KEMBARA RANAH MINANG , SUMATERA BARAT : 10 . LATITUD 0 DARJAH , BONJOL ..KHATULISTIWA
.
.
.
.
Hari ke 3
Dari Paya Kumbuh , sambung lagi perjalanan di Ranah Minang
Lalu jalan yang luruih itu ..
Pa’Unchu siap bawak ke tengah jalanraya sebab nak tunjukkan dan nak kita orang dapat ambik gambar betapa luruihnya jalan Paya Kumbuh itu
Sambil nyanyi
[ Dalam hati je laa.. ]
Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan ka Andaleh
Dima hati indak ka rusuah
Ayam den lapeh, ai ai.. ayam den lapeh
.
.
.
.
Kami ke Bonjol
Di Kabupaten Pasaman
Jauh !
Dua orang kiri kanan Hakak dah mabuk kepayang [ kiri ] dan mabuk pinang [ kanan ]
Yang kat depan dan belakang sekali masih steady ..
Hai lahh..
Kenapaaa lah susah-susah ke Bonjol tu ..
Apa ada kat sana ??!!
.
.
.
.
Tour De Singkarak pun ada ikut laluan lalu Bonjol ni tau !!
.
.
.
.
Legakan apa yang patut .. kepala dan pundi
Selesaikan yang wajib dan yang sunat dahulu
Masjid Raya Syuhada’
Di Ganggo Mudiak , Bonjol
.
.
.
.
Ada Muzium ni berhampiran masjid
Muzium Tuanku Imam Bonjol
.
.
.
.
Gambar angkara Pa’Unchu.
Suka nho dia ngambik gambor kami ..
.
.
.
.
Imam Bonjol adalah seorang Pahlawan Nasional Indonesia
Seorang ulama’, pemimpin dan pejuang yang berperang melawan Belanda dalam peperangan yang dikenal dengan nama Perang Padri
.
.
.
.
Dak Juji kata
Ada kawan dia kata
Nama ‘ bonjol ‘ tu sebab dia pakai serban gitu .. sebab ada kebonjolan di kepala nya
Fakta tidak sahih dan tidak betul tu rasanya .. :))
Kita orang tak masuk pun Muzium tu ..
Nawaitu asal bukan pun nak ke Muzium tu ..
.
.
.
.
Kami nak ke sini ..
Hakak nak berdiri betul-betul di tengah bumi kita ini !!
.
.
.
.
Garisan Khatulistiwa betul-betul melintasi Bonjol ini !
.
.
.
.
Ya !!
Saya telah melintasi Khatulistiwa !!
Kaki saya telah berada di tengah-tengah bumi !
Kaki kiri di hemisfera utara
Kaki kanan di hemisfera selatan !!
.
.
.
.
Baca tentang antipode di blog Dak GB
Antipode adalah …
The antipodes of any place on the Earth is the point on the Earth’s surface which is diametrically opposite to it. Two points that are antipodal to each other are connected by a straight line running through the centre of the Earth. An antipodal point it is often called an antipode
Point yang betul-betul di balik belah sana bumi kalau kita gali tegak terus ke sana
Antipode Bonjol ada di satu kawasan hutan di Ecuador
Antipode Padang di Esmeraldas , juga di Ecuador
Khatilistiwa melintasi Ecuador . Sebab tu nama negara tu Ecuador
.
.
.
.
Yes !!
I have crossed the Equator!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya di tengah-tengah Bumi !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Setapak sahaja memisahkan utara dan selatan bumi !
.
.
.
.
.
.
.
.
Dak GB tengah berbincang apa yang nak dibuat lagi di sini ..
.
.
.
.
Makanya datang lah idea-idea sengal ini ….
.
.
.
.
Jom lintas Khatulistiwa !!
.
.
.
.
.
.
.
.
Jom tarik menarik di Khatulistiwa!!
.
.
.
.
Jom tarik Dak GB merentas Khatulistiwa !!
.
.
.
.
Nakkkkkk jugak silang kaki !!
.
.
.
.
Jom tarik Dak GB sekuat hati !!
.
.
.
.
Kahkahkahhhhh !!
Muka ‘ Oii !! Siot aaa !! Sakit tangan aku !!! ‘
‘ Tapi aku kena kaver cun sebab Pa’Unchu tengah ambik gambor tu !! ‘
Kahkahkahhhhhhh !!
.
.
.
.
Ok la ok la ok laaaa..
Kesiannnn ..
Lepaskan dia !!
.
.
.
.
Bukan Abbey Street
.
.
.
.
Ada banyak eksperimen yang boleh dilakukan di Khatulistiwa sebenarnya
Coriolis Effect , ‘ egg balancing ‘ , berkurangnya kekuatan di Khatulistiwa ..
Kalau rajin .. carilah ..
Eksperimen saya tak menjadi .. sebab Dak Elly tu tinggi benor !
Bantai kena gelakkan dengan dia !!
.
.
.
.
Ok
Dah puas hati
Dah jejak Khatulistiwa !!
.
.
.
.
Pa’Unchu dan Pak Awi penjual kaos Khatulistiwa gelak je nengok perangai-perangai sengal ..
.
.
.
.
Ada 4 bandar di Sumatera ni yang dilintasi oleh Khatulistiwa
Bonjol , Lipat Kain , Pengkalan Lesung dan Koto Alam
.
.
.
.
Ok
Jom balik ke Bukit Tinggi !
Rasa nak nangis bila pikir jalan berkonar-konar balik ke Bukit Tinggi tu!!
