TAIPING 3.0 : COZYTAINER , TAMAN TASIK TAIPING , NIGHT SAFARI
.
.
.
.
Dah puas terkurung masa PKP hari tu
[ Sekarang dah PKPB balik huwaaaaaa ]
Kita buat road trip anak beranak tanpa bapak minus dua anak ke Tepen !!
Taiping 3.0
1.0 masa jaman saya kecik-kecik dulu ..
2.0 masa jaman baru dapat DSLR dulu
3.0 2020
Duduk mana ?
Puas jugak search sana sini cari tempat yang ok , murah , dekat dengan Taman Tasik Tepen tu …
Akhirnya berkenan dengan ni ha
Cozytainer
.
.
.
.
Hotel dari kontena
Teruja Budak kecik ni sebab tak pernah duduk dalam kontena gini
.
.
.
.
Banyak biliknya
Ada 2 bedded , 3 bedded , 4 bedded
.
.
.
.
Harga pun terjangkau oleh poket
.
.
.
.
Pokok Thunbegia laurifolia yang berjuntai-juntai tu kita panggil pokok lebah kurma
Sebab besor-besor lebah nya yang hinggap kat bungatu.
Besor kurma !! :))
Semua takut nak lalu dekat pokok tu
.
.
.
.
Cantik lah tapi kalau tanam kat garden
.
.
.
.
Hotel ni dekat dengan bukit
Maka nya ada lah makhluk tu ..
.
.
.
.
Tu yang ada Sang Rimau dekat bilik-bilik merah jambu tu
Dekat situ ada dining hall/ function hall , ada kitchen , esboks , water filter
Kalau nak BBQ boleh aje dekat garden ni
Masa kita orang dekat sini , ada satu grup tu buat gader-gader , BBQ ramai-ramai
.
.
.
.
And malam-malam depa dok lepak kat luar ni borak-borak
.
.
.
.
Ni ha bilik 4 bedded nya
Selesa yak amat
Ekon sejuk
Bilik air bersih . Siap berus gigi towel dan segala bagai
.
.
.
.
Sesiap check in .. Keluar balik
Cari makan
Then kita ke Taman Tasik Taiping !!!!
5 minit je dari Cozytainer tu
.
.
.
.
Tak pernah mengecewakan lah Taman Tasik Tepen ni
.
.
.
.
Pandang mana-mana pun cantik!
.
.
.
.
Pokok-pokok yang cantik keliling tasik ni dah berusia +- seratus tahun ya..
Namanya Pokok Hujan-Hujan
Juga dipanggil Pokok Pukul Lima
Nama saintifiknya .. Samanea saman.
.
.
.
.
Kenapa nama dia gitu ?
Sebab ..
Kerana daun dia akan tertutup/ bertangkup bila kena hujan
Bila hujan dah teduh , atau pada awal pagi , daun-daun itu akan terbuka kembali .
Air hujan yang bertakung pada daun akan terenjis ke bawah , seperti hujan …
Kenapa Pokok Pukul Lima ?
Sebab dalam pukul 5 petang , daunnya mula tertutup , bertangkup
.
.
.
.
Dannnn..
Kita orang jumpa benda alah ni !!
KIV untuk esok !!
Sebab semua kekenyangan macam tak larat nak kayuh basikal
.
.
.
.
Semenjak kejadian ada pokok hujan-hujan bersejarah ni ada yang reput dan patah ke atas jalan , sebahagian daripada jalan sekeliling tasik ni dah ditutup untuk kenderaan
.
.
.
.
.
.
.
.
Malamnya ..
Kita ke Safari Malam pulak ya ..
Night Safari pertama di Malaysia di Zoo pertama di Malaysia
.
.
.
.
Zoo ni letaknya adalah dalam kawasan Taman Tasik Taiping tu jugak
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak ramai sangai pun malam tu
Mungkin sebab bukan malam hujung minggu
.
.
.
.
Naik tram keliling zoo
Ada penerangan oleh pemandu tram
Tapi kan .. Bising lah bunyi enjin tram tu .. Dengan bau diesel nya
Sangat mengganggu ketenteraman binatang-binatang dalam zoo tu
Ini di penghujung safari . Berhenti di enclosure gajah
My fevret animal !!
.
.
.
.
Alololo ..
Comelnya dok basuh rumput dulu sebelum makan !!
.
.
.
.
Hakak bagi 6/10 bintang Nught Safari ni …
Ok laaa …
Baru tahu nama pokok tu hujan-hujan..
pernah sekali pergi safari night melaka, macam bosan jer tengok haiwan malam2, haha
Kann…. dah lah tram bising .. tak dengar guide kat apa.. haiwan-haiwan pun macam malas nak layan 😂
Masa me and wife ke Kuala Selangor also banyak hotel kontena. Macam2 nama, macam2 style. Semua nampak menarik.
Comel gajah2 tuuuu!
masa dia basuh-basuh rumput tu comel sangat !!!
ingatkan masam panas dan bising dalam kontena tu .. tak pun …