MILO AIS KAKAK …
.
.
.
.
Dua hari sebelumnya
Saya warning BudakLast
Kakak nak balik dua hari lagi tau!!
” Kakak jangan lah balik !! Siapa nak jaga saya nanti !? Saya sayang Kakak !! ”
Dan peluk Kakak
Berair mata Kakak ..
” Kakak pun sayang Awak .. Awak anak Kakak jugak ! ”
Dua-dua nangis ..
Tiga lah .. Saya pun sama ..
.
.
.
Kami ke klia2 hantar Kakak
Budak-budak-budak 3 orang teruja ikut
Terutama BudakLast .. Sebab naik kereta .. kemudiannya naik tren laju ..
Lupa sebenarnya dia tu nak hantar Kakak dia ke airport..
Selesai segalanya .. [ lupa ke’havoc’ kan beratur nak check in sebab selalunya saya travel berlenggang kangkung bawak ‘ hand- luggage ‘ je .. ]
Salam-salam
Peluk-peluk
Saya nangis .. Kakak nangis
Saya cakap kat Kakak .. nanti kita orang semua pergi kampong Kakak tau !! Kakak pun famili kita orang tau !!..
Kakak peluk dan cium BudakLast
Dia tak perasan lagi Kakak dah nak balik
Hinggalah dia nampak Kakak berjalan masuk ke Kaunter Imigresen , dan Kakak lambai-lambai dia dari dalam
Barulah dia tersedar
This is it..
Kakak dah balik .. tinggalkan Saya
Maka dia menangis sekuat-kuatnya .. dan sepuas-puas nya
Sampai dia kata ‘ Ibu dukung saya .. Kaki saya tak kuat ! ‘
Nangis
Dan nangis
Dan nangis …
Saya pun ..
Sebab sedihkan Kakak .. Sebab sedih nengok BudakLast sedih gitu ..
.
.
.
Kami ke Anjung Tinjau
Best sangat anjung ni !! [ Nanti saya cerita ]
Saya nak babai Kapalterbang Kakak .. Dia kata …
.
.
.
Kakak yang jaga dia semenjak dia umur 2 hari
Sampai hari ni masuk 5 tahun ..
Mandi , makan , muntah , kencing berak , nangis , hisap susu , Milo Ais , Nasi Kicap Telor … semua Kakak yang uruskan..
Tidur malam je dengan saya
Manalah dia tak sedih …
Kakak bersama family kami 5 + 4 tahun ..
Saya kata kat dia
Untuk dia paham kenapa Kakak balik jugak .. , dalam perspective dia ..
‘ Kakak nak jaga anak Kakak pulak .. Nak buat Milo Ais untuk anak Kakak .. Kakak nak jumpa famili Kakak .. Ibu Kakak, Ayah Kakak, Anak Kakak .. ‘
Barulah dia macam paham …
.
.
Sampai rumah ..
” Ibu buatkan saya Milo Ais .. Macam Kakak buat tau !! ”
Berair mata saya ..
[ Dia pernah kata Milo Ais saya tak sedap .. ]
.
.
.
.
Nota Kaki:
Kakak selamat sampai
Terus telefon BudakLast
BudakLast pesan kat Kakak
” Kakak balik cepat tau !!! ”
.
.
Orang yang ditinggalkan selalunya yang akan rasa kehilangan .. kerana adanya kekosongan
Orang yang meninggalkan selalunya ‘ looking forward ‘ to a new life , a new beginning , a new chapter of their life .. tak terasa sangat …
Saya tak sangka pun BudakLast akan ada perasan gini .. Baru 5 tahun
Saya dulu , masa 5 tahun .. ada perasaan main je kot …
.
.
.
.
Hmm… saya baca pun sedih doc… 😦
mmmmmmm….
speechless…
when come to family bonding
Ok..this is really sad 😦
Tumpang sedih..
Kakak x blk2 dah ke dr?
Kesian si kecik tuh
dah saya pulok dok berair mata baca entry nih…
😦
saya faham … saya pun alami situasi yang sama . Ashraf dan Aisyah dia jaga sejak keluar dari perut. Walaupun dah hampr 8 bulan bibik balik …. tiap kali tel … soalannya “bila bibik nak balik sini” ….. ” kalau ada bik kan bestttt ……”…. aduhai …….
tumpang keluar air mata..sedihnya tengok gambar budaklast..
Lama jugak Kakak dengan family Doc. Mesti BudakLast rasa terkesan, mcm Doc cakap lar, dari dia 2 hari sampai la dia dah 5 tahun nie. Kalau saya pun sedih jugak. Sama la mcm saya berpisah dgn Makcik saya dulu. Dia yg jaga saya, siapkan makan minum. Sampai skrang masih contact dgn dia.
Eh 4 org la nangis….tambah aku sorang
Nanti free aku share cite
Sedihnya dia…selalu siang malam ada bersama bila di tinggalkan memang terasa. Masa akan mengubah segalanya cuma mak dia kena sabaq layan keranah le lepas nih…
Semua orang sedih… nak sedih jugak lah…
kena master the skill betul betul tau buat miloais macam kakak buat
mintak tisu…dh meleleh2 dh ni..huhuhu..
macam sama dengan anaklastboy sini, sungguh tinggi emotional attachment. cuti nanti pergi kampung kakak!
dah sampai! indah sangat! mana ada serabut. pandangan yang sejuk dihati kami. so perfect the scene and especially model rumah future kami inshaaALLAH.
no4 kata mula lihat sampul ingatkan dari guru mereka sebab address to them both, sebelum notis setem msia!
terimakaseh!
Berair mata ni
Masuk habuk kot
Takpun kipas menghala ke muka…..
Gitulaa bila anak dah rapat dgn pembantu…
Tp sementara jer tu
Lama2 dia lupa….
Ini betul drama sedih….dan tank ayaq mata mck pun pecah…..
sedih nya
yela bila dah rapat dengan orang tu, nak lepaskan memang la susahkan
perasaan yg sama masa umur 5 tahun bila maid balik kampung terus utk kawin & ikut suaminya.
Saya nangis dlm kereta bagai org gila sambil tendang2 cermin. Sampai demam-demam 😦
Tumpang berair mata…
Saya berkaca-kaca mata baca walaupun x pakai kacamata.. ntah x memasal emo lak yer.. tapi kompius juge, ibu tgh nangis2 smpt angkat kamera gak ehh heeeee…
mesti kakak tu sangat baikkkkkkk!!
aloloo…siannya abang awat teriakk tuu 😉
ala tumpang sedih… nak milo ais yerk…
dah dia biasa milo ais kakak tukan tentulah dia rasa semua yang lain tak sedapkan…
nanti dia paham jugakan…
alahai terharunya saya tengok …..mama kena belajar buat milo air yang sedap kaw kaw setanding ” kakak “