MOTOR HOME / RV CAMPING , PUNGGAI JOHOR

.

.

.

.

Akhirnya .. Dapat juga RV nya!

Ini bukan RV yang sepatutnya aku sewa. Tu masih tak dapat spare partnya lagi . Owner tu carikan RV kawan dia and bagi kita orang sewa

Wadi nama Owner Motorhead ni

Yang ni Auto . Yeay !!

.

.

.

.

Pergi ambik malam .

Transfer segala barang dari kereta dan tinggal kan kereta dekat situ . Pick up dekat aje .Kota Kemuning

.

.

.

.

Selesai segala briefing , mari kita bawak RV ni balik

Malam sebelum travel bateri caj siap-siap dekat plug point dekat rumah

RV Motorhead ni ada solar panel . Akan menge-caj bateri tu juga semasa perjalanan waktu siang . Ada overhead ekon , lampu , peti sejuk , pam untuk paip air , TV , power dari bateri dan dari solar panel tu .

Ada ekon RV , power dari engin macam kereta biasa

Ada awning belah kiri RV

.

.

.

.

Tengah belajar cara turunkan kerusi jadi katil

.

.

.

.

Kita orang camping di Bayu Impian Campsite . Punggai , Kota Tinggi

Boleh booking on line . Senang yak amat .

Ini petak no 40 . Petak 38, 39, 40 sesuai untuk RV .

Cuma pokok tak rendang dan banyak sangat . Panas sikit .

Ada banyak campsite di Kota Tinggi . Cuma kalau naik RV , kena tanya CO tapak mana yang sesuai. Sebab takut tanah mendap , dan juga sebab nak dekat dengan plug point untuk caj bateri

.

.

.

.

Maka bertapak lah kami untuk 4H3M . Hambik kau !! :))

Sebenarnya 3H2M dekat sini , satu hari lagi kununnya nak ke campsite satu lagi. Tapi sebab dah pacak segala benda , malas pulak lah nak bongkar . Sambung je lah sehari lagi dekat sini

Helok aje benda hitam ni duduk sorang-sorang dekat tepi konar tu

Sampai aje , tarik awning , pasang ground sheets , keluar dapur pinggan mangkuk , masak untuk malam .

.

.

.

.

Engin diesel . Nak menitik air mata nengok dia sedut minyak :))

Pergi balik dari Kota Kemuning ke Punggai , balik ke PJ , settlekan dobi segala bagai , minyak dalam * telan ayaq lior * RM 400 :))

RV ni besar , berat . Paling laju pun dapatlah 90 -100 km se jam

Bertolak dalam pukul 11 am . Berhenti makan dekat RNR Seremban , beli Muiz Ciken , makan dalam RV. Sampai Bayu Impian Campsite dalam pukul 6:30 gitu. Dah nak gelap

Pacak yang penting-penting aje .Net tepi kiri kanan awning so tak lah terdedah sangat di khalayak ramai nanti

Meja , kerusi camping , gas stove disediakan . Plus sudu garpu mug segala bagai tu lah ..

.

.

.

.

Ber enam lima anak beranak . Apak dia orang tak ikut . Saja bawak satu pop-up khemah takut tak cukup tempat nak tidur dalam RV . Cukup je sebenarnya.

.

.

.

.

Alhamdulillah lah tak hujan atau ribut . Mau terebang khemah tu sebab tak pacak ke tanah :))

.

.

.

.

Kita orang bawak lah jugak barangan letrik ; kuali , 3 kipas , cerek , piuk nasi.

Kita orang bukan camper tegar

We need comfort :))

And ekon :))

Bila panas semua naik memerap dalam RV menikmati Ekon sambil nengok Pengabdi Setan di Netflix

.

.

.

.

Siangnya kita orang extend kan lagi khemahnya

Fly sheet tak cukup besar . Beger-beger je lah apa yang patut .

Eh .. Nampak anak aku solat lah dekat situ.. :))

.

.

.

.

Kena buat ada shade gitu sebab pagi-pagi nanti panas yak amat sebab matahari naik di depan tu

.

.

.

.

Ini aje gambar yang ada untuk bahagian dalam RV ni

Belah kerusi tu dah jadi katil sepanjang masa bermula dari awal perjalanan

Best wo nengok TV sambil baring gitu masa RV gerak

Atas tu boleh muat 3 dewasa . Luas sebenarnya atas tu .

So boleh tidur 5 orang dengan selesa berekon :)) dalam ni

.

.

.

.

Atas tu ada tingkap , boleh nengok bintang

Ekon terasa sampai atas tu . Cuma tak ada plug point aje. kena letak extension . Bantal , selimut semua disediakan .

Gambar belah belakang RV tak ada pulak lah.

Ada toilet bershower , sinki , dapur dan peti ais

Sepanjang dekat pantai ni, sorang pun tak ada guna toilet tu , sebab public toilet and shower nya dekat je dan syarat aku , siapa guna , nanti kena basuh black water tank tu sendiri sebelum pulangkan RV ni .Maka nya sorang pun tak guna sebab tak nak basuh nanti

.

.

.

.

Bukak je pintu terus nampak laut !

Best gila !!

.

.

.

.

Tuan Tanah Kedaung dok healing

.

.

.

.

Aku siap beli kayu api [ Hahahhahaa] dekat Shopee sebab nak buat unggun api dan main bakar-bakar

.

.

.

.

Pagi nya..

.

.

.

.

Cantik nak nangis …

.

.

.

.

Ada boyan depan petak kita orang

.

.

.

.

Boleh mandi , main pantai

Dan naik ATV dekat sini !!

.

.

.

.

Tu ha harganya

.

.

.

.

.

.

.

.

Boleh bawak sampai nun hujung sana tu

.

.

.

.

Makan mandi tidur and repeat

.

.

.

.

Dan kalau ais dah habis , atau nak daging perap Pak Mat Western , atau nak makan Asam Pedas Mak Kiah ..Bayu Impian Cafe ni ada.

Buka sampai malam

.

.

.

.

Pagi ke 2

Cantik juga ..

.

.

.

.

Sebelum balik , mari kita kosongkan tangki air RV ini untuk mengurangkan berat dia

Ada shower head extension belah luar yang very useful buat bilas-bilas badan lepas balik mandi laut tu ..

Aku anak beranak pun dok lah bilas badan petang last tu, sampai kering tangki 120L tu

Tiba-tiba pada pukul 3 pagi .. Sakit perut lah pulak … Kalau ada lagi air tangki tu boleh lah buat bisnes tu dalam RV aje kan.. :)) Padan muka

Kena lah kejut sorang anak teman kan pergi toilet

Kito nyo penakut , dan kena pulak masa tu pukul 3 pagi

Waktu fevret setan-setan berkeliaran .:))

.

.

.

.

Dah

Jom balik ke pangkal jalan

.

.

.

.

Tapi kena singgah bandar Kota Tinggi dulu..

Cari belangkas

Apa barang turun Kota tapi tak makan belangkas

.

.

.

.

Muka-muka kena paksa makan belangkas

.

.

.

.

Tu dia..

Terliur nengok menunya

.

.

.

.

Belangkas masak sambal

Peh ..

Siap tapau bawak balik lagi ..

.

.

.

.

Budak-budak kata .. Ini cuti yang paling best !!

Nanti eh Nak .. Kita kumpul duit lagi sewa lagi eh..

Dan doa lah turun harga diesel tu ….