# MH17
.
.
.
.
Pada suatu hari , lebih 35 tahun dahulu
Ibu dan Ayah saya dalam perjalanan pergi ke sekolah
Ternampak satu kemalangan langgar lari . Ayah dan Ibu saya berhenti , nak tolong
Seorang gadis cina dilanggar dan tercampak dari basikalnya
Cedera , berdarah-darah ..
Ambulans tak tahu lah dah dipanggil ke belum ..
Rupa-rupanya kawan sekerja Ibu saya yang kemalangan itu , dalam perjalanan nak ke sekolah
Ibu dan Ayah saya angkat dia , tak sedar , berdarah-darah
Hantar ke hospital ..
Dia selamat ..
Cikgu Ah Chin nama dia ..
Kereta Ayah saya terpaksa di cuci kerana penuh darah
Tak apa .. Kata Ayah saya .. Nyawa lebih penting ..
.
.
Semenjak daripada itu , keluarga saya dan Cikgu Ah Chin adalah sangat rapat
Bagaikan saudara sendiri
Dari anak dara , berkeluarga , 6 anak mereka
Semua belajar kelas tuition dengan Ibu saya
Anak-anak yang berbudi bahasa .. menghormati yang tua
Setiap kali Raya atau Tahun Baru Cina , tak pernah tinggal berkunjung ke rumah kami dan rumah mereka
Begitu juga masa Hari Raya
Dah tau dah .. mesti pada pukul 7:30 petang , satu kereta hijau penuh , akan sampai nak beraya
Hamper raya mesti ada
Satu mangkuk tingkat juadah Raya bertukar tangan
.
.
Semalam ..
Ibu saya nengok berita di TV
Terkejut Ibu saya
Salah seorang penunmang MH 17
Nama Ng Shi Ing , dari Universiti Malaysia Sabah
Anak Cikgu Ah Chin ni !
.
.
Dua orang anak Cikgu Ah Chin adalah antara mereka dalam pesawat malang MH 17 itu ..
Juga seorang cucu nya .. berusia setahun ..
.
Menangis Ibu saya
Saya juga
Angah juga
Kalau ayah saya masih ada pasti dia menangis juga ..
Tadi . Ibu saya ke rumah Uncle Ng dan Cikgu Ah Chin
Tak terucap kesedihan mereka ..
Hilang dua orang anak dan seorang cucu sekelip mata
.
.
.
.
Takziah
Al Fatehah
Untuk semua dan keluarga di MH17
huhuhu..sedih sgt kan..awat ler flight MAS yg jadi target diorang..
sure feel like own family. together grieving, even when we dont know any of the victims, gruesome indeed.
sangat kejam mereka yang melakukan jenayah ini, hukuman menanti, pasti.
sedih…tak de sapa2 pun yg kenal dlm flight tu tapi…
still terpalit sedih….
Takziah buat keluarga cikgu Ah Chin.
tak terungkap dengan kata2.. banyak sangat kejadian berlaku … kadang2 sampai tengok berita, laman sesawang mana2 pon mesti sayu..
Alfatihah .. moga roh mereka di cucuri rahmat Allah S.W.T ..
takziah untuk keluar cikgu ah cin. alfatihah untuk MH17
Kita yang tidak mengenali sesiapa dalam flight tu pun sedih…ini kan pula bila salah seorang antara mereka yang dikenali dan ada perkongsian kenangan indah bersama…betul2 sedih. Al Fatihah dan Takziah kepada semua keluarga yang terlibat..
takziah utk keluarga cikgu ah chin
sedih kan
aku pun sedih
baca entry ko tetiba mata aku berair
seeeeeeeeee i am gembeng ok!
ayah aku pun ada baik ngan satu family cina
sebab ayah aku jumpa IC dia dan pulang balik
kemain baik lepas tu
dia tokey kebun sayur
mcm2 sayur dianto ke rumah
time raya cina mcm2 dianto gak
raya pose pun dia anto gak
bila pi raya umah dia, punyalah jaga sensitiviti
makan minum pakai disposable
air semua air kotak atau air tin
Salam takziah buat keluarga Cikgu Ah Chin 😦
Salam takziah dari saya juga. Early this month, kapal terobang yg sy naiki juga menggunakan laluan yang sama. Saya tanya husband sy jika d takdirkn ajal sy juga sebegitu. Jawapannya. “kun fa ya kun….”….al fatihah dan b strong utk keluarga MH17.
Hunbungan kemanusiaan tiada batasan agama, moga keluarga Cikgu Ah Chin tabah mengahdapi dugaan ini. Walaupun tiada yang kita kenali hati dipagut pilu apatah lagi bila antara mangsa ada yg kita kenali bertambah-tambah duka dihati.
Salam takziah.. tumpang sedih gok. Huuu
tears…..moga apa jua yg berlaku menjadi asbab untuk hidayah buat mereka dan kita semua…..amin….
Penerbangan MH17 menerbangkan ramai kenalan/saudara pada kenalan/saudara sy…..
berbeza dgn MH370.
Apa2 pun, semoga keluarga yang masih ada bersama kita tabah menghadapinya. Sy x rasa, maka sy x tahu, tapi sy doakan y terbaik buat mangsa terutamanya keluarga mangsa. Y pergi dah semestinya pergi, tapi yang ditinggalkan akan menanggung rasa sampai akhir hayat.
Dugaan besar buat syarikat penerbangan negara, pemimpin negara dan juga kita rakyat negara ini.
MH17 1 kesedihan buat kita
Walaupun takde kenalan yang terlibat, tapi atas dasar kemanusiaan, kita sama-sama merasa kesedihannya
Harap-harap pengurusan bawa balik mayat tu dapat disegerakan
Nak2 mangsa yang beragama Islam kan
Al-fatihah untuk yang beragama Islam
dan takziah untuk yang lain
Jumpa lagi doc,
Nak ambik kesempatan mohon ampun maaf atas salah silap.
tq kerana sudi jadi teman saya.
sayang doc
salam.
Sedihnya.
Apapun saya juga ambil kesempatan mohon maaf zahir batin.
My condolence to Madam Ah Chin family…..berat sesangat 3 sekali ‘pergi’..:(
saya sedih … mengalir air mata tanpa disedari …