SINGAPURA : REFLECTIONS AT BUKIT CHANDU
.
.
.
.
Tak ramai yang pernah dengar tentang tempat yang saya pergi ini
Renungan di Bukit Chandu
Reflections at Bukit Chandu
Di 31K Pepys Road , Singapura
Untuk mengingati dan menghargai pengorbanan Rejimen Askar Melayu yang mempertahankan benteng pertahanan terakhir di Bukit Chandu di Pasir Panjang , Singapura
.
.
.
Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Warganegara percuma
Kami kena bayar SD 2
Ditaja oleh Kawan Saya di sana
.
.
.
Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni C . Kompeni C adalah sebahagian satu pasukan dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu).
.
.
.
Bangunan Kolonial yang dijadikan memorial ini
.
.
.
Mural Pertempuran Pasir Panjang pada dinding bangunan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jom kita masuk ke dalam bangunan Imbasan Bukit Chandu ini…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keberanian Leftenan Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah.
Siapakah Leftenan Adnan ..
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu . Pernah terpilih sebagai rekrut terbaik . Pada tahun 1936, Adnan dinaikkan ke pangkat Sarjan . Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni C
.
.
.
.
.
.
.
.
Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke Kajang. Pada masa itu , Sophia , Sepiah sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga.
.
.
.
Rejimen Askar Melayu menunjukan keberanian dan semangat keperwiraan luar biasa . Rejimen 1 dan 2 Askar Melayu berjumlah 800 orang dikerahkan untuk mempertahankan kedudukan bermula dengan Sungai Pandan dan banjaran Pasir Panjang, berhadapan dengan ketumbukan 2 Divisyen Tentera Jepun sejumlah 14,000 orang.
.
.
.
Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari . Tentera Jepun berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura . Bukit Candu merupakan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura kerana ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan sekiranya dapat jatuh ke tangan Jepun , ia memberikan mereka laluan dan kawalan ke kawasan Alexandra yang merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama , hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
.
.
.
Kompeni ‘C’ dan Leftenan Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni ‘C’. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
.
.
Satu tayangan multi media tentang serangan ke atas PT 226 Bukit Chandu
.
.
.
.
.
.
Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni ‘C’ menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru – Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Leftenan Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen “tentera Sikh” daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat yang memaksa tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati. Walaupun Leftenan Adnan terkorban, namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Leftenan Adnan dan rejimennya.
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. Tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Rejimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Rejimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)…”
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keberanian Leftenan Adnan turut diakui General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya.
Beliau mengatakan “Jika terdapat 10 Leftenan Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun”.
.
.
Al Fatihah untuk mereka
Semua mereka yang berkorban untuk Negara …
Semua wira yang didendang , dan yang tak didendang
.
.
“Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata”,
Kata-kata pembakar dan menyemarakkan lagi semangat juang Lt Adnan menghadapi Jepun , demi mempertahankan Tanah Melayu
Sehingga ke titisan darah yang terakhir.
.
.
Nama Lt Adnan telah diabadikan dan diberi kepada kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia
Model Adnan 300 AVS (diesel) ini berkuasa turbo T63 serta bersifat dua lejang dan mampu mencapai kelajuan 80 kilometer sejam.
Adnan ACV300 Type Infantry fighting vehicle
.
.
.
Bagaimana hendak ke sini…
Kami naik kereta
Kalau naik MRT , stesen terdekat adalah Pasir Panjang
Lintas jalan
Ke kiri , dan nanti akan jumpa Jalan Pepys di belah kanan
Teruskan mendaki hingga ke hujung jalan
.
.
.
.
[ maklumat daripada sumber Wikipedia ]
wow bagus lah catatan sejarah ni. thanks to you again, we too get to visit and reflect.
naseb takde my reflections 😉 nak copy and keep gambar tu ye.
he.. 🙂
thanks to you too saya dapat pergi situ 🙂
tak banyak kita bergambar sama-sama kan..?
saya tak suka bergambar..
awak pun..
hehehheeee
gambar hujung lensa tu lawa.
akak initial Dr. Singa. agak² ada yang terkejut tak tengok nama tu?
hahahahaa!!
mesti ada yang ingat Singh!!
hargai tanah air kita yer…
penat org dulu2 mempertahankan negara..
panjang karangan akak kali nih..
seronok saya baca
abah saya pon askar!
🙂
tenkiuuu baca ..
panjang..
sebab panjang cerita dan perceritaan yang nak dipadankan dengan gambarnya..
haippp…apasal nk komen x boleh ni…
pjg karangan akak kali ni…
syok baca..
boleh…
boleh..
kekadang wordpress ni kerek sikit..
