KUAK HILL RESORT

.

.

.

.

.

.

Fuh ..

Lamanya tak mem-Blog

Dah tak ke mana-mana … Tak ada apa nak diceritakan ..

Akibat Pandemik Covid 19 .. Hilang roh nak mem-Blog

.

.

Maka akhirnya … Kita hidupkan semula Blog Dr Singa ini ..

Kekok lak nak bercerita dah lama tak menaip ni ..

.

.

Hujung Februari hari tu .. Kami ke Lenggong ..

Lenggong ?

Ada apa di Lenggong ?

Weh … Lenggong tu adalah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia ya !!

Dan .. Mungkin kita semua ni berasal dari Lenggong …? Hmmm..Nanti cerita ..

Keluar Exit Kuala Kangsar .. Nghala ke Lenggong .. Semua dalam kereta sepakat kata jalan ke Lenggomg ni best .. Scenic .. Cantik ..

.

.

.

.

Kita isi perut dulu !

Dengarnya makanan kat sini sedap !

Di Warung Nasi Talam Ikan Bakar Sepuh . Betul-betul di tengah Bandar Lenggong

Kalau nak datang ramai-ramai boleh chop dulu tempat nya dengan Pak Syed atau Syafiq

.

.

.

Betul aaa !!

Sedap weh !!!

Satu talam tu RM 25 je!!

Ada macam-macam ..

Semua sedap!!!

Ikan bakar sepuh , Ikan patin masak tempoyak , Ikan pekasam , kerabu tempoyak [ kot ] dan ulam-ulaman …

.

.

.

.

Lenggong ini terletak di lembah

Di tepi Sungai Perak , di antara dua banjaran gunung . Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang

Lembah yang subur dan kaya dengan sejarah

.

.

.

.

Kita ke atas bukit dulu ..

Kita ke Kuak Hill Resort yang viral itu …

Saya booking sini sebelum tempat ini viral lagi ..

Dah lama usha resort ni , semenjak nama dia Kuak Highland lagi dulu . Tak tahu lah owner yang sama ke tidak .. Rasanya tak ..

Dulunya sini kebun derian je .. Masih banyak lagi pokoknya ..

Nak naik ke atas sana kena guna 4X4 ya ..

Kereta parkir di kaki bukit . Berbumbung RM 30 sehari , Tidak berbumbung RM 15 sehari

Dah sampai ke parkir , nanti hubungi pihak KHR , nanti dia orang akan hanyar 4X4 turun ambik

.

.

.

.

.

Dah sampai …. !

Cantik weh !!!!!

Sini ada villa .. Ada 8 buah villa

Ada campsite , dah siap ada khemah glamping nya .. Ada 6 site

Nak book kat sini ya … < SINI >

.

.

.

.

Ada 2 queen bed , satu sofa bed .

Menapak sikit aa nak ke villa . Sikit je

Turun je dari villa boleh terus terjun ke dalam kolam

Kolam tu air pure dari bukit . Sejuk !!

Villa-villa yang dekat dengan swimming pool adalah Villa 4 [ paling besar , muat 6 orang ] Villa 5 [ muat 2 , betul-betul depan pool ] dan Villa-Villa 6 [ atas sekali , view paling cantik ] 7 dan 8 [ muat 4 orang ]

Villa 2 dan 3 jauh sikit

.

.

.

.

.

Kita orang book Villa 6

View paling cantik adalah dari Villa 6

Bukak pintu terus nampak Tasik Raban dan Banjaran Titiwangsa dan kolam infiniti KHR

.

.

.

.

Dan itu adalah glamping site nya

Ada 5 + 1 ( Hidden site , tak nampak kat sini . Terlindung kat belakang cafe . Paling dekat dengan tandas

Site 1 paling tinggi . Paling mahal . Paling cantik viewnya

Kita orang book Villa 6 dan Campsite 1

.

.

.

.

Setiap campsite ada 2 tent . Satu tent muat 2 orang

Dalam tent ada dua camping mat , sleeping bag , rechargable kipas dan lampu

Luar ada meja , kerusi , hammock , plug point , sinki

Tandas nya jauh sikit tapi

Dekat belakang cafe . Kena menapak naik

.

.

.

.

Dari atas , tu campsite 1, 2 dan 3 yang belah kanan tu

.

.

.

.

Jauh jugak nak menapak kalau nak ke toilet

Kalau para campers tegar itu no hal lah …

.

.

.

.

Tu ha . Nampak kesemua lima campsitenya ..

.

.

.

.

Campsite kami !!

Masa ni ada banyak nyamuk ..

Tapi dok gigit Abang Long aje .. Orang lain tak kena pun!

Sebenarnya ada banyak solar powered insect repellent dekat sini

Dan lampu-lampunya pun banyak yang solar powered

.

.

.

.

Testing untuk malam nanti ….

.

.

.

Berkeliaran ayam kampung ni dengan anak-anak dia dalam kawasan KHR ni

.

.

.

.

Kita mandi !!

Sambil mendemonstrasikan pembiasan oleh cahaya

.

.

.

.

Atas bukit , dalam hutan ..

