panik .. Ada je sign board Denai Kabus . Ikut aje . Kira jauh jugak lah ke dalam nanti korang drive . Ada turun naik bukit . OK je .. kereta biasa boleh je naik ..
Macam letih pulak nak ronda-ronda sekitar Denai Kabus masa tu .. Bantai membuta semua ..
Bangun-bangun dah Maghrib , siap-siap nak makan
Makan boleh juga di book dekat website tu .. Nanti turun dewan makan dia dah siap dah ada nama kita dekat meja . Nak book untuk BBQ pun ada
Ni receptionnya . Segala booking , bayaran , pertanyaan sila lah ke sini
Ada jugak mini mart . Ada macam-macam , terutamanya untuk BBQ . Segalanya ada kalau tak bawak / tertinggal dalam esboks dekat rumah ..

.
.
.
.
Kita orang ambik A Cottage tu . RM 150 semalam
Bilik air dekat luar tapi . Alaa .. Dekat aje .. Bangunan yang belah kanan tu . 2 kotej share satu bangunan bilik air . Sabun , shampu bawak sendiri ya . Tuala disediakan tapi .
Air nya sejuk gedi weh !! Air sungai . Nampak lah airnya keruh sikit sebab air dari sungai . Bersihlah tapinya
Tapak khemah dekat bawah tu . Menghadap kolam . Boleh mancing dekat kolam .
Nak bawak sendiri khemah boleh , nak sewa dengan Denai Kabus pun boleh

.
.
.
.
Kalau duduk kotej , boleh parkir dekat tapak parkir dekat sebelah kotej tu
Naik bukit ni , terus ke kiri

.
.
.
.
Ni ha biliknya ..
Comel je.. Muat 4 orang . Ekon sejuk . Ada lembu mati kat tengah-tengah …
Dari luar nampak macam dua tinglat tapi sebenarnya setingkat aje .. Balkoni tipu-tipu je tu …

.
.
.
.
Meh bakar marshmelo buat smores atas kulit lembu ..

.
.
.
.
Sesudah Subuh .. Jom keluar
Sejuh weh dekat sini !!
Nampak tu .. Ini lah sebabnya nama tempat ni Denai Kabus !
Tak putus-putus kabusnya .. Cantik time lapse saya !.. Tak boleh letak kat blog ni tapi . Letak video kena bayar :))

.
.
.
.
Denai Kabus , Gateway to 2K
Boleh daki gunung-gunung tu tau !
Kiri Gunung Kenderung , kanan Gunung Kerunai
Masa ni , ramai sungguh yang camping dekat sini !
Tengoklah belah kiri tu .. Semua tapak penuh !
Sampai ke hujung-hujung sana penuh ! Malam-malam depa pakat BBQ . Mancing . Buat unggun api
Sebenarnya ada bawak bunga api yang das tu ke sini .. Malam tadi hujan pulak ..
Simpan balik lah bunga api tu ..

.
.
.
.
Ada 6 kotej . Dekat website dia tadi .. hampir semua weekend dah ada booking kotej ni ..

.
.
.
.
Sarap pagi .. Nasi lemak dan kuih-kuih
Korang kalau nak duduk sini belilah siap-siap jajan ke air ke.. Nak keluar ke kedai jauh . Ada mini mart tu tapi tak banyak pilihan lah ..

.
.
.
.
Matahari semakin meninggi
Kabus makin menebal ..
GunungK2 dah hilang !

.
.
.
.
Jom ke reception
Dah booking awal dah semalam

.
.
.
.
Kita naik ATV!!
Kalau seorang RM 45 , kalau tambah bonceng seorang kat belakang , add on RM 25

.
.
.
.
Sementara tunggu batch pertama naik ATV , kita ronda-ronda dulu sekitar Denai Kabus ni..
Ni bunga pokok Roselle
Buah dia boleh di buat jus

.
.
.
.’
Ada beberapa ekor kuda berkeliaran
Tak pasti pulak boleh ditunggangi atau tidak

.
.
.
.
Baru nak mula
Suhu sini yang agak sejuk daripada kawasan luar , mungkin boleh berjaya projek ini
Next time datang boleh makan dah stroberi n cream

.
.
.
.
Ada wabbit
Buat beger best ni

.
.
.
.
Ada kolam mancing
Boleh bawa joran sendiri atau sewa dari Denai Kabus

.
.
.
.
Boleh naik kayak jugak
Budak-budak ni tak nak pulak main kayak
Semalam dah puas . Tasik lagi besar

.
.
.
.
Boleh kot naik kuda tu

.
.
.
.
First time budak ni naik ATV
Bonceng lah tapi

.
.
.
.
Dalam 10 buah sekali jalan

.
.
.
.
Naik sampai atas puncak bukit
Sepatutnya nampak Gunung Kenderung dan Kerunai dari atas bukit ni..
Dah bukan kaleng-kaleng kabusnya .. Dah jadi awan dan ni ..

