GALERI DARURAT BUKIT KEPONG

.

.

.

.

Dah 2 kali dah datang ke sini

Kampung Bukit Kepong ni

60 km dari Sungai Abong , Muar JDT

Ini kali ke 3 . Siap selamatkan sekeluarga terkunci kat dalam balai tu lagi  ..< sini >

Ada kanak-kanak yang tak pernah datang sini lagi

Maka nya jom kita ke Bukit Kepong !

Menbuka lipatan sejarah bersama-sama kanak-kanak ni ..

Sadis .. 180 lawan 17 orang ..

.

.

.

.

Eh .. Dah ada bangunan baru

Yang belah kanan tu Balai Polsi lama yang menggantikan balai polis yang terbakar kena serang tu

.

.

.

.

Semua mereka tak tahu untuk apakebendanya baldi-baldi merah ni ….

.

.

.

.

Dah ada dibangunkan ini di tapak ini

Galeri Darurat Bukit Kepong

.

.

.

.

Sebahagian daripada Balai Polis Bukit Kepong yang lama yang menggantikan yang terbakar diserang tu dari belah belakang balai

Dulu boleh masuk dalam kawasan Balai Polis ni

Sekarang ni dah tak boleh lagi

Boleh masuk kat Galeri Darurat tu je

.

.

.

.

Masuk adalah percuma

.

.

.

.

Pada hari Isnin ditutup ya ..

Boleh dia pakai seluar katok pergi berjalan.. Yang Omaknya boleh tak perasan ….

.

.

.

.

Ada 3 aras

Ada lif untuk yang memerlukan

.

.

.

.

Kenapa Balai Polis Bukit Kepong diserang ?

Ia diserang semasa Zaman Darurat

Apa Zaman Darurat ? Kenapa ?

Jepun menyerah kalah 15 Ogos 1945

Kontinjen pertama tentera British hanya tiba di Tanah Melayu pada 3 September 1945

Ada kekosongan kuasa antara tarikh tu

‘ Power vacuum ‘

.

.

.

.

Seminggu lepas Jepun menyerah kalah tu , anggota MPAJA [ kemudiannya dinamakan PKM Parti Komunis Malaya ] yang pada masa penjajahan Jepun bersekutu dengan British untuk menentang Jepun mula membuat onar

Matlamat mereka ..

Untuk mengusir British pula dan kemudiannya memerintah dan untuk menjadikan Tanah Melayu sebuah Republik Komunis

.

.

.

.

Antara cara untuk melumpuhkan pihak British , Komunis mula mempengaruhi pekerja pekerja ladang , lombong , kesatuan buruh  pekerja keretapi , limbungan kapal

Mogok , sabotaj , tunjuk perasaan  di sana sini . Disetiap ladang di setiap negeri . Tujuannya untuk melumpuhkan ekonomi yang dikuasai oleh British

Setelah beberapa ketika , mereka mula main kasar . Tiga orang pemilik ladang berketurunan British ditembak mati dengan kejamnya

Dan juga mula membunuh sana sini . Orang awam , polis , Orang British pemilik estet , Cina , Melayu , India ..

Pesuruhjaya Tinggi British pada masa tu , Sir Edward Gent mengisytiharkan Darurat

Chin Peng dan orang-orang nya lari masuk hutan . Memulakan penentangan secara perang gerilla

Serangan ke atas orang awam dan peladang peladang British diperhebatkan

.

.

.

.

PKM juga mempunyai anggota-anggota  yang dinamakan Min Yuen . Yang menyamar menjadi orang awam di sekolah , pejabat kerajaan , tokeh kedai , jiran sebelah rumah

Mereka ni mata dan telinga Chin Peng . Penyampai maklumat , cerita . Dan pemeras ugut yang menyamun duit untuk diberi pada Chin Peng

Pada mata Chin Peng , mana-mana orang di Tanah Melayu yang tak berkerjasama dengan PKM dianggap pengkhianat . Bunuh je mereka ni ..

14 orang anggota polis ditawan di Balai Polis Gua Musang..

Seorang gugur

Namun begitu , akhirnya kesemua 14 orang itu dapat diselamatkan semasa counter attack

.

.

.

.

Huru hara Tanah Melayu

Darurat diisytiharkan di Johor pada 19 Jun 1948

Undang-undang Darurat diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

  1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
  2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
  3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis

Lama juga PKM bermaharajalela sebelum Darurat diisytiharkan [ 1945-1948 ]

Untuk menentang Komunis-komunis celaka ni , 40000 anggota tentera dikerah dan dilengkapkan dengan peralatan perang

Polis British dan Special Branch ditambah kepada 70000 orang

Home Guard diperkenalkan dan direkrut

Juga mendapat bantuan ketenteraan dari negara-negara Komanwel

Sir Edward Gent dipanggil balik ke Britain . Digantikan dengan Sir Gerald Templer , The Tiger of Malaya

Yang memang pandai dalam menyusun strategi untuk melawan PKM lahanat ni

Rancangan Briggs dilaksanakan untuk menyekat belakan makanan , wang , ubatan dan maklumat diberikan kepada PKM

Sekatan jalan raya dijalankan . Penggunaan kad pengenalan diwajibkan . Catuan makanan untuk setiap keluarga

Penempatan semula orang-orang Cina ke Kampung-kampung Baru . Kampung ini dikawal ketat bagi menghalang penyaluran maklumat dan makanan kepada pihak Komunis celaka tu < wikipedia >

.