.
.
.
.
Perjalanan yang jauh ..
Sorang mabuk kepayang
Sorang mabuk pinang
Hakak tak mabuk . tapi kena duduk diam-diam , pandang depan je .. untuk mengelakkan dari mabuk
Sorang [ nama dirahsiakan ] sakit perut yang amat disamping cirit birit ..
Tengah sakit perut masih boleh buat lawak lagi tu !!
Sampai satu ketika .. dah tak tahan benor .. jem pulak .. sebab tengah baiki jalan .. mintak Pa’Unchu berhenti kat satu rumah .. nak tumpang bilik air .. Makcik tu tunjuk sungai belakang rumah !!
Kahkahkahhhh !!
Terus termasuk balik .. tak jadik buang !!
Alhamdulillah jumpa Masjid ni kat depan sikit ..
.
.
.
.
Malamnya
Tidur di Bayu Homestay di Bukit Tinggi
Murah sebenarnya mula-mula
RP 280000 . [ tiga bilik + sarap ]
Tapi sebab tukar tarikh bermalam di Bukit Tinggi , dan dah bayar deposit .. sayang lak nak kensel ..
Tukar tarikh , harga dah lain.
Rp 570 000 [ tiga bilik + sarap ]
Satu rumah 3 bilik
Kali ni Kina berjaya ditidurkan sorang-sorang dalam satu bilik !
Tak ada wifi
Makanya malam tu .. duduk-duduk nengok TV ramai-ramai
Makan-makan serabai , markisa sambil borak-borak sampai ada yang tertidor depan TV
Kan best gitu !!!
🙂
.
.
.
.
#melancong ke bukit tinggi padang
masa muka paling cun (pada fikiran saya) itu lah sebenarnya yang paling sakit korang kerjakan tau??
kahkahkahhhhhhhhh!!!!!!!!!
kahkahkah
baca entry ni sambil senyum2 lepas tu gelak tekekeh keheh…masih bole ingat sebijik sebijik kejadian yang berlaku
masih boleh membayangkan rupa pak unchu yang kalut hahahah……
yes! kina berjaya tido sensorang 🙂
kahkahkahhhh!!
senang lagi bawak orang sakit nak beranak dari pada orang sakit perut!!!!!!
aku perati je … perati je….jaga la seko2 next trip, aku dah bleh baca permainan korang kakakakkakakakaka
Ni yg rasa nak kembali ke Ranah Minang semula… Thanks Kak Izat… menarik sgt!
hahhahhaaaaaaaaa!!
terpengaruh jugak kau!!!
silangkaki memang tak leh blah lah gb weiiii
hahahhah
walaupun di garisan khatulistiwa…
nak tengok di garisan sartan or garisan jadi…
silang kaki ke tak?
gerammm sangat nengok dia silang kaki tu!!!!!!!
kita orang dah cuba dah tarik kaki dia!
Kenapa pulak dah kakak yg sengih sendiri tengok korang semua
Best juga dpt berada betul-betul di garisan khatulistiwa
Kakak baru tahu tau (di sana ada buat begini).
hahhahaaaaaaaaa!!
jom gi sana kak!!
dah
dah
karang pelik lak orang nengok kak zakie sengih-sengih sorang!
hhahahaha aku baca entry ni sambil gelak sorang2 depan laptop
macam siot la
gb, bukan ko je sakit tau tak, aku pun sakit sebab si kina tarik tangan aku kemain kuat
aku baru tau tempat ni bila ko bagi itenary, kalau tak mmg tak tau la, dan seriusly aku google pasal tempat ni masa dlm keta pa’unchu, tq la pada blekberiku…ahaks!
kahkahkahhhhhhhhh!!
sakit tangan aku beb!!
kuat dia tarik balik!
dah lah licin sebeb dia pakai losen!
Aiseh…nk bg kuiz la plak…nyesal aku bgtau
dalam kereta on de way ke sana baru dia nak gugel baca!!!???
siap kauuu!!
lain kali aku bagi kuiz dulu sebelum naik kapalterbang!!
Huawa…makin tambah gatal2 kakiku pasal imam bonjol dan khatulistiwa nie…
hahahhaaaa..
macam tu lah aku rasa bila baca pasal Sulsel !!
hahahahaa…kesian GB…..kena buli eh…
bulilah sebelum kena buli..
🙂
FUN!!
We want more aksi2 sengal!!! 🙂
Lantas saya terfikir apakah gaya2 yg akan saya buat kalau saya di situ? Hmmm… 🙂
Ankle cross over..oh, but of course lah! GB, you rock! Stay true to your style ok, no matter where you are! 🙂
Nice entry doc. Satu lagi detik bersejarah dalam hidup being kat garisan tu. And I love the info about the opposite point tu!
Dalam banyak banyak gambar
Jumpa satu je gambar yang dia tak cross kaki!
Off guard
Cuba google ‘antipode’ ..jap lupa
Ada satu website tu yang bila kita masukkan where we are, akan tunjuk exactly antipode where we are standing tukat mana
Cool sangat
Hehehe…. consistent betul GB kan! Luv it 🙂
Saya jumpa Antipodes Map (AKA Tunnel Map). Yg ni tak payah masukkan where etc, cuma gerakkan kan map and point to your location. Contohnya Apmang’s opposite terletak dalam Ecuador near border to Peru…. soooo cool! 🙂
http://www.findlatitudeandlongitude.com/antipode-map/#.VmBn-nYrLIU