.
.
.
.
Power ATV nya .. Dan baru

.
.
.
.
Ada satu bangunan untuk burung walid kat atas bukit ni
Baru buat . Belum siap lagi
Boleh panjat ke tingkat atas untuk view yang lagi cantik

.
.
.
.
With the boys ..

.
.
.
.
Adik ATV guide tengah mengatur ATV

.
.
.
.
Untuk bergambor gini ….

M
.
.
.
.
Tinggi jugak bukit ni ..

.
.
.
.
Pandangan ke arah Denai Kabus

.
.
.
.
Port bergambar
Bangunan putuh atas tu tempat landing flying fox

.
.
.
.
Tu ha flying fox nya
RM 35 rasanya sekali terbang

.
.
.
.
Ada mbuuu

.
.
.
.
Layan kan budak ni naik boyan

.
.
.
.
Boleh mancing
Yang tak mancing boleh lepak dekat gazebo

.
.
.
.
Take off flying fox
Budak-budak ni tak nak pulak naik ..
Gayat

.
.
.
.
Ya udah ..
Jom balik ke Lenggong
Kita lalu balik jambatan Bailey yang cantik tu..
Jambatan ni agak tersorok .. Kena cari betul-betul dekat Google Map . berkat usaha gigih .. Jumpa hari tu…

C

.
.
.
.
Sungai Perak ni..
Akan mengalir ke Tasik Chenderoh semalam tu . Lepas tu akan disekat oleh Empangan Chenderoh , untuk menjana kuasa elektrik . Pernah menjadi satu empangan yang terbesar di Asia Tenggara ni , sekarang ni mungkin yang terkecil ..

.
.
.
.
Cantik gila cuaca masa ni
Langit biru yak amat

.
.
.
.
Muatan maksimum 5 tan yang boleh lalu jambatan ni

.
.
.
.
Berhenti lagi di kawasan Bukit Sapi ni..
Budak ni tak pernah sampai lagi dekat sini .
Debu Toba . Pernah sampai 7 meter tingginya dekat Lenggong ni lepas letusan 75000 tahun dulu
Dekat tepi ni ada satu warung kecik yang tutup hari tu , ada banyak kucing kelaparan dekat situ . Kita orang memang akan ada je kibbles dalam kereta . Alhamdulillah ada rezeki dia orang . Siap bekalkan air lagi .. Ya laaa. Kibbles kann kering gitu .. Karang terbelekik lak karang …

.
.
.
.
Makan tengahari di kedai fevret di Lenggong’
Kedai Nasi Talam Ikan Bakar Sepuh

.
.
.
.
Dah alang-alang lalu Kuala Kangsar .. Kita berhenti lah dekat sini ..
Ada yang tak pernah sampai lagi sini ..

.
.
.
.
Jambatan Victoria

.
.
.
.
Cantik fotoshoot dekat sini ..
Kat belakang sana ada yang siap berjubah konvo bergambar

.
.
.
.
Budak ni gayat ..

.
.
.
.
Cantik tempat ni
Kudos pada kerajaan Perak

.
.
.
.
Dari atas nampak D’Village ,Karai belah kiri tu
Cantik hotelnya
Belah kanan tu ada medan selera , tandas awam

.
.
.
.
Boleh sewa basikal dekat sini
Ada satu trail basikal , bermula dari sini .
Hingga ke Kampung Raja Intan Suraya . Dalam 24 km

.
.
.
.
Murahnya eskrim dia !!
Rasa macam ..Untung ke tidak dia ni berniaga ..
Satu calong eskrim , 3 skup , 2 ringgit aje

.
.
.
.
Ada scammer dua orang
Langgar kereta , mintak duit nak beli eskrim

.
.
.
.
Kenapa suka pergi Lenggong ?
Sebab sejarahnya..
Bayangkan
3.8 juta tahun dahulu dah ada humanoid hidup di Lenggong …
Juta tau .. Bukan ribu..