KEMBARA RANAH MINANG , SUMATERA BARAT : [ EPISOD AKHIR ] : KAMI TELAH BERBUAT SEBELUM YANG LAIN MEMIKIRKANNYA
.
.
.
.
Alhamdulillah
Trip ini berjaya
Kami pergi dan balik dengan selamat
Banyak tempat yang kami sampai di Sumatera Barat ini
Dari Barat , kami ke Selatan , ke Timur dan ke Utara , ke Khatulistiwa
.
.
.
.
Semasa mula-mula membuat perancangan , dok bacalah blog-blog , cari idea
Blog demi blog demi blog
Samaaaaaa je itinerarinya
Mendarat , makan di Lamun Ombak , lepas tu ke Pusat Kebudayaan Minangkabau , lepas tu ke Pandai Sikek , lepas tu ke Sulaman Hajah Rosmah , lepas tu tidur di Bukit Tinggi ., Hotel Grand Kartini . Esoknya ke Danau Maninjau , ke Rumah Buya Hamka , esoknya ke Istano Basa , minum kopi Kiniko , makan di Pondok Flora , esoknya balik ..
Sampai satu tahap , rasa nak muntah dah baca
Samaaaaaaaaaa je..
I need something different !! Jerit batin ku !!
Usha kat Supermeng Malaya .. Rujukan utama saya .. Alohh .. Dia tak sampai Padang / Bukit Tinggi lagi rupa-rupanya !!!
Tukar pulak slug nya .. ~ wisata ke Ranah Minang , tempat wisata Sumatera Barat . Banyak web site dan blog dari Indonesia mula muncul ..
Baaru lah nampak macam-macam .. banyak lagi tempat menarik !!
Mata saya mula bulat .. Yessss !!
Contact Pa’Unchu , usulkan perjalanan kami
Orait .. kata Pa’Unchu
Jauh tu Buk Izat .. Tak ada orang Malaysia yang buat begitu
Saya pun kata ..
” Saya nak pergi ke tempat yang orang dari Malaysia tak pergi !! ”
Pa’Unchu setuju ..
Cuma Pa’Unchu kata .. Di tempat yang jauh dari Bukit Tinggi kenalah kami bayarkan penginapan dia ..
No problemo ..
.
.
Semasa baru sampai di Padang
Lalu dekat kilang simen
Semen Padang
Pa’Unchu beritahu
‘ Tag line ‘ untuk Semen Padang adalah
‘ Kami Telah Berbuat Sebelum Yang lain Memikirkannya ‘
Saya rasa sesuai sangat ‘ tag line ‘ itu dengan Kembara Ranah Minang kita orang ini .
Kenapa ..
Pa’Unchu pun kata
Belum pernah ada yang dia bawak jalan-jalan di Ranah Minang ni macam Buk Izat dan rakan-rakan .
Kami telah menjelajah ;
7 Kabupaten dan 6 Kota
Kabupaten Padang Pariaman
Kabupaten Solok
Kabupaten Solok Selatan
Kabupaten Tanah Datar
Kabupaten Lima Puluh Kota
Kabupaten Pasaman
Kabupaten Agam
Kota Padang
Kota Solok
Kota Sawahlunto
Kota Paya Kumbuh
Kota Bukit Tinggi
Kota Padang Panjang
Dan telah jejak ke Garisan Khatulistiwa
.
.
.
.
Butir-butir perbelanjaan kami 5hari 4 malam
[ hari ke 5 tu pendek je … Pukul 7 pagi dah sampai Bandara Minangkabau Internasional ]
.
.
Hari Pertama :
Kota Padang ke Alahan Panjang ke Danau Di Atas ke Nagari Saribu Rumah Gadang ke Danau Di Atas
Tidur di Penginapan di Danau Di Atas di Alahan Panjang
Makan : 60k + 10k + 5k + 125k + 97k
Lojing : 500k
Jumlah : Rp 797 000
.
.
Hari ke Dua
Danau Di atas di Alahan Panjang ke Danau Di Bawah ke Kota Solok ke Kota SawahLunto ke Istano Basa Pagar Ruyung ke Kota Paya Kumbuh ke Lembah Harau
Bermalam di Abdi Homestay
Makan : 50k + 29500 + 15k + 254650
Entri : 40K + 50k
Lojing : 350k
Jumlah : Rp 958150
catatan kira-kira oleh Dak JiBi
.
.
.
.