.

.

.

Perang saraf juga dilancarkan . Untuk memenangi hati dan fikiran rakyat . Antaranya . Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis , risalah menentang komunis diedarkan , Kawasan Hitam dan Putih diisytiharkan

Juga Safe Conduct Pass yang ditaburkan dari udara ke dalam hutan

Dan pengampunan beramai-ramai ditawarkan

.

.

.

.

Juga Merdeka Offer

.

.

.

.

Dan juga tawaran-tawaran hadiah. $5000 untuk penangkapan seorang ahli biasa PKM  , dan hadiah berjumlah $250 000 [ tinggi sangat nilainya pada masa itu ] untuk penangkapan Chin Peng , Ketua PKM

.

.

.

.

Macam-macam onar PKM lakukan

.

.

.

.

Untuk memporak perandakan negara

Melumpuhkan sistem pengangkutan , sistem pertahanan dan komunikasi

.

.

.

.

.

.

.

.

Antara taktik PKM adalah menyerang Balai-Balai Polis yang kecil-kecil yang jauh dari penempatan orang-orang kampung

.

.

.

.

.

.

.

.

Serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 oleh segerombolan 185 pengganas komunis adalah satu bukti tindakan keganasan mereka terhadap pasukan keselamatan dan orang awam dalam mencapai impian mereka untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik komunis.

< sini >

Mereka menyerang untuk menawan Balai Polis , dengan menawan atau membunuh semua anggota keselamatan di situ dan menaikkan bendera PKM di situ , dan mengisytiharkan ia Kawasan Putih , Liberated Area

Dah….

Dah paham mengapa Darurat diisytiharkan ?

Jom kita ke ruang pameran Galeri Darurat Bukit Kepong

.

.

.

.

Ruang pameran tentang Balai Polis Bukit Kepong terletak di aras 2 rasanya

.

.

.

.

.

.

.

.

Balai Polis orang dulu-dulu panggil Rumah Pasong

.

.

.

.

Buku report polis tulisan tangan

.

.

.

.

Pinggan bunga gitu mahal tau sekarang !!

Susah nak dapat pulak tu ..

Nampak ‘ trap door ‘ kat belah kiri tu?

.

.

.

.

.

.

.

.

Kotak kayu berisi barang-barang keperluan diri

.

.

.

.

Barangan dalam kotak kayu itu diatur untuk pemeriksaan oleh Pegawai

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Yusuf Rono

Antara anggota polis yang terselamat semasa serangan

.

.

.

.

Gambaran dalam Berek Bujang

.

.

.

.

.

.

.

.

Gambaran keadaan di dapur Berek Kelamin

.

.

.

.

.

.

.

.

Bergambar beramai ramai di Balai Polis Bukit Kepong sehari sebelum kejadian , semasa lawatan OCPD JJ Raj

Little that they know masa ni beberapa ketumbukan tentera Komunis sedang berkumpul di keliling kampung mengatur serangan untuk malamnya

.

.

.

.

Rentetan kejadian serangan

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

3 jam mereka cuba untuk menawan Balai PolisBukit Kepong

.

.

.

.

.

~ wikipedia~

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Report asal oleh OCPD JJ Raj

Boleh cari di You Tube temuramah dengan JJ Raj ni tentang serangan Bukit Kepong

.

.

.

.

.

.

.

.

Ralit saya dengar Daro JJ Raj berceita tentang malam kejadian

.

.

.

.

Antara anggota polis yang terkorban

.

.

.

.

Dan yang tercedera

.

.

.

.

Gambaran ketika mereka diserang

Mereka turun ke kubu bawah rumah melalui trap door

.

.

.

.

.

Ada juga tayangan wayang klasik Bukit Kepong arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin

.

.

.

.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

~ Wikipedia ~

.

.

.

.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

.

.

.

.

.

.

.

.

Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

.

.

.

.

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara. < Wikipedia>

.

.

.

.

.

.

.

.

Ada mereka yang mengatakan lahanat-lahanat PKM ini wira tanah air

Kerana mereka ‘ menentang British ‘

That is so wrong

Mereka menentang kerana nak menubuhkan satu Republik Kominis

Yang tidak mempercayai agama

Dan adanya Tuhan

Dan membunuh sana sini

Ini yang di sokong dan wira-kan …?

.

.

.

.

.

.

Mari sedekahkan Al Fatihah untuk semua pejuang bangsa dan negara

.

.

.

.

Susahnya tulis entri berfakta gini weh..

Berhari-hari

Kalau rajin , nengok ni

Tentang Darurat Tanah Melayu

Time line dia cantik teratur

Senang nak paham

.
.
.
.

Advertisements