BYE ASMIDAR 2

.

.

.

.

Serious wa tension wo….

:))

.

.

.

.

Hari ke2 merentas negeri ke Pulau Pinang

Hari nak hantar Dak Asmidar ni balik ke USM

Nak jenjalan ke mana ya …

Kita makan dulu Kacang Pool … Sedap ! Rasa macam makan kat Larkin …

Gambar Kacang Pool nya yilek .. :))

Lepas makan.. Macam banyak masa lagi..

Dak Asmidar ni tak nak balik awal sangat ke hostelnya ..

Nak ke Pulau Jerejak macam baruuu je pergi hari tu ..

Kita ke Balik Pulau lah ..

Kita ke Pantai Malindo ..

.

.

.

.

Malindo ?

Sebab Malaysia – Indonesia ?

Sebab boleh nampak Sumatera dari sini kot ?

Di Kuala Sungai Burung , Balik Pulau

.

.

.

.

Jumpa pulak dua ekor budak comel ni ..

Lapar ..

Kita orang memang pesen ada je makanan kucing dalam kereta

Memang rezeki mereka ..

.

.

.

.

Memang nampak tengah lapar …

.

.

.

.

Datang kawan seekor lagi ..

.

.

.

.

Dah ada banyak ‘ artsy projects ‘ gini sepanjang kuala sungai ni , sampai lah ke hujung sana

.

.

.

.

Ada jeti nelayan dekat sini

Dan ada banyak gerai makanan

I suppose kalau masa bulan zaman Covid mesti tempat ni meriah

.

.

.

.

Jom jalan sampai hujung sana jengah Pulau Sumatera kalau nampak

Tapi tiba-tiba terbayang kalau ada tsunami mana pulak nak lari ni karang !!

.

.

.

.

Eh !

Boleh bawak kereta sampai ke hujung tambak lah kat belah sana !!!

.

.

.

.

Pandang ke belakang ..

Eh !!

Dak Tortoiseshell tu ikut laaa !!

.

.

.

.

Sampai berlarian terkedek-kedek mengejar kita orang

.

.

.

.

Mengharap kasih sayang hooman dia ni ..

Kesian ,..

.

.

.

.

Bulu dia lembut sangat!

.

.

.

.

Lepas tu kita orang terpikir ..

Kot-kot dia tengah bagi warnung jangan pergi sampai hujung sana

Sebab dia berhenti masa ikutsampai kat sini ..

Hmmm ..

.

.

.

.

Good effort untuk menceriakan tempat ini ..

.

.

.

.

Garang weh minah ni !!!

Jarang kot orang nak peluk dia ..

Macamana saya tahu dia ni betina ?

Sebab jarang sangat-sangat tortoiseshell cats ada yang jantan

Kalau ada pun mati masa kecik-kecik lagi

Incompatible with life

.

.

.

.

.

.

.

.

Next time datang sini nak bawak kereta sampai hujung tebing sana tu ..

Kat sini .. sunset cun..

Milky way pun clear sangat

.

.

.

.

Dah ..

Jom hantar Dak Asmidar ni balik hostel dia ..

Dia kena kuarantin 10 hari dalam Desasiswa

Dah dapat kunci bilik , dan dah alang-alang dah sampai sini , meh kita ronda satu USM

Dia kata jomm aaa ke Sekolah dia

Sekolah Kaji Hayat

Dok aa park kat nini .. Dia kata kat sini..

Ghupa-ghupanya bukan ! Kahkahkah..

Ini Sekolah Kimia , Sekolah Komputer

.

.

.

.

Best sangat dalam USM ni

Luas yak amat !

Best jogging dalam kampus

.

.

.

.

Akhirnya jumpa Sekolah dia ..

Dari Desasiswa dia jauh sikit lah kalau nak jalan kaki

Dia kata kalau ada e-scooter cam best je …

Hmmmm ..

.

.

.

.

Tu Desasiswa yang macam paling dekat dengan Sekolah dia …

5 minit je dah sampai sekolah

.

.

.

.

Dari atas bukit tempat Ali jatuh rtergolek-golek ke bawah ..

.

.

.

.

Jumpa Muzium dalam kampus

Tutup tapi

Tengok dari luar je

.

.

.

.

Jumpa Galeri Arkeologi

Pun tutup sempena Covid

Kita orang memenag history junkie .. Suka galeri-galeri gini ..

.

.

.

.

.

.

.

.

Ni best ..

.

.

.

.

Meh nak summary kan ..

Kita cerita tentang Lembah Lenggong lah ya ..

Yang diiktiraf sebagai satu Tapak Warisan Dunia UNESCO

Kenapa ?

Telah dibuktikan bahawa telah telah ada manusia purba di Lembah Lenggong , merangkumi semua peringkat presejarah  . Dari zaman Paleolitik, zaman Neolitik dan Logam

Ia juga adalah salah satu urutan kebudayaan arkeologi yang terpanjang di dunia yang berlangsung dalam satu tempat

Senang cerita .. dihuni secara berterusan .. dari jutaan tahun lalu

Pada 1.83 juta tahun dahulu

Satu meteorit telah menghentam Lembah Lenggong ini.

Di Bukit Bunuh

Menbunuh hominid yang menghuni di Lembah ini

Telah dijumpai sebuah kapak genggam dan peralatan-peralatan lain tertanam dalam batuan suevite

Suevite adalah batuan sekitaran yang mencair akibat hentaman meteor yang panas

Ini membuktikan telah ada hominid terawal di Asia Tenggara

Hominid tertua di dunia di luar Afrika

Tapak Paleolitik tertua di dunia di luar Afrika

.

.

.

.

Satu super volkano telah meletus pada 74 000 tahun dahulu di Pulau Sumatera , yang membentuk satu kawah gunung berapi yang besar yang berisi air sekarang ini dan dipanggil Danau Toba

Debu dari super volkano ini telah bertaburan di udara bumi sebelah sini dan menggelapkan langit

Di Bukit Sapi , Kota Tampan , terutama pada kawasan yang berada 72 meter di atas aras laut , debu volkanik daripada letupan Toba ini boleh dilihat . Terdapat satu lapisan debu yang telah mampat berwarna keputihan yang dikenali sebagai batu putih atau tahan putih oleh orang kampung .

Taburan debu Super Volkano Toba ini adalah dalam setebal 7-10 meter dan meliputi 70 km persegi

Debu volkanik ini didapati berasosiasi ie meliputi , bergabung dengan artifak-artifak batuan di Kota Tampan

Ini menunjukan kemungkinan letupan Toba ini telah mengakibatkan kepupusan masyarakat pra sejarah yang telah ada di Kota Tampan ini pada 75 000 tahun dahul

Lembah Lenggong juga adalah ‘ missing link ‘yang dicari-cari , yang melengkapkan teori Out Of Afrika dalam menyempurnakan penghijrahan manusia purba dari Afrika ke Australia melalui Kota Tampan sekitar 74 000 tahun dahulu

.

.

.

.

Cantik

Bukan tecoma tapi …

Dah ..

Jom hantar buak Asmidar ni balik….

.

.

.

.

Oh

Dah ada ni di USM

Boleh sewa bilik ada ekon !

.

.

.

.