Hari Ke Tiga
Lembah Harau ke Kelok 9 ke Khatulistiwa, Bonjol
Bermalam di Bayu Homestay , Bukit Tinggi
Makan : 43k + 52500 + 107k +134k
Entri : 15k
Tarian :350k
Lojing : 570k
Jumlah : Rp 1071500
.
.
.
.
Hari ke Empat :
Kota Bukit Tinggi ke Sungai Landia ke Kelok 44 balik ke Kota Bukit Tinggi ke Pandai Sikek ke Kota Padang Panjang ke Kota Bukit Tinggi
Bermalam di Hello Guest House , Bukit Tinggi
Makan : 138k + 44k + 100k
Lojimg : 400k
Jumlah : Rp682000
.
.
.
.
Jumlah Perbelanjaan Pejalanan : Rp3708650
Mobil Travel : Rp3150 000
Total : Rp 6858650
5 orang RM 2195
Seorang RM 439
5 hari 4 malam
Makan dalam Kapal Terbang [ RM 12 ] + [ RM 12 ] Check In beg [ RM 35 ]
Grand Total = RM 498
.
.
.
.
Yes !!
Sekali lagi berjaya mengekalkan perbelanjaan di bawah RM 500 !!
[ Tak termasuk Tambang Kapal Terbang ]
Tiket Hakak , Dak Juji , Dak JiBi RM 108
Tiket Dak Elly dan Dak Kina RM200+ sebab beli lambat
.
.
.
.
Selamat beratur depan Imigresen sambil borak-borak
WiFi teramat slow … Kehkehkehhhhh !!
- * Pandang JiBi *
.
.
.
.
Ambik port baik .. kerusi bersandar , depan ekon , menghadap Gunung Marapi
Korang memang best!!
Walaupun ada tempat-tempat yang kita tak sempat pergi iaitu Surau Lubuk Bauk , Tarusan Kamang , Batu Malim Kundang , Bukit Langkiasu , Pantai Carocok , Danau Singkatak , Jambatan Akar dan Rumah Gadang Lembah Baringin , tapi banyak jugak tempat kita pergi dan jelajah..
So …
Get ready untuk next trip!!
Tak ada Wifi , ada katak , cicak , buaya , iguana , gajah , kena tidor sorang , ada kuiz sebelum pergi .. [ pandang Dak Elly … Siap kau !!! ]
Get ready!
Kehkehkehhhhh
* gelak setan *
.
.
.
.
Sampai ke sudah tak habis lagi baca buku Buya Hamka ni ..
.
.
.
.
Perjalanan balik di track oleh suami tercinta ..
Terimakasih lah sebab bagi pergi 🙂
.
.
.
.
Ada konar sikit dekat Teluk kemang
.
.
.
.
.
.
.
.
Mendarat on time ..
Alhamdulillah ..
.
.
.
.
Kesimpulannya ..
Kita boleh aje buat itinerari sendiri
Kena lah rajin membaca sana sini cari informasi
Jangan bergantung pada pakej yang ditawarkan oleh tour group
Buat macam saya
Cari tempat menarik sendiri , plan perjalanan sendiri
Berbaloi-baloi …
.
.
.
.
Ni nombor Pa’Unchu kalau nak guna jasa dia
Dia akan menjawab dengan lajunya di FB dan Wassap
Terbaik Pa’Unchu ni
Percayalah …
.
.
.
.
Taaa..
Till next kembara ..
🙂
Jom habis kan baca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni dulu ..
.
.
.
.
#melancong ke bukit tinggi padang
Buruknya note si jibi tuuu!!!!
jibby…
kehkehkehhhhh
gitu buk izat…tepuk2
serius saya pun x tau tempat2 yg uolls pergi tu…cuma ada baca pasal ladang teh, jammbatan akar and pantai malim kundang, kot lain kali ramai sikit ahli bolehlah buat cmni
hahhaaaaaaaaa..
tenang ajaaa…
terbaik doc! memang sangat rare. jelesnya!!!
haiiiiiiiiiii haniiiiiiii…
lama tak muncul!!
wah dah tamat
tahniah kerana menamatkan cerita pengembaraan anda
kami telah berbuat sebelum yang lain memikirkannya
(dengan menge’link’ kat blog kami) kahkahkah
ko bila nak updet!!??
jenuh aku klik tiap tiap hari!!
cuba gugel word ‘semen’ tu (larikkk….)
huhuhu
again…DrSingaTravelog tak pernah mengeciwakan anda
percayalah
*pasnih berduyun la nak ikut*(larikkk…lagikk)
buat buat tak paham dan buat buat tak gugel …
Mak Ai baru balik dan plan nak pergi lagi ke?