Salam Dr
semangat baca entry nie
kalau lah Melayu sekarang seperti Leftenan Adnan …..
Kalalu lah
ada..
masih ada..
mana komen pB tadi???
komen2 dimoderate
sebab tu hilang macam tu..
Pengorbanan lt adnan demi negara tercinta..inilah wira negara..al-fatihah utk semua pejuang yg telah pulang ke rahmatullah
Linduang maybe lindungan bulan kalau bahasa melayu doc 🙂
al fatihah..
oh..
macam ‘lindung’ pun ada..
Al Fatihah..
Membayangkan ” fierce hand to hand combat”..
Membayangkan semangat jitu Lt Adnan, dan lain2 yg tak mau bukak uniform..
Mempertahankan kedaulatan, Insya Allah…syahid bagi mereka
insyaAllah kan…
sampai keakhirnya bertahan ..mempertahankan kedaulatan negara
Waaa…. another well planned, well researched and well documented photo excursion ya doc. Filled with pertinent information told in terse and with keen observations manner which I personally like.
Well done.
Very informative indeed.
This is what you are so good at.
I vote this blog to be the best Travel Blog ever!!! 🙂
hehehheee..
well said !! [ well planned, well researched and well documented photo excursion ]
very true.. penat research pasal tempat ni
not well known.. hidden gem
hee..
aww shucks..
malu aahh..
🙂
thank u for sharing my passion 🙂
Doc
U ni kan.. Baguslaaa
Minat cari tmpt bersejarah utk anak2 dan kami2 boleh tumpang sekali……
Akak ni taunya cari tmpt makan.. Makan.. Makan jer
ok pe..
kalau saya nak makan sedap-sedap lak..
saya tanya akak!!
🙂
Al-FATIHAH…
sedih baca.
especially kisah Lt. Ibrahim Sidek yg tak pernah dijumpai mayatnya 😦
insyaAllah syahid ganjarannya …
ntah apa jepun buat pada mayat beliau kan…
next time turun Singapura.. boleh lah datang sini Khai!
insyaAllah kak. memandangkan kos sara hidup yang amat tinggi di Malaysia skrg, trip ke USS ditangguh dan ditukar jadi day trip ke Singapura. Hehe. Jadi, tgh fikir mana nak bawa mak saya ni jenjalan… Nasib baik ada blog akak! ;D
Bulan 3 insyaAllah nak ke BSB. Jom kak! 😉
kalau mak nak shopping..asyik le x2.6 nanti kan.. 🙂
jenjalan je lah..
kalau nak tau rumah Kak Tipah tu kat mana.. koling2 lah..
jangan pergi Haw Par!! ada antuuuuuu!! hehehe
Brunei ..?
hmm..
macam menarik …
Mmg tak lah nk shopping kat sana. Hahaha. Kalau ada yang nak sponsor lain lah kan.. muahaha
Yes kak, menarik cuma sama mahal je la dgn SG. Hehe
saya baca ni lagi paham dari yang chekgu ajar >20 tahun yg lalu haha, tengkiu!
semangat org dulu2 mmg lain kentalnya..
Pakcik saya sendiri, abang mak saya, buat surat sumpah kate umurnya dh 18 tahun semasa 15/16 tahun supaya dapat jadi askar!!
dulu-dulu saya pun tak paham apa cikgu sejarah ajar
sebab dia baca je dari buku
dan tulis nota kat papan hitan ikut dalam buku teks..
pehall..??! baik baca je buku,, tak payah salin kan!!?
sebab tu saya tak suka subjek sejarah,,
sekarang suka ..
🙂
aku tak suka sejarah.
baca cerita ko ni sedap beb!
rasa-rasa.. boleh aku tulis buku tak..?
hahahaa..
ada bakat tak..?
Saya tengah bantu kawan buat asigment tentang Laftenan Adnan,
boleh tambah rujukan dengan N-3 doc ni.
fakta yang sama tentang Bukit Chandu ni..
tq doc
al fatihah….
rasa bersemangat membacanyer… jiwa rasa terkenang kehebatan orang kita dulu2…
moga jasanya mendapat ganjaran terbesar dari Allah swt…
tak tau dan baru tahu sebab tempat begini tak ler happeningkan…
tapi saya suka tempat sebegini… banyak kenangan dan pengajaran diperolehi…
An eye opener….sangat bersejarah……sayang tak semua menghargai nya sekarang…sad…
Dr Singa lama tidak ke sini
Mencari apa yang ada di bukit chandu membawa saya ke blog ini
Perkongsian yang sangat baik