Maka nya banyaklah binatang ni diselamatkan dari dalam kolam

Riang-riang

Happy-happy

Cicadas

.

.

.

.

Mati lemas ..

.

.

.

.

Dok sidai mereka kat tepi kolam

Tiba-tiba kaki gerak-gerak !

Eh !! Hidup lagi ekau !!

Keringkan kepak dia , letak balik kat daun pokok

.

.

.

.

Ada sangkar burung

Ada merak kayangan ni..

Dua pasang rasanya

Peacock blue dia amat menakjubkan

Cantik !!

.

.

.

.

Budak ni dok panggil-panggil dengan tangan gitu

Rupa-rupanya nak cakap burung merak tengah kembangkan bulunya !! :))

.

.

.

.

Katanya .. cicak takut kat bulu burung merak ni …

Letak bulu merak ni dalam rumah , nanti cicak lari keluar

.

.

.

.

Kita orang buat shell out

Nak bagi kawan-kawan makan ..

.

.

.

.

Ni ha kawan-kawannya …

.

.

.

.

Tak dapat koci .. tudung dikerobeknya !!

.

.

.

.

Ada seekor yang nakal

Lambat sikit bagi koci , jari kita di kepit dengan paruh macam nak kopek koci !!

Sakit weh !!

.

.

.

.

Ada 7 ekor

Seekor mati , tersepit dekat pintu besi yang berat nak masuk ke dalam ni tu . Orang dok keluar masuk dia sibuk nak keluar jugak

Rasa nak nangis dengar bila adik dekat cafe tu cerita

.

.

.

.

Ada arnab

Boleh main-main dengan arnab , tapi masa ni taman arnab tu dalam penyelenggaraan

Air terjun ni sebelah Villa kita orang

.

.

.

.

250 meter dari paras laut

Sebab tu sejuk malam-malam

.

.

.

.

Kita orang stay sini 3h2m

Malam pertama tu makan dekat cafe KHR

Kalau nak order , order awal-awal . Karang dah masuk khemah / villa renyah pulak nak turun naik tangga

Malam ke dua ada buffet dinner . Nasi goreng dan mee hoon Singapura dia sedap!!

Lepas dinner , kita masuk glampsite .. Tidur dalam khemah

Hahahahhaa

Tipu!! Malam tu semua orang yang sepatutnya tidur dalam khemah hangkut sleeping bag tidur dalam villa!! Dasar anak bandar!!

.

.

.

.

Tu Villa 6 . Atas sikit . Tepi air terjun

Malam-malam tak ada pulak air terjun tu mengalir…

.

.

.

.

Belakang gazebo atap merah tu Villa 5

Muat dua orang

Betul-betul depan kolam

.

.

.

.

Sejuk malam-malam

Macam dalam ekon

.

.

.

.

Nampak Jambatan Raja Muda Nazrin dari atas ni

.

.

.

.

Dinner dekat anjung depan cafe

Budak Oyen , Chief Resident Cat merangkap Chief Security ni datang say Hi

.

.

.

.

Tu kedai cenderahatinya dan mesin air gedegang . Ingat ya .. Bawa bekalan air yang mencukupi sebab air mineral gedegang tu saiz kecik aje

.

.

.

.

Itu cafe nya

.

.

.

.

Jom turun ke khemah !

Lampu yang disediakan amatlah terang benderang

Malam ni tak ada nyamuk

.

.

.

.

Kita ada jiran lah kat bawah

Siap main masak-masak lagi dia tu!!

.

.

.

.

Kita main bakar-bakar !

.

.

.

.

Tu khemahnya

Dah oh som dah siapa nak tidur dalam khemah malam ke dua ni

.

.

.

.

Main bakar-bakar ni ha

Smores

Memang sedap lah makan benda ni malam-malam

Dah kenyang … Kita masuk khemah , tidur

Hahahhahaha

Tipu lagi!

Semua mencecet naik balik ke Villa tidur dalam villa

.

.

.

.

Dak Gemuk ni datang lagi say Hi

Kita orang namakan Chonk

.

.

.

.

Kita catnap dia bawak masuk Villa

.

.

.

.

Pagi di KHR

Bukak pintu je dah dengar katak hutan bersahut-sahutan dekat air terjun sebelah Villa

Kalau kena dengan suhu , kelembapan , matahari paginya … Akan dapat nengok awan karpet dari atas bukit ni

Dua pagi kami kat atas ni tak ada rezeki nak nengok awan karpet itu !!

.

.

.

.

Sarap adalah termasuk dalam harga bilik

Ada nasi lemak daun pisang , kuih muih , roti dan cereal

.

.

.

.

Ada banyak aktiviti kat sini korang boleh buat

Boleh book nak main ATV

Satu ATV boleh naik dua orang . RM 150 satu ATV

Boleh chop dengan staff KHR untuk jungle trekking . RM 50 seorang

.

.

.

.

Ok

Best Kuak Hill Resort ni !!

Sila booking awal -awal sebab semua laku macam pisang goreng panas !!

Link booking ada kat atas-atas tu …

Advertisement