Juta-juta belanja hihi…
hahhahaaaaaaaaa…
saya pernah dapat return tiket ke Padang rm 50 je kak..
tak pergi tapi
Setuju 200% bab ” tipikal nhooo itinerary kalau gi Indon kalau baca kat blog2″ hahahaha..
So kalau nak ke Indon, mmg den akan tuju blog ahkak la…hahahahaha…
Den gi ostolia pun buat itinerary sendiri, lain dari yg lain dari tipikal tourist,sebab kita kan nakjadi traveler katanya…hahaha
RM500 utk 5 hari 4 malam, mmg berbaloi beb…
* pandang sambil kerut kening*
ko nak pergi Indon??!!
confirm nak tiru gaya awak nie…
hahhahhaaaaa…
sila..
nagari saribu rumah gadang tu wajib!!
perjalanan korang pi padang ni mengimbau kembali kenangan sVs travel berdua dgn arwah mak 20 tahun dulu. Arwah mmg suka berjalan ikut rombongan kawan2 waktu masih kuat dulu. Keadaan tempat, perjalanan, manusia & pertunjukan kebudayaannya masih sama macam dulu. Serius terusik sesangat. Tq so much
sampai tak ke nagari saribu rumah gadang?
wah…tips yang menarik dan trip yang berbaloi- baloi…thanks Dr Singa…next nak join…….bole?
boleh boleh..
sila wassap
Dan itulah sebabnya blog buk Izat ni sering saya lawat. Kerana kelainannya, kerana detailsnya, kerana updatenya yg begitu cepat [yg ni saya nak contohi tapi susah sgt.. hehehe]. Juga kerana foto2nya yg best.
Juga kerana dia sahabat saya :).
Your next trip ke sini ya doc, yg antipodal coordinatesnya like below? 🙂
Latitude:S 14° 36′ 19.8418″
Longitude:W 59° 0′ 49.551″
hehehheeeeeee….
saya update cepat sebab tak sabor nak buat next itinerari!!
jap check antipode tu..Latitude:S 14° 36′ 19.8418″
Longitude:W 59° 0′ 49.551″
Primary:Tangará da Serra – State of Mato Grosso, Brazil
Antipode:Brgy. 464, Sampaloc, Manila, Metro Manila, Philippines
Ni ??!!
err..
takkkk …
🙂
Baru terasa kelainan di situ.. 😉
tu laa..
baca blog blog.
balik balik cerita yang sama
seronok travel kalau ada geng ni kan
jom aa jadik geng kita orang, bonda!!,
sangat best sangat best and most of all…murah ni
berbaloi kak..
buat sendiri
🙂
ciskek !!!!!!!!!!!
ya ampun…murah banget! Tapi tulisan si jibi itu aduh……….(pls la akak..lain kali jgn tulis Jibi….sbb teringat Jibby…..serius ni….).
kerhkehkehhhh..
dak jibi pun tak suka hakak panggil dia jibi!!
ini episod akhir ka? tak sempat baca….apapun murah sangat Dr Singa….nak bercuti jugakkkkkkkkk
tapi pak unchu tu area mana ?
pa’unchu di padang/bukit tinggi
🙂
500 je? boleh sangat ikut your itinerary ni.. lain dr yg lain. superb!
Salam pada Admin
Mohon maaf saya iklan sikit di blog ini. Kami dari PT. MENARA HOLIDAY menawarkan pakej Percutian Bukittinggi – Padang. Banyak tempat-tempat indah yang dapat kita lawati. Sekiranya tuan dan puan ada rancangan untuk datang kesini, sila coba perkhidmatan dari kami, karna dalam perjalanan tuan dan puan kami siapkan juga insurance untuk memberi kenyamanan dalam perjalanan tuan dan puan. Untuk info tempat-tempat lawatan dan haraga pakej sila contack kami
Whatsapp : +6285658236999
Email : menaraholiday88@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/menara.holiday.9 ( Menara Holiday )
Insya allah kami akan memberikan pelayanan yang memuaskan dengan harga yang berbaloi.
Jom datang Bukittinggi – Padang
Trims
Wassalam
PT. Menara